Hari
ni aku panic giler dibuatnya. Aku dah terlambat sikit bukak Bumicyber
ari nih. Dah dekat nak pukul 3 dah baru buka. Memang hari jumaat biasa
buka pukul 2.30, lepas balik sembahyang jumaat. Tapi memandangkan aku
tak gi masjid ari nih (Dee tak datang, aku pulak tak ada hubungan
diplomatic lansung lagi dengan jiran2 kat sini , nak buat menumpang ke
masjid) sepatutnya taklah lambat buka. Tapinya terlalai dek me-repair
laptop orang dari pagi tadi sedar2 dah pukul 2.30.
Buka-buka
jer, budak serbu masuk Bumicyber nak login. Entah apa halnya tiba2
datang 2 ekor lembu nak masuk ke CC juga. Wahh.. panik giler orang. Tak
kata oranglah aku pun cemas nak melatah di buatnya. Macam2
aku buat nak halau dia. Baling selipar’, takut2kan dia dengan besi
bukak pintu kedai pun tak jalan juga, pas tur dia gi kedai sebelah
pulak. Pun macam tur juga. Orang tur halau dia gi semula ke CC. Sampai
nak masuk dalam kedai nih. Dia(lembu tur) dah nak tolak pintu cermin
dengan kepala dia dah. Apa lagik… panic lah aku, panic la budak2 dalam
CC nih.
Heyy
Kampang betul . Apalah dosanya aku hari ni dah, yang ‘lembu’ ni marah
sangat dengan aku nih. (Pasal aku tak g semayang jumaat la ni gamaknyer.
Lepastur
aku bawak Baygon, sembur ker dia. Apa punya idea dah nih. Aku punya
panic sampai tak tau nak halau dengan aper dah. Sampaikan Baygon yg buat
sembur lipas, lalat tur jer yang terlintas dalam kepala otak aku.
Mujurlah dia blah juga. Tapi tak sampai 3 minit aku masuk ,dia patah
balik. Dua2 ekor pulak tur, lepak jer depan kedai.
Ada
budak pompuan sorang nih cakap, “bang karang dia berak kat situ kang..”
WaaaHhhh!!! Sial betul la dah nihhh…. Tak senang duduk betul aku di
buatnyer… Aku pun keluar balik nak menghalau dia, di bantu dek kakak
sebelah (yang suara dia aku rasakan pelik sikit, macam orang sakit
tekak. Mula2 aku ingatkan dia sakit tekak, tapi dah dekat nak sebulan
dah aku kat sini, suara dia macam tur lah juga. Jadinya aku taulah yang
dia semula jadi cenggitu.)
Sampai
pedup’ jugalah aku nak menghalau lembu nih. Dekat nak pukul 4 petang
baru dia blah. Lepas tur.. aku tak dapat nak tahan, gelak sorang2 aku
dibuatnya. Lama betul dah aku tak panic nih. Rasanya dah banyak tahun
dah. Kacau betul…. Sejarah betul.
0 comments :
Post a Comment