http://wirajiwa.bumicyber.com/images/thumbnails/images/stories/seri1%20%20naga%20wali%209-201x307.jpg 

Nampaknya aku nih kena banyak2 menjengok web/blog org lain gak nih. Kena rajin2kan diri membaca . Dah jadi mcm katak bwh tempurung dah nih, rasa cam bes sgt dah dpt buat 2,3 jenis bender. Dpt buat counter ngan ststistik ter dah kemain hebatnyer. Turlah akibatnya kalau bertapa dlm gua belajar ilmu kebal, gaib ngan memacam lagik. Pas tur tak keluar2 gua tur.... Terus dok kt situ dengan perasaan dah cukup sgt dah bender yang ada dlm dada. 

Dulu syarikat besar2 jer yg ada website nih. Sekarang ni budak sekolah tingkatan 2 pun dah ada blog, space,prienster dan bagai2 lagi.

Pernah sekali tur... masa aku baru buat myspace, dlam tahun 2005 gamaknyer. Rasakan kemain la advance nyer dah, sekali tur ada budak baru umur14 taun add aku. Pohh....budak kecik sedang tur pun ada myspce jugak? Adoi... lepas terr teruslah ilang semangat aku nak meng-update-nya. Secara lansungnya pengetahuan mengenai dunia IT nih tak update2 lah juga. 

Tulah salah satu punca2 pengetahuan tentang IT nih  terus tak berkembang. Pertama rasa cam apa yang kita cuba nak belajar tur dah terlalu jauh dgn standard kita. Kedua rasa give up dah. Rasa cam, alah dah tak leh masuk dah kalau nak cuba2 belajar balik. Kebetulan pulak hidup kita sehariaan tak bergantung dengan teknologi nih. Kita bayar bil api, bil air... semer pakai beratur kt pejabat pos. Tak guna online bil payment pun. Pernah dengar tapi tak pernah try nak pakai pun.

Kalau nak buat permohonan biasiswa atau apa2pun, baik utk diri sendiri atau utk anak2. Kita lebih rela panjat tangga bangunan kerajaan negeri daripada cuba belajar kaedah yang lebih pantas dan mudah. Permohonan melalui halaman web rasmi. Nak mohon masuk IPTA, nak buat pinjaman melanjutkan pelajaran. Benda tur semer dah ada dekat sepuluh tahun dah pun. Tak lama lg permohonan nak berpoligami pun dah boleh dibuat melalui online juga gamaknya. (hak nih pandai guna esok nih)

Tapi aku selalu ingatkan diri aku sendiri, tak apa kalau bergerak lambat daripada aku tak bergerak lansung. Jadinya aku pun belajarlah balik sikit2 ngan Dee. Kalau nak kira bukan sikit, hampir semua aku kena belajar semula. 

Biarlah jadi org yg paling lemah dalam dunia yang luas daripada menjadi orang yang paling kuat di dalam gua yang sempit.