Sunday, March 22, 2009 ' 8:10 PM l
Tadi sore Wa ada singgah ke Kota Naga, bertandang
dia ketemu aku. Penerampilan yg entah sekarang pulak aku rasakan
peliknya…. Dgn rambut merah ala ceti haram, rantai leher dgn gelang
besar rantai besikal’. Memangnyer dulu jadi pakaian aku juga. …dari
mulut dia, dia dah kawin… seorang puteri 11 bulan jadi penyeri.
Huihhh..? Kawen? Hehe.. “kantoi kerr?” “a’ah” Katanyer. Ceh… takperlah… korr buat korr jawablaaa… Takkan nak biarkan anak dara org.
Lama
tak jumper… mungkin banyak yg peliknyer bagi dia tentang aku. Yerlah,
aku yang dia kenal.. dgn aku yg depan mata dia sekarang. Aku yang dulu
slim, dan aku yang sekarang bulat macam tandan kelapa sawit. Campak juga
kat dia sepotong dua nasihat. Itu yang tak bermodalnyer. Nak pakai,
pakailah. Bagi aku cukuplah bila aku bercakap orang dengar. Itu dah kira
padan sangat.
Dia
datang nak ejas ‘barang’. Aduh, Abg dah cuci kaki tangan dek… ni cuci
sekali ngan samak punyer….aku betul2 tak tau ‘lubang’ kalau tau pun
biarlah kambus kaw-kaw punyer. Tanyakan otai-otai lama, Engku Bako, Ngoh
Sari dan 2,3 nama calon2’ LLPK’ belaka. “Diorang pun dah tak layan dah”
itu jer yang aku cakap… lagi aku cakap,” diorang yg dulu hardcore tu
semer dah ‘clear’”. Walaupun pada hakikatnya aku tak tau pun
perkembangan diorang. Tapi aku rasa lagi baik aku memanjangkan cerita2
yang baik2 jer… Moral yang aku nak sampaikan kt dia,Setiap orang walau
se-heavy mana pun dia, dia tetap akan berubah satu hari nanti. Tapi
sepengenalan aku si Wa nih tak adalah sejahat mana , pelakun tambahan jer pun.
Tapi bukan itu yang buat aku rasa macam kena sambar petir petang tadi.
“Abg Long dah tau, Tengku Bongsu dah meninggal, dah dua minggu”
Prakk!!!
Aku rasa macam ada tangan ramas2 jantung. Rasa yang tak dapat aku nak
lontarkan dalam bentuk bahasanya. Rasa macam nak call jerr no Tengku
Bongsu… rasa macam nak Tanya..”eh yerr ker auk mati dah” Rasa macam nak
cakap dgn dia jangan buat lawak laa… Rasa nak cakap minggu depan aku nak
balik nak ajak dia g ‘menyuluh menembak kancil’(salah satu kemahiran
Tengku Bongsu. BERBURU)
Ciss….!!!
Macam dalam filem pulak kenangan2 aku dengan dia terputar balik.
Teringat masa aku tersadai di Tanah Raja Sulaiman. Hampir sebulan dia
menanggung aku, makan minum. Masa tu dia pun tak ada kerja, tapi bilang
petang dia balik bawak ‘pegeras’ bagi kat aku. Bawak nasik bagi kat aku.
Belikan aku madu. Dia tak pernah tanya pun aku kenapa aku datang
merempat menyusahkan dia. Lepastu aku bawak dia duduk dgn aku di Kota
Kumbang… sejak dari itulah susah senang dia sama dengan aku. Dia jugalah
yg jadi promoter-nyer kat Datin yang aku nih pandai ‘berbomoh’. Sampai
bilang2 malam pulak orang panggil tangkap hantulah, laki larilah, kedai
tak lakulah, anak kena but dek oranglah. Dari sekecik2 kes…kes budak
kecik menangis malam sampailah ke kes harta Dragon Family yang Doktor
Nur dapat amanah dari Pak Soyo(…..) Semua tur Tengku Bongsulah yang
mempromotenye.
Bagi
aku Allahyarham adalah seorang yang kasar dan lurus. Dia tak pandai nak
jadi talam dua bidang. Bila dia suka dia akan suka, bila dia benci dia
akan mencuka. Dia seorang yang tidak sesuai lansung utk calon ketua
pemuda UMNOR. Tapi dia seorang sahabat yang kita boleh harapkan, tidak
akan sekali-kali meninggalkan kita andaikata berada bersama di atas
sebuah rakit di tengah2 lautan. Pasti. Mutlak kepastian itu, dia akan
berjuang bersama.
Dia
juga tak tau berkira. Tak tau kira-kira atau tak tau mengira atau apa
saja semaksud dengannya. Apa yang berlebih atas dia tidaklah perlu kita
berkias jika berkenan. Jika dua cincin dijarinya , yg cocok dengan hati
kita pasti dilurutkan. Itulah diumpamakan. Jadi resam dunia jika begini
sifatnya , maka kuranglah hartanya. Tapi tinggi bahasanya.
Tok
Andak aku pernah berkata yang aku akan ingat sampai bila2. Katanya “
Harta habis, Muda tua,Hidup mati, Berbudi kalau ada, Yang tak ilang
abis, tak bermodal, BAHASA.”
Sembang2
dengan Wa tak mampu aku mengubah niat dia. Tiada di Kota Naga nak ke
Bentan pulak gayanya. Memang aku tak nafikan tekad golongan ni tinggi
kalau dalam bab2 ngejas nih. Tak der kat sinih… kat sana, tak der yang ‘gula batu’ yang ‘merah tua’ tak dapat yang ‘putih gebu’ yang ‘biru muda’ pun jadi. Abis iktiar dah, yang ‘ijau pucuk pisang’ belambak kat klinik2 swasta. Aku taulah anginnyer, sebab dulu aku kepalanya.
Aku
terkenang pada Ayah dgn Makcik (Ayahnda dan Bonda Tengku Bongsu).
Kenapa mereka tak menitipkan berita dari Kota Seri Alam kehilir? Tapi
itu bukanlah yang aku nak sulam titipkan disini. Apa yang hendak ditinta
emaskan adalah mereka sudah juga umpama orang tua aku. Sangat berilmu.
Halus Pekerti , tinggi bahasanya serta tebal kasih sayang. Tidak hairan
aku akan jadinya Tengku Bongsu itu sebegitu elok jika sudah acunya dari
meranti.
Aku
pernah berkata tidak lengkap hidup seorang lelaki jika tiada sahabat.
Sahabat itu adalah pendamping, penyeri, pembela, penghibur dan pemberi
teguran. Dan Allahyarham memiliki semua ciri2 itu.
Bersejuk di Lembah Emas, Berpanas di Kota Keramat
Tiada pernah Kami dengar rungut dakwa Engku
Bersabung di Bukit Kuda Putih
Bertombak di Kota Badai, Yang lain berputih kaki
Engku mengalir darah dengan Kami.
Di Kota Kumbang kita berbagi nasik sebutir
Tidak Engku pergi lari
Di Kota Seri Naga berhujan intan permata
Tiada Engku tamakkan diri…
Datang lalu pergi tak tercari Kami akan ganti
Maka pergilah, tenanglah, senanglah
Kerana Kami juga pulang nanti hendak diNANTI.
Al-Fatihah utk Tengku Bongsu @ Seri Alam
0 comments :
Post a Comment