Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Saturday, January 18, 2014

Umur tidak semakin panjang, malah ia semakin pendek. Kita Nampak dengan jelas peralihan usia yang terjadi. Dulu kulit gebu mulus, tapi kini dah mula kering dan ada tanda kedutan. Dulu pinggang ramping jer, sekarang dah banyak lemak sana sini(itu tanda metabolisma dah turun bila usia bertambah). Dulu badan sihat, makan apa pun tak jadi masalah, sekarang badan selalu sakit-sakit, makan sejuk-sejuk sikit tak boleh nanti lenguh betis dan sebagainya.

Tapi semua tanda-tanda ni ditutupi oleh keinginan nafsu yang tidak pernah tua dan puas. Sungguh kita ini tertipu. Dan lena dalam penipuan ini. Wahai Allah, kasihanilah kami.

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. [AL-QURAN SURAH Al-Jathiyah: Ayat 23]

Posted on Saturday, January 18, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tarbiyyah Rohani,tarbiyyah yang sering dilupai.

KETIKA BERDIRI DIHADAPAN CERMIN, LIHAT LAH KEKURANGAN DIRI JANGAN DILIHAT KELEBIHANNYA

Dalam rancak kita berbicara soal-soal tarbiyyah. Sering kita fokuskan kepada pembentukan fikrah, wala', sifat-sifat jundi dan qiady yang dikehendaki oleh jamaah dan beberapa perkara yang berkaitan dengan adab-adab berjamaah. Sering kali kita lupa kepada tanggungjawab membentuk fikrah rohani. Saya tidak maksudkan tarbiyyah rohani disini ialah mendidik ahli jamaah tekun menunaikan ibadah, atau giat berqiamullail dan berma'thurat setiap hari. Namun apa yang saya maksudkan disini ialah "berfikir secara rohani". Berfikir secara rohani akan mengukuhkan lagi sifat-sifat kerohanian sehingga menyerlahkan hakikat sebenar sifat "mahmudah" yang diimpikan oleh semua hamba yang sejati. Apakah bentuk "berfikir secara rohani" yang diperlukan oleh anggota jamaah?.

1.) Memahami hakikat kerja dalam jamaah.

Kita perlu diasuh untuk memahami ruh sebenar segala kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini. Apabila kita mengatakan berjamaah adalah wajib ( menurut usul fiqh, bagi mencapai maksud dakwah yang sebenar) bermakna segala kerja yang kita lakukan dalam jamaah ini adalah "ibadah". Apabila kerja dan pengelibatan itu ibadah, maka hendaklah kita faham bahawa;
a). Ibadah hendaklah dengan niat yang ikhlas Lillahi Ta'ala.

Sebagaimana solah, puasa, haji dan ibadah-ibadah khususiyyah yang lain menetapkan adanya niat kerana Allah, maka begitulah juga apa jua kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini.Objektif utama kita ialah mencari keredhaan Allah. Ada sahabat bertanya kepada saya, kalau begitu mengapa dalam perjuangan ini kita harapkan kemenangan dan kuasa. Memang benar. Kita memang mengharapkan Kemenangan dan kuasa. Tujuannya ialah untuk menegakkan khilafah Allah di mukabumi ini, bagi mencari keredhaan Allah. Justeru itulah kita Iltizam dengan matlamat "negara Islam". Jika perjuangan ini bukan kearah matlamat menegakkan "daulah Islamiyyah" yang terlaksana di dalamnya syariat Allah, maka kerja-kerja kita kearah meraih kemenangan itu tidak lagi "ibadah". Apabila kerja-kerja dalam jamaah ini sudah tidak lagi berwajah ibadah maka sendi-sendi perjuangan ini akan lumpuh disegenap peringkat. Apabila kerja dalam jamaah ini bukan Ibadah, maka sudah tentu kita lakukannya untuk wang, atau pangkat atau bagi mencapai kepuasan nafsu. Sedangkan kita telah saksikan perjuangan yang bermatlamatkan wang akhirnya hancur kerana rasuah telah menjalar sehingga ketulang sulbi parti mereka. Jika dilakukan kerja jamaah kerana pangkat semata-mata maka telah kita saksikan perebutan jawatan yang sedang berlaku dalam sebuah parti di negara kita. Sehingga terhapusnya wajah dan sikap manusia bertamaddun saat pemilihan parti mereka. Perbalahan berlaku dimana-mana.

b). Ibadah hendaklah bersesuaian dengan sunnah Rasul.

Sesuatu amalan itu tidak dinamakan Ibadah jika berlawanan dengan sunnah Rasulullah saw. Justeru itu kita hendaklah sentiasa menjaga nilai-nilai sunnah dalam melaksanakan apa jua urusan dalam jamaah. Kita sememangnya dituntut berusaha untuk mendapatkan simpati, undi dan sokongan serta penyertaan ummat umum. Namun usaha-usaha kearah itu tidak boleh dibuat secara terpinggir dari suluhan siirah Rasulullah saw. Jangan sekali-kali bersikap "asalkan menang, lakukan lah apa cara sekalipun atau yang penting kita menang dulu, selepas itu baru kita fikir tentang melaksanakan syariat Islam". Cuba kita lihat kembali bagaimana Rasulullah membentuk generasi dua'at yang pertama dalam sejarah perjuangan Islam. Ada suara-suara yang berkata; "cara itu lambat menang". Lalu cuba tunjukkan kepada saya di Malaysia ini mana dia jamaah yang telah berjaya mencapai kemenangan mendahului Pas?.

c). Ibadah hendak dipelihara daripada perkara-perkara yang membatalkannya.

Setiap ibadah hendaklah terhindar daripada perkara-perkara yang membatalkannya. Solah tidak boleh diteruskan apabila wudhu' telah terbatal. Begitu juga dengan kerja-kerja jamaah ini. Jangan kita laksanakan kerja-kerja jamaah bersamaan dengan kita melakukan perkara-perkara yang haram. Mungkinkah kita mengharapkan pertolongan Allah dalam keadaan kita mendurhakai Allah?.

d). Ibadah menuntut sifat khyusuk dalam melakukannya.

Khyusuk umumnya bermakna sentiasa ingat pertemuan mereka dengan Allah dan yakin bahawa segala amalan mereka akan dibawa kembali kepada Allah. Khuyusuk,khususnya dalam solah bermakna berta'ammul ( memerhati dan menghayati) setiap bacaannya sepanjang solah. Bagitulah hakikatnya kerja kita dalam jamaah ini. Semua yang kita lakukan ( samaada peringkat atasan jamaah atau bawahan) pastinya akan dibawa kehadapan Allah swt di Akhirat. Kita seharusnya menghayati perjuangan ini dengan sebenar-benar penghayatan. Keujudan kita (pas) bukan sekadar untuk memenuhi ruang kosong dalam politik di Malaysia. Kita ada tugas yang besar, tugas yang kita warisi dari Rasulullah saw, iaitu membangunkan kalimah tauhid sehingga meratai setiap inci bumi Allah ini.

e). Ibadah hendaklah dilaksanakan terus menerus tanpa jemu.

Ibadah adalah lambang pengabdian diri kepada Allah. Justeru itu kita tidak boleh jemu beribadah. Jemukah kita menjadi hamba Allah?. Sebagaimana kita tidak boleh merasa jemu menjadi hamba kepada Allah, kerana hakikatnya kita mengharapkan Allah setiap saat, maka begitu jugalah kita tidak boleh jemu beribadah kepadanya. sumbangan kerja yang kita lakukan untuk jamaah ini adalah sebahagian daripada ibadah itu.

f). Ibadah tidak dihalangi oleh susah atau senang dan apa jua rintangan.

Ibadah yang tulus ikhlas kepada Allah akan terus dilaksanakan walau apapun keadaannya. Solah umpamanya. Tiada keadaan yang boleh menghalagi kewajipan solah kecuali gila dan mati. Hatta saat di medan peperangan pun solah masih perlu dilaksanakan. Itulah juga tanggungjawab kita dalam jamaah ini. Apakah saat mencapai kemenangan kita bersungguh-sungguh melakukan kerja-kerja jamaah, manakala saat ditimpa kekalahan kita berundur diri daripadanya?. Saat diberi jawatan kita aktif mengisi program jamaah, apabila tidak lagi memegang apa-apa jawatan kita terus berundur dari memberi sumbangan. Bukankah Allah mengajar kita, berilah infaq di jalan Allah samaada dalam keadaan senang ataupun susah.

JANGAN TERLALU KERAP MEMBICARAKAN DIRI MU KELAK AKAN HILANG ALLAH DARI PANDANGAN MU

2. Memahami hakikat perhambaan kepada Allah.

Walau dimana pun posisi kita dalam jamaah ini, kita secara umumnya adalah "hamba kepada Allah". Samaada kita yang berada dikerusi kepimpinan atau sekadar 'Amilin diperingkat bawahan. Semua kita wajib berfikir sebagai "hamba". Membentuk acuan berfikir sebagai hamba akan menjadikan kita;

a). Sentiasa berkhidmat kepada jamaah tanpa banyak soal.

Sifat seorang hamba ialah akan sentiasa patuh dengan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh "Tuannya". Hamba tidak pernah bertanya apakah habuan yang bakal diterima sebagai ganjaran atas khidmatnya kepada Tuannya. Hamba sudah cukup berpuas hati dan bersyukur jika dapat berkhidmat kepada Tuannya sekalipun tidak dijanjikan apa-apa ganjaran. Jika sifat sedardiri ini berjaya ditarbiyyah keatas seorang 'amilin dan petugas dalam jamaah, kita akan dapat saksikan pribadi tawadhuk yang cukup setia dengan arahan yang diberikan oleh jamaah. Kita tidak seharusnya berfikir apa akan Allah berikan atas jihad dan kerja-kerja jamaah yang telah kita lakukan. Kita lakukan tugasan ini kerana kita hamba kepada Allah. Takdir kata Allah tidak menjanjikan apa-apa janji kemenangan kepada perjuangan ini, kita masih tetap dituntut bekerja tanpa soal. Inikan pula bila Allah dalam banyak ayat-ayatNya menjanjikan kemenangan dan pertolongan atas perjuangan hambaNya. Kita sebenarnya tidak layak bertanya bilakah kemenangan dan kejayaan akan diberi jika sekalipun kita telah mengerahkan seluruh tenaga dalam perjuangan ini. Inikan pula masih terlalu sedikit sumbangan yang kita berikan, masih terlalu sedikit masa yang kita peruntukkan untuk jamaah dan masih jarang benar doa kita untuk kejayaan jamaah.

b). Sentiasa beradab dengan adab hamba.

Adab hamba ialah rendah diri, banyak bekerja dari bertanya, lebih banyak berfikir apakah khidmatnya kepada Tuannya berbanding apakah anugerah Tuannya kepadanya dan setiap saat ia menjaga adab-adab perhambaan. Fikrah ini jika dimiliki oleh para 'amilin dalam jamaah, mereka akan sentiasa dihiasi dengan sifat-siafat mahmuudah. Akhlak yang dihiasi dengan sifat tawadhuk yang akan menjadikan ia sentiasa dicintai oleh Allah dan kawan serta disegani oleh lawan. Perasaan perhambaan itu akan sentiasa menjadi penasihat kepadanya, jika ia hampir tergelincir dari landasan jamaah. Ia tidak akan lari dari jamaah walau apa pun sebabnya, sebagaimana ia tidak sanggup untuk menjadi hamba yang lari dari Tuannya.

c). Sentiasa merasai kehadiran Allah dalam hidupnya.

Orang yang diasuh dengan "berfikir secara rohani" akan sentiasa merasai kehadiran Allah dalam setiap sudut dan penjuru hidupnya. Allah sentiasa hadir samaada saat ia bersendiri atau dikhalayak umum. Mereka tidak akan menjadi ahli jamaah yang hipokrit. Apa pun situasi yang dihadapinya ia tetap menyantuni Allah. Allah tetap bersamanya. Justeru itu ia tidak merasa gelisah dengan berlikunya jalan perjuangan yang dilalui. Jiwanya sentiasa segar dengan pengharapan dan keyakinan bahawa Allah tiadak akan pernah membiarkan dan mengabaikannya. Hasil kerja jamaah yang datang dari 'amilin yang sentiasa yakin dengan pertolongan Allah tidak sama dengan hasil kerja 'amilin yang dilonjak dengan pujian dan sanjungan.

d). Menghargai apa jua yang datang dari Allah.

Seorang hamba merasa sangat gembira jika dihadiahkan sesuatu oleh tuannya. Bukan nilai hadiah itu yang dilihatnya tetapi dari siapa hadiah itu datang. Justeru itu anggota jamaah yang diasuh dengan kesedaran ini sangat menghargai apa jua kedudukannya dalam jamaah. Jika Allah menganugerahkannya posisi ahli biasa, maka ia sangat bersyukur kerana itulah pilihan Allah untuknya. Ia tidak pernah merasa kecewa dengan pilihan Allah. Jika Allah menganugerahkan posisi kepimpinan untuknya, maka ia bersyukur dan akan menjaga anugerah itu dengan penuh amanah. Ia yakin, apa pun pilihan Allah pastinya itulah pilihan yang paling baik untuk dunia dan akhiratnya. Kerana Allah Maha Tahu dan Maha Bijaksana. Jika Allah menganugerahkan kemenangan, maka itu adalah kemanisan yang harus disyukuri. Jika Allah mentakdirkan kekalahan, maka itu adalah ujian yang perlu diredhai.

Artikel ehsan Ustaz Mokhtar Senik : http://Ustazmokhtar.blogspot.com

Posted on Saturday, January 18, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, January 17, 2014

Al-Quran mengizinkan suami memukul isterinya jika mereka tidak taat(sudah terjadi), atau dikuwatiri tidak taat(belum terjadi).

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." [QS. Surah An-Nisa’ : 34]

Ibn Kathir berkata : “ayat ini mengenai wanita yang kamu kuwatirkan akan tidak taat kepada suami mereka.Dan ketidaktaatannya bertambah, wanita yang tidak taat adalah wanita yang melawan suaminya, mengabaikan keperluannya, dan yang membencinya.”

Salah satu tanggungjawab suami adalah mendisiplinkan isterinya jika dia tidak taat. Taat disini adalah perintah yang diperintahkan syara’ dan hak-hak suami yang telah ditentukan syara’. Tidak dikira nusyuz seorang isteri yang tidak mentaati perintah suaminya yang bertentangan dengan syara’, dan haram pula bagi suaminya memukuli isteri jika isteri menolak untuk taat pada yang bertentangan dengan syara’.

Pukulan disini bukanlah pukulan yang kuat dan menyebabkan cedera, lebam, bengkak, luka dan sebagainya. Tidak dipukul di muka dan kemaluannya.

Ada sebahagian Ulama berpendapat, pukul dengan kain basahan, ada sebahagiannya memberi gambaran tahap pukulan itu, mengunakan kayu sugi (berus gigi).

Atha’ rahimahullahu berkata: "Aku pernah bertanya kepada Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, “Apakah yang dimaksudkan dengan pukulan ghairu al-mubarrih?” Ibnu Abbas ra menjawab, “Memukul dengan siwak/kayu sugi dan yang seumpama dengannya.”

Anda sekelian boleh membayangkan setahap manakah pukulan dengan berus gigi? Demikianlah adanya. Dan bukanlah dipukul isteri yang tidak taat itu sampai lebam dan bengkak sana sini.

Walaupun yang demikian(Islam membolehkan memukuli Isteri yang tidak taat). Tetapi ang terbaiknya adalah bersabar dan memaafkan mereka. Serta bersikap hikmah dengan mereka.

Sesuai dengan Sabda Nabi SAW. Diriwayatkan dari Aisyah ra., beliau berkata: Rasulullah saw. Bersabda: " Sesungguhnya diantara kesempurnaan iman orang-orang Mukmin ialah mereka yang paling bagus akhlaknya dan bersikap lemah lembut terhadap keluarganya". (HR. Tirmidzi, shahih namun tidak diketahui apakah Abi kilabah mendengarnya dari Aisyah, sumber: Sunan Tirmidzi hal: 2612).

{Ada sebahagian Ulama berpendapat, pukul dengan kain basahan, ada sebahagiannya memberi gambaran tahap pukulan itu, mengunakan kayu sugi (berus gigi).}

http://www.youtube.com/watch?v=mtpowSvVf7w

Posted on Friday, January 17, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada  17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran  dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan  kepada Nabi s.a.w.

Firman Allah S.W.T:
"  Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar".

Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya  adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya  menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.


Turunnya Al-Quran  bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf"

Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan  panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:

" Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil"

Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :" Makan tiga kali sehari" tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.

Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :

" Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya".

Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran,  As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Firman Allah s.w.t:

"Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)"

Nabi berpesan:
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya"



Artikel dipetik dari : http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=813&Itemid=1
Oleh  : Bahagian Dakwah, JAIS

Posted on Friday, January 17, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Meleteri suami dan menyakitkan hatinya ialah haram. Kisah yang masyhur ialah Umar ra membiarkan dirinya dileteri isterinya sedangkan ianya palsu dan menyalahi sunnah.

Yang disebut oleh riwayat yang sahih ialah Saidina Umar ra memarahi isterinya dan mengingkari perbuatan isterinya yang berleter dan menjawab kepadanya. Apabila isterinya mempertahankan tindakannya dengan berkata para isteri rasulullah pun meninggi suara terhadap baginda maka Umar ra pun menjawab : "Sungguh rugi orang yang melakukan perkara tersebut di kalangan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari no. 4913 dan Muslim no. 1479) Kemudiannya Umar ra pergi memarahi anaknya Hafsah (isteri rasulullah) dan menegur mereka !

Fiqh salaf dalam masalah hubungan suami-isteri ada kaedah jelas iaitu kebaikan suami adalah tanda kemuliaannya, manakala keburukan suami adalah fitnah dan ujian kepada isteri. Sebab itu syarak menyediakan jalan mahkamah, qadhi dan ulil amri sebagai tempat isteri mengadu atau melepaskan diri dari suami kerana isteri tidak boleh meninggi diri, mengarah dan memerintah suaminya. Isteri juga tidak boleh bergaduh dengan suami atau berdebat dengannya untuk mendapatkan haknya. Syarak menyediakan jalan keluar dengan menuju ke ulil amri agar jangan sampai budaya isteri bangkit kepada suami wujud dalam keluarga Islam kerana jika belaku begitu hancurlah baitul Muslim, dayus para lelaki dan rosaklah keutuhan umah.Malangnya riwayat yang sahih dan fiqh yang sepatutnya diamalkan ini akan tenggelam juga oleh suara-suara popular, ustazah comey, novel-novel dan artikel yang ditulis oleh mereka yang terpengaruh dengan budaya feminisme dalam agama.

Dalam hadith yang sahih. Rasulullah memulaukan mereka dan mengambil kaedah mengasingkan diri sehingga para sahabat menyangka ister-isteri baginda telah diceraikan.

Ini riwayat yang sahih tentang bagaimana Islam menguruskan rumahtangga hamba-hamba Allah SWT. Ianya tak ada kena mengena dengan penindasan wanita. Yang membodohkan masyarakat ialah yang bawa dalil palsu, nash palsu dan cerita dongeng untuk mengikut telunjuk barat dan memperjuangkan apa yang bercanggah dengan Islam.

Kita tak boleh kata Islam agama palsu sebab ada Muslim penipu & penyanggak. Samalah keutamaan hak suami tak digugat oleh ramainya bilangan lelaki jahat. Hak suami dan kemuliannya tetap hak yang dijamin oleh Al-Quran dan as-sunnah. Nak kata apa lagi....mana-mana lelaki yang tak mempertahankan kedudukannya yang dilandaskan oleh agama ialah DAYUS.....tak boleh cium bau syurga !

Matan hadith :
ูˆَูƒُู†َّุง ู…َุนْุดَุฑَ ู‚ُุฑَูŠْุดٍ ู†َุบْู„ِุจُ ุงู„ู†ِّุณَุงุกَ ، ูَู„َู…َّุง ู‚َุฏِู…ْู†َุง ุนَู„َู‰ ุงู„ْุฃَู†ْุตَุงุฑِ ุฅِุฐَุง ู‚َูˆْู…ٌ ุชَุบْู„ِุจُู‡ُู…ْ ู†ِุณَุงุคُู‡ُู…ْ ูَุทَูِู‚َ ู†ِุณَุงุคُู†َุง ูŠَุฃْุฎُุฐْู†َ ู…ِู†ْ ุฃَุฏَุจِ ู†ِุณَุงุกِ ุงู„ْุฃَู†ْุตَุงุฑِ ، ูَุตَุฎِุจْุชُ ุนَู„َู‰ ุงู…ْุฑَุฃَุชِูŠ ูَุฑَุงุฌَุนَุชْู†ِูŠ ูَุฃَู†ْูƒَุฑْุชُ ุฃَู†ْ ุชُุฑَุงุฌِุนَู†ِูŠ ، ู‚َุงู„َุชْ : ูˆَู„ِู…َ ุชُู†ْูƒِุฑُ ุฃَู†ْ ุฃُุฑَุงุฌِุนَูƒَ ูَูˆَุงู„ู„َّู‡ِ ุฅِู†َّ ุฃَุฒْูˆَุงุฌَ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„َูŠُุฑَุงุฌِุนْู†َู‡ُ ูˆَุฅِู†َّ ุฅِุญْุฏَุงู‡ُู†َّ ู„َุชَู‡ْุฌُุฑُู‡ُ ุงู„ْูŠَูˆْู…َ ุญَุชَّู‰ ุงู„ู„َّูŠْู„ِ ، ูَุฃَูْุฒَุนَู†ِูŠ ุฐَู„ِูƒَ ، ูˆَู‚ُู„ْุชُ ู„َู‡َุง : ู‚َุฏْ ุฎَุงุจَ ู…َู†ْ ูَุนَู„َ ุฐَู„ِูƒِ ู…ِู†ْู‡ُู†َّ ุฑู‚ู… ุงู„ุญุฏูŠุซ: 4913/4819

Kisah Umar ra berdiam diri ketika dileteri oleh isterinya adalah tidak sahih, kisah itu berasal dari kitab Tanbihul Ghafilin karya Imam Abu Laits As-Samarqandi. Kisah ini disebutkan tanpa sanad dan asal yang boleh dijadikan sebagai hujah. Statusnya adalah sekadar hikayat cerita dan tidak boleh dibuat modal ceramah kerana menyalahi etika yang diajarkan sunnah yang mengalakkan isteri menjaga hati suami dan beradab dihadapan mereka.

By Ustaz Emran Ahmad

Posted on Friday, January 17, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, January 16, 2014

Sifat-Sifat Neraka


Luasnya Neraka :


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'


Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'


Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.


Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.


Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'


Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (iaitu yang lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'


Jawab Jibrail: 'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.


Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.


Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.


Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'


Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'


Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.


(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

Posted on Thursday, January 16, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

SUMBER : Disiarkan pada Oct 28, 2007 dalam   http://drmaza.com/

Dalam sejarah manusia, ramai yang teraniaya hanya disebabkan oleh berita palsu yang direka terhadap seseorang. Penderitaan atau kezaliman cerita bohong atau penyelewengan fakta terhadap seseorang, bukan sahaja dirasai kesannya oleh individu berkenaan, sebaliknya juga orang ramai.


Lihat sahaja apabila diselewengkan hakikat Nabi Isa a.s. daripada seorang insan yang diutuskan menjadi rasul telah diselewengkan kepada anak Tuhan. Hasilnya, satu umat merubah menjadi syirik dan tersasar jauh dari agama yang sebenar. Adapun Nabi Isa a.s, baginda tetap mulia di sisi Allah. Namun yang menjadi mangsa ialah golongan jahil yang menelan penyelewengan fakta yang dibuat oleh sesetengah pihak. Demikian Saidina Ali r.a., hakikat dirinya telah diselewengkan, sehingga lahirnya aliran Syiah telah memuja-mujanya melebihi yang sepatutnya melebihi kedudukan seorang nabi lalu tersasarlah satu mazhab di kalangan umat ini.


Sebab itu dosa para penyeleweng fakta dan hakikat sejarah bukan sedikit. Mereka akan turut menanggung dosa kesesatan mereka yang terseleweng disebabkan fakta yang direka atau hakikat yang diubah.


Firman Allah: (maksudnya) Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa Yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah: 79).


Dosa penyelewengan akan terus ditanggung selama mana pembohongan beredar di kalangan manusia. Justeru itu, kita sentiasa disuruh berhati-hati dalam menerima berita buruk mengenai orang lain.


Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.
Bukan sedikit dalam sejarah manusia yang menjadi mangsa hasil dari penyelewengan fakta. Bermula daripada para nabi, para sahabah Nabi s.a.w., tokoh-tokoh ilmu, para pemerintah sehingga kepada insan biasa. Semua kerana berita golongan yang hasad, atau menyimpan dendam kebencian, atau orang yang hobinya membuat cerita. Atas apa pun alasan, mereka yang terlibat menyelewengkan fakta memakai pingat kurniaan bergelar ‘fasiq’ atau secara mudahnya ‘orang jahat’ atau ‘ahli dosa’.


Umpamanya, entah berapa banyak kisah dusta yang direka oleh golongan syiah untuk memburuk Mu’awiyah bin Abi Sufyan, sahabah Nabi s.a.w hanya kerana dendam politik.
Seorang tokoh sejarah , Munir al-Ghadban menyebut: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi –di dalam sejarah Islam- yang terdiri daripada kalangan para sahabah yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah s.a.w. dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Mu`awiyah bin Abi Sufyan r.a. Sesungguhnya kebanyakan maklumat yang terlekat di pemikiran orang ramai telah diterima sebagai sesuatu yang tidak diragui lagi dan tidak boleh untuk dipertikaikan. Maklumat itu tidak bersesuaian sama sekali dengan darjat yang sepatutnya bagi seorang sahabah Nabi. Gambaran Mu`awiyah pada pemikiran orang ramai ialah seorang yang menuntut kuasa, ahli politik yang cekap, seorang yang mencari kesempatan, dia tidak pernah menghiraukan apa pun dalam usahanya untuk sampai kepada kekuasaan dan seorang yang bertarung kerana inginkan kuasa serta bertindak membunuh berpuluh-puluh ribu orang lain semata-mata untuk menjadi khalifah. Inilah gambarannya yang bertentangan dengan perasaan dan fitrah setiap muslim, namun tiada ganti baginya kerana buku-buku sejarah menyebut demikian. (Munir al-Ghadban, Mu`awiyah bin Abi Sufyan, m.s. 5 Syria, Dar al-Qalam).


Demikian riwayat-riwayat bohong yang telah menggambarkan Khlaifah Harun al-Rasyid sebagai seorang yang suka berfoya-foya. Bahkan masyhur di kalangan sesetengah masyarakat bahawa dia sering ditipu oleh seorang ‘kaki belit’ yang bernama Abu Nawas. Ramai yang membaca kisah bohong Nawas dan tersengeh melihat bagaimana dia berjaya mempersendakan Khalifah Harun al-Rasyid. Sedangkan kata Ibn Khaldun (meninggal 808H): “Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak, Allah memelihara daripada itu semua!. Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua dengan keadaannya yang melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan bagi kedudukannya sebagai khalifah. Seorang yang mendampingi ulama dan auliya. Selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari. Selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya” (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m.s. 17, Beirut: Dar al-Fikr).


Kadangkala kebencian dan dendam membawa sesetengah pihak menghalalkan diri mereka mencipta kisah dusta memfitnah orang lain. Kemudian orang ramai pula menelankan tanpa menyedari bahawa jika itu satu fitnah pembohongan, mereka akan dihukum oleh Allah pada hari kiamat kelak kerana menyebarkan fitnah terhadap muslim yang lain. Apatah lagi jika muslim itu sahabah Nabi s.a.w, atau orang soleh atau tokoh ilmuwan Islam. Sekalipun jika individu itu bukan terkenal sebagai orang soleh dan baragama, kita tidak boleh menzaliminya dengan membuat cerita bohong terhadapnya. Lihatlah apa yang dilakukan oleh penyelewengan sejarah terhadap Yazid bin Muawiyah dengan menuduh dia membunuh cucu Nabi s.a.w. Saidina Husain bin Ali. Sehingga dia dilaknat dan ditohmah dengan berbagai tohmahan. Padahal tiada bukti pun yang menunjukkan demikian.


Kata Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): “Yazid bin Mu`awiyah lahir pada zaman khalifah `Uthman bin `Affan r.a. Beliau tidak bertemu dengan Nabi S.A.W. dan tidak termasuk dalam kalangan sahabah dengan sepakat ulama. Dia juga tidak termasuk di kalangan yang terkenal dengan agama dan kesolehan. Dia adalah salah seorang pemuda kaum muslimin. Dia tidak kafir atau zindik. Memegang jawatan selepas ayahnya dengan kebencian sebahagian kaum muslimin dan redha sebahagian yang lain. Dia adalah seorang yang berani dan bermurah hati. Dia bukan seorang yang menzahirkan perkara-perkara keji (maksiat) seperti yang dituduh oleh musuh-musuhnya” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 2/253, Riyad: Maktab al-`Abikan)


Adapun peristiwa pembunuhan cucu Nabi s.a.w. Husain bin `Ali r.a. tidak ada bukti dia menyuruhnya atau terlibat dengannya. Bahkan ahli sejarah yang adil telah meriwayatkan bahawa beliau telah menangis atas kematian Husain dan melaknat pembunuhnya. Penduduk Syam yang hadir turut menangis bersamanya. Bahkan hubungan baik Yazid dan anak Saiyyidina Husain iaitu `Ali bin Husain berterusan selepas itu. Mereka sering mengutus surat menyurat antara mereka. Bahkan `Ali bin Husain menganggap yang membunuh ayahnya adalah Syi`ah di Kufah yang menjemput ayahnya datang dan menipunya. Cumanya Yazid dipertikaikan kerana tidak membunuh balas terhadap pembunuh Husain.


Kata Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar dibunuh Husain r.a. Riwayat mereka yang dipercayai menyatakan perintah membunuh al-Husain datang dari orang yang mengepalai pembunuhannya iaitu `Ubaid Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu” (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar Yazid m.s. 57, Kaherah: Dar al-Sahwah).
Maka, kita tidak dapat menerima sesetengah pihak yang memudah-mudahkan menerima kisah buruk hanya kerana yang dikaitkan itu seorang artis atau orang politik atau seorang yang tidak dipandang tinggi dalam agama. Dosa tetap dosa. Setiap insan ada haknya yang akan dibela di sisi Allah. Para wartawan hendaklah sedar hakikat ini. Jangan dalam keghairahan mengejar berita sensasi, mereka melanggar hak-hak insan yang dipelihara oleh agama.


Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Para ulama juga bukan sedikit yang menjadi mangsa penyelewengan fakta. Cumanya fitnah terhadap tokoh-tokoh ilmuwan agama ini kebanyakannya lahir dari sentimen ketaksuban sesama golongan agama itu sendiri. Apabila adanya kelompok agama yang terlalu taksub terhadap sesuatu aliran atau tokoh, maka mereka akan memfitnah tokoh-tokoh yang dianggap tidak sealiran dengan aliran taksub mereka. Hal ini telah mengenai berbagai tokoh termasuk al-Imam al-Syafi’I, al-Bukhari, Ibn Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab dan ramai yang lain. Contohnya, di sana ada kitab yang dusta mengenai al-Rihlah ila al-Rasyid (Kembara Menuju Harun al-Rasyid) yang disandarkan secara palsu kepada al-Imam al-Syafi’i r.h. Dalam kitab tersebut banyak riwayat-riwayat yang bohong dan karut. Antara ianya mencerita bahawa Al-Imam al-Syafi’i bertemu dengan al-Qadi Abu Yusuf (w 182H), tokoh utama mazhab Abi Hanifah di Baghdad, sedangkan al-Qadi Abu Yusuf telah meninggal sebelum al-Imam al-Syafi’`I masuk ke Baghdad. Lebih buruk lagi ia menceritakan tokoh terkenal ulama Islam al-Imam Muhammad bin Hasan al-Syaibani (w 189H) dan juga al-Qadi Abu Yusuf merancang agar al-Imam al-Syafi’i dibunuh dengan membuat dakwaan terhadapnya di hadapan khalifah. Ini adalah fitnah yang besar terhadap kedua imam yang agung tersebut. Kedudukan kedua-dua imam yang agung itu memustahilkan mereka melakukan perkara yang seperti itu. Kisah ini semata-mata untuk memperlihatkan ketaksuban kepada imam al-Syafi’i. Semuanya datang daripada ‘Abd Allah bin Muhammad al-Balawi, seorang pendusta. Malangnya beberapa tokoh telah memetik apa yang diriwayatkannya tanpa menjelaskan pembohongan isi kandungannya. Sedangkan menurut kajian al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) al-Imam al-Syafi’i datang ke Bahgdad pada tahun 184H. Beliau telah berdialog dengan al-Imam Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani di hadapan khalifah Harun al-Rasyid. Muhammad bin al-Hasan memuji al-Imam al-Syafi’i disebabkan kebijaksanaannya. Sehingga beliau memuliakan al-Imam al-Syafi’i dan mengambilnya sebagai tetamu. Adapun Al-Qadi Abu Yusuf telah meninggal setahun, atau dua tahun sebelum itu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 10/263, cetakan Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, Beirut.).


Demikian fitnah yang dikenakan kepada Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h. Hanya kerana hasad dan taksub. Di Malaysia ini pun ada ‘tukang penyebar fitnah terhadap Ibn Taimiyyah’. Tujuannya agar cubaan membawa Islam dengan lebih terbuka dan ilmiah dapat dihalang, kerana Ibn Taimiyyah tokoh pembaharuan yang menjadi sumber inspirasi banyak pihak. Maka seperti biasa Ibn Taimiyyah dituduh sebagai wahhabi, padahal dia meninggal pada tahun 728H dan al-Imam Muhammad Abdul Wahhab lahir pada 1115H, iaitu hampir empat ratus sebelum kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab. Ilmu Ibn Taimiyyah r.h juga jauh mengatasi keilmuwan Muhammad bin Abdul Wahhab. Ibn Taimiyyah r.h telah membayar harga yang mahal untuk perjuangan pembaharuan yang dilakukan pada zamannya. Setiap kali gerakan perbaharuan berlaku, sejarah akan mengenangnya. Musuh-musuh pembaharuan pula akan membangkitkan semula fitnah terhadapnya. Pada zamannya musuh-musuh beliau dari kalangan ahli-ahli khurafat, syi`ah dan tarikat yang melampau telah menabur fitnah yang begitu dahsyat terhadap beliau. Dengan harapan, jatuhnya Ibn Taimiyyah, dapatlah mereka bermaharajalela.


Tokoh dakwah terkenal Maulana Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi, dalam bukunya “Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah” telah menceritakan bagaimana golongan yang sesat berusaha agar Ibn Taimiyyah dipenjarakan. Apabila beliau dipenjarakan, maka mereka kembali berani untuk menyebarkan kesesatan mereka. Maka, para ulama pada zaman tersebut mulai sedar betapa besar dan pentingnya peranan Ibn Taimiyyah. Mereka mula menulis surat, merayu dan membelanya di hadapan pemerintah, sehingga al-Nadwi menyebut: “Ahli bid`ah dan hawa nafsu yang cuba untuk menonjolkan diri sebagai bermazhab Ahli sunnah, untuk menipu para pemerintah dan hakim (agar menangkap Ibn Taimiyah). Sebaik sahaja berjaya penipuan mereka, maka orang ramai pun nampaklah kejahatan mereka, dan golongan tersebut mulalah menonjol dan tidak bersembunyi lagi”.( Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, m.s. 93-94, Kuwait: Dar al-Qalam)


Jika kita perhatikan tokoh-tokoh umat pada zaman lalu dan kini, mereka banyak mengambil manfaat daripada khazanah Ibn Taimiyyah. Lihat al-Nadwi yang saya sebutkan di atas. Demikian juga al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa).


Justeru, kita hendaklah berhati-hati dengan fitnah dan khabar buruk yang disebarkan oleh manusia yang bermusuhan atau berkepentingan. Orang yang difitnah sebenarnya tidak rugi di sisi Allah selagi dia ikhlas dan lurus dengan Allah. Bahkan dia akan diberi pahala yang besar. Namun yang menfitnah dan menyebarkan fitnah, akan menanggung bebanan dosa itu di dunia dan akan dibicarakan pada hari kiamat kelak. Janganlah kita jadi seperti masyarakat lalat hijau yang gemarkan bahan busuk, dan akan mati jika disiram air wangi. Cumanya, deria lalat selalu benar dan tidak menipu, maka ia benar-benar akan hinggap pada yang busuk. Malangnya deria kita banyak yang tidak benar, lalu kita membusukkan yang tidak busuk. Lantas kita menanggung dosa sehingga kiamat.


Dengari firman Allah (maksudnya): Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita dusta itu segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan mendapat hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri (sesama mukmin). dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”. (QS. Surah al-Nur : 11-12).

Posted on Thursday, January 16, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory