Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Saturday, October 23, 2010

Hari ni aku bersembang dengn sorang budak Myammar yang kerja security guards kat Twentech. Dari cerita dia. Rupanya dia dah 6 tahun kat Malaysia ni.  Aku Tanya pasal visa. Dia kata dia suaka politik. Aku tanya dia ada berapa adik beradik. Dia kata ada 3 orang, tapi semua dah mati kena bunuh dengan junta. Aku Tanya dia dulu sekolah takat mana. Dia kata dia ada ijazah. Tapi dia kata di Malaysia budak sekolah rendah pun dah sangat cerdik. Diorang kat sana katanya sekolah menengahpun tak tahu membaca lagi. Jadinya ijazah diorang tak laku. Sebab stendet’ sekolah menengah jer baru. Aku tanya kat sana kerja macam mana, rakyat hidup macam mana. Ada kampung ketidak. Pendeknya dah macam wartawan TB3 dah lagaknya. 
 
Dia cerita, kat sana semuanya mahal. Tambang bas dekat nak dua kali ganda di Malaysia. Dan barang-barang keperluan dapur contoh beras tak boleh beli sikit-sikit macam kat sini boleh beli kilo-kilo. Kat sana Cuma ada yang pek besar. Dan kebanyakan barangan dapur semua macam tu. Semua kotak besar sahaja. Dan gaji diorang purata tidak lebih dari RM20 sahaja sehari. Mungkin kita rasa itu lebih dari cukup juga. Tapi mereka kerja gaji hari pula. Dan hidup diorang susah sangat, sebab kalau sakit atau apa sekalipun tengah-tengah malam tak boleh nak pergi hospital. Sebab perintah berkurung.  Susah benar aku dengar. Kalau sekolah pandai, askar datang tangkap. Kalau bijak reka cipta bagai, pun askar datang tangkap. Sumbatkan diorang dalam penjara. Dan kerahkan untuk kerja dengan kerajaan. Tapi terus tak boleh keluar-keluar. Perhimpunan tidak dibenarkan. Terus tembak. Lepak-lepak kat restoran tak boleh. Habis makan jer kena terus tinggalkan restoran. Satu meja makan pulak tak boleh duduk lebih dari 4 orang. Tak hairanlah, itu memang undang-undang darurat. Tapi bayangkan kalau berbulan-bulan, dan bertahun-tahun macam tu. Dan setiap harilah macam itu juga. Takkan pening kalau kita?

Dapatlah gambaran serba sedikit bertapalah beruntungnya kita kat Malaysia ni. 

Lepas tu sembang pulak dengan ‘abey’ tokey restoran kat sebelah Bumicyber ni. Kata dia. Minggu lepas dia balik Patani. Ingat nak pergi jalan-jalan katanya. Tapi tak jadi sebab bom tangan meletup kat belakang rumah mak dia jer. Huihhh!!  Terkejutnyalah aku dengar. Dia cakap esoknya terus dia berangkut ngan bini dia balik Malaysia. Aku tanya juga, abih macam manalah orang lain yang tinggal kat sana? Dia kata, dah nak buat macam mana, dah memang itu kampong halaman. Katanya. Sayu jer cara dia bercakap tu. Mungkin dia mengenangkan mak ayah dan saudara mara dia yang lain kat sana. Dan diorang setiap waktu terdedah dengan serangan pihak pengganas. Dia kata, beruntung sangat orang Malaysia ni, sini aman. Ada gauh sikit-sikit tu adat lah. Tapi tak sampai bom-bom nih. (aku diam tak tercakapkan apa masa ni) 

Dikelilingi oleh orang-orang yang bernasib jauh lebih malang dari aku di Malaysia ni. Membuatkan aku berasa sangat malu dengan diri sendiri. Sangat sedikit rasa syukur kepada Allah dengan anugerah kemakmuran ini.

Posted on Saturday, October 23, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, October 20, 2010

Penyakit yang menghinggapi jasmani datangnya dari rohani yang berpenyakit. Untuk menyembuhkan penyakit tersebut kita perlu memperbanyakkan mengigati Allah dan memperingati kematian.

Amalan seks luar nikah, seks diluar tabi'in. Atau lelaki yang cenderung kearah lelaki jua(secara seksual) atau pula perempuan yang cenderung kepada sesama perempuan(secara seksual juga) adalah satu jenis penyakit.
Dan penyakit-penyakit  jasmaniah ini pada kira aku hanya boleh diubati bila kita mengusahakan fomular yang paling berkesan untuk mengubati rohaniahnya terlebih dahulu. Mari kita fokoskan perbincangan ini kepada gejala homoseksual. Atau hubungan sejenis itu. Apakah yang mendorong kepada perkembangan gejala tersebut agaknya?

Di Malaysia.(aku sendiri hairan). Sangat kecil bilangan orang-orang yang melahirkan kekuwatiran kepada fenomena tidak sihat ini. Adakah mereka merasa selesa dengan keadaan ini? Atau mereka tidak merasakan itu satu masaalah yang perlu di beri perhatian. Malah golongan ini (homoseksual) telah semakin diterima sebagai salah satu kelompok masyarakat yang berhak mengamalkan cara hidup yang mereka pilih. 

Dengan berlandaskan prinsip, "kehidupan ini adalah hak individu dan kami berhak menentukan hala tuju hidup kami". Sebenarnya kata-kata yang demikian adalah mencerminkan kecetekan didikan sejak diperingkat awal(kanak-kanak) mengenai agama. Mengenai moral dan juga konsep ketuhanan didalam Islam.

Masyarakat juga menjadi punca

Tidak adil untuk menyalahkan mereka seratus peratus. Kerana kita sedia maklum, setiap sesuatu yang berlaku itu ada pendorongnya, penyebab atau  sesuatu hal disekeliling. Sama ada   kawan-kawan, bahan bacaan, media telivisi atau sebagainya. Mungkin saja setiap perlakuan manusia ini hanya kurang dari 35% sahaja dari kehendak mereka sendiri. Selebihnya adalah faktor sekeliling. Tetapi itu bukanlah juga alasan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam amalan yang tidak sihat ini  merasa aman dengan kesalahan mereka.

Secara peribadinya, aku percaya mereka-mereka yang bersifat demikian juga menyedari yang perbuatan dan kecenderungan mereka itu adalah salah dan nyata salah sama sekali. Dan aku tegas menyatakan pendapat aku mengenai ini. Namun apabila seseorang manusia itu melakukan sesuatu kemaksiatan. Ia akan diusahakan oleh iblis dan syaitan kepada rupa bentuk yang sangat cantik dan menarik. Serta didatangkan jemaah-jemaah, yakni orang-orang yang sama pekerjaan dan perbuatan mereka itu. Bagi membuatkan mereka merasa selesa berada didalam kelompok atau golongan mereka. Sehingga  mereka menjadi semakin lalai dan jauh dari taubat.

Dan tidak cukup sekadar membicarakan kerisauan. Atau membincangkan punca-punca perlakuan tersebut semata-mata. Jika tidak mengkaji secara khusus apakah amalan-amalan rohaninya kearah membentuk rohani dan jasmani yang lebih mulia disisi Allah.

Tetapi sebelum itu mari kita kenali dengan lebih dekat saat dan ketikanya. Penyakit ini merebak serta berkembang biak.

Kes Anwar Ibrahim Salah Satu Penyumbang Terkuat. Masyarakat menjadi selesa dengan Gejala Homoseksual ini.

Sejak akhir-akhir ini. Sangat kebetulan pula keadaannya. Telah berlaku kekecohan mengenai tuduhan Saiful Bukhari kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. (Aku tidak mahu berselindung dalam memperkatakan hal ini). Tidak perlu kita perkatakan dengan panjang lebar mengenai liputan pembicaraan beliau. Tetapi mari lihat kesan sampingan yang ditinggalkan oleh kasus tersebut. Dan apabila ianya mendapat liputan yang sangat meluas. Malah menjadi salah satu dari sumber-sumber rating television yang paling tinggi. Tidak kurang juga tabloid yang mengaut keuntungan daripada kontroversi ini.

Berbalik kepada kesan sampingan yang kita kemukakan diawal perenggan diatas. Maka masyarakat menjadi tidak lagi kaget. Malah melihat perlakuan, atau isu ini sesuatu yang melucukan. Sumber jenaka. Dan fenomena ini sebenarnya sangat tidak sihat sama sekali. Ianya bisa menjadi sumber penerimaan yang tidak sihat kepada anak-anak. Mereka berkemungkinan besar melihat itu adalah salah satu dari cara hidup. Dan penerapan ediologi yang sebegini adalah satu malapertaka kepada generasi akan datang.

Jika para pembaca sekelian perhatikan 12, atau 13 tahun dahulu, atau lebih jauh kebelakang waktu. Sangat sedikit golongan mereka(homoseksual) ini. Malah bilangan mereka itu hanyalah mampu mengisi beberapa lorong-lorong gelap diantara berjuta-juta lorong-lorong terang. Dan keberadaan mereka sentiasa membuatkan masyarakat menjadi tidak selesa. Tidak sedikit mereka-mereka yang telah menyempang kecenderungan seksualitinya itu berbalik kepangkal jalan semula.

Tetapi sekitar lewat 1990an(sebetulnya aku tidak tahu tahun sebenar, dan aku tidak pernah ambil pusing). Ketika penangkapan Dato Seri Anwar Ibrahim diatas pertuduhan liwat beliau yang pertama. Kelihatannya beliau sangat marah sehingga mencetuskan reformasi dan nyaris-nyaris Malaysia hendak bertukar menjadi Mymar ketika itu. 

Dan kemarahan itu beliau tampilkan dengan bersungguh-sungguh didalam pidato-pidato akhirnya. Sama ada beliau sangat marah kerana tuduhan palsu itu, atau beliau sangat marah kerana kelakuan buruk beliau akhirnya telah diketahui oleh orang ramai. Aku tidak mahu membahaskannya(atau aku sebenarnya tidak perduli apa sekalipun kebenarannya). Aku hanya menyentuh sedikit berkenaan dengan hal tersebut untuk membentuk kaitan kepada permasalahan hari ini. Yakni gejala homoseksual/gay/lesbian (atau apa saja gelarannya) yang semakin menjadi-jadi.

Masyarakat Umumnya tidak membantu.

Selepas peristiwa tersebut masyarakat memandang isu hubungan sejenis dan seks diluar tabi’in ini bukan lagi satu fenomena pelik atau sensitif. Mereka memperkatakannya dengan selesa dan santai. Malah menjadi modal-modal jenaka murahan. Ini bukan hal yang berlaku disebahagian komuniti, tetapi keseluruhannya. Daripada golongan professional kepada driver teksi. Daripada doctor-doktor bedah yang tak pandai buat lawak jenaka, sudahnya menjadi lebih berkeliber lawak-lawak mereka melebihi Pak Hamid Ghurka. Semuanya bermodalkan cerita liwat Anwar Ibrahim.

Apakah kesannya kepada masyarakat? Apabila manusia ini tidak merasa terancam, maka mereka mengurangi usaha untuk mempertahankan dirinya serta keluarganya. Dan sangat jelas melalui pemerhatian kita yang masyarakat hari ini tidak merasa terancan dengan kehadiran golongan yang mengamalkan hubungan sejenis ini. Malah mereka merasa selesa. Serta gejala tersebut tidak diperhatikan sebagai satu penyakit yang sangat menakutkan. Lebih menakutkan, mereka(masyarakat hari ini) memandang perlakuan itu sangat  comel. Dan ini adalah satu keadaan yang sangat tidak seimbang sekali. Dan ketidak seimbangan ini justeru akan membuahkan padah yang sangat besar.

12 tahun selepas kontroversi Anwar Ibrahim yang pertama, inilah hasilnya. Satu komuniti homoseksual yang diterima pandang oleh masyarakat sebagai salah satu golongan yang normal perlakuan mereka. 

Aku tidak katakan kontroversi-kontroversi yang timbul daripada hal Anwar Ibrahim satu ketika dahulu adalah satu-satunya punca merebaknya penyakit sosial ini. Tetapi aku rumuskan, kasus itu sangat besar peranannya dalam membangunkan minda masyarakat yang dapat menerima golongan ini. Lantas mereka yang mempunyai pemikiran tersebut(pelaku homoseksual/gay/lesbian) menjadi semakin yakin dan tega memperjuangkan serta mempertontonkan kepada umum, habitat diluar tabi’in mereka. 

Perlu ambil perhatian

Disamping menyeru masyarakat keseluruhannya berusaha sedaya upaya dan sebijaksana mungkin dalam menangani masaalah ini. Kerana ianya mungkin orang yang rapat dengan kita. Adik kita, atau abang atau kakak. Atau juga sepupu, atau anak kita sendiri. Atau barangkali mereka adalah rakan kerja, rakan sekolah/kuliah. Atau siapa saja, pokoknya mereka adalah seseorang kepada seseorang. Jadi  marilah usahakan tarbiah buat mereka. 

Mereka menjadi demikian tidak dalam masa sehari. Ianya melalui proses bertahun-tahun. Jadi dengan itu janganlah kita mengharapkan usaha tarbiah kita itu akan mendatangkan hasil dalam masa sehari atau sebulan. Yang penting, tanganilah mereka dengan sabar dan bijaksana. Serta tambahilah segala usaha itu dengan kasih sayang yang benar-benar ikhlas kerana Allah.

Dan kepada saudara-saudariku yang terjebak kedalam perlakuan, atau kecenderungan seksual yang salah ini. Marilah, keluarlah dari kesalahan itu. Sebenarnya setiap teguran dan kritikan kepada perlakuan kalian yang sedemikian bukanlah mereka membencimu. Tetapi mereka membenci perlakuanmu. Cuma saja kadang-kadang mereka tidak bijak dalam melahirkan teguran, seperti juga kadang-kadang engkau tidak bijak untuk menerima teguran dan nasihat yang baik-baik. Bukankah kita sama keadaannya? .

Dan sesungguhnya perlakuan yang menyalahi tabi’in itu sangat keji dan sia-sia. Sedang manusia ini hidupnya pasti akan mati. Dan kematian itu adalah wajib dihadapi oleh setiap manusia. Adakah kita mahu bertemu Allah dengan keadaan ini? Kemarilah, hijrahlah, sesungguhnya kamu tidak sendirian dalam menghadapi situasi tersebut.

“Yaa Allah, limpahkanlah kami Belas EhsanMU. Kasihankanlah kami. Serta kurniakanlah kami  kekuatan bagi meninggalkan apa saja bentuk maksiat yang masih kami kerjakan. Amin”

Published on 20 October 2010

Posted on Wednesday, October 20, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, September 30, 2010

Aku telah menjerit dengan kuat disatu daerah yang penuh sesak dengan manusia.
"Bagaimanakah untuk mendapatkan angka Duabelas?!"

Lalu jawab seorang pencuci kereta yang tidak jauh dari aku...
"Sepuluh campur dua!!!" Tempiknya.

Lalu marahlah penjual burger disebelah kiri aku.
"salah!!! Yang betul ialah,Tiga Belas tolak satu!!" Katanya dengan garang.

lalu datang seorang tua, dan dia berkata dengan relek jer..

"Habis kalau pakcik katakan caranya ialah 6X2 macam mana? Salah juga?"

lalu tetiba upin ngan ipin lalu tepi aku dan cakap.
"betul3.."

Posted on Thursday, September 30, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, September 22, 2010

Hari ini aKu membaca kisah tentang seorang wanita Palestin yang bernama As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi. Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau ini. Namun namanya sangat disebut-sebut sebagai salah seorang pejuang yang memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin.
 
Wanita berusia 22 tahun, isteri kepada seorang suami yang bernama Ziyad ‘Awwad, 27. Ibu kepada dua orang anak. Namun bukan kisah wanita ini yang aku hendak ceritakan. Kerana para pembaca sekelian dapat mencari coretan-coretan mengenai beliau dengan banyak di internet ini.

Aku berasa hiba dan terkilan atau sedih(perasaan yang sangat sulit untuk ditafsirkan kedalam bentuk kata-kata) bila membaca coretan-coretan perjuangnya. Kebesaran cintanya kepada Allah melebihi kecintaannya kepada dunia dan keluarganya sendiri. Kerisauan beliau kepada nasib dan penghinaan keatas agama Allah di bumi Palestin, melebihi kerisauan diri sendiri dan keperluan-keperluannya.

Demi Allah, kalian boleh sahaja meremukkan tulang belulangku, memotong-motong tubuhku serta mampu mencincang-cincangnya. Tetapi kalian tidak akan pernah boleh mengubah agamaku dan mengubah panji perjuanganku. Ingatlah selalu ucapanku. Aku selalu mengatakan kepada diriku, “ wahai diri ! jadilah kamu sebagai penentang Zionis yang memilki rasa dengki abadi sebagai musuh agamamu. Jadikanlah setiap titis darahmu sebagai penghantar dirimu menuju syurga yang kekal abadi”.( As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi.)

Aku bukan berasa sedih dengan kematiannya. Tetapi aku menilai diri sendiri. Aku membayangkan aku ditempatnya. Bertapa ia mencintai Allah. Dan bertapa ia menginginkan syahid membela Agama Allah. Membela penderitaan kaum keluarganya, rakyat Palestin umumnya terhadap penindasan rejim zionis. Sedang aku membayang-bayangkan keadaan tersebut, yang lahir dari sudut hatiku adalah ketakutan dan kengerian yang amat sangat. Bertapalah munafiknya aku, bertapalah tebalnya cinta kepada dunia ini. Bertapalah aku ini salah dalam tafsiran ‘cintailah kedamaian’. Dan bertapa tinggi juga toleransi aku terhadap kekejaman dan kezaliman terhadap Agama ini diletakkan di tempat dan maqam yang salah.

Antara Kata-Katanya:
Saya tetap akan akan melakukan aksi ini walaupun saya memiliki 2 orang anak yang masih kecil. Kedua anak saya merupakan kurniaan Allah. Saya sangat mencintai keduanya dengan kecintaan yang sangat besar. Kecintaan saya kepada keduanya tidak ada yang mengetahui kecuali Allah semata-mata. Namun, kecintaan saya untuk bertemu Allah lebih kuat. Kini saya harus memesan anak saya tersebut kepada Pemiliknya. Saya yakin Allah tidak akan menyia-nyiakan amanah itu. Saya tahu, penjagaan yang selama ini saya lakukan akan digantikan dengan penjagaan Ilahi”.

Untuk kaum Muslimin, Reem berpesan, “ saudara-sauadaraku yang kerana Allah kita bersaudara, jika Allah memberi kemuliaan dengan terlaksananya cita-citaku ini, maka aku berharap kepada anda semua untuk menyerahkan anak-anakku kepada keluarga yang selalu berzikir dan taat kepada Allah. Sehingga mereka boleh menanamkan nilai-nilai agama dan keimanan dalam diri anak-anak saya. Daftarkan kedua-duanya ditempat menghafaz Al-Qur’an dan sekolah Islam. Didik dan besarkanlah keduanya dengan pendidikan dan bimbingan yang Islami. Ketahuilah bahawa, kedua anak itu adalah amanah yang ada pada bahu kalian. Kalian kelak akan ditanya tentang keduanya pada saat Hari Qiamat”.

Sebenarnya kematian itu tidak boleh ditakuti secara mutlak. Malah yang sepatutnya menjadi kerisauan adalah cara kematian itu, dan kesudahannya. Adakah kita akan mati dalam kesudahan yang baik atau kesudahan yang buruk. Dan apakah keadaan kubur itu. Adakah ianya salah satu dari jurang-jurang Neraka atau salah satu dari taman-taman Syurga.

Jika mencari dan mempersediakan tempat tinggal serta dinar yang berlebihan itu adalah keperluan dan bukanlah matlamat. Maka sebenarnya aku ini telah berlebih-lebihan dalam usaha kearah keperluan hidup. Malah tidak hanya melebihkan usahanya, justeru melebihkan juga kepada fikir risau pada hal yang sementara itu. Sedang sangat kurang kepada usaha-usaha dan fikir risau kepada kehidupan yang kekal disisi Allah, yaitu matlamat hidup ini.

Dan kematian itu adalah permulaan perjalanan menuju kampung yang kekal yakni akhirat. Adakah aku akan pergi dalam keadaan ini. Dalam keadaan jasmani dan rohani yang sangat cenderung dan condong kepada dunia ini? Sehingga kematian syahid itu membenihkan ketakutan dan kengerian didalam hati, tidak berupa kegembiraan yang melonjak-lonjak? “Wahai diri yang lupa dan leka, aku sedih dengan keadaan ini. Dan aku menda’wahimu(diri sendiri) agar lebih mencintai Allah dan RasulNya, serta tambahilah keghairahanmu untuk kembali kekampung halaman yang kekal abadi itu.”

Posted on Wednesday, September 22, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, September 21, 2010

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, apabila tiba hari raya. Aku akan sentiasa mempastikan paling tidak orang-orang terdekat dan ahli keluargaku akan menerima paling tidak sebari ucapan hari raya lewat sms atau email. Atau apa saja. Dan tidak lupa juga melahirkannya kedalam bentuk tulisan-tulisan diblog.

Tapi berbeza kali ini. Aku tidak punya kesempatan untuk itu. Sibuk giler, penat giler, kelam-kabut giler. Aku pun tak tau penat kan benda. Tapi rupanya bila buat sesuatu di saat-saat terakhir nih, semua benda-benda yang remeh-temeh, yang kecil-kecil tur akan jadi sangat rumit dan sangat memenatkan. Hadoii nyaris-nyaris aku dan semua tanggungan aku tak sempat berzakat fitrah tahun ni. Dan untuk mengelakkan semua tur terjadi. Aku tak tidur terus malam raya pertama tu sampai kepagi.

Siap bakar lemang dah pukul 12 lebih (tengah malam) gamaknya. Lepas tur. Itu ini, tolong angkat kerusi bagai. Tukar tikar getahlah. Dan bla,bla,bla lebih kurang(banyaknya aku jadi pengkritik jer sebenarnya). Sudahnya dah pukul 4 pagi. Hisk nak tidur pun dah tak berani dah takut terlajak sampai kepukul 11. Baru haru kerjanya.

Entah, aku tak tahu nak cerita dari mana. Dan tak tahu juga nak fokuskan mengenai apa. Saat yang mana satu, kerana keseluruhannya sangat membahagiakan.  So, layan gambar jerlah yer.
:( Tak bess nengokkan gambar tak cantik.
Ni gambar Abah dan mak, serta adik² aku. Tapi masa ni aku dan Dee belum balik.  Tur kat depan tur, yg paling tecik tur anak sedara aku 'Alisya'
Anak² aku bergambar dengan Mak Teh diorang dan Baby Sara.
Ehem, ni la pasangan bahagia yang produse 'ramai-ramai' tur tadi. Hahahaha... (semoga rumah tangga aku kekal bahagia dunia dan akhirat. Amin)
Ini keluarga 'kecil' aku  Amacam? Ramai tak? Dah ada anak dara dan anak teruna dah aku ni bah.

Putera, Puteri dan Balqis( dan Balqis ni satu-satunya anak aku yang petah bercakap dengan betul 'tidak pelat' sejak dari kecil)
Ni dua orang anak gadis aku dan yang kecik tu namanya Puteri, dan tersangatlah kuatnyer mengamuk. Ouww tak lupa, dia ni sangat obses pada kasut, raya kali ini saja 5 pasang kasut untuk dia. Hadehh..
Puteri hati saya
Ini anak saya yang no 2 bongsu dan yang sulung
Puteri² didalam keluarga say. Anak-anak aku dengan mak-mak saudara diorang.
Ini jerlah 2 orang anak lelaki aku.Yang besar tu sekarang belajar kat Sekolah Tahfiz An-Nur di Pekan(semoga dapat menjadi saham dan hujjahku dihadapan Tuhanku, insyaAllah) dan yg kecik ni pulak namanya Putera. Dan dia ni lah yang paling manja dengan Mak dia. Memanjang berebut mak ngan aku. hahahahaahah(maklumlah Papa balik sebulan sekali yerk.huhuhh)
 Ini pula anak-anak gadis aku. 5 orang semuanya. Dan yang tua sekali tur tahun kedua di Koleg Islam Pahang, yang kedua tu SPM tahun ni. Duduk dari kiri 9 tahun, 4 tahun dan 5 tahun.
Adik saya Teh dan Suami sekeluarga
Adik saya Ngoh dan Isteri sekeluarga
Adik saya Dee suami ister sekeluarga

Posted on Tuesday, September 21, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, August 22, 2010

Sempena Ramadhan yang mulia ini, aku telah mengirimkan  sebaris  dua ayat-ayat yang aku kira indah untuk di hayati  kepada orang-orang yang ada dalam friend list aku. Dan aku ingin berkongsi harapan hari esok itu dengan semua orang. Namun bukan semua orang suka dengan apa yang kita perbuat itu, walaupun pada hakikatnya mereka menyetujui apa yang kita perkatakan itu.

Ini aku ada petik semula dialog yang terjadi.

Massage pertama yang aku kirimkan:

Semoga Kita sama-sama dapat menghayati keindahan ramadhan dan beroleh kebiakannya. Tidak ada penjuru dunia yang tidak dilimpahi rahmat di ketikanya, maka bersamalah kita mendidik hati dan diri dengan memenuhkan kehidupan ini dengan kebaikan, dan jadikanlah Ramadhan Al-mubarak ini satu bulan untuk melatih diri.

"voice from wirajiwa"

Salah satu reply yang aku dapat.(Sebenarnya ada banyak, tapi ini salah satu)

jiwa kacau : jgn ckp saja la buat 2 yg pasti

Aku jawab : insyaAllah :)

jiwa kacau : bulan posa ni potong la rambut 2 baru la ada ciri2 org yg beriman

Lalu aku jawab mcm ni : InsyaAllah ...betul juga tur yerp.? :) Tapi jangan la mengecilkan sangat perspektif beriman tur beb. Nama dah ada, iman. Amal yang zahirnya,... iman yang ghaibnya. kalau dah iman tur di nisbahkan pada yang zahir. Itu tak tepat bro.Walau macam mana pun terima kasih sgt sebab memberi pandangan dan Aku berdoa semoga Allah menyelamatkan aku dari menjadi fasik serta munafik lantaran dari fitnah rambut aku ini.

Jiwa Kacau :islam ini agama yg sgt indah dan mudah..apa pun taqwa kpd Allah 2 adalah yg paling penting

Sebenarnya aku menerima pandangannya dengan hati yang sangat terbuka. Bagi aku , jika ada orang yang masih lagi sudi menkritik apa yang tidak elok pada amalan umum yang dibuat oleh kita. Itu tandanya mereka perihatin keatas kita. Jadi secara jujur dan rendah dirinya aku sangat menghargainya. Cuma menyentuh soal rambut panjang aku ini, tidaklah menyerupai wanita. Dalam erti kata sehingga menampakkan keayuan dan kewanitaan.

Masih juga aku mengimbanginya dengan memendekkan misai serta memanjangkan janggut aku.(Seperti yang disarankan oleh sunnah  Nabi SAW)  Perlu rasanya untuk aku tegaskan disini yang bukanlah aku berpendapat gaya lelaki berambut panjang itu manis dan elok pada pandangan agama. Demi Allah yang memegang jiwa ku  semoga Allah  menjauhkan aku dari memperjuangkan barang yang sia-sia. Dan aku tidak bermaksud untuk membela diri aku sendiri. Cuma menjelaskan yang aku sangat menyedari  penerampilan seperti yang aku tampilkan ini bukanlah yang terindah cermin akhlaknya. Cuma barang yang   harus hukumnya itu adalah harus juga untuk di perbuatkan. Namun bukanlah bermaksud aku menganjurkannya.

Serta dalam soal iman dan taqwa pula, masihlah jauhnya lagi aku ni dengan apa yang difirmankan Allah yang maksudnya.

"Kamu adalah sebaik2 umat dikeluarkan untuk manusia. Kamu  menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan kamu  beriman kepada Allah."

Namun dalam waktu yang sama aku berusaha sebaik mungkin  untuk melakukan apa yang di sabdakan oleh Nabi SAW. itu : "Sayangilah saudaramu seperti mana engkau menyayangi dirimu sendiri. Apa yang kau suka keatas dirimu itulah  yang kau perbuat keatas mereka."

Dan lantaran kerana itulah aku menggagahkan diri yang sangat lemah dalam "Berpesan-pesan dengan  kebenaran"

Dan menegakkan jua apa yang diberitakan sejak dulu : "Sampaikanlah walau satu ayat"

Dan dalam menyampaikan ayat-ayat cinta itu tidak kurang juga yang tidak menyetujuinya. Mungkin bukan bertentangan pada apa yang aku tuliskan tetapi bertentangan pada pandangan mereka siapa aku yang hendak berkata demikian.

"Janganlah kalian lihat siapa yang berkata itu, tetapi  dengarlah apa yang di perkatakannya"

Dan sesungguhnya kalian adalah saudara-saudara aku yang mencintai aku dengan hati yang sangat ikhlas  oleh  yang demikian itulah kalian menkritik dan menasihatkan aku dengan bahasa yang sangat lurus dan jujur. Dan  semua itu sangatlah aku hargainya.

"Ya Allah,  ampunkanlah segala dosa2 ku dan dosa2 kedua ibu bapaku. Serta dosa2 sahabat2 ku dan juga dosa  saudara2 ku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha memberi, jadi Engkau  kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan Akhirat. Amin .”

Posted on Sunday, August 22, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, August 21, 2010

Manusia ini sesungguhnya tidak mungkin bisa sama sekali lari dari tanggung jawab. Permasalahan-permasalahan yang sulit itu sesungguhnya tidak sahaja lewat sepintas lalu dihadapanmu. Kadang-kadang ianya menuntut lebih dari sekadar fikir risau. Dan keperihatinan kita didalam sesuatu masalah itu sebenarnya lebih dari itu. 

Dan keperihatinan yang disertakan simpati kita didalam sesuatu hal yang timbul lantaran dari kesilapan dan kepincangan sesuatu keputusan yang dibuat. Bukan beerti  kita beserta dengan keputusan salah yang telah mereka buat. Tetapi lebih kepada kerisauan supaya kesilapan itu tidak berlanjutan kepada kesilapan yang lebih serius. Tetapi didalam situasi ini juga dirisaukan keputusan itu. Adakah ianya wajar? Adakah pertolongan itu terlepas dari kaitan bersubahat dengan kejahatan yang mereka lakukan?

Aku tidak mengerti aturan-aturannya. Aku tidak juga arif dalam mendahulukan yang mana satukah. Celaan-celaan keatas kesalahan-kesalahan mereka itu, atau nasihat-nasihat agar mereka memohon keampunan. Semoga Allah menghadiahkan mereka dengan tekad yang tinggi untuk berubah. Dan tidak melewati dosa-dosa tersebut sekali lagi. Ya Allah engkau peliharalah mereka. Dan Engkau jauhkanlah aku dari keputusan yang salah kerana bersimpati dengan mereka. Sesungguhnya aku menyakini yang sesungguhnya orang-orang yang taubat dan kesal itu ada tempat yang mulia disisimu.

Posted on Saturday, August 21, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory