Hari ni aku bersembang dengn sorang budak Myammar yang kerja security guards kat Twentech. Dari cerita dia. Rupanya dia dah 6 tahun kat Malaysia ni. Aku
Tanya pasal visa. Dia kata dia suaka politik. Aku tanya dia ada berapa
adik beradik. Dia kata ada 3 orang, tapi semua dah mati kena bunuh
dengan junta. Aku Tanya dia dulu sekolah takat mana. Dia kata dia ada
ijazah. Tapi dia kata di Malaysia budak sekolah rendah pun dah sangat
cerdik. Diorang kat sana katanya sekolah menengahpun tak tahu membaca
lagi. Jadinya ijazah diorang tak laku. Sebab stendet’ sekolah menengah
jer baru. Aku tanya kat sana kerja macam mana, rakyat hidup macam mana.
Ada kampung ketidak. Pendeknya dah macam wartawan TB3 dah lagaknya.
Dia
cerita, kat sana semuanya mahal. Tambang bas dekat nak dua kali ganda
di Malaysia. Dan barang-barang keperluan dapur contoh beras tak boleh
beli sikit-sikit macam kat sini boleh beli kilo-kilo. Kat sana Cuma ada
yang pek besar. Dan kebanyakan barangan dapur semua macam tu. Semua
kotak besar sahaja. Dan gaji diorang purata tidak lebih dari RM20 sahaja
sehari. Mungkin kita rasa itu lebih dari cukup juga. Tapi mereka kerja
gaji hari pula. Dan hidup diorang susah sangat, sebab kalau sakit atau
apa sekalipun tengah-tengah malam tak boleh nak pergi hospital. Sebab
perintah berkurung. Susah benar aku dengar. Kalau sekolah
pandai, askar datang tangkap. Kalau bijak reka cipta bagai, pun askar
datang tangkap. Sumbatkan diorang dalam penjara. Dan kerahkan untuk
kerja dengan kerajaan. Tapi terus tak boleh keluar-keluar. Perhimpunan
tidak dibenarkan. Terus tembak. Lepak-lepak kat restoran tak boleh.
Habis makan jer kena terus tinggalkan restoran. Satu meja makan pulak
tak boleh duduk lebih dari 4 orang. Tak hairanlah, itu memang
undang-undang darurat. Tapi bayangkan kalau berbulan-bulan, dan
bertahun-tahun macam tu. Dan setiap harilah macam itu juga. Takkan
pening kalau kita?
Dapatlah gambaran serba sedikit bertapalah beruntungnya kita kat Malaysia ni.
Lepas
tu sembang pulak dengan ‘abey’ tokey restoran kat sebelah Bumicyber ni.
Kata dia. Minggu lepas dia balik Patani. Ingat nak pergi jalan-jalan
katanya. Tapi tak jadi sebab bom tangan meletup kat belakang rumah mak
dia jer. Huihhh!! Terkejutnyalah aku dengar. Dia cakap
esoknya terus dia berangkut ngan bini dia balik Malaysia. Aku tanya
juga, abih macam manalah orang lain yang tinggal kat sana? Dia kata, dah
nak buat macam mana, dah memang itu kampong halaman. Katanya. Sayu jer
cara dia bercakap tu. Mungkin dia mengenangkan mak ayah dan saudara mara
dia yang lain kat sana. Dan diorang setiap waktu terdedah dengan
serangan pihak pengganas. Dia kata, beruntung sangat orang Malaysia ni,
sini aman. Ada gauh sikit-sikit tu adat lah. Tapi tak sampai bom-bom
nih. (aku diam tak tercakapkan apa masa ni)
Dikelilingi
oleh orang-orang yang bernasib jauh lebih malang dari aku di Malaysia
ni. Membuatkan aku berasa sangat malu dengan diri sendiri. Sangat
sedikit rasa syukur kepada Allah dengan anugerah kemakmuran ini.
0 comments :
Post a Comment