Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Monday, February 22, 2010

Seminggu dua ni ada kemasukan pelajar baru kolej Twintech. Budak-budak pompuan cumil-cumil belaka. Dan secara tak lansung, bertambah jugalah pelangan Bumicyber. Tapi yang aku nak cerita kat sini bukan pasal tu. Tapi pasal budak-budak lelaki (kebanyakannya kolej Tekat).

Boleh dikatakan hari-hari diorang nih cakap. “Bang, kim salam kat budak tur bang” paling melampau ada juga yang cakap. “Bang, mintakkan no hp dia..” Adeh laaa diorang nih.

Aku pun cakapla. “mintak la sendiri, apa yang susah sangatnya nak menegur?”

Jawab dia pulak. “Diorang tak layan bang”

Kata aku “Kalau korang tegur elok-elok, tanya sopan-sopan , takder sebabnya diorang tak mo layan.”

Emm, itulah sedikit sorotan lelaki-lelaki (bujang) zaman sekarang. Pemalunya ngalahkan anak dara lapulak. Apa yang susahnya sangat nak cakap “Assalamualaikum”?

Agak-agak pasal aper yerk? Malu? Rendah diri? Tidak yakin pada diri sendiri? Atau terkesan dengan orang lain?

Teringat masa muda-muda dulu. Hisk!!! Aku nih tak kurang juga pemalunyer .Harr..malu-malu tuceng, malu-malu nyamborrr. Huhuhuhu.

Posted on Monday, February 22, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Diwaktu engkau memikirkan apakah menafaatnya dunia ini kepadamu fikirkanlah juga apakah menafaatnya diri kita sendiri kepada dunia ini, demi untuk menambah rasa cinta sesama manusia dan menjadi nilai tambah kepada sifat-sifat yang baik. Menambah rasa kemaafan, kasih sayang dan melembutkan hati dalam memberi apa yang berlebihan dalam kehidupan kita.

Aku setuju dengan sesetengah pendapat, yang semangat kesukuan itu sesungguhnya hanya merosakkan sahaja. Tetapi dalam waktu yang sama perlu juga kita seimbangkan dalam membelanya. Menyamaratakan suku kaum yang lain itu bersama dengan kaum kita sendiri, bukanlah bererti membukakan segala keburukan bangsa sendiri. Tetapi adalah dengan mengetengahkan kebaikan dan kehebatan kaum lain.

Jika engkau bersungguh-sungguh dalam apa yang engkau perkatakan. Maka bersikap adillah dengan orang lain. Yakni bila engkau mengeluarkan hujjahmu berkenaan dirimu sendiri, maka jangan engkau membuka jelek orang lain. Melainkan dalam sukatan yang sangat sedikit. Kerana kenyataan dalam hidup ini. Walau berbangsa apa sekalipun dia itu. Keburukan pada kelakuannya itu selalunya tidaklah bersifat majmuk, melainkan ianya bersifat peribadi seseorang itu sahaja. Dan boleh saja ianya dari suku mana sekalipun.

Cuma kadang-kadang perkara yang semudah itu sekalipun tidak dapat kita lihat dengan jelas kejelasannya. Kerana dalam banyak hal. Telah terlalu sedikit berkenaan dengan sesuatu ini yang tidak dipolitikkan. Dibahas dan dibincangkan dengan niat sesuatu. Dengan tujuan tertentu. Dengan agenda tersembunyi. Disuarakan dengan suara kucing yang sangat manja, sedang kuku harimau yang sangat buas dan ganas itu disurukkan rapi-rapi. Cuma kebanyakan kita yang bersantai di tangga-tangga balairaya kampung ini tidak mengerti perkara yang demikian. Tetapi itu tidak bermakna kita harus terus demikian. Harus terus menjadi pakturut yang mengiakan setiap nilai dan dasar itu dengan membabi buta. Bukankah kita ini makhluk yang berakal? Tidak perduli bangsa apa engkau itu. Akal waras selalu saja menolak sesuatu yang berbentuk kerosakan dan merugikan.

Posted on Monday, February 22, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, February 9, 2010


Diawal penulisan dahulu, aku memilih tema-tema agama untuk dijadikan teras dalam karya–karya aku. Aku selesa bergitu. Kemudian beralih kepada cerita-cerita reality dan fantasi buat jadi renungan. Lalu semakin lama, meleret-leret kepada cerita-cerita kosong santapan keinginan hati yang tidak dibendung. Mabuk dalam kata-kata indah percintaan antara  lelaki dan wanita. Mendapat sanjungan dari ramai orang. Lalu menjadikan aku semakin leka dan sesat dari hala tuju asal.


Bertapa manusia ini butuhkan sanjungan dan pujian rupanya. Dalam karya-karya aku yang lalu. Sering saja aku melempiaskan kata-kata sinis dan menyenggol sana-sini. Tanpa aku sedar sebenarnya semakin hari, aku tidak ubahnya seperti mengata dulang paku yg serpih. Atau tepat juga aku katakan , lagak kuali mengeji belangga.

Dalam mencari perkataan dan mengisi perenggan-perenggan itu. Sentiasa sahaja tercari-cari keajaiban kata-kata tanpa memikirkan lagi isinya. Lalu jadilah ia satu hasil karya yang enak disantap nafsu,  dan lemak menjadi halwa mata dan telinga. Tetapi sangat sedikit nilai pengajarannya. Sebenarnya tidaklah punya nilai mutu sama sekali yang demikian. Apa sudah jadi dengan diri ini wahai orang yang rugi?!

Dalam mempertegaskan pendirian dan prinsip sendiri. Agar sentiasa menjauhi sesuatu yang sia-sia. Aku menjadi pendorong utama kearah yang sia-sia itu juga. Happa ini!! Tarak serupa bikin sungguh!! Menjadi takut jika tulisanku tidak disukai oleh orang lain. Sangat hipokrik!

Posted on Tuesday, February 09, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, February 8, 2010

Amacam kalau cam ni? Kompius tak?
Hari ni aku dah naik pelik bin hairan dah. Dari tengahari tadi dua tiga orang masuk ke Bumicyber mintak nak tukar duit syiling. Haikk?!

Sebenarnya semalam aku tulis satu iklan kat depan tur. Bunyinya macam nih. 

[DUIT SYILING BOLEH TUKAR DISINI.]

Kalau koranglah, aper yang korang paham melalui ayat tu? Hambek… sampai aku sendiri pun kompius bila baca berulang-ulang. Aku sendiri jadi tak paham. Haruslah gamaknyer orang yang baca tu terbalik pulak kefahamannya. Habis semer masuk nak kan duit syiling pulak dah. “Hisk, aku cakap aku yang nakkan duit syiling. Bukan nak bagi korang duit syiling” 

Hadoilaa…tak boleh jadi nih. Sudahnya malam nih tadi aku cabut semula iklan tu. Heheheh sabor jerk lah. (Aku memang tak puas hati ngan kejadian ni) Tapi jauh disudut hati aku, aku sesungguhnya insaf dan sedar. Benda yang semudah itu pun boleh buat orang silap paham, atau tidak memahaminya. Inikanlah pula bila kita membicarakan sesuatu yang lebih besar, rumit dan berat.

Posted on Monday, February 08, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, January 30, 2010

Percintaan yang ikhlas itu adalah percintaan yang tidak mengharapkan balasnya. Yang tidak melewati batas-batas tertentu, yang tidak membawa padah dan kebencian. Sesungguhnya percintaan itu adalah penawar yang memberi kesembuhan dan bukanlah racun yang membawa kerosakan dan kepedihan. Dan percintaan itu menuntut pengorbanan, kerana kemanisan itu datang dengan sedikit kepayahan. Namun janganlah engkau bersangka buruk kepadanya.
Dan cinta itu juga datang dalam berbagai-bagai rupa. Ada yang indah seperti pelangi ada pula yang kelam dan suram seperti tengkujuh di pertengahan musim. Namun dalam pencarian itu janganlah engkau perdulikan sangat pada setiap kesusahan yang ditempuh. Sesungguhnya ia hanyalah setitis hempedu di tengah lautan madu. Tidak engkau rasakan sakit sama sekali, jika pun maut datang menjemput …nescaya ianya lazat dan nikmat.

Takut lagikah engkau pada rupa yang telahku bayangkan?
Engkau manis sang puteri, serta pria idaman, putera kayangan. Hulurkan tangan kalian, dan berpautlah kepada tali-tali cinta yang kuhulurkan. Dan putuskanlah tambatan-tambatan dari rasa kebencian dan persengketaan. Tepislah tangan-tangan yang penuh kebencian itu. Janganlah engkau ikut beserta dengan mereka.

Posted on Saturday, January 30, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, January 29, 2010

Aku melihat mereka menetakkan mata-mata yang berkilat itu keleher-leher kaumnya sendiri. Tanpa ia menghiraukan darah pekat merah yang mengalir umpama sungai nil. Lagaknya seperti serigala lapar dan buas tidak dengan sedikit pun pertimbangan waras. Mereka memamah sehingga ketulang-tulang rusuk tetangganya. Mereka tidak perduli pada rintihan anak kecil disebelah mereka, malah menjadi semakin bernafsu.
 
Mereka mencarik-carik dan meranapkan segala macam kesejahteraan diatas muka bumi ini. Dengan tidak mempertimbangkan sudut hati yang paling dalam itu. Dengan mencemari maqam-maqam yang lebih rendah dari maqam an-nafs itu, dan sesungguhnya hati mereka tidak terkilan walau sedikitpun. Dan mereka tidak juga kuatir dan gentar pada peringatan-peringatan bagi yang berlaku zalim dan kejam. Sesungguhnya hati-hati mereka hitam pekat seperti malam yang gelap tanpa bintang.

Lalu menjadi jauhlah harapan hati ini kepada sebuah kedamaian. Seperti tetangga yang saling mengasihi tetangganya. Adakah ia hanya sebuah mimpi yang mustahil menjadi nyata? Atau kita sangat membenci perlakuan itu juga? Lalu kita membalas perbuatan mereka dengan perlakuan yang lebih melampaui batas? Tidak wajar sama sekali hendak dirungutkan kesengsaraan ini. Jika engkau yang dikejami itu juga menzalimi orang lain.

Jangan jadi seperti itu. Dan jangan membalas perbuatan zalim mereka melebihi yang sepatutnya. Kerana kelak engkau tidak kurang sama sahaja seperti mereka. Dan jangan pula menyamakan kebodohan mereka itu dengan kebijaksanaan engkau. Kerana tidak pantas lembu-lembu peliharaan tinggal sekandang dengan harimau-harimau buas. Jika ada diantara mereka itu yang senang menjadikan diri mereka sendiri seperti anjing yang menyalak-nyalak. Tidak perlulah engkau menjadi ayam jantan yang berkokok pula. Dan jika ada diantara mereka yang tampil dengan dalil-dalil yang menyesatkan akal dan fikiran. Usahlah diperdulikan mereka itu. Jangan sesekali beserta dengannya.

Mereka itu adalah sekumpulan bubuk yang hanya menjadi perosak kepada sebuah istana yang megah. Mereka menjadikan ia lemah dan reput didalam. Sedang pada luarannya ia kelihatan sangat kukuh. Mereka inilah yang menjadikan amal-amal mereka itu jambatan-jambatan kesenangan dunia dan menghimpunkan dinar-dinar emas itu bersama keringat-keringat orang lain kedalam satu benjana. Dan tidak segan dan silu mereka menaburkan berita-berita palsu berkenaan dengan kesusahan yang bakal tiba.

Sepertinya khazanah yang dilangit itu dalam tilikan mereka, seolahnya mereka tembus mata pada yang terkandung di luhmahfuz itu. Sehingga mereka dengan sangat berani memberitakan kepada haiwan-haiwan ternakan mereka yang dunia ini sesungguhnya telah kekurangan gandum. Maka berlari-larilah ayam-ayam belanda itu dengan risaunya kepada sang helang yang berbulukan ayam jantan.


Posted on Friday, January 29, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, January 28, 2010


Aku memang pantang kalau macam ni. Suka-suka hati memijak kepala orang. Tak perduli orang tengah buat  kerja atau tengah melepak-lepak. Nak pulak kalau depan-depan kastemer’ dengan selamba jer engkau lepak kat atas meja casher, dan kadang-kadang kat riba aku. Tapi yang aku paling bengangnya ialah engkau dengan selamber jer meletakkan kaki engkau diatas kepala aku. Apa punya biadab dan kurang hajar engkau ini?!!!

Harrrr!!!! Apa engkau tidak pernah sekolah? Dan mak bapak engkau tak hajar engkau? Atau mak bapak engkau pun bangsat macam ni juga perangainya?!! Aku rasa macamtur laa kot.

Kalau dengan dak negro tak per laa kau buat macam tur, sebab diorang tak rasa apa-apa pun, mungkin diorang dah biasa kau pijak-pijak kepala diorang macam tu agaknya. Tapi dengan aku tak boleh la, ensel pintu betullah. Disebabkan sikap biadab engkau tu, aku selalu jer kena perli dengan kastemer aku. Macam-macam diorang cakap kat aku. Yang aku tak tahan tur bila diorang bisik-bisik sama-sama diorang. Diorang cakap aku tak mandi ker haper gamaknyer. Celaka betul engkau ni.

Yang aku peliknyer engkau masuk dari mana entah. Sedar-sedar kau dah ada jer kat dalam. Bukan ker cc ni ekon, cermin tutup semer. Heran betul aku. Tapi yang pastinyer engkaulah benda yang paling aku bengang dalam dunia nih.

Hilang sabar sungguh aku bila engkau menganjing-nganjing depan aku, dan tetiba engkau hinggap atas hidung aku……harrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!! Bangsat betul ini. Aku memang tak suka dengan lalat. Tapi aku rasa binatang ni ada self educated la. Sebab bila aku bawak botol redset yg warna merah tur. Semua ilang entah kemana. Agaknya dia tau benda tur racun, dan boleh buat dia mati. Dan hari ni aku beli shieldtox pulak. Hah..dengan selamber jer lagi engkau lending kat depan aku yerr..? memang sah engkau tak kenal botol warna biru nih. Engkau ingatkan minyak wangikann.. emmm nakkk  HAMBEKKKKK koRRR!!! Kojol kat situ.

Posted on Thursday, January 28, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory