Diwaktu engkau memikirkan apakah menafaatnya dunia ini kepadamu fikirkanlah juga apakah menafaatnya diri kita sendiri kepada dunia ini, demi untuk menambah rasa cinta sesama manusia dan menjadi nilai tambah kepada sifat-sifat yang baik. Menambah rasa kemaafan, kasih sayang dan melembutkan hati dalam memberi apa yang berlebihan dalam kehidupan kita.
Aku setuju dengan sesetengah pendapat, yang semangat kesukuan itu sesungguhnya hanya merosakkan sahaja. Tetapi dalam waktu yang sama perlu juga kita seimbangkan dalam membelanya. Menyamaratakan suku kaum yang lain itu bersama dengan kaum kita sendiri, bukanlah bererti membukakan segala keburukan bangsa sendiri. Tetapi adalah dengan mengetengahkan kebaikan dan kehebatan kaum lain.
Jika engkau bersungguh-sungguh dalam apa yang engkau perkatakan. Maka bersikap adillah dengan orang lain. Yakni bila engkau mengeluarkan hujjahmu berkenaan dirimu sendiri, maka jangan engkau membuka jelek orang lain. Melainkan dalam sukatan yang sangat sedikit. Kerana kenyataan dalam hidup ini. Walau berbangsa apa sekalipun dia itu. Keburukan pada kelakuannya itu selalunya tidaklah bersifat majmuk, melainkan ianya bersifat peribadi seseorang itu sahaja. Dan boleh saja ianya dari suku mana sekalipun.
Cuma kadang-kadang perkara yang semudah itu sekalipun tidak dapat kita lihat dengan jelas kejelasannya. Kerana dalam banyak hal. Telah terlalu sedikit berkenaan dengan sesuatu ini yang tidak dipolitikkan. Dibahas dan dibincangkan dengan niat sesuatu. Dengan tujuan tertentu. Dengan agenda tersembunyi. Disuarakan dengan suara kucing yang sangat manja, sedang kuku harimau yang sangat buas dan ganas itu disurukkan rapi-rapi. Cuma kebanyakan kita yang bersantai di tangga-tangga balairaya kampung ini tidak mengerti perkara yang demikian. Tetapi itu tidak bermakna kita harus terus demikian. Harus terus menjadi pakturut yang mengiakan setiap nilai dan dasar itu dengan membabi buta. Bukankah kita ini makhluk yang berakal? Tidak perduli bangsa apa engkau itu. Akal waras selalu saja menolak sesuatu yang berbentuk kerosakan dan merugikan.

0 comments :
Post a Comment