Diawal penulisan dahulu, aku memilih tema-tema agama untuk dijadikan teras dalam karya–karya aku. Aku selesa bergitu. Kemudian beralih kepada cerita-cerita reality dan fantasi buat jadi renungan. Lalu semakin lama, meleret-leret kepada cerita-cerita kosong santapan keinginan hati yang tidak dibendung. Mabuk dalam kata-kata indah percintaan antara  lelaki dan wanita. Mendapat sanjungan dari ramai orang. Lalu menjadikan aku semakin leka dan sesat dari hala tuju asal.


Bertapa manusia ini butuhkan sanjungan dan pujian rupanya. Dalam karya-karya aku yang lalu. Sering saja aku melempiaskan kata-kata sinis dan menyenggol sana-sini. Tanpa aku sedar sebenarnya semakin hari, aku tidak ubahnya seperti mengata dulang paku yg serpih. Atau tepat juga aku katakan , lagak kuali mengeji belangga.

Dalam mencari perkataan dan mengisi perenggan-perenggan itu. Sentiasa sahaja tercari-cari keajaiban kata-kata tanpa memikirkan lagi isinya. Lalu jadilah ia satu hasil karya yang enak disantap nafsu,  dan lemak menjadi halwa mata dan telinga. Tetapi sangat sedikit nilai pengajarannya. Sebenarnya tidaklah punya nilai mutu sama sekali yang demikian. Apa sudah jadi dengan diri ini wahai orang yang rugi?!

Dalam mempertegaskan pendirian dan prinsip sendiri. Agar sentiasa menjauhi sesuatu yang sia-sia. Aku menjadi pendorong utama kearah yang sia-sia itu juga. Happa ini!! Tarak serupa bikin sungguh!! Menjadi takut jika tulisanku tidak disukai oleh orang lain. Sangat hipokrik!