Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Sunday, May 31, 2009



Aku adalah terbaca sat2 nih tadi satu artikel kt satu blogs' nih. Takyahlah aku tulis alamat rumah ngan no ic dia kat sini. Aku rasa tak perlulah. Yang penting kat sini aku terpanggil nak menuilis pasal topik ni. lelaki atau perempuan yang tak pernah cukup. Lelaki ke perempuan? Aku pasti semua orang pernah terbaca artikel2 yang menyentuh pasal lelaki yang tak pernah cukup. Mainpoint dia lelaki yang tak pernah cukup dengan sorang perempuan.

 Aku bukan nak kondem' sapa2 punya pendapat kat sini. Dan aku pun bukan nak bela mana2 lelaki pun. Cuma aku rasa lelaki atau perempuan yang tak pernah cukup? Alahh.. lelaki atau perempuan sama jer bagi aku. Tak adillah kalau nak cakap lelaki jer huduh perangai macam tu. Cuma lelaki ni bila dia  makan 'tak malu bercakap kuat2 sambil makan' sedangkan perempuan ni dia malu la sikit. Jadinya orang 'tak tahu pun yang dia tengah makan' hehehe... tau2 'dah kenyang jer'.

Hehehe... aku tau ramai perempuan yang akan marah dengan tulisan aku ni . Tapi itulah hakikatnya, lelaki atau perempuan tu sama jer sebenarnya. Cuma nampak lebihnya pada lelaki tu sebab diorang nih ada yang kawin sampai 4. Tur jer... kalau pompuan pun boleh gitu, aku rasa soal lelaki tak pernah cukup ni tak timbul. Betul tak?

Sebenarnya kat sini aku bukan nak tunding jari ke muka sapa2 pun. Semua orang ada pandangan dia sendiri. Tapi bagi akulah. Perempuan nih cam kucing friskis'. Walaupun kita tau adakalanya kita akan kena 'geget'  atau kena cakar dengan dia, kita tetap nak juga belai dia, sayunkk dia, getek' peyut' dia. Heh heh. Itulah pandangan aku tentang perempuan. Walau seburuk mana pun diorang ni aku tetap tak sampai hati nak mengutuknya. Jauh lagi la nak menyampah2 ni. Itu yang heran sangat bagi aku tu. Orang2 perempuan ni mudah sangat pulak dia menyematkan dalam hati dia yang dia benci pada sorang2 lelaki tu kerana itu, kerana ini. Kenapa tak kita sematkan dalam hati kita lebih mudah untuk menyukai, atau menyayangi seseorang tu kerana  sifat baiknya. Walau pun hanya sedikit yang ada.

Voice: Janganlah benci aku kerana banyaknya cacat pada peribadiku. Sayanglah aku kerana kebaikan yang ada padaku....walau ianya hanya sedikit.

Posted on Sunday, May 31, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, May 29, 2009

Hari ni aku panic giler dibuatnya. Aku dah terlambat sikit bukak Bumicyber ari nih. Dah dekat nak pukul 3 dah baru buka. Memang hari jumaat biasa buka pukul 2.30, lepas balik sembahyang jumaat. Tapi memandangkan aku tak gi masjid ari nih (Dee tak datang, aku pulak tak ada hubungan diplomatic lansung lagi dengan jiran2 kat sini , nak buat menumpang ke masjid) sepatutnya taklah lambat buka. Tapinya terlalai dek me-repair laptop orang dari pagi tadi sedar2 dah pukul 2.30.
lembu yang tak puas hati
Lembu yang Tak Puas Hati

Buka-buka jer, budak serbu masuk Bumicyber nak login. Entah apa halnya tiba2 datang 2 ekor lembu nak masuk ke CC juga. Wahh.. panik giler orang. Tak kata oranglah aku pun cemas nak melatah di buatnya.  Macam2 aku buat nak halau dia. Baling selipar’, takut2kan dia dengan besi bukak pintu kedai pun tak jalan juga, pas tur dia gi kedai sebelah pulak. Pun macam tur juga. Orang tur halau dia gi semula ke CC. Sampai nak masuk dalam kedai nih. Dia(lembu tur) dah nak tolak pintu cermin dengan kepala dia dah. Apa lagik… panic lah aku, panic la budak2 dalam CC nih.
Heyy  Kampang betul . Apalah dosanya aku hari ni dah, yang ‘lembu’ ni marah sangat dengan aku nih. (Pasal aku tak g semayang jumaat la ni gamaknyer.
Lepastur aku bawak Baygon, sembur ker dia. Apa punya idea dah nih. Aku punya panic sampai tak tau nak halau dengan aper dah. Sampaikan Baygon yg buat sembur lipas, lalat tur jer yang terlintas dalam kepala otak aku. Mujurlah dia blah juga. Tapi tak sampai 3 minit aku masuk ,dia patah balik. Dua2 ekor pulak tur, lepak jer depan kedai.
Ada budak pompuan sorang nih cakap, “bang karang dia berak kat situ kang..” WaaaHhhh!!! Sial betul la dah nihhh…. Tak senang duduk betul aku di buatnyer… Aku pun keluar balik nak menghalau dia, di bantu dek kakak sebelah (yang suara dia aku rasakan pelik sikit, macam orang sakit tekak. Mula2 aku ingatkan dia sakit tekak, tapi dah dekat nak sebulan dah aku kat sini, suara dia macam tur lah juga. Jadinya aku taulah yang dia semula jadi cenggitu.)
Sampai pedup’ jugalah aku nak menghalau lembu nih. Dekat nak pukul 4 petang baru dia blah. Lepas tur.. aku tak dapat nak tahan, gelak sorang2 aku dibuatnya. Lama betul dah aku tak panic nih. Rasanya dah banyak tahun dah. Kacau betul…. Sejarah betul.

Posted on Friday, May 29, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, May 26, 2009

Inilah wajah Muhammad Miqail. Putera pertama Poksyu yang baru lahir. Sebenarnya aku tak berkesempatan pun lagik nak pegi menengok. Masa dia bwk balik Chini ari tur aku dah tak der kt sana. Comeyy dok? Kalau ikutkan poksyu ter tak 'semat' lalu... hahahahh. Nih sure ikut belah Mok  dia la nih. :) Walau mcam mana pun kat sinih aku nak ngambik peluang lah utk mengucapkan tahniah kepada Poksyu suami isteri. Doa aku semoga kalian tabah dalam menunaikan tanggung jawab sebagai ibu bapa dan bahagia sokmo dengan kehadiran Muhammad Miqail. YEYYY...!!! PAPA WRAOCKK BEBEH..!!
 

Posted on Tuesday, May 26, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, May 25, 2009

http://wirajiwa.bumicyber.com/images/thumbnails/images/stories/seri1%20%20naga%20wali%209-201x307.jpg 

Nampaknya aku nih kena banyak2 menjengok web/blog org lain gak nih. Kena rajin2kan diri membaca . Dah jadi mcm katak bwh tempurung dah nih, rasa cam bes sgt dah dpt buat 2,3 jenis bender. Dpt buat counter ngan ststistik ter dah kemain hebatnyer. Turlah akibatnya kalau bertapa dlm gua belajar ilmu kebal, gaib ngan memacam lagik. Pas tur tak keluar2 gua tur.... Terus dok kt situ dengan perasaan dah cukup sgt dah bender yang ada dlm dada. 

Dulu syarikat besar2 jer yg ada website nih. Sekarang ni budak sekolah tingkatan 2 pun dah ada blog, space,prienster dan bagai2 lagi.

Pernah sekali tur... masa aku baru buat myspace, dlam tahun 2005 gamaknyer. Rasakan kemain la advance nyer dah, sekali tur ada budak baru umur14 taun add aku. Pohh....budak kecik sedang tur pun ada myspce jugak? Adoi... lepas terr teruslah ilang semangat aku nak meng-update-nya. Secara lansungnya pengetahuan mengenai dunia IT nih tak update2 lah juga. 

Tulah salah satu punca2 pengetahuan tentang IT nih  terus tak berkembang. Pertama rasa cam apa yang kita cuba nak belajar tur dah terlalu jauh dgn standard kita. Kedua rasa give up dah. Rasa cam, alah dah tak leh masuk dah kalau nak cuba2 belajar balik. Kebetulan pulak hidup kita sehariaan tak bergantung dengan teknologi nih. Kita bayar bil api, bil air... semer pakai beratur kt pejabat pos. Tak guna online bil payment pun. Pernah dengar tapi tak pernah try nak pakai pun.

Kalau nak buat permohonan biasiswa atau apa2pun, baik utk diri sendiri atau utk anak2. Kita lebih rela panjat tangga bangunan kerajaan negeri daripada cuba belajar kaedah yang lebih pantas dan mudah. Permohonan melalui halaman web rasmi. Nak mohon masuk IPTA, nak buat pinjaman melanjutkan pelajaran. Benda tur semer dah ada dekat sepuluh tahun dah pun. Tak lama lg permohonan nak berpoligami pun dah boleh dibuat melalui online juga gamaknya. (hak nih pandai guna esok nih)

Tapi aku selalu ingatkan diri aku sendiri, tak apa kalau bergerak lambat daripada aku tak bergerak lansung. Jadinya aku pun belajarlah balik sikit2 ngan Dee. Kalau nak kira bukan sikit, hampir semua aku kena belajar semula. 

Biarlah jadi org yg paling lemah dalam dunia yang luas daripada menjadi orang yang paling kuat di dalam gua yang sempit.

Posted on Monday, May 25, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, May 22, 2009

Tafsir Surah Al-Ikhlas
Oleh :Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Allah berfirman.
Artinya :
“Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa” [Al-Ikhlash : 1]
“Allah adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan” [Al-Ikhlash : 2]
“Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan” [Al-Ikhlash : 3]
“Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” [Al-Ikhlash : 4]
Sebab turunnya surat ini adalah, ketika orang musyrik atau orang Yahudi berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : “Beritakan kepada kami sifat Rabb-mu!” Kemudian Allah Ta’ala menurunkan surat ini [1]
Qul = “Katakanlah”. Pernyataan ini ditujukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan umatnya. “Huwa Allahu ahad” = “Dialah Allah Yang Maha Esa”. Menurut ahli I’rab, huwa adalah dhamir sya’n, dan lafdzul jalalah Allah khabar mubtada dan “Ahadun” khabar kedua. ‘Allahu Ash-Shomad’ kalimat tersendiri. “Allahu Ahadun” Yakni, Dia adalah Allah yang selalu kamu bicarakan dan yang selalu kamu memohon kepada-Nya. “Ahadun”. Yakni, Yang Maha Esa dalam kemuliaan dan keagungan-Nya, yang tiada bandingan-Nya, tiada sekutu bagi-Nya. Bahkan Dia Maha Esa dalam kemuliaan dan keagungan. “Allahu Ash-Shomad” adalah kalimat tersendiri Allah Ta’ala menjelaskan bahwa dia Ash-Shomad. Makna yang paling mencakup iallah Dia mempunyai sifat yang sempurna yang berbeda dengan semua mahkhluk-Nya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Ash-Shomad ialah yang sempurna Keilmuan-Nya, Yang sempurna Kesantunan-Nya, Yang sempurna Keagungan-Nya, Yang sempurna Kekuasaan-Nya. Sampai akhir perkatan-Nya [2]. Ini artinya bahwa Allah Ta’ala tidak membutuhkan makhluk karena Dia Maha Sempurna. Dan juga tertera dalam tafsir bahwasanya As-Shamad ialah yang menangani semua urusan makhlukNy-Nya. Artinya, Bahwa seluruh makhluk sangat bergantung kepada Allah Ta’ala. Jadi, arti yang paling lengkap ialah : Dia Maha Sempurna dalam sifat-sifat-Nya dan seluruh makhluk sangat bergantung kepada-Nya.
“Lam yaalid”. Bahwa Allah Azza wa Jalla tidak mempunyai anak karena Dia adalah Dzat Yang Maha Muali dan Maha Agung, tidak ada yang serupa dengan-Nya. Seorang anak adalah sempalan dan bagian dari orang tuanya. Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Fathimah Radhiyallahu ‘anha.
“Artinya : Ia adalah bahagian dari diriku” [3]
Allah Azza wa Jalla tidak ada yang serupa dengan-Nya. Anak merupakan salah satu keperluan manusia, baik untuk memenuhi kebutuhan dunia maupun untuk menjaga kesinambungan keturunan. Allah Azza wa Jalla tidak memerlukan itu semua. Dia juga tidak dilahirkan karena tidak ada yang serupa dengan-Nya dan Allah Azza wa Jalla tidak memerlukan seorang dari makhluk-Nya. Allah telah mengisyaratkan bahwa mustahil bagi-Nya mempunyai anak, seperti dalam firman-Nya.
“Artinya : Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri ? Dia menciptakan segala sesuatu ‘ dan Dia mengetahui segala sesuatu” [Al-An’am : 101]
Seorang anak memerlukan orang yang melahirkannya.
Demikianlah, Allah adalah Dzat Yang Menciptakan segala sesuatu. Jika Allah menciptakan segala sesuatu bererti Dia terpisah dari makhluk-Nya.
Dalam firman-Nya : Lam yaalid” = “tidak beranak” merupakan bantahan terhadap tiga kelompok anak Adam yang menyimpang. Mereka adalah orang Musyrik, orang Yahudi dan orang Nasrani. Orang musyrik meyakini bahwa malaikat yang mereka itu ‘Ibadur Rahman’ berjenis perempuan. Mereka mengatakan bahwa malaikat tersebut adalah anak perempuan Allah. Orang Yahudi mengatkan ‘Uzair adalah anak Allah, dan orang Nasrani mengatakan Al-masih adalah anak Allah. Kemudian Allah mengingkari mereka semua dengan firman-Nya “Lam yaalid wa lam yuu lad” = “Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakan”, karena Allah Azza wa Jalla adalah Dzat Yang Pertama, tidak ada sesuatu yang mendahului-Nya, bagaimana mungkin dikatakan bahwa Dia dilahirkan.
Firman Allah.
“Artinya : Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia” [Al-Ikhlash : 4]
Yaitu tidak ada sesuatu pun yang menyamai seluruh sifat-sifat-Nya. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menafikan Dirinya mempunyai ayah atau Dia dilahirkan atau ada yang semisal dengan-Nya.
Sureat ini mempunyai keistimewaan yang sangat agung. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Bahwa ia (surat Al-Ikhlash) menyamai sepertiga Al-Qur’an” [4]
Surat ini menyamai sepertiga Al-Qur’an tetapi tidak dapat menggantikan sepertiga Al-Qur’an tersebut. Dalilnya, kalau seorang membaca surat ini sebanyak tiga kali di dalam shalat, masih belum mencukupi sebelum ia membaca surat Al-Fatihah. Padahal jika ia membacanya tiga kali, seolah-olah ia membaca semua Al-Qur’an, tetapi tidak dapat mencukupinya. Jadi, kamu jangan heran ada sesuatu yang sebanding tetapi tidak mencukupi. Misalnya sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : Barangsiapa membaca :
“Artinya : Tiada ilah yang berhak disembah kecuali hanya Allah yang tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nyalah segala kekuasaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”
Seakan-akan ia telah membebaskan empat orang budak dari keuturunan Isma’il atau dari anak Ismail” [5]
Padahal jika ia berkewajiban untuk membebaskan empat orang hamba, dengan mengatakan dzikir ini saja tidak cukup untuk membebaskan dirinya dari kewajiban membebaskan hamba tersebut. Oleh karena itu, sama bandingnya sesuatu belum tentu dapat menggantikan posisi yang dibandingkan.
Surat ini dibaca Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada raka’at kedua shalat sunnah Fajr, shalat sunnah Maghrib dan shalat sunnah Thawaf [6]. Begitu juga beliau membacanya dalam shalat witir [7], karena surat ini merupakan landasan keikhlasan yang sempurna kepada Allah, inilah sebabnya dinamai dengan surat Al-Ikhlash.
[Disalin dari kitab Tafsir Juz ‘Amma, edisi Indonesia Tafsir Juz ‘Amma, penulis Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, penerjemah Abu Ihsan Al-Atsari, penerbit At-Tibyan – Solo]
________
Foot Note
[1]. Hadits riwayat Ahmad dalam Musnad (5/133), At-Tirmidzi dalam Kitab Tafsir, bab : Surat Al-Ikhlash, no. (3364)
[2]. Hadits riwayat Ath-Thabrany dalam Tafsirnya (30/346). Dan Al-Baihaqy dalam Asma Wash Shiafat hal. 58-59
[3]. Hadits riwayat Al-Bukhary dalam kitab Fadhilah Para Sahabat, bab : Budi pekerti kerabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan Fatimah Radhiyallahu ‘anha no. (3714). Dan Muslim dalam kitab Fadhilah Para Sahabat, bab : Fadhilah Putri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, no (2449) (93).
[4]. Hadits riwayat Al-Bukhary dalam Kitab Fadhilah Al-Qur’an, bab : Fadhilah “Qul Huwa Allahu Ahad” no. (5015) Dan Muslim dalam kitab Shalat Para Musafir, bab : Fadhilah membaca “Qul Huwa Allahu Ahad”, no. (811) (30)
[5]. Hadits riwayat Muslim dalam kitab Dzikir, bab : Fadhilah Tahlil, no. (2693) (30)
[6] Telah disebutkan takhrijnya.
[7]. Hadits riwayat At-Tirmidzi, dalam Bab-bab Witir, bab : Bacaan yang dibaca dalam shalat witir, no. (463). Ia berkata : “hadits ini hasan gharib”.
Sumber:almanhaj.or.id

Posted on Friday, May 22, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments


Sunday, March 22, 2009 ' 8:10 PM l Tadi sore Wa ada singgah ke Kota Naga, bertandang dia ketemu aku. Penerampilan yg entah sekarang pulak aku rasakan peliknya…. Dgn rambut merah ala ceti haram, rantai leher dgn gelang besar rantai besikal’. Memangnyer dulu jadi pakaian aku juga. …dari mulut dia, dia dah kawin… seorang puteri 11 bulan jadi penyeri. Huihhh..? Kawen? Hehe.. “kantoi kerr?” “a’ah” Katanyer. Ceh… takperlah… korr buat korr jawablaaa… Takkan nak biarkan anak dara org.

Lama tak jumper… mungkin banyak yg peliknyer bagi dia tentang aku. Yerlah, aku yang dia kenal.. dgn aku yg depan mata dia sekarang. Aku yang dulu slim, dan aku yang sekarang bulat macam tandan kelapa sawit. Campak juga kat dia sepotong dua nasihat. Itu yang tak bermodalnyer. Nak pakai, pakailah. Bagi aku cukuplah bila aku bercakap orang dengar. Itu dah kira padan sangat.
 
Dia datang nak ejas ‘barang’. Aduh, Abg dah cuci kaki tangan dek… ni cuci sekali ngan samak punyer….aku betul2 tak tau ‘lubang’ kalau tau pun biarlah kambus kaw-kaw punyer. Tanyakan otai-otai lama, Engku Bako, Ngoh Sari dan 2,3 nama calon2’ LLPK’ belaka. “Diorang pun dah tak layan dah” itu jer yang aku cakap… lagi aku cakap,” diorang yg dulu hardcore tu semer dah ‘clear’”. Walaupun pada hakikatnya aku tak tau pun perkembangan diorang. Tapi aku rasa lagi baik aku memanjangkan cerita2 yang baik2 jer… Moral yang aku nak sampaikan kt dia,Setiap orang walau se-heavy mana pun dia, dia tetap akan berubah satu hari nanti. Tapi sepengenalan aku si Wa nih tak adalah sejahat mana , pelakun tambahan jer pun.

Tapi bukan itu yang buat aku rasa macam kena sambar petir petang tadi.

“Abg Long dah tau, Tengku Bongsu dah meninggal, dah dua minggu”
Prakk!!! Aku rasa macam ada tangan ramas2 jantung. Rasa yang tak dapat aku nak lontarkan dalam bentuk bahasanya. Rasa macam nak call jerr no Tengku Bongsu… rasa macam nak Tanya..”eh yerr ker auk mati dah” Rasa macam nak cakap dgn dia jangan buat lawak laa… Rasa nak cakap minggu depan aku nak balik nak ajak dia g ‘menyuluh menembak kancil’(salah satu kemahiran Tengku Bongsu. BERBURU)
 
Ciss….!!! Macam dalam filem pulak kenangan2 aku dengan dia terputar balik. Teringat masa aku tersadai di Tanah Raja Sulaiman. Hampir sebulan dia menanggung aku, makan minum. Masa tu dia pun tak ada kerja, tapi bilang petang dia balik bawak ‘pegeras’ bagi kat aku. Bawak nasik bagi kat aku. Belikan aku madu. Dia tak pernah tanya pun aku kenapa aku datang merempat menyusahkan dia. Lepastu aku bawak dia duduk dgn aku di Kota Kumbang… sejak dari itulah susah senang dia sama dengan aku. Dia jugalah yg jadi promoter-nyer kat Datin yang aku nih pandai ‘berbomoh’. Sampai bilang2 malam pulak orang panggil tangkap hantulah, laki larilah, kedai tak lakulah, anak kena but dek oranglah. Dari sekecik2 kes…kes budak kecik menangis malam sampailah ke kes harta Dragon Family yang Doktor Nur dapat amanah dari Pak Soyo(…..) Semua tur Tengku Bongsulah yang mempromotenye.
 
Bagi aku Allahyarham adalah seorang yang kasar dan lurus. Dia tak pandai nak jadi talam dua bidang. Bila dia suka dia akan suka, bila dia benci dia akan mencuka. Dia seorang yang tidak sesuai lansung utk calon ketua pemuda UMNOR. Tapi dia seorang sahabat yang kita boleh harapkan, tidak akan sekali-kali meninggalkan kita andaikata berada bersama di atas sebuah rakit di tengah2 lautan. Pasti. Mutlak kepastian itu, dia akan berjuang bersama.
 
Dia juga tak tau berkira. Tak tau kira-kira atau tak tau mengira atau apa saja semaksud dengannya. Apa yang berlebih atas dia tidaklah perlu kita berkias jika berkenan. Jika dua cincin dijarinya , yg cocok dengan hati kita pasti dilurutkan. Itulah diumpamakan. Jadi resam dunia jika begini sifatnya , maka kuranglah hartanya. Tapi tinggi bahasanya.
 
Tok Andak aku pernah berkata yang aku akan ingat sampai bila2. Katanya “ Harta habis, Muda tua,Hidup mati, Berbudi kalau ada, Yang tak ilang abis, tak bermodal, BAHASA.”
 
Sembang2 dengan Wa tak mampu aku mengubah niat dia. Tiada di Kota Naga nak ke Bentan pulak gayanya. Memang aku tak nafikan tekad golongan ni tinggi kalau dalam bab2 ngejas nih. Tak der kat sinih… kat sana, tak der yang ‘gula batu’ yang ‘merah tua’ tak dapat yang ‘putih gebu’ yang ‘biru muda’ pun jadi. Abis iktiar dah, yang ‘ijau pucuk pisang’ belambak kat klinik2 swasta. Aku taulah anginnyer, sebab dulu aku kepalanya.
 
Aku terkenang pada Ayah dgn Makcik (Ayahnda dan Bonda Tengku Bongsu). Kenapa mereka tak menitipkan berita dari Kota Seri Alam kehilir? Tapi itu bukanlah yang aku nak sulam titipkan disini. Apa yang hendak ditinta emaskan adalah mereka sudah juga umpama orang tua aku. Sangat berilmu. Halus Pekerti , tinggi bahasanya serta tebal kasih sayang. Tidak hairan aku akan jadinya Tengku Bongsu itu sebegitu elok jika sudah acunya dari meranti.
 
Aku pernah berkata tidak lengkap hidup seorang lelaki jika tiada sahabat. Sahabat itu adalah pendamping, penyeri, pembela, penghibur dan pemberi teguran. Dan Allahyarham memiliki semua ciri2 itu.
 
Dari Pekan Raja berkelana hingga ke Kota Wali.
Bersejuk di Lembah Emas, Berpanas di Kota Keramat
Tiada pernah Kami dengar rungut dakwa Engku

Bersabung di Bukit Kuda Putih
Bertombak di Kota Badai, Yang lain berputih kaki
Engku mengalir darah dengan Kami.

Di Kota Kumbang kita berbagi nasik sebutir
Tidak Engku pergi lari
Di Kota Seri Naga berhujan intan permata
Tiada Engku tamakkan diri…


Datang lalu pergi tak tercari Kami akan ganti
Maka pergilah, tenanglah, senanglah
Kerana Kami juga pulang nanti hendak diNANTI.

Al-Fatihah utk Tengku Bongsu @ Seri Alam

Posted on Friday, May 22, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, May 21, 2009

Hidup niey tak  delah huduh sangat sebenarnya. Walaupun untuk orang yang paling malang sekali di dunia nih. 
 
Sekarang aku dah faham cam maner rasanya jadi orang yang gagal nih. Selama nih aku Cuma tau kritik itu ini tentang life orang lain terutama bila bender tur melintas depan mata. Apa lagi kengkadang tur sesedap rasa jer mengata. Aku rasa kebanyakan orang lain pun mcm aku juga. Tapi tak siapa yang tau macam maner bila terkena batang hidung sendiri. Aper rasanya bila beban yang melaut tur terpikul atas bahu sendiri.

 Walaupun aku tak pernah rasa yang aku akan menjadi orang yang berjaya dalam hidup ni. Tapi jujur juga aku tak pernah bayangkan yang aku akan menjadi orang yang ketinggalan. Aku tak kata aku orang yang gagal. Kerana definasi kegagalan yang mutlak bagi aku adalah mereka yang meninggalkan dunia ini dengan tidak ada keampunan dari Penciptanya. Itulah definasi aku bagi manusia yang gagal.

 Dalam kadaan seperti ini tepat kalau aku katakan,  ketinggalan. Dari aspek duniawi dan ukhrowi. Permintaan aku dalam kehidupan ni tidak tinggi sebenarnya. Cukup sekadar cukup, dari segi kewangan, punya kerjaya yang terjamin dan tidak menyusahkan kehidupan orang lain. Itu sudah memadai. Tapi untuk mengadakan itu semua juga bukan semudah yang kita bayangkan.

 Tambah pula bila telah tersasar dalam memilih jalan kehidupan. Kehidupan yang serba sempit dan ditambah pula dengan kesilapan demi kesilapan dalam menentukan jalan hidup. Sedang jalan hadapan sangat kelam dan jalan pulang yang gelap gelita.

Posted on Thursday, May 21, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory