Rabu, 15 Disember 2010
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
Teman mayat ibu
Budak perempuan tidak bermaya di sisi tubuh terbujur kaku di atas tilam
SIBU:
Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan
seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparandan ditemui
tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati
akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan
Hua Kee, di sini.
Ketika
ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di
sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur
dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata
kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas
mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu
apabila terhidu bau busuk.
Katanya,
pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal
terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya
tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah
itu.
"Dia
menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh
dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik
tidur.
"Di sisi
mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana
tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya ketika
dihubungi semalam.
Zamani
berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis
percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak
perempuan itu tetap menemani ibunya.
"Berdasarkan siasatan
awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga
kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu
itu mangsa pembunuhan.
"Bagaimanapun,
kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi
mengetahui punca kematian wan ita itu," katanya.
Zamani
berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu
untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang
dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.
"Susulan
penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas
suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sumber artikel: Harian Metro
Cubalah
bayangkan kesedihan anak kecil itu. Mungkin ibunya dibunuh ketika dia
sedang tidur. Dan bila dia bangun mendapati ibunya sudah tidak bernyawa.
Malah dia sendiri tidak memahami kematian itu. Dan anak kecil itu
menyangka ibunya sedang tidur. Demi Allah ini sangat menyedihkan. Wahai
manusi, tidak kasihan belaskah engkau?
p/s: kebetulan anak ini sebaya dengan anak aku yang bongsu.
Published on 15 December 2010
0 comments :
Post a Comment