Malam semalam aku
nengok Buletin Utama (sebenarnya jarang sangat nengok berita ni). Tapi
entah kenapa semalam nak terbukalah pulak. Dan kebetulan tersiar berita
“Bapa Simbah Asid”
Dibawah adalah artikel dari Berita harian Online:
Bapa simbah asid :Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
NURUL
Dahyatul Fazlinda cedera parah di muka dan mata, manakala adiknya, Mohd
Irfan Firdaus turut cedera disimbah cuka getah oleh bapa mereka yang
mengamuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam. Mereka kini
dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Lelaki disyaki penagih dadah naik angin isteri minta cerai....
KUALA
TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana
menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan
dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di
sini, awal pagi semalam.
Dalam
kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat
Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah
Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.
Pemangku
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan,
berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur
pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan
pada mata kiri.
“Siasatan
awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang
penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja
sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai.
“Mereka
masih pasangan suami isteri, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak
lima bulan lalu. Mangsa (Che Ku Zaimah) membawa empat anak mereka
berusia antara 10 dan dua tahun berpindah ke rumah ibunya di Kampung
Sekayu.
“Bagaimanapun, suspek dikatakan sering ke rumah ibu mentuanya untuk meminta wang daripada mangsa,” katanya.
Katanya,
keempat-empat mangsa kecuali Minah yang dibenarkan pulang, masih
dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala
dua daripada mangsa iaitu Che Ku Zaimah dan anaknya Nurul Dahyatul
tidak mampu bercakap kerana melecur teruk.
Manoharan
berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan kecederaan serius dan polis kini memburu suspek.
Sementara itu, Minah berkata, menantunya datang ke rumahnya awal pagi semalam untuk meminta wang RM30.
Bagaimanapun, katanya anaknya enggan memberi wang berkenaan menyebabkan menantunya itu berang dan menendang pintu rumah.
“Sebelum
ini, menantu saya memang pernah mengugut untuk menyimbah asid di muka
anak saya apabila menuntut bercerai, tetapi anak saya tidak ambil peduli
sehingga kejadian ini berlaku.
“Sepanjang
pengetahuan saya, menantu saya bukan saja pernah menampar isterinya
apabila berlaku pergaduhan, malah pernah menyimbah cat rumah ke atas
kepalanya, selain mencederakannya dengan api rokok.
“Menantu
saya tidak bekerja dan hanya tahu meminta wang daripada anak saya yang
menjual sayur di pasar, menyebabkan dia tidak tahan dengan kerenah
suaminya itu dan pergi ke pejabat agama untuk menguruskan perceraian,”
katanya. [Berita harian Online]
MasyaAllah,
ada manusia jenis macam ini. Yang aku nak sentuh disini adalah. Sejurus
selepas jatuh hukuman tersebut. Beliau telah dibawa keluar dari
mahkamah. Orang ini telah mengangkat tangannya yang bergari kepada
orang-orang diluar Mahkamah. Dengan senyuman ‘berpuas hati’. Serta
menunjukkan isyarat ‘bagus’. (Dengan mengangkatkan ibu jarinya) kepada
para hadirin.
‘BAGUS’ ?!!! orangkah, atau BINATANGKAH ini?
Dibawah ada dua keping gambar anak-anak dan isteri yang disimbah dengan asid itu. Dikatakan, mereka mengelupur sewaktu terkena asid itu.
Aku
mencari dimana-mana gambar Mat Haizan Mat Yasin sejurus keluar dari
mahkamah. Tetapi tidak menjumpainya. Atau barangkali tidak ada yang
sempat meng-upload-nya. Entah. Tetapi yang pasti kelakuan dan tindak
balas beliau diatas pertuduhan dan hukuman yang dijatuhkan, sangatlah
mengejutkan. Tidak sedikit terlihat rasa menyesal diwajahnya. Malah dia
mengangkat tangannya, seolah telah memenangi acara seratus meter lari
berpagar. Sangat jahat orang ini. Celakalah keatas dia, bagi
kezalimannya itu jika dia tidak bertaubat, dan memohon maaf.
Published on 02 December 2010
0 comments :
Post a Comment