CARA SEMBAHYANG DENGAN BETUL

Kepada semua ini adalah panduan solat. Dalam erti kata lain, anda telah pernah belajar sembahyang, cuma anda telah lupa pada bahagian-bahagian tertentu. Dan panduan ini dijadikan rujukan untuk memastikan amalan tersebut betul atau tidak. Namun jika anda tidak pernah sama sekali berlajar sembahyang daripada seorang guru. Maka adalah salah mengambil pelajaran mengenai sembahyang ini dari buku-buku panduan atau bahan bacaan semata-mata. Tetapi andai kata anda kesulitan mencari guru, bolehlah mengunakan panduan ini sebagai sumber pembelajaran yang pertama. Tetapi setelah anda rasa anda telah mengerti mengenainya, WAJIBlah merujuk kepada seorang yang anda kira arif mengenainya. Tidak kira siapa mereka, mungkin saja Ibu anda, Bapa anda atau saudara-mara, atau juga sahabat-sahabat anda. Pokoknya, wajib jugalah merujuk kepadaseseorang mengenai apa yang telah anda pelajari melalui bahan-bahan bacaan dan panduan-panduan mengenai sembahyang ini.

Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara² mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.

Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT(isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).

RAKAAT PERTAMA

1. NIAT SEMBAHYANG ISYA' (EMPAT RAKAAT) (Niat sekadar didalam hati, tidak perlu dilafazkan)






Usalli fardhaz'isya'i arba'a raka'atin(*) adaan lillahi ta'ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu(isyak) empat rakaat(*) tunai
kerana Allah Ta'ala.

# gantikan dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor)
* tambahkan 'makmuman' (mengikut imam) sebagai ganti 'adaan', jika sembahyang
berjemaah.

 Berdiri tegak sebelum mengangkat takbir.
* Selaras dan rapatkan kaki Bagi Perempuan.(perempuan sahaja, lelaki renggangkan kaki)

Berdiri menghadap ke Kiblat. Turunkan pandangan ketempat sujud. Dan rapatkan tapak tangan ke tepi paha ketika memasang niat yaitu sebelum mengangkat takbir.
* Tertib ini sama bagi Perempuan.









2. TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR .

Untuk lelaki Hujung jari telunjuk separas cuping telinga.

Ketika mengangkat Takbiratul Ihram. Lintaskan didalam hati niat kita bersembahyang. Contohnya: Sahaja aku sembahyang fardhu Isya' 4 rakaat bersendirian kerana Allah. Dan lintaskan didalam hati niat sembahyang tersebut serentak dengan Takbiratul Ihram itu.

 Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar
* Takbiratul Ihram wajib dilafazkan (setidaknya didengari oleh telinga sendiri)

 
Dari Ibnu Umar r.a. katanya: “Adalah Rasulullah apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau mengangkat kedua tangannya, kemudian baru bertakbir.” [Shahih Muslim] Ada pendapat tangan diangkat hanya separas dada. Kedua-duanya boleh.


3.   BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH)  


TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT(Atas sedikit dari aras PUSAT) 
Pendapat kedua diatas dada,  dan pendapat ketiga dibawah pusat. Ketiga²nya boleh.

Pendapat yang menyatakan sama keadaan solat lelaki dan wanita, bedasarkan hadits : 
sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.  631.]
Berlaku secara umum dan mencakupi kaum perempuan. Ibrahim al-Nakha’i menyatakan:

تَفْعَلُ الْمَرأَةِ فِي الصَّلاَةِ كَمَا يَفْعَلُ الرَّجُلُ.

Dalam solat, wanita mengerjakannya sama dengan cara yang dilakukan oleh lelaki.[Riwayat ini disebut oleh al-Albani dalam Sifat Shalat Nabi (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 1996), ]

al-Albani rahimahullah juga telah membawa sebuah riwayat dari al-Bukhari dalam kitabnya al-Tarikh al-Saghir, mukasurat 95 dari Ummu al-Darda’  berbunyi:

أَََنَهَا كَانَتْ تَجْلِسُ فِي صَلاَتِهَا جِلْسَةَ الرَّجُلِ, وَكَانَتْ فَقِيْهَةً.
          
Sesungguhnya (Ummu Darda’) dalam solat, duduk seperti cara duduk lelaki, padahal beliau seorang perempuan yang ahli fiqh.[Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Shalat Nabi, ms. 240.]

(Walau bagaimana pun , kami tidak berniat untuk membahaskannya disini) Sila rujuk : http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/14.htm 

4. MEMBACA DOA IFTITAH

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku  kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali- kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

 5. TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH 

          
1. Bismilla hirrahma nirrahim.
2. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. 
3. Arrahma nirrahim. 
4. Maliki yaumiddin.
5. Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. 
6. Ihdinassiratal mustaqim. 
7. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*).


Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)

* Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah ketika Imam membaca surah sunat.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki terus membaca Al-Fatihah selepas bacaan do'a iftitah).

6. DAN SELEPAS FATIHAH , BACALAH SURAH PILIHAN(sebarang surah). Sebagai contohnya Surah Al-Ikhlas

Bismilla hirrahma nirrahim.
1. Qul huw-Allahu Ahad, 
2. Allahus-Samad, 
3. lam yalid wa lam yuulad, 
4. wa lam yakun lahoo kufuwan ahad.

Maksud:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
4. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.

 7. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT PERTAMA

 * Mengangkat Takbir sebelum Rukuk'






 Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar 
  



8. RUKUK RAKAAT PERTAMA
* TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH















Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat
kepujiannya. (Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)

9. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA 

 
 




Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya


10. IKTIDAL SELEPAS RUKUK 
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD 
 


 
Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.










11. SUJUD PERTAMA RAKAAT PERTAMA
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI 

 
Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan (lihat contoh gambar)


Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih 
(3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:
   Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar


12. DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT PERTAMA
DUDUK SEPERTI MELUTUT

* Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

 
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku. 

Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud










Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


 13. SUJUD KEDUA RAKAAT PERTAMA 
 
Dan membaca :
 

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Bangun Untuk menyambung sembahyang kerakaat kedua. 

Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


RAKAAT KEDUA

 14. BERDIRI RAKAAT KEDUA  




 
 



TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH


 
DAN TERUSKAN DENGAN MEMBACA SURAH PILIHAN 
( Sebarang surah, contohnya: )

 
Bismillah hirrohma nirrohim
qul a'uzubirobbinnas. malikinnas. ilahinnas. minsyarrin waswaa silkhan' nas. alladzi yuwaswisufi sudu rin' nas .minal jin' natiwan' nas.
Artinya :

Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.  Raja manusia. Sembahan manusia.  Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,  yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,  dari (golongan) jin dan manusia.
15. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT KEDUA.

  Dengan lafaz 




Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


16. RUKUK RAKAAT KEDUA
* TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH















Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat
kepujiannya. (Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)

17. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA 

 
 



Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya


18. IKTIDAL SELEPAS RUKUK 
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD 
 


 
Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.











19. SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI 

 
Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan (lihat contoh gambar)


Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih 
(3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:
   Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar



20. DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KEDUA
DUDUK SEPERTI MELUTUT

* Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

 
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku. 

Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud










Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar



21. SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA
 
Dan membaca :
 

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Bangun Untuk menyambung sembahyang kerakaat kedua. 

Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


22. DUDUK TASYAHHUD AWAL 

* Kedudukan kaki ketika duduk tasyahhud awal.

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala  Muhammad.

Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itupesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.

Bangun Untuk menyambung sembahyang kerakaat ketiga. 


Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


 RAKAAT KETIGA 

23. BERDIRI RAKAAT KETIGA 




  




TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

 



















24. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT KETIGA.

  Dengan lafaz 




Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


25. RUKUK RAKAAT KETIGA
* TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH















Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat
kepujiannya. (Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)

26. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA 

 
 



Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya


27. IKTIDAL SELEPAS RUKUK (Berdiri kembali sebelum sujud) 

 



Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.











28. SUJUD PERTAMA RAKAAT KETIGA
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI 

 
Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan (lihat contoh gambar)


Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih 
(3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:
   Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar


29. DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KETIGA
DUDUK SEPERTI MELUTUT

* Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

 
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku. 

Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud










Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar



30. SUJUD KEDUA RAKAAT KETIGA
 
Dan membaca :
 

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Bangun Untuk menyambung sembahyang kerakaat keempat. 

Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar



 RAKAAT KEEMPAT

31. BERDIRI RAKAAT KEEMPAT 




 
 



TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH


 

32. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT KEEMPAT.

  Dengan lafaz 


Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar





33. RUKUK RAKAAT KEEMPAT
* TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH















Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat
kepujiannya. (Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)

34. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA 

 
 



Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya


35. IKTIDAL SELEPAS RUKUK (Berdiri kembali sebelum sujud) 

 



Rabbana lakalhamdu. 

Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.










36. SUJUD PERTAMA RAKAAT KEEMPAT
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI 

 
Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan (lihat contoh gambar)


Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih 
(3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:
   Allahu akbar Maksud: Allah Maha Besar


37. DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KEEMPAT
DUDUK SEPERTI MELUTUT

* Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

 
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku. 

Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud










Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar



 38. SUJUD KEDUA RAKAAT KEEMPAT
 
Dan membaca :
 

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Bangun Untuk menyambung sembahyang kerakaat kedua. 

Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


39. DUDUK TASYAHHUD AKHIR

* Duduk tasyahhud akhir, silangkan kaki kiri kebawah kaki kanan

* Naikkan jari telunjuk apabila tiba kepada bacaan Asyahadu alla illaha illallah

1. Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah.
2.Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
3. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah.
4.     Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
5. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad.
6.    Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim.
7.  Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad.
8.  Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina  innaka hamidummajid.

Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
40. SALAM KEKANAN
Assalamualaikum warahmatullah

Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah
41. SALAM KEKIRI
Assalamualaikum warahmatullah

Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah
NOTE : Saya sangat berharap segala kesalahan didalam salinan ini dapat dikirimkan komenternya ke email saya : wirajiwa@gmail.com