Hatim al-Asam dan 8 Persoalan

LMU adalah intipati yang terpenting dalam pembangunan insan, apatah lagi dalam mengesahkan ibadah kepada yang Maha Esa. Tambahan daripada itu ia sejajar dengan matlamat . Islam yang membudayakan iqra' berdasarkan ayat yang pertama diturunkan di Gua Hira'.

Pada ruangan kali ini penulis ingin mengajak diri sendiri dan pra pembaca merenung mengenai hakikat ilmu dan kehidupan yang dipetik daripada kitab Muhktasar Minhaj al-Qasidin, karya Ibn Qudamah al-Maqdisi.

Ia adalah perbincangan yang berkisar berkenaan dengan hakikat ilmu dan kehidupan antara seorang guru yang bemama Syaqiq al-Balkhi dan muridnya, Hatim al-Asam.

Sheikh Syaqiq al-Balkhi bertanya kepada muridnya Hatim al-Asam: "Sudah berapa lama kamu belajar denganku?"

Jawab Hatim: "Tiga puluh tiga tahun, guru".

Tanya Syaqiq: "Berapa banyak ilmu yang kamu petik?"

Jawab Hatim: "Hanya lapan masalah sahaja".

Terkejutlah gurunya seraya berkata: "Tiga puluh tiga tahun hanya lapan masalah?"

Jawab Hatim: "Benar guru. Aku tidak berdusta".

Gurunya, Syaqiq berkata: "Sila sebutkan lapan masalah tersebut".

1.       Aku lihat kepada makhluk. Setiap orang mempunyai barang keakungannya tetapi bila sampai ke kubur, nescaya berpisah. Justeru aku jadikan keakunganku segala kebajikanku supaya ia kekal bersamaku dalam kubur.

2.        Aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud: Serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. / (al-Nazi'at: 40) Justeru aku bersungguh-sungguh mujahadah nafsu hingga stabil dalam ketaatan kepada Allah SWT.

3.        Aku lihat setiap orang ada mempunyai barang yang berharga yang disimpannya. Kemudian aku lihat ayat Allah SWT yang bermaksud: (Sebenamya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal. (an-Nahl: 96)

Tatkala dapat bagiku sesuatu yang berharga nescaya aku hadapkannya (kepada Allah dengan bersedekah) supaya sentiasa kekal di sisiku.

4.        Sesungguhnya aku lihat ramai manusia bermegah dengan harta kekayaan, nasab keturunan dan kemuliaan. Sedangkan semuanya tiada nilai. Lantas aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). (al-Hujurat: 13)

Justeru aku beramal untuk bertakwa supaya aku mulia di sisi-Nya.

5.        Sesungguhnya aku lihat manusia saling berhasad-dengki. Kemudian aku lihat firman-Nya yang bermaksud: “Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita)”. ( al-Zukhruf: 32) Justeru aku tinggalkan hasad.

6.        Aku lihat kebanyakan mereka saling bermusuhan. Kemudian aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya)”. (al-Fathir: 6)

Justeru aku tinggalkan permusuhan dengan mereka dengan hanya menjadikan syaitan sahaja sebagai musuh.

7.       Aku lihat manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki. Bila aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.” (Hud: 6)

Justeru aku sibukkan dengan apa yang menjadi amanahku dan meninggalkan urusan rezeki kepada Tuhanku.

8.        Aku lihat mereka bergantung kepada perniagaan hasil buatan dan kesihatan mereka tetapi akubertawakal kepada Allah.

Jawab gurunya Syaqiq:

"Sesungguhnya aku lihat di dalam Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Dan inilah intipati kitab samawi yang empat ini. Siapa beramal dengan lapan masalah itu, nescaya dia beramal dengan keempat-empat kitab".

Iktibar daripada kisah ini:

Berdasarkan jawapan oleh Hatim jelas menunjukkan betapa hakikat kehidupan ini adanya noktah yang selepas itulah dikira, sarna ada di dunia ini diisi dengan kebaikan dan menjauhi segala larangan Tuhan atau sebaliknya.

Lebih penting daripada itu adalah kemuliaan yang hakiki dan bersifat abadi apabila di dada seseorang diisi dengan ketakwaan kepada ALLAH.

Menafaat bagi golongan yang mahu berfikir.

Artikel Ehsan: MEGA Utusan Malaysia