["Banyak salah faham di Barat tentang sifat Islam, ada juga banyak ketidak tentuan tentang hutang budaya kita sendiri dan tamadun berhutang budi kepada dunia Islam. Ini adalah kebenaran yang saya kira, dari sejarah yang tiada pihak boleh menafikannya.  Dunia Islam abad pertengahan, dari Asia Tengah ke pantai Atlantik, adalah sebuah dunia di mana para sarjana dan orang-orang yang cemerlang berkembang.

Tetapi kerana kita cenderung melihat Islam sebagai musuh Barat, sebagai budaya asing, masyarakat, dan sistem keyakinan, kita cenderung mengabaikan atau menghapuskan yang besar relevansinya dengan sejarah kita sendiri. "] , Putera Charles, kuliah di Universiti Oxford.

Namun kerana kesungguhan daripada beberapa Noble People yang membela, sejarah Islam yang kaya itu  telah gagal dihapuskan daripada fikiran dunia. Kerana kebenaran akan selalu menang.

Banyak sistem Pendidikan mengajarkan bahawa tamadun dunia saintifik lewat, Greece Era (SM), Rom Era (500 AD), Dark Ages (600-1600 M) Renaissance (1600 M), Revolusi Industri (1800/1900 M), Modern Peradaban (2000 -). "Dark Ages" adalah kata beberapa korup sejarahwan, mereka mengatakan selama 1000 tahun tidak ada yang terjadi, tiada penemuan, tidak Invention, No Progress.

610 AD, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W Demi Allah (Tuhan) satu-satunya isi Kitab yang belum diubah atau berubah sedikit pun untuk lebih daripada 1400 tahun, dan Kitab yang telah dipelajari oleh hati. Perkataan demi perkataan kepada jutaan umat Islam. Kitab ini terungkap ayat demi ayat dalam hampir 23 tahun, menjelaskan kepada kita dari setiap aspek bagaimanakah menjalankan kehidupan ini sepatutnya. Bahkan menjelaskan banyak teori-teori saintifik maju, termasuk, The Origin of the Universe, Human Embryonic, Objektif daripada Banjaran, Origin of Rain dan banyak lagi  teori-teori sains dan matematik. Itu akan memerlukan masa ratusan halaman untuk hanya menulis tentang itu. Namun dengan hanya senaskah Al-Quran semuanya terungkap dalam hanya beberapa lampiran.

Selama berkurun-kurun ketika barat sedang tidur banyak terjadi perkembangan yang luar biasa dalam tamadun Islam termasuk Discovery of Pulmonary Circulation, Complete Medical Encyclopedia, penemuan kimia, penemuan algebra, Penemuan hukum-hukum pembiasan, Penetapan Tahun Cahaya. Ada banyak lagi penemuan-penemuan yang berlaku selama—abad ke 6 hingga abad ke-16 yang membentuk dunia berkembang dengan sangat pesat. Anda boleh menemui dengan lebih banyak tentang penemuan dengan membaca biografi saintis terkenal. Selepas itu anda bacalah pula tentang penemuan-penemuan yang berlaku antara abad ke-6th-16th oleh umat Islam, anda tidak akan ragu mengatakan bahawa abad ke 6 hingga ke-16 adalah Era Islam. Benar-benar tidak diragukan lagi itu adalah Era Emas Dunia.

Selain daripada Sains, Islam telah menghasilkan sejumlah Pimpinan Besar, yang membentuk sejarah kita. Di antara para pemimpin itu juga beberapa pejuang Muslim yang mengalahkan tentera salib satu per satu, menangkap dan menguasai sebahagian besar dunia selama berkurun-kurun. Pemimpin lain termasuk ketua parti politik, keperibadian yang dikeluarkan negara mereka daripada cengkaman Invaders dan beberapa orang yang memimpin negara mereka menuju kemakmuran. Namun para sejarawan barat telah enggan untuk menunjukkan Pemimpin besar ini.

Hanya sahaja dunia dimomok-momokkan dengan ediologi mengenai keganasan dan kerasnya serta tidak tolerasinya Islam itu, hanya melalui seorang dua watak yang mungkin juga dimanipulasikan oleh sesetengah golongan tentang kebenarannya.

Para sarjana adalah sebahagian daripada masyarakat yang membentuk masyarakat, golongan bijak pandai inilah sebenarnya yang menghala tujukan kearah manakah masyarakat hari ini. Kerana dunia memandang ediologi mereka, pandangan dan pendapat mereka diberi keutamaan.  Gerakan dan perjuangan merekalah yang mengetuk pintu dunia ini Kestabilan dan Perdamaian. Namun sayangnya, tidak sedikit juga antara mereka ini, baik saja golongan cendiakawan, atau pun sejarawan yang menjadi kambing hitam aktivis-aktivis tertentu, yang motif perjuangan mereka hanyalah untuk menyesatkan akidah manusia supaya menyimpang daripada ajaran yang benar.

Tetapi walau selangit kesungguhan mereka yang berusaha memburukkan dan menghapuskan kesucian Islam itu. Patah tumbuh dan hilang silih berganti juga Ulama Muslim yang memainkan peranan mereka mengucapkan dan member penerangan. Para sarjana ini telah membantu membawa komuniti agama yang berbeza bersama-sama untuk menuju satu tujuan iaitu Keamanan dan harmoni. Mereka bahkan terang-terangan menentang setiap orang yang boleh membuktikan bahawa ada buku yang menekankan mesej Keamanan Dan Harmoni lebih daripada Quran. Ramai yang telah menyahut cabaran itu tetapi telah gagal dalam perdebatan yang telah berlaku.

Kita boleh mengatakan bahawa memang benar bahawa kemajuan umat Islam menurun pada abad lalu kerana umat Islam telah memandang Al-Quran itu seperti seorang musafir yang kehausan memandang gurun pasir. Mereka yakin yang didalam Al-Quran itu terkandungnya segala penyelesaian, namun mereka tidak lagi bersungguh-sungguh dalam mengerjakannya. Tidak lagi nekad keyakinannya.

Apakah kita semua mahu musuh-musuh Allah itu meraikan dengan gembira keadaan umat Islam hari ini? Yang mana, ada waktunya kita seakan merasa malu menjadi individu dan dan masyarakat beragama Islam. Kerana sedikit demi sedikit kita sendiri mula menyakini yang Islam itu tidak tolerasi, tidak ikhlas dalam menerima orang lain. Lalu kita pun meminimumkan seboleh mungkin identity Islam itu sendiri, baik dalam diri sendiri atau dalam masyarakat(keluarga) yang kita pimpin. Kononnya untuk menunjukkan yang kita bukan dari golongan Islam yang redikal dan ganas.

Sebenarnya, jika berginilah keadaannya pemikiran sebahagian dari umat Islam itu hari ini. Maka lebih dari selangkah usaha musuh-musuh Allah itu telah mendatangkan hasil. Apakah kita mahu mereka it u terus berhasil dan berhasil dalam setiap usaha mereka?

“Sesungguhnya ‘musuh-musuh’ Allah itu sangat senang dan enak melakukan kejahatan diatas muka bumi Allah ini kerana mereka telah ada ‘golongan’ untuk di ‘bin’ kan diatas kejahatan mereka. Dan dunia mempercayai mereka, namun yang paling malang sekali ialah umat Islam itu sendiri percaya dengan segala fakta yang telah diputar belitkan oleh mereka.”

Mereka telah menjadi polis kepada dunia dan menghukum kepada sesiapa saja yang kononnya berbuat jenayah. Tanpa perlu ada mahkamah untuk pertuduhan atau pun pembelaan. Inilah yang terjadi kepada umat ini apabila Al-Quran itu ditinggalkan dan diinjak-injak dengan kaki. Jauh sekali hendak menjadikannya pedoman hidup.

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].

“.....apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang sangat berat.....” [TMQ Al-Baqarah (2):85].

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki. Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Maidah (5):50].

Pada hakikatnya, orang yang menolak aturan-aturan Allah dan menggantinya dengan hukum-hukum buatan Barat adalah orang yang mendustakan dan menyombongkan dirinya di hadapan ayat-ayatNya. Allah Rabbul Izzati mengkhabarkan kepada kita bahawa orang-orang semacam ini mustahil akan masuk syurga Allah, sebagaimana mustahilnya unta masuk ke lubang jarum. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan pintu-pintu langit (ampunan) dan mereka tidak pula akan masuk syurga hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kejahatan”. [TMQ al-A‘raf (7):40].

“Dari Ali, radhiaAllahu ‘anhu, katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bersabda: "Awaslah, sesungguhnya akan berlaku fitnah".

Aku bertanya: "Apakah jalan keluar darinya ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: Kitabullah. Di dalamnya terdapat kisah-kisah apa yang sebelum kamu dan pengkhabaran apa yang akan datang sesudahmu, dan hukum-hakam di antara kamu, Ia (Al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau, sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana sombong, akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dari selainnya akan disesatkan oleh Allah, Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran yang bijaksana, Ia adalah As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus), Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong, dan ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar atau berputar belit, dan para ulama pula tidak pernah puas darinya, (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan.

Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata “Sesungguhnya kami mendengar bacaan Al-Qur'an yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.", sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya, dan sesiapa sahaja yang beramal dengannya, pahalalah ganjarannya, dan sesiapa sahaja yang berhukum dengannya, adillah ia, dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya ia menunjuk kepada Siratil Mustaqim (jalan yang lurus)." [HR Tirmizi dan Darimi].