Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Saturday, July 11, 2009


 

Buka cc cam biasa. Muka-muka game yang sama. Tapi yang aku nak cerita ni pasal Easycafe. Memang aku musuh betul dengan software ni. Dari aku mula jaga Bumicyber aritu dah. Macam-macam hal dia buat.(sebenarnya kerana aku yang tak tau guna) Tapi hari ni memang komfirm bukan dek sebab aku yang salah guna. Memang easycafe ni yang gilanya.

Dalam pukul 11.30 malam agaknya. Adalah 2 orang budak negro, sorang pakai pc, sorang pakai wifi. Tiba-tiba dia cakap. "Kenaper internet tak dapat?" Cakap omputih laaa.. Aku pun cek. memang tak dapat. Lepas tu semua orang yang login internet cakap tak dapat. Hambik. Aku tengok client kt easycafe semua merah. Aku pun tutup Hotspot(sebab Dee cakap kalau jadi macam tu biasanya Hotspot punya hal. Memang aku pernah terkena sekali. Memang lepas tutup Hotspot dia ok lah balik) Tapi kali ni tak boleh pulak. Sudahnya aku terpasa restart MainPC. Tapi masih tak boleh juga. Iya tak ya. Aku shoutdown(laptop yang aku selalu guna dan selalu juga buat masalah pada internet conection pun aku dah tutup dari tadi dah). Lepas tu barulah ok. 

Tapi client masih tak dapat internet juga. Adalah 2,3 orang yang tengah buka myspace. Diorang pun logout jerlah. Yang negro tadi mintak balik duit dia(memang dia tak sempat guna sekejap pun). pulang jerlah 3 ringgit jer pun. Tapi hati sakit ni. Bila yang lain nak logout juga. Lagi sekali easycafe buat hal. ada yang 3jam tapi dia kira sampai rm11. Yang guna 1jam lebih sampai rm6 dia kira. Sudah! . Nasib budak Taiwan ni, dia ingat pukul berapa dia masuk. jadi dia cakap dia baru main 3jam. Kenaper sampai rm11 nih. eh yer ker..? Aku pun buka Transactions Repor. Tengok memang dia masuk pukul 9 lebih, dan keluar pukul 12.20. Tapi kenaper easycafe ni kira salah ye? Kacau betul. Aku ni dahlah no telifon sendiri pun susah nak ingat(tak suka pada nombor) dah kena mengira pulak dah.Haru....

Posted on Saturday, July 11, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, July 6, 2009

Pernah dengar tak produk minuman MariGold? Hari ini aku nak bercerita pengalaman yang aku alami berkaitan dengan minuman ni. Minuman Yogurt Strawberi MariGold. Semalam kononnyer nak minum, makan bender2 yang sihat-sihat jerlah. Jadinya aku pun belilah Minuman Yogurt Strawberi MariGold tu. Pasal baca kat kotak dia lah. 0% lemak, lagi Dengan Kalsium. Maklumlah umur dah berkepala tiga ni kononnya nak lah makan yang sihat-sihat. Badan pun dah kurang hasilkan kalsium naklah makan minum benda-benda yang berkalsium tinggi ni.

Tapi lepas aku beli aku tak terus minum. Sebab aku makan tengahari dulu. Lepas tu perut dah kenyang. Aku ckp dalam hati, ‘takperlah karang-karang boleh minum’. Aku beli tu dalam pukul 12. Dah petang baru aku minum. Okeylah tak der apa yang jadi. Malam Dee ada datang. Lepas makan malam dengan dia (Nasik goreng daging yang pedas GILER) aku minum sikit lagi air Minuman Yogurt Strawberi MariGold tu. Tetiba aku rasa sakit dada. Aku cakap dengan Dee. “agaknya tak bley makan pedas nih”. 

Tapi pagi tadi bila dah siap-siap aku nak buka Bumicyber, pc pun dah pasang. Aku minumlah Minuman Yogurt Strawberi MariGold tu dalam dua teguk. Serta merta dada aku sakit sampai tak larat nak bangun. Sudahnya aku tak jadi buka Bumicyber lagi. Terbaring aku. Aku sebenarnya rasa syak juga yang Minuman Yogurt Strawberi MariGold ni yang buat aku sakit dada ni. Tapi bukan ke sepatutnya sakit perut? Aku dah panik sampai aku sms ke Isteri aku dah. Manalah tau kot-kot umur dah sampai. Huihh takut papa beb.

Aku teringat malam semalam baru borak ngan Dee pasal nak buat web e-Hadist. Kononnya nak melabur untuk ‘MASA DEPAN’. Kurang-kurangnya bila mati nanti ada juga amal yang tinggal. Manalah tau orang yang masuk web tu akan sambung, panjang-panjangkan Hadist tu ke orang lain. Amal lain dahlah takde. Dosa pulak menimbun-nimbun. Adoi...berpeluh aku. Masa sakit tadi tu aku pikir satu je. ‘Tak sempatlah nak buat web tu. Habislah aku, kalau aku mati hari ni bendalah yang aku nak bawak ni.’

Lepas tu aku call Dee(sebab dia ada call aku tak sempat nak angkat) jadi aku ceritalah pasal ni. Dia tanya Yanie Minuman Yogurt Strawberi MariGold boleh jadikan peminumnya macam tu ke. Yanie kata minuman tu ada Kultur Hidup(Dee cakap kultur baik) Tapi minuman tu tak boleh letak kat luar peti sejuk.

Bila aku tengok balik barulah terbaca –Kultur Hidup Dan Aktif dan lagi –Simpan Sejuk Di Bawah 7c. Hambik......

Agaknya Kultur Hidup yang baik tu dah jadi JAHAT agaknya. Maklumlah dia kan tak boleh kalau tak sejuk. Agaknya dah jadi ganas la Kultur Hidup tu.

Heh Serik aku. Lepas ni taknya aku minum dah benda yang ada Kultur-kultur ni.
Lepas tu timbul idea. Aku teringatkan dee pernah cakap, “kalau kita makan ubat kita tak boleh isap rokok, kalau tak ubat tu jadi tak berkesan”

Aku pun terfikir kalau aku hisap rokok agaknya Kultur Hidup tur mati ke gamaknya. Aku pun hisaplah rokok. Ehh!!! Tak sampai 5 minit, terus hilang sakit dada aku. Hah!!! Yerr lah…. Bukan aku nak mengalakkan orang menghisap rokok, tapi kat sini aku nak menceritakan kenyataannya. Kenyataan merokok telah menghilangkan sakit dada aku. Hehhehehe… entah apalah alasan saintifiknya untuk itu, aku pun tak tau. Walau macam mana pun aku bersyukur tak melarat. Dan tak ada apa-apa yang buruk berlaku.
“Huihhh… kena cepat-cepat siapkan E-Hadist nih.”

Posted on Monday, July 06, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, June 27, 2009

Berita kematian Tok(nenek) aku terima pada pagi Jumaat pada 26/7/2009. Reaksi pertama yang aku dengar disebalik panggilan itu adalah tangisan dari pada ibu saudaraku Cu(Kamariah). Cu adalah anak Tok yang bongsu, adik kepada Abah. Dari tangisan itu telah aku ketahui berita apa yang bakal disampaikan kepada aku. "Ady...tok dah tak ada" senyap. "Baru lagi" Apa yang aku mampu cakap masa dalam keadaan mamai lagi tur.. ialah. " Sabarlah Cu, Kalau itu yang terbaik untuk dia, kita Redha jer lah." Lepas tu aku terus kejut Dee.

Sebenarnya , jujur dan iklhlas dalam hari aku sedikit benar rasa sedihnya, lebih besarnya rasa gembira. BUKAN AKU GEMBIRA TOK DAH MATI, TAPI AKU GEMBIRA DENGAN CARA KEMATIAN DAN WAKTUNYA. Di pagi Jumaat yang penuh berkat. Di pagi penghulu segala hari.
 
Yang Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
 
Adam dijadikan hari Jumaat,
di masukkan ke Syurga hari Jumaat,
dikeluarkan dari Syurga hari Jumaat,
tidak berlaku kiamat melainkan hari Jumaat,

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Sama ada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie)

Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran. Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Dan terlalu banyak lagi kelebihan-kelebihan yang terkandung didalam hari Jumaat ini.

"Tok...aku menangis waktu Tok sakit. Tengok Tok terlantar tak boleh buat apa-apa aku rasa sakit sangat. Aku rasa kecewa sangat dengan apa yang aku bagi pada Tok disaat hayat segar Tok. Aku risau sangat dengan keadaan Tok sewaktu nazak yang tak mungkin menjemput sihat(pada pandangan aku yang jahil). Dua kali melihat Tok terlantar di katil hospital. Hospital Sungai Besar dan Hospital Tengku Ampuan Aminah Klang. Dua-dua kali aku bukan sekadar menitiskan air mata, tapi menangis teresak-esak. 

Tapi...maafkan aku Tok. Sewaktu menerima kabar kepergiaanmu, di saat aku sampai tidak sempat melihat dan menciummu untuk kali yang terakhir jangankan kata menangis atau menitiskan air mata, sedikit sebak pun tidak ujud dalam hati aku. (malah akulah sendiri yang cakap pada Cu dan Mak Nik, "tak perlah kalau dah siap kebumikanlah terus tak payah tunggu saya" Memangnya aku cucu kesayangan Tok, Malah apa-apa hal tentang Tok diorang adik beradik Abah semua akan tanya aku dulu, sama ada aku setuju atau tidak) Kalau Tok tak setuju dengan keputusan diorang, aku jugalah yang mampu pujuk Tok(atau paksa Tok) Tapi maafkan aku Tok, walaupun aku nak sangat jumpa Tok untuk kali penghabisan, tapi aku tak dapat untuk melawan rasa sangat gembira untuk Tok agar cepat-cepat berjumpa dengan Yang Maha Pengasihani Allah Yang ESA. Dan maafkan aku juga Tok, sebab diwaktu artikel ini ditulispun aku masih lagi tidak menjumpai kesedihannya pada kehilangamu. Tok... maafkan cucumu kerana lebih gembira daripada sedih diatas KEMATIANMU."

Kepada semua saya merayu dengan sangat rendah diri dan hina. Dapatlah kiranya kalian bermurah hati menghadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Tok saya YANG BINTI MAMAT

Born on 1921-jun 2009
Meninggal Dunia Pada : 26 jun 2009

Posted on Saturday, June 27, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, June 20, 2009

uihh?.... yerker..dapat pingat dato'? adoii.. tak ikut perkembangan semasa betul aku ni. Entahlah... bagi aku anugerah2 pada yang dah 'pergi' nih macam 'air oren yang manis dan sejuk ditengah padang pasir untuk orang yang ada kencing manis yang kronik' (menyakitkan jer...tak mendatangkan menafaat bagi si mati kecuali 3 perkara) entahlah...masing-masing punya kefaham yerpp..

Aku nak tambah sikit kat sinih. Bukan maksud aku aku tak setuju lansung dengan penghargaan keatas jasa-jasa mereka yang telah banyak memberi sumbangan kepada agama, dan negara. Cuma bagi aku ianya lebih bermakna jika kita memberi penghargaan dalam bentuk yang lebih berguna buat yang telah 'pergi' tu. Cuba bayangkan, binakan tugu, bagi pingat, mendeklamasi'kan sajak..? adoii... aper pekdahnyer turr? Bagi aku semua tur menambahkan seksa dia di dalam kubur jer...

Kalau betul kita menghargai sangat jasanya, buatkan satu bentuk anugerah yang memberi faedah untuk 'dia'.  Contoh: wakafkan sebidang tanah kat KL turr kerr... atau di mana-mana dan bina sekolah anak-anak yatim atas nama dia. 'Akadkan' segala jariah itu untuk 'si mati'. Aku rasa belanjanya lebih kurang saja dengan kos yang dikeluarkan untuk menganjurkan konsert-konsert 'dalam kenangan' dan sebagainya tu.
Kata mereka: "Ohhh... tiu kita dah buat, kita dah buat sekolah atas nama dia. Kita dah buat yayasan atas nama dia." 
Jadi sekarang nih kena buat patung(tugu) lah pulak untuk dia ni. Hahahahaha... apa punya jahil ni? Orang-orang macam inilah sebenarnya merosakkan agama secara tidak sedar. (Suka tak suka anak aku yang umur 3 tahun setengah pun dah terikut-ikut tabik tangan bila TV3 tayang lagu negaraku sambil berlatar belakangkan tugu negara.)
Pernah tak korang rasa pelik dengan Islam di Turki? Budaya tak boleh pakai tudung dan sebagainya. Kalau korang nak tau orang-orang Islam di Turki sana yang pelik kefahaman mereka tu pun tersangatlah peliknya dengan Islam di Negara KITA ni.
Macam yang aku tegaskan di atas tadilah... bukan aku tak setuju lansung dengan budaya penganugerahan untuk orang yang dah mati nih. Tapi biar datang pekdah'
Jadi la buat bender-benda yang pelik-pelik ni. Dan sekarang ni... kita, anak2 kita membesar dalam kefahaman islam yang jauh sangat dari yang dituntut.
Untuk agama dan bangsa lain mungkin semua tur patut sangatlah buat macam tu kata mereka. Tapi untuk orang yang beragama islam dan berbangsa melayu... rentikanlah.
Macam contoh menabur bunga kat atas kubur tu. Heyy... cukup-cukupah. Nampak sangat kita ni jahilnya.( Kita selalu mengamuk-ngamuk, mencarut-carut, mem-BABI-BABIkan bangsa lain bila  tidak sensitif dengan sesiviti agama kita, tapi tanpa kita sedari KITALAH YANG TAK SENSITIF SEBENARNYA )

Posted on Saturday, June 20, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, June 4, 2009

Tahukah korang kalau kita taip 1+2 kat google search aper dia keluar? Atau matematik moden sikit contoh 7-(33*7)/17-3/(2+3).

Sebenarnya aku pun baru tau semalam Hhehehek. Bapok la lambatnyer tau mender-mender gini. Orang lain dah bertahun2 gunakan yerk. Hihihi.. semalam sembang2 dengan Dee pasal SEO laa.. pastur terbukalah pasal kalau kita taip kira2 kat google search dia tak keluar artikel pasal kira2 tur. Sebaliknya dia keluar jawapan kira2 tur... Siap ngan jalan kor. Kampang betul cerdiknyer search engine nih. Hahahah. Kagum giler aku nih.
Cam aku bg contoh kat atas tadi lah. Kalau kor taip 1+2. Aku bayangkan akan dapat web yang ada keyword tu. Tapi rupa2nyer dia keluar lain

Tapi korang rasa tur senang sangatkan. Okeys... kita cuba yang susah sikit. Hehheehh
Macam nih 30-(77*87)/7-(90*87)-8. Agak2? Dapat tak jawapan dia?


Hui huih..kagum giler aku nih. Hehehhe... bapok JAKUNnyer.

Posted on Thursday, June 04, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, June 3, 2009

Sebenarnya hari ni aku meraba pasal SEO lagi. Taip keyword itu, keyword ini. Nak di jadikan cerita aku taiplah 'wirajiwa'. konon nak nengok berapa banyak keyword tur.. taklah banyak. Kat google adalah lebih kurang 1ribu lebih jer. Dan di yahoo pulak lebih kurang tur jugalah. Sekali tur aku jumpa ni
 Bila klik lansung pergi ke LIFe |s -JURNAL
Yang ampunya nick sepok79. Budak channel Newborn dulu. Hiskk...lama sangat dah. Aku pun dah tak ingat pun. Bukan tur yang aku nak tulis kat sini. Yang aku nak tulis nih tak ada kena mengena dengan SEO pun. Punya kagumnya aku ngan search engine nih sampai gitu punya lama pun dia boleh jumper lagi. Huihh.. hampir semua bender kita boleh search. Jurnal tur kalau tak salah aku dah dekat2 nak sepuluh tahun gamaknya.

Maknanya data yang kita simpan kt internet nih hampir mustahil jugalah nak hilang. Huihhh!!
Jadinya kat sini aku ni sukalah nak mengingatkan semua dan diri aku sendiri. Janganlah upload bender2 yang tak elok. Sebab kalau orang baca, tengok kita dapatlah sekali sahamnya. Dan bender nih mungkin akan ada kat internet nih 10 tahun, 100 tahun, tahkan seribu tahun pun masih juga ada. Mak aiiii. Bayangkanlah kita dah kat dalam kubur masa tu. 

Alhamdulillah aku tak pernah upload gambar2, video2 yang tak senonoh tu. Kalau download tu.... (telah disunting oleh editor). Hiskk... Moral dia kat sini ialah kalau mengambil bender yang tak elok tu. Sampai kat kita sorang jer. 1 dosa jerlah. Tapi kalau memberi benda yang tak elok tu, mungkin akan ada 100 orang yang mengambilnya. Dan dari 100 orang tu 10 orang dah jadi dealer pulak dah. Mati la kita beb. Dah jadi berkoyan2 pulak orang yang membuat maksiat disebabkan kita sorang.

Nama-nama Budak Newborn dulu yang aku ingat.( yang aku copy kt blog Dee )
adot , Bl|nd^GuarD|an , Blur_rt , bruto , creato , Algy, deep_abbsy , Dr^Cute , eidayu , Fyfy , jack^core , JiMiE_KL , g|e^nEe , g-mie_kl , FaReZ`187 , InToXiCaTeD` , kaSTolika , HappyNightMare , Loudness , LOVECRIME , LoKaz^StatiC-X , Amiey, PoIsoNIvY80 , puyau-03 , puteri^blur^ , razeef , rEStiNPeaCe , RoMeO^MuSt^DiE... , sleash , SpeCieS^2000 , SODEQ , TaRzAn^MaLaYa , trustinbelieve , xPRa , [mAtiLDa] , ^^koCop|last|moh... , ^BuDaK_SeTaN^ , azrol-affendy , Ajai`jb , ceRki , DARKNAJJiiMM , DR^Dred , Eika` , evatasha, fadzli^ , ManRani` , onEFoot , ThebIkEgAl17 , the_theatre , H-BOOM(ni akulah) , intan_z^ , ^ribena^baby, tengkorak^bongkok , shook , ^bAkAwaL|^ , ^ejal^ , ][Puteri^Brutal][ , B_A_D , sepok79, Lentoq , TeRaTai , bagong75, SutRa^Ungu , Viper-X, SerialKiller (nick lama Sany chimaira), babyfreaks and last but not least... aLdriNa.

Itu jer member2 newborn yang aku tau link dia. Nt kalau aku dpt lagi aku update. Sesaper yang tau pun bolehlah reply kt posting nih. Adus... rindunya kat korang weh. Berapa anak dah korang...berapa bini dah gamaknyer(bagi yang jantan laa) Hahahha. Dah gemuk gedempol kerr korang? Hiskk... muskil2. Buat pengetahuan korang link yang aku letak tu bukanlah yang terbaru.

Posted on Wednesday, June 03, 2009 by wirajiwa Faintallah

1 comment

Sunday, May 31, 2009



Aku adalah terbaca sat2 nih tadi satu artikel kt satu blogs' nih. Takyahlah aku tulis alamat rumah ngan no ic dia kat sini. Aku rasa tak perlulah. Yang penting kat sini aku terpanggil nak menuilis pasal topik ni. lelaki atau perempuan yang tak pernah cukup. Lelaki ke perempuan? Aku pasti semua orang pernah terbaca artikel2 yang menyentuh pasal lelaki yang tak pernah cukup. Mainpoint dia lelaki yang tak pernah cukup dengan sorang perempuan.

 Aku bukan nak kondem' sapa2 punya pendapat kat sini. Dan aku pun bukan nak bela mana2 lelaki pun. Cuma aku rasa lelaki atau perempuan yang tak pernah cukup? Alahh.. lelaki atau perempuan sama jer bagi aku. Tak adillah kalau nak cakap lelaki jer huduh perangai macam tu. Cuma lelaki ni bila dia  makan 'tak malu bercakap kuat2 sambil makan' sedangkan perempuan ni dia malu la sikit. Jadinya orang 'tak tahu pun yang dia tengah makan' hehehe... tau2 'dah kenyang jer'.

Hehehe... aku tau ramai perempuan yang akan marah dengan tulisan aku ni . Tapi itulah hakikatnya, lelaki atau perempuan tu sama jer sebenarnya. Cuma nampak lebihnya pada lelaki tu sebab diorang nih ada yang kawin sampai 4. Tur jer... kalau pompuan pun boleh gitu, aku rasa soal lelaki tak pernah cukup ni tak timbul. Betul tak?

Sebenarnya kat sini aku bukan nak tunding jari ke muka sapa2 pun. Semua orang ada pandangan dia sendiri. Tapi bagi akulah. Perempuan nih cam kucing friskis'. Walaupun kita tau adakalanya kita akan kena 'geget'  atau kena cakar dengan dia, kita tetap nak juga belai dia, sayunkk dia, getek' peyut' dia. Heh heh. Itulah pandangan aku tentang perempuan. Walau seburuk mana pun diorang ni aku tetap tak sampai hati nak mengutuknya. Jauh lagi la nak menyampah2 ni. Itu yang heran sangat bagi aku tu. Orang2 perempuan ni mudah sangat pulak dia menyematkan dalam hati dia yang dia benci pada sorang2 lelaki tu kerana itu, kerana ini. Kenapa tak kita sematkan dalam hati kita lebih mudah untuk menyukai, atau menyayangi seseorang tu kerana  sifat baiknya. Walau pun hanya sedikit yang ada.

Voice: Janganlah benci aku kerana banyaknya cacat pada peribadiku. Sayanglah aku kerana kebaikan yang ada padaku....walau ianya hanya sedikit.

Posted on Sunday, May 31, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory