Buka cc cam biasa. Muka-muka game yang sama. Tapi
yang aku nak cerita ni pasal Easycafe. Memang aku musuh betul dengan
software ni. Dari aku mula jaga Bumicyber aritu dah. Macam-macam hal dia
buat.(sebenarnya kerana aku yang tak tau guna) Tapi hari ni memang
komfirm bukan dek sebab aku yang salah guna. Memang easycafe ni yang
gilanya.
Dalam pukul 11.30 malam agaknya. Adalah 2
orang budak negro, sorang pakai pc, sorang pakai wifi. Tiba-tiba dia
cakap. "Kenaper internet tak dapat?" Cakap omputih laaa.. Aku pun cek.
memang tak dapat. Lepas tu semua orang yang login internet cakap tak
dapat. Hambik. Aku tengok client kt easycafe semua merah. Aku pun tutup
Hotspot(sebab Dee cakap kalau jadi macam tu biasanya Hotspot punya hal.
Memang aku pernah terkena sekali. Memang lepas tutup Hotspot dia ok lah
balik) Tapi kali ni tak boleh pulak. Sudahnya aku terpasa restart
MainPC. Tapi masih tak boleh juga. Iya tak ya. Aku shoutdown(laptop yang
aku selalu guna dan selalu juga buat masalah pada internet conection
pun aku dah tutup dari tadi dah). Lepas tu barulah ok.
Tapi
client masih tak dapat internet juga. Adalah 2,3 orang yang tengah buka
myspace. Diorang pun logout jerlah. Yang negro tadi mintak balik duit
dia(memang dia tak sempat guna sekejap pun). pulang jerlah 3 ringgit jer
pun. Tapi hati sakit ni. Bila yang lain nak logout juga. Lagi sekali
easycafe buat hal. ada yang 3jam tapi dia kira sampai rm11. Yang guna
1jam lebih sampai rm6 dia kira. Sudah! . Nasib budak Taiwan ni, dia
ingat pukul berapa dia masuk. jadi dia cakap dia baru main 3jam. Kenaper
sampai rm11 nih. eh yer ker..? Aku pun buka Transactions Repor. Tengok
memang dia masuk pukul 9 lebih, dan keluar pukul 12.20. Tapi kenaper
easycafe ni kira salah ye? Kacau betul. Aku ni dahlah no telifon sendiri
pun susah nak ingat(tak suka pada nombor) dah kena mengira pulak
dah.Haru....
0 comments :
Post a Comment