Berita kematian Tok(nenek) aku terima pada pagi Jumaat pada 26/7/2009. Reaksi pertama yang aku dengar disebalik panggilan itu adalah tangisan dari pada ibu saudaraku Cu(Kamariah). Cu adalah anak Tok yang bongsu, adik kepada Abah. Dari tangisan itu telah aku ketahui berita apa yang bakal disampaikan kepada aku. "Ady...tok dah tak ada" senyap. "Baru lagi" Apa yang aku mampu cakap masa dalam keadaan mamai lagi tur.. ialah. " Sabarlah Cu, Kalau itu yang terbaik untuk dia, kita Redha jer lah." Lepas tu aku terus kejut Dee.

Sebenarnya , jujur dan iklhlas dalam hari aku sedikit benar rasa sedihnya, lebih besarnya rasa gembira. BUKAN AKU GEMBIRA TOK DAH MATI, TAPI AKU GEMBIRA DENGAN CARA KEMATIAN DAN WAKTUNYA. Di pagi Jumaat yang penuh berkat. Di pagi penghulu segala hari.
 
Yang Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
 
Adam dijadikan hari Jumaat,
di masukkan ke Syurga hari Jumaat,
dikeluarkan dari Syurga hari Jumaat,
tidak berlaku kiamat melainkan hari Jumaat,

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Sama ada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie)

Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran. Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Dan terlalu banyak lagi kelebihan-kelebihan yang terkandung didalam hari Jumaat ini.

"Tok...aku menangis waktu Tok sakit. Tengok Tok terlantar tak boleh buat apa-apa aku rasa sakit sangat. Aku rasa kecewa sangat dengan apa yang aku bagi pada Tok disaat hayat segar Tok. Aku risau sangat dengan keadaan Tok sewaktu nazak yang tak mungkin menjemput sihat(pada pandangan aku yang jahil). Dua kali melihat Tok terlantar di katil hospital. Hospital Sungai Besar dan Hospital Tengku Ampuan Aminah Klang. Dua-dua kali aku bukan sekadar menitiskan air mata, tapi menangis teresak-esak. 

Tapi...maafkan aku Tok. Sewaktu menerima kabar kepergiaanmu, di saat aku sampai tidak sempat melihat dan menciummu untuk kali yang terakhir jangankan kata menangis atau menitiskan air mata, sedikit sebak pun tidak ujud dalam hati aku. (malah akulah sendiri yang cakap pada Cu dan Mak Nik, "tak perlah kalau dah siap kebumikanlah terus tak payah tunggu saya" Memangnya aku cucu kesayangan Tok, Malah apa-apa hal tentang Tok diorang adik beradik Abah semua akan tanya aku dulu, sama ada aku setuju atau tidak) Kalau Tok tak setuju dengan keputusan diorang, aku jugalah yang mampu pujuk Tok(atau paksa Tok) Tapi maafkan aku Tok, walaupun aku nak sangat jumpa Tok untuk kali penghabisan, tapi aku tak dapat untuk melawan rasa sangat gembira untuk Tok agar cepat-cepat berjumpa dengan Yang Maha Pengasihani Allah Yang ESA. Dan maafkan aku juga Tok, sebab diwaktu artikel ini ditulispun aku masih lagi tidak menjumpai kesedihannya pada kehilangamu. Tok... maafkan cucumu kerana lebih gembira daripada sedih diatas KEMATIANMU."

Kepada semua saya merayu dengan sangat rendah diri dan hina. Dapatlah kiranya kalian bermurah hati menghadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Tok saya YANG BINTI MAMAT

Born on 1921-jun 2009
Meninggal Dunia Pada : 26 jun 2009