Saturday, July 6, 2013
Posted on Saturday, July 06, 2013 by wirajiwa Faintallah
Thursday, June 13, 2013
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA
terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana...
KAWAN akan buat apa
sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari
dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana...
KAWAN itu sejati
& akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
so, hargai lah KAWAN
kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, 'teman'
still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.
Kirim balik jika awak anggap saya teman awak
selamanya. Kirim ke semua teman awak. Tengok berapa banyak reply yang awak dapat ..Dan lihat berapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!!!!!!!
[Artikel ini bukan hak milik saya.]
Posted on Thursday, June 13, 2013 by wirajiwa Faintallah
Monday, June 10, 2013
Barangsiapa
membatalkan maksud keperluannya kerana ramalan mujur atau sial maka dia
telah bersyirik kepada Allah. Para sahabat bertanya, "Apakah
penebusannya, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Ucapkanlah: "Ya Allah,
tiada kebaikan kecuali kebaikanMu, dan tiada kesialan kecuali yang
Engkau timpakan dan tidak ada Ilah (Tuhan / yang disembah) kecuali
Engkau." (HR. Ahmad)
Nabi SAW bersabda: “Ramalan mujur-sial
adalah syirik. (Beliau mengulanginya tiga kali) dan tiap orang pasti
terlintas dalam hatinya perasaan demikian, tetapi Allah menghilangkan
perasaan itu dengan bertawakal.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Nabi
SAW bersabda: “Barangsiapa mendatangi dukun peramal dan bertanya
kepadanya tentang sesuatu (lalu mempercayainya) maka shalatnya selama
empat puluh malam tidakakan diterima.” [HR. Muslim]
Dari definasi bahasa:
Mujur = Sesuatu yang boleh memberi keuntungan secara spiritual.
Sial = Sesuatu ayng boleh mendatangkan kerugiaan secara spiritual.
COntoh : "Jangan simpan duit bawah bantal, sial. Nanti rezeki payah nak masuk kerumah."
* kalau percaya ini, maka hukumnya syirik. Maksudnya, pantang larang
yang tidak ada kena mengena dengan logik. Dan tidak juga disandarkan
kepada nas-nas Al-Quran atau dalil-dalil Hadits Nabi SAW.
Tetapi berbeza jika ramalan itu berbentuk bergini, contohnya berkaitan
dengan cuaca : "Petang ni rasanya hujan" Ramalan-ramalan yang sedemikian
tidak termasuk ramalan-ramalan yang membawa kepada syirik. Kerana ada
kemungkinan akan hujan bila awan mendung dilangit (logik).
Kesimpulannya, Hadits ini merujuk kepada ramalan-ramalan atau
amalan-amalan pantang larang yang tidak disandarkan kepada nas Al-Quran
dan Hadits Nabi SAW. Dan juga bertentangan dengan fitrah dan logik akal
manusia siuman.
Kerana Islam ini agama yang fitrah, ianya
tidak bertentangan dgn fitra. Semua kejadian Allah turunkan hasbabnya.
Siang menjadi terang kerana ada matahari contohnya. Tidak cerah siang
dengan tiada bersebab.
wallahu'alam.
Posted on Monday, June 10, 2013 by wirajiwa Faintallah
Monday, April 1, 2013
- As Asmaa Meor, OrkEd Remy and 4 others like this.
@=Syuhadah : "apa pun sbnrnye,,hati kene ikhlas..
muka xhensem ke,muke hensem ke,busuk ke,wangi ke,
terima lah seadanya..."
Nak dengar pulak aper respon aku(yg mewakili lelaki baik hati yg kurang ensem, yg kurang seksis tapi wongi).? Ini dia...
PEGI DAAAAA!!!!...HIYER LAA SGT "TERIMA SEADANYA"
Ada org kata, lelaki tersebut muka macam penyamun, tapi isteri dia cakap dlm hati. "makaiii suami aku, tampan tahap gaban"
Kalau kau kata dengan mekap2 bagai tur boleh buat perempuan jadi cantik, aku kurang setuju dik. Atau di sini ada benarnya apa yg kau kata tu td?
qoute = Syuhadah : ["apa pun sbnrnye,,hati kene ikhlas..
muka xhensem ke,muke hensem ke,busuk ke,wangi ke,
terima lah seadanya..."]
Entah, mana pigi pengomenter-pengomenter panas kita yerk..?
samada ensem,wangi @ seksi..
bak kate org.."Tgk boleh, Pinjam sori"..huhuhu...
Sebagai contoh kajian sains yang menunjukkan bahawa 'bau ketiak suami boleh menenangkan si isteri yang berada salam situasi stress'. Dalam kes ni, wangilah ketiak laki dia. Tapi tidaklah bagi orang lain.
Dan jika dia cium ketiak suami orang lain pulak, tidaklah menghilangkan stress dirinya sebaliknya stress la pula kepada si suaminya sendiri! Hahaha
@=Syuhadah : "apa pun sbnrnye,,hati kene ikhlas..
muka xhensem ke,muke hensem ke,busuk ke,wangi ke,
terima lah seadanya..."
(aku kurang nak percaya stedmen nih, hahahahaha)
@=Eddie : "ada member clash ngan awek dia sebab awek dia kata gigi dia kuning! " (maknanya, mistih mau bersih laa, jangan muka ensem mcm shah rukh khan, tapi pengotor nak mampus)
@=Amri : "tgk pada penilaian sesorg gak kan..
samada ensem,wangi @ seksi..
bak kate org.."Tgk boleh, Pinjam sori" "
(maksudnya dia setuju dgn pendapat aku yg, busuk dan wangi itu satu bender yg berlainan parti politiknya)
@=Nurdiyana(isteri aku nih) : "Nyindir ke?"
(sumpah bini aku cun, seksis dan wongi, serta baik hati 2000 kuasa kuda punyahh)
@= Bunga : "..................?..................."
(takut ler tur nk bg komen....hahahahaha)
@= Eddie: "Sebagai contoh kajian sains yang menunjukkan bahawa 'bau ketiak suami boleh mene...nangkan si isteri yang berada salam situasi stress'. Dalam kes ni, wangilah ketiak laki dia. Tapi tidaklah bagi orang lain. "
(kajian sains tur bg tau tak , bau ketiak isteri , buat suami jadi tenang ke tadak? ader bg tau?. Hah baru dia nt, kalau ader yg baca komen nih, dan praktikkan kat bini atau laki diorg(melakukan tanpa memberi penjelasan terlebih dahulu), baru dia terperanjat laki, tak pun bini dia yerk?)
pepun..yg penting setiap padgn mata kekdng menipu...semernya bergantung pada iman kita menilai camne..kemudian bersyukur atas anugerah..erm..
lelaki? definasi hensem dan trampil? adakah badan mcm encik Amm?>(perut ada ketul2?)
Atau macam 'blue hippo' pun tak per? (janji wongi?)
Nih kira sama pendirian la ngan @Syuhadah ni td. Adeh sejuk sgt telinger mendengornyer. Tapi kenyataankah nih? Atau 'harapan' yg ada manusia yg macam ni?
Bukan kerr... "dari mata turun ke hati.?"
Kalau dah 'sakit mata' nengoknyer? mcm maner kok nak turun kehati? Dan reality utk sampai kepada rasa 'sayang' tur?
Betul, kalau 'dah sayang' ..org kata( org kata, bukan saya kata), kentut pun wongi, tengah 'berak' pun nampak kiut. Tapi nak sampai ketahap itu...permulaannya bukankah perlukan sedikit eset?
pasal diet..xbaik bro xtanye org pompaun coz itulah kebykan matlmat diorang..mereka kena faham,,berani makan berani tanggung.. kan sesuatu penyakit tuh berpunca dari perut.. so, kita klu tau punca.. xde masalh nk selesaikan.. thehehe..
hensem n trampil nih byk aspek2 lain gak..xsemestinya rupa paras n badan ketul2 cam saya..org itali panggil macho..ahaha..adeiii.. tekan lif sekali sekala..ahaks..
mcm bro ar, pandai melukis or berbakat dlm sukan gimnastik.. org pun boleh kate bro hensem berterampil wlpun perut boroi...sekadar pendapat ar..erm..
Posted on Monday, April 01, 2013 by wirajiwa Faintallah
Assalamualaikum.
Pertama, selamat hari jadi adik Long, Dee.
Macam biasa juga Long tak der hadiah untuk tu :P . Tapi percayalah, Long sentiasa mendoakan kebaikan untuk adik-adik Long keseluruhannya. Baik kebaikan itu Allah segerakan didunia ini atau pun Allah tangguhkan diakhirat kelak.
Sama juga macam tahun-tahun yang lepas, Long Cuma ada peringatan demi peringatan, nasihat demi nasihat dan juga kata-kata semangat demi semangat.
Dan tulisan ini hanyalah berkebetulan pada tarikh ini, namun ianya khusus untuk semua adik-adik Long.
Jangan takut dengan usia yang bertambah, kerana manusia menjadi tambah berkualiti bila ia melalui pengalaman hidup yang banyak. Dan manusia itu juga meningkat darjatnya disisi Allah seiring dengan pertambahan usianya. Manusia yang lebih tua itu fitrahnya lebih sabar dari manusia yang muda. Manusia yang tua itu fitrahnya lebih banyak kebaikan yang telah dikerjakan berbanding dengan manusia yang muda. Dan demikian juga manusia yang tua itu fitrahnya lebih banyak dan tinggi keinsafannya berbanding dengan yang berusia muda. Semoga Allah meletakkan kita pada fitrah yang baik, yakni yang sejajar dengan sunnah-sunnah Nabi SAW.
“Yaa Rahman , yaa Rohim. Aku mohon kepada Engkau, cukupkanlah dunia ini keatas kami, janganlah jadikan kami diantara orang-orang yang mengejarnya mahupun yang menghimpunnya atau juga yang kikir. Kurniakanlah keberkatan berupa usia yang berkat, ilmu yang haq, isteri yang taat, anak-anak yang soleh dan solehah, saudara-saudara yang penyayang , sahabat-sahabat yang setia dan amanah, pemimpin dan kerajaan yang adil serta harta yang bersih. Dan sesungguhnya Engkau Maha Kaya lagi Maha Pemurah.
Wahai Allah, adik-adikku adalah anak yang santun terhadap Ibu Bapanya, maka aku mohon kepadaMU, Engkau kurniakanlah ia dengan kurnia yang banyak, berupa keteduhan ditempat yang tidak ada peneduh(mahsyar), berupa kelapangan ditempat yang tidak ada kelapangan(kubur). Sedang aku berhajatkan kepada kebaikan yang sama jua yaa Rabbi.
Dan sesungguhnya adik-adikku ini juga adalah saudara yang mempermudahkan saudaranya. Demi Ketinggian ZatMU yaa Allah. Engkau permudahkanlah segala keperluannya didunia. Dan Engkau permudahkanlah soal kubur dan hisab baginya.
Wahai Zat yang Maha Agong. Sesungguhnya adinda-adindaku adalah seorang musuh yang pemaaf kepada musuhnya. Maka aku mohon kepadaMU, Engkau murahkanlah kemaafan dan keampunanMU terhadap kesalahan-kesalahannya.
Wahai Allah, segala rupa kesyukuran aku panjatkan kepadaMU, demi kurnia ini. Dengan melahirkan mereka sebagai saudara-saudari kandungku. Maka demi Engkau yang Maha Pengasih. Saudarakanlah kami dimahsyar kelak seperti Engkau saudarakan kami didunia ini.
Dan jika Engkau panjangkan umur kami, maka jadikanlah lengan-lengan kami akan tiang-tiang AgamaMU. Demi Engkau wahai Allah. Pilihlah aku untuk syahid kejalanMU. Dan jika ada bahagianKU disisiMU, aku mohon yaa ALLAH, SERTAKANLAH SAUDARA-SAUDARAKU BERSAMAKU. Amin”
Wahai adik-adik Long. Hidup kita tidak pernah akan kekal selamanya didunia ini. Sama ada kita merasa suka kepadanya, atau kita merasa penat dan lelah kerananya. Pasti kematian itu menjemput kita pergi. Namun janganlah jadikan takdir itu sebagai alasan atau sandaran untuk memilih jalan berputus asa. Sesungguhnya sangatlah rugi bagi mereka-mereka yang berputus asa.
Dan kejayaan yang hakiki didalam sebuah kehidupan adalah sejauh mana dia dapat taat perintah Allah, dan beramal seperti mana yang Nabi SAW amalkan. Kehidupan manusia akan menjadi tenang apabila dia sentiasa mengutamakan akhirat melebihi dunianya. Namun kehidupannya bertukar sebaliknya, menjadi resah dan gelisah serta sentiasa didalam ketakutan bila mana kita meletakkan dunia pada tempat yang pertama dan tinggi melebihi Agama dan akhirat.
Carilah dunia ini sekadarnya, yakni jangan sampai kita terpaksa meminta-minta kepada orang lain. Kerana Nabi ada berpesal yang bermaksud : "Hindarilah kefakiran, kerana ianya menghampirkan kamu kepada maksiat."
Namun janganlah meletakkan segala keperluan itu tadi pada darjat tujuan hidup. Kerana tujuan hidup ini bukanlah menghimpun dunia, tetapi menghimpun bekal bagi akhirat. Lalu gunakanlah dunia yang ada untuk menuju akhirat.
Posted on Monday, April 01, 2013 by wirajiwa Faintallah
Wednesday, March 20, 2013
[✔] Ini PERTAMA KALI admin MERAYU untuk rakan2 islam semua!!!
[✔] TOLONG BACA & SHARE!! TOLONG JANGAN SHARE DI WALL ANDA SAHAJA, TETAPI SHARE di SEBERAPA RAMAI WALL RAKAN2 ANDA YANG ANDA MAMPU!!
✿~✿ TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM ✿~✿
Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com .
Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.
7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.
Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…
Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin… —
Posted on Wednesday, March 20, 2013 by wirajiwa Faintallah
Thursday, March 14, 2013
Bantuan kecemasan:
Saya perlukan bantuan rakyat Malaysia yang prihatin dan yang ingin menderma pakaian lama tetapi masih boleh di pakai untuk didermakan kepada masyarakat Rohingya yang musafir tanpa tanah di bumi allah. Kepada mereka yang ingin menderma baju dan wang boleh hubungi saya di talian 0107769363 atau boleh kemana-mana Pejabat Majlis perundingan Pertubuhan Islam malaysia. Kami merayu bantuan untuk membantu masyarakat Rohingya yang dizalimi di bumi Myammar.
Tolong share sebanyak mungkin saya perlukan bantuan kawan-kawan fisabillah , rakan-rakan perjuang, sahabat dan seluruh rakyat Malaysia.
SHARE
NO, 448 LORONG CERIA 9,
BANDAR UTAMA,
08000 SG PETANI
KEDAH.
Phone/Whats App : 010-7769363
Blackberry Mesengger (BBM) : 234CFF58
Email : qeddahevent@yahoo.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/mohdfairosealmubarekh
Pelarian Rohingya terkandas di Jerlun
Sebahagian pelarian kanak-kanak dan wanita yang selamat sampai di daratan.
Bayi dan kanak-kanak antara pelarian yang mendarat di Kuala Jerlun.
Penduduk membawa pelarian ke satu tempat untuk dikumpulkan.
JERLUN – Bayi berusia dua bulan antara yang ditahan apabila sebuah bot bermuatan hampir 200 orang pelarian Rohingya terkandas dekat perkampungan nelayan di Kampung Jeruju, Kuala Jerlun, awal pagi , semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, sekumpulan pelarian Rohingya mengharungi kawasan lumpur sejauh satu kilometer dari tengah laut menuju ke daratan.
Saksi kejadian, nelayan, Shaari Ahmad, 60, yang pada ketika itu memukat ikan di laut ternampak sekumpulan manusia menyeberangi laut untuk ke daratan.
Menurutnya, mulanya dia tidak mengendahkannya berikutan kawasan yang mereka dekati itu adalah tempat mencari siput bentarang tetapi apabila tiba di darat, penduduk memberitahu kesemua mereka adalah pelarian Rohingya.
“Biasanya kawasan ini dipenuhi bot penduduk yang mencari siput bentarang, namun disebabkan terlalu ramai ia menghairankan saya.
“Setibanya di pelantar, saya terkejut apabila penduduk memaklumkan ada pendatang mendarat di kampung ini dan segera ke tempat kejadian,” katanya.
Kata Shaari, di kawasan itu pernah terjadi kes sebegitu sebelum ini namun tidak seramai sepertimana yang berlaku semalam.
“Sebelum ini, ada pendatang asing yang mendarat di sini namun hanya melibatkan 40 hingga 50 orang.
“Apa yang menyedihkan ada kanak-kanak dan kesemua mereka bernasib baik kerana jika lambat sampai ke daratan, mereka pasti akan mati berikutan air laut sedang pasang,” katanya.
Disangka penduduk kampung Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi nelayan, Shamsudin Shafie, 38, yang sedang memukat ikan, namun menyangka kehadiran sekumpulan manusia itu adalah penduduk kampung.
Menurutnya, dia mendekati kumpulan tersebut dan mendapati kebanyakan mereka mengendong kanak-kanak kecil serta menjunjung beg pakaian di kepala.
“Sebelum mendekati bot tersebut, saya nampak kesemua mereka yang meredah lumpur di kawasan ini dilihat seperti ‘bertali’ untuk ke daratan.
“Sebaik mengenal pasti kesemua mereka adalah pelarian saya segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya.
Kata Shamsudin, memandangkan pelarian Ronghiya adalah seagama, penduduk bersimpati dengan mereka terutamanya kanak-kanak kecil.
“Difahamkan, bot yang dinaiki pelarian tersebut cuba mendarat di Thailand tetapi diusir sehingga terkandas di sini,” katanya.
Penduduk memberikan sumbangan
Penduduk, Shafie Md Isa, 61, berkata,dia bergegas ke tempat kejadian bersama tiga lagi orang kampung sebaik sahaja dimaklumkan anaknya yang berada di laut.
Menurutnya, dia segera memaklumkan kepada pihak berkuasa berikutan bimbang berlaku perkara tidak baik memandangkan jumlah pelarian begitu ramai.
“Pihak berkuasa yang sampai ke tempat kejadian mendapati kesemua mereka adalah pelarian dan kami kasihan melihat keadaan mereka yang terpaksa meredah lumpur sejauh satu kilometer.
“Inisiatif diambil seluruh penduduk membantu membekalkan pakaian dan makanan kepada mereka sebagai tanda prihatin,” katanya.
Menurut Shafie, bot yang dinaiki pelarian terbabit ditunda ke pelantar Kuala Tunjang oleh sebuah bot nelayan diiringi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM).
Difahamkan kesemua mereka berada di sekitar perairan negara sejak 12 hari lalu dan sudah hampir tujuh hari tidak makan.
Kesemua pelarian selamat
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kubang Pasu, Asisten Superintendan Zakaria Shahadat berkata, dia menerima maklumat daripada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu lebih kurang jam 8 pagi mengenai kehadiran pelarian itu.
Katanya, dia bersama 14 anggota termasuk pegawai ke tempat kejadian bagi memantau keadaan di kawasan itu dan mendapati kesemua pelarian tersebut sedang mengharungi lumpur di pesisiran pantai untuk ke darat.
“Setibanya kesemua pelarian di daratan pihak berkuasa mengarahkan mereka membersihkan diri kemudian dikumpulkan di satu tempat dibantu penduduk dan anggota Rela.
“Kesemua pelarian selamat dan pergolakan yang berlaku di negara mereka mendorong mereka meninggalkannya,” katanya.
Beliau berkata, bot yang dinaiki pelarian itu tidak dapat menghampiri kawasan darat berikutan air laut pada waktu itu sedang surut.
“Kesemua pelarian akan dibawa ke IPD Kubang Pasu dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Negeri Kedah,” katanya.
Pelarian berkenaan dianggarkan berjumlah 184 orang melibatkan 70 lelaki, 49 wanita, 46 kanak-kanak lelaki dan 19 kanak-kanak perempuan.
Artikel dan gambar hak milik Sinar harian : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pelarian-rohingya-terkandas-di-jerlun-1.139078
Posted on Thursday, March 14, 2013 by wirajiwa Faintallah
Categories
- Agama dan Renungan ( 187 )
- Aku Faintallah ( 4 )
- Al-Quran ( 3 )
- Baitul Ukhwah ( 1 )
- Bisnes saya ( 2 )
- Catatan Seri Naga ( 129 )
- Cerita Lucu ( 3 )
- Cerita Tauladan ( 60 )
- Download File ( 4 )
- Dunia ( 1 )
- Fekah ( 42 )
- Freemason ( 1 )
- Hadits pilihan ( 17 )
- Hadits Sahih Muslim ( 54 )
- Interlektual ( 1 )
- Isu semasa ( 34 )
- Keganasan Rumahtangga ( 2 )
- Kempen Derma ( 1 )
- Kempen kemanusiaan ( 1 )
- KHDrop ( 1 )
- Kitab-kitab ( 9 )
- Masalah moral ( 2 )
- Mukasyafah Al-Qulub ( 3 )
- ONEXOX ( 5 )
- orang Hilang ( 1 )
- Palestin ( 8 )
- Rohingya ( 6 )
- Sembahyang ( 6 )
- Tanbihul Ghafilin ( 2 )
- Tokoh-tokoh Islam ( 48 )
Popular Posts
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kelapangan dan sedikit kemudahan, i...
-
Kod produk : PTM001 ๐ Harga ๐ ▪ RM55 SM ▪ RM60 SS ☑ Untuk oder klik link dibawah: http://wasap.my/60139885188/PTM001 ☑ Lin...
-
Last update on : 05/01/2018 Update terbaru stock Sim Card ONEXOX Single NORMAL Harga termasuk pos : RM14 1. 011...
-
Assalamualaikum Sayang. Engkaulah yang dahulu aku teragak-agak untuk memanggilmu sayang. Tetapi kini, engkaulah yang aku tidak bole...
-
*E-BOOK KU SPECIAL EDITION by MOMMYHANA ๐ค* *E-BOOK KU SPECIAL EDITION* ni, terdapat banyak kelebihan yang ada. Antaranya adalah ...
-
Dalam solat fardhu (mengikut pendapat mazhab Shafi'e), ada 2 jenis sunat, iaitu sunat Ab'ad dan Sunat Hai'ah. Sunat Ab'ad...
-
HUKUM MENJAWAB SALAM KETIKA SOLAT Soalan: Assalamu'alaikumu Ustazah, saya nak tanya, apakah hukum memberi salam kepada orang yang sedan...
-
Kitab Jual-Beli 1. Penghapusan cara jual beli mulamasah dan munabadzah • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. ...
-
Wirajiwa Faintallah December 15, 2010 falsafah hidupku mudah : "BIOR MUKER TAK ENSEM, JANJI BAIK ATI, BIOR BADAN TAK SEKSIS, JANJ...
-
APAKAH NABI SAW MAKHLUK ALLAH YANG PERTAMA? Dr. Yusuf Al-Qardhawi Pertanyaan: Benarkah bahwa Nabi Muhammad saw. makhluk Allah yang pe...
Blog Archive
-
2013
(
294
)
- December ( 64 )
- November ( 48 )
- October ( 59 )
- August ( 32 )
- July ( 83 )
- June ( 2 )
- April ( 2 )
- March ( 2 )
- February ( 1 )
- January ( 1 )
-
2012
(
17
)
- December ( 3 )
- November ( 3 )
- September ( 1 )
- August ( 2 )
- July ( 1 )
- June ( 1 )
- May ( 1 )
- March ( 2 )
- February ( 2 )
- January ( 1 )
-
2011
(
18
)
- November ( 1 )
- August ( 2 )
- July ( 3 )
- June ( 2 )
- May ( 1 )
- April ( 3 )
- March ( 3 )
- February ( 1 )
- January ( 2 )
-
2010
(
41
)
- December ( 3 )
- November ( 4 )
- October ( 2 )
- September ( 3 )
- August ( 5 )
- July ( 4 )
- June ( 1 )
- April ( 2 )
- March ( 1 )
- February ( 4 )
- January ( 12 )


