https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEid71HTmJI6YbMCzQDtVneaMnevvdkexTZAX2ORz5uQOOK8vFAaFQ_X8ZUv_G42ZnyyDZkL0-1Wb0QR9XnfajhNDKfXFSnn1dAO0T7hOsiDfepj22AQJe2r9Ltyhuyv6U-H4TdGV7fSX1c/s1600/ramalan-bintang.jpgBarangsiapa membatalkan maksud keperluannya kerana ramalan mujur atau sial maka dia telah bersyirik kepada Allah. Para sahabat bertanya, "Apakah penebusannya, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Ucapkanlah: "Ya Allah, tiada kebaikan kecuali kebaikanMu, dan tiada kesialan kecuali yang Engkau timpakan dan tidak ada Ilah (Tuhan / yang disembah) kecuali Engkau." (HR. Ahmad)

Nabi SAW bersabda: “Ramalan mujur-sial adalah syirik. (Beliau mengulanginya tiga kali) dan tiap orang pasti terlintas dalam hatinya perasaan demikian, tetapi Allah menghilangkan perasaan itu dengan bertawakal.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa mendatangi dukun peramal dan bertanya kepadanya tentang sesuatu (lalu mempercayainya) maka shalatnya selama empat puluh malam tidakakan diterima.” [HR. Muslim]

Dari definasi bahasa:

Mujur = Sesuatu yang boleh memberi keuntungan secara spiritual.
Sial = Sesuatu ayng boleh mendatangkan kerugiaan secara spiritual.

COntoh : "Jangan simpan duit bawah bantal, sial. Nanti rezeki payah nak masuk kerumah."

* kalau percaya ini, maka hukumnya syirik. Maksudnya, pantang larang yang tidak ada kena mengena dengan logik. Dan tidak juga disandarkan kepada nas-nas Al-Quran atau dalil-dalil Hadits Nabi SAW.

Tetapi berbeza jika ramalan itu berbentuk bergini, contohnya berkaitan dengan cuaca : "Petang ni rasanya hujan" Ramalan-ramalan yang sedemikian tidak termasuk ramalan-ramalan yang membawa kepada syirik. Kerana ada kemungkinan akan hujan bila awan mendung dilangit (logik).

Kesimpulannya, Hadits ini merujuk kepada ramalan-ramalan atau amalan-amalan pantang larang yang tidak disandarkan kepada nas Al-Quran dan Hadits Nabi SAW. Dan juga bertentangan dengan fitrah dan logik akal manusia siuman.

Kerana Islam ini agama yang fitrah, ianya tidak bertentangan dgn fitra. Semua kejadian Allah turunkan hasbabnya. Siang menjadi terang kerana ada matahari contohnya. Tidak cerah siang dengan tiada bersebab.

wallahu'alam.