RAKYAT MALAYSIA BERSATU MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA HALAU
KEDUTAAN MYAMMAR DARI MALAYSIA. MYAMMAR TELAH MELAYANI ORANG ISLAM DI
NEGARA MEREKA MACAM SAMPAH. MEREKA BUNUH UMAT ISLAM ROHINGYA SETIAP
HARI. KEJAM!

.
Info lanjut mengenai mereka rujuk link di bawah. Baca sampai habis, faham dan SEBARKAN.
http://sozcyili.blogspot.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html
http://sozcyili.blogspot.com/2012/06/gambar-gambar-penderitaan-umat-islam.html
http://mynewshub.my/2012/06/14/kedutaan-myanmar-enggan-terima-memorandum/
http://documentary-evidence.blogspot.com/2012/06/photos-of-arakan-riot.html
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/06/isu-pembunuhan-umat-islam-rohingya-di.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10885-kutuk-pembunuhan-umat-islam-rohingya
http://mindaahad.wordpress.com/2012/06/14/pembunuhan-etnik-muslim-rohingya-di-myanmar/
http://www.sembangberapi.com/pembunuhan-umat-islam-rohingya-di-myanmar/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/15/malaysia-nyatakan-pendirianmu-mengenai-pembunuhan-rohingya/
http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/nasional/1733-umat-islam-wajib-bangkit-isu-rohingya
http://www.szlihin.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html
2. Mereka diserang setelah seorang
wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.
Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua
penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.
3. Manakala kampung Sara Prang dan
Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak
ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus
apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis
Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.
4. Setakat ini pertempuran antara
pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke
beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke
arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh
sementara ramai yang cedera.
5. Berdasarkan maklumat langsung
dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh
dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network,
dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang
lagi cedera di Maungdaw.
6. Namun, mayat mereka yang dibunuh
telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah
kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat
bilangan yang terbunuh sehingga kini.
7. Pelarian Rohingya di Malaysia
melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan
dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat
rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak
mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.
8. Lebih memeranjatkan, pihak
keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan
etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.
Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan,
pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk
Rohingya tanpa belas kasihan.
9. Pihak berkuasa telah
menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun
etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis
untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
10. Setakat ini, berita yang
diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk
di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah
masjid turut dirosakkan.
11. Rumah orang Rohingya dikawal
rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan
tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu,
penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah
bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan
makanan seharian.
12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung
iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua
kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling
ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar
telah diserang oleh pihak Rakhine.
13. Dilaporkan ramai yang terbunuh ,
masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat
terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak
membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya
melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh
iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
14. Kutukan keras dilemparkan
terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan
penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah
diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang
mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
15. Kini lebih 400,000 pelarian
Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand,
150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem
pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan
sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang
bantuan.
16. Nasib umat Islam Rohingya yang
berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat
tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah
mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang
masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .
17. Antara penderitaan yang dialami
ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak
dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan
diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan
hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara,
perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut
Buddha.
18. Penduduk Rohingya didera
sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk
kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak
boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga
7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.
Semoga kerajaan Malaysia menyatakan
pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar
supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak
ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan
dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di
Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat
Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!
Published on 16 June 2012