Saya menyeru kepada dermawan-dermawan di
seluruh Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya, untuk sama-sama
menyumbang kepada Pusat Pendidikan islam An-Nuur. Bagi menampung kos
penyelengaraan sekolah tersebut. Gaji tenaga pengajar mereka hampir dua
bulan tidak dapat dibagi. Dan terbaru, pihak sekolah Cuma mampu
menyediakan nasi goreng untuk pelajar-pelajar mereka.
Pihak sekolah menghadapi kesukaran dari
sudut kewangan. Tonggakan yuran bulanan pelajar yang ditidak dijelaskan
hampir mencecah RM40 ribu .
Dua hari lepas saya secara peribadi
telah bertemu dengan Bendahari Pusat Pendidikan An-Nuur, dan bertanyakan
hal ini. Menurut beliau,
Bendahari Ustaz Ramdhi : “Benar
pihak sekolah terpaksa menghantar pulang lebih kurang 30 orang pelajar
untuk mereka mengambil duit dari Penjaga mereka bagi menyelesaikan
tonggakan yuran bulanan mereka. Dan apabila pulang semula kesekolah
kebanyakan daripada mereka masih tidak dapat membayar yuran tersebut.
Sebenarnya, situasi pelajar mempunyai tonggakan yuran ini biasa terjadi
tetapi tidaklah segenting ini.”
Salah seorang pelajar sekolah tersebut yang ditemuramah mengenai masalah ini berkata.
Pelajar An-Nuur : “Kami pelajar-pelajar telah dimaklumkan oleh pihak guru akan masaalah yang ditanggung oleh sekolah. ”
Dan dibawah adalah butir-butir akaun
bank kepada sesiapa yang mahu menyumbang kepada Pondok An-Nuur Penor
Pekan Pahang. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Akaun Bank yang tertera
dibawah ini.
AKAUN BANK ISLAM : 0601 9010 0218 68
ATAS NAMA : BENDAHARI PONDOK AN-NUR
AKAUN MAYBANK : 5560 1101 8085
ATAS NAMA : PONDOK AN-NUR
SILA SMS MAKLUMAT BANK IN KEPADA BENDAHARI : 019 9663629Ustaz Mokhtar Senik (pengetua Pusat Pendidikan An-Nuur) : 019-9532456
Alamat Sekolah : Dj-144, Kampung Kuala Penor, 25150 Kuantan, Pahang [ Tel: 019-9532456 / 019-9663629]
0 comments :
Post a Comment