Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Friday, November 5, 2010


Posted on Friday, November 05, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, November 4, 2010

27/10/2010 Urus Niaga Tekek yang Bernilai RM100 Juta (hari pertama)
Pukul…err entah tak ingat pukul berapa, tapi yang pasti dah nak malam(atau dah malam). Satu sms yang sangat memeranjatkan aku.

Bunyi sms tersebut adalah bergini.

“tekek berat 4kg. Berapa agaknya. Ni ada disini, Kamil dah nengok, ada gambar pada abg Man. Long ada di mana?”

Huihhh…besar giler? Ker Ngoh salah tulis? Kota dia nak tulis 4g (gram) dia tertulis KG? entah, aku membiarkan diri aku didalam tanda Tanya tersebut. Aku tak balas msg tersebut. Memandangkan aku memang on the way balik ke Chini. Pada kira aku baik sembang nanti saja.

Lebih kurang pukul 9.30pm. aku masih lagi dalam bas expres Kuala Lumpur Chini. Tetiba handfon bunyi. Ngoh call 

Bermula sebuah perbualan pendek.

Ngoh: “Ada di mana?”

Aku :“On theway, dah   sampai simpang Chini Timur.”

Ngoh :“Ah elok sangatlah, kitorang minum di kedai simpang dekat dewan. Ada bender nak cerita, ‘tekek’”

Dalam hati aku, hah nih berjuta-juta la ni projeknyer. Hehehe,.

Aku: “Okey, nanti kita cerita panjang esoklah pasal tu.”

Tetiba, orang lain pulak yang bercakap dalam fon tu. Rupa-rupanya Encik Abg Man. Kata dia.

Abg Man: “Nok  jumper awok sekaranglah. Ni pasal tekek hak 4 kilo tadilah..”
(perbualan hingga keakhir)….

Dalam hati aku, rupa-rupanya msg Ngoh tadi betullah. Bukanlah tersalah taip. Memang binatang tu 4 kilogram. Hisk, musykil sangat aku ni. Berapa puluh juta nilainya tu. Takkan la datangnya bergolek sangat macam ni? Dipendekkan cerita, aku cakap. Okeylah, aku balik rumah dulu. Jumpa anak-anak. Yang nyata, kerinduan aku pada anak-anak aku melebihi nilai 20 atau 30 juta ringgit yang terpapar didepan mata.

Pendekkan lagi cerita ni. (lepas sayang anak-anak semua aku pergi jumpa diorang)

Jumpa Ngoh di CC Abg Man. 

Barulah dapat cerita shahih mengenai msg tadi petang. Siap dengan gambar Abg Man tunjuk pada aku. Ni lah gambarnya. Dan melalui ceritanya. 3 hari lepas tuan binatang tersebut telah datang ke Chini(urusan tidak pasti). Dan kebetulan Kamil(adik angkat kesayangan Abg Man ada disitu). Dan dialah yang membluetoothkan gambar diatas. Dan dia juga bersungguh-sungguh menyatakan yang dia melihat dengan mata kepala dia, seekor tekek yang besar nak mampus kat dalam kereta orang itu.

Dari keterangannya. Beliau(maksud aku tekek tersebut) sangatlah jinak. Dan sangat gemuk. Sedang duduk di tempat duduk belakang kereta tersebut.

Jadinya, mesyuarat dimulakan.

Berapa orang tu nak jual?

Katanya setakat ini tawaran tertinggi (yang rasmi )adalah RM4 jota. Hambek.
Sudahkah  beliau setuju hendak menjual dengan harga tersebut?
Masih belum ada jawapan.

Dan start dari pukul 10.30 pm, siasatan dan temuramah dimulakan dengan orang-orang yang berkenaan. Katanya, telah ada 8 orang tokey yang berminat. Dan setakat ini tawaran rasmi yang paling tinggi  adalah RM4 jota. Dan yang tidak rasmi dari tokey kelapan adalah RM 20 jota. Mak datuk nenek. Bapaklah mahalnya.

Sedangkan dalam fenomena tersebut. Mereka yang ada mengharapkan kepada aku dengan kontek yang aku ada untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi bagi mempastikan tekek tersebut terjual melalui broker-broker(kami yang bermodalkan air liur nilah). Hah konteklah sangatnya.

Masalah pertama dalam kepala otak aku.

Pertama: Gambar tersebut kurang memuaskan dari segi keasliannya.
Kedua: Tiada bukti berakam(video) untuk aku tunjukkan kepada tokey tersebut.
Ketiga: Aku sendiri tak dapat nak membayangkan bagaimana nak berjual beli secara tunai kalau dah main dengan cash 20,30 jota ni.

Dan keempat, kelima, keenam. Dan berbelas-belas lagi.

Ini baru betul-betul meniaga labu-labi ni.  Tuan tekek tu sebenarnya duduk di Kelantan. Sekarang tekek tu ada di Kelantanlah. Dan tokey tekek ada di Johor dan Kedah. Sedang aku adalah broker yang tak kenal dengan tuan tekek dan tokey tekek tersebut. Macam mana gamaknya? Rasa-rasa ada logik lagi tak bisnes ni? Kalau logik, dengarkan ini pula.

Tuan tekek tersebut adalah kawan kepada abang angkat broker yang di Chini itu. Dan kebetulan broker(Hafiz nama budak tu)  adalah  kawan encik Kamil ini tadi. Dan encik Kamil itu adalah adik angkat Abg Man(tokey dia) Tapi yang nyata Abg Man bukanlah tokey tekek. Sebaliknya adalah tokey CC macam adik aku Ngoh dan Dee juga. Dan dari Abg Man inilah datangnya bayangan bissnes ini. Dia melaporkan kepada Ngoh(adik aku) dan Ngoh menyambungkan talian hayat tersebut kepada aku. 

Hah!! Amacam? Pening ketidak ni? Hahahahhaha…tapi ingat ini bissnes RM100 jota tau. Dan dari aku pula, kepada Cikgu Man(beras aku..eh biras aku) ke Cikgu,,errr apa ya? Aaaa... Cikgu Mat Jemen. Dan selepas Cikgu Mat Jemen  nilah baru tokey yang sebenarnya. Hah!! Hambek.

Gini aku buatkan cartanya.

1.       Tuan Tekek (katanya 3 orang perkongsian.) Pulak dah.
2.       Abang angkat Hafiz( tiada keterangan terperinci mengenai beliau )
3.       Hafiz (member kamceng Kamil)
4.       Kamil (orang yang menyebarkan cerita tekek ini, yang katanya menyaksikan kebesaran tekek tersebut)
5.       Abg Man (broker tak der modal )
6.       Ngoh (broker takder modal)
7.       Aku (broker yang lagilah tak bermodalnya)
8.       Cikgu Man (broker tak pernah dapat pun lagi bisnes tekek ni, walaupun telah mencuba bersungguh-sungguh)
9.       Cikgu Mat Jemen(tiada keterangan mengenai prestasi beliau sebagai broker tekek)
10.   Tokey Tekek
11.   RM 30 JOTA RINGGIT

Amacam? Payah tak ni? Dan untuk carta 8 tokey yang telah memberikan tawaran sebelum kami?. Aku tidak tahu. Mungkin sepanjang ini juga? Logic lagi ke tidak bisnes ni?

Bagi akulah. Ini sangat tidak masuk akal. Tapi untuk menyediakan hasbab bagi terjadinya sesuatu. Maka aku turutkan saja. 

Tunggu Hafiz datang. Dengar cerita dia. Bincang. Tanya. Tawar. Guna sentiment (dia tu member baik Kamil). Gitu-gini, yang pastinya itu semua tak memakai modal duit walaupun seringgit. Pendekkan cerita. Hari jumaat ni keputusannya.

Balik kerumah dah pukul 1am. Pakteh (cikgu Man) ada dirumah kebetulan. Sembang. Kemusykilan yang sama timbul. 

Cikgu Man:“Gambar ni macam edit jer”.

Tapi aku yakinkan dia. Jangan nilai pada gambar. Kita ambil kira pada stedment’ encik Kamil. Jadinya aku sendiri mempercayai berita ini semata-mata sebab aku kenal dengan Kamil. Dan dia menyatakan bersungguh-sungguh yang dia melihat dengan mata dia sendiri. Bersumpah laknat je nger tidaknya. 

Jadi keputusannya. Esok Cikgu Mat Jemen akan datang berbincang dengan aku.

Nanti aku akan sambung laporan mengenai urus niaga tekek yang bernilai RM 30 Jota ini. Gila betul. Dan mungkin juga mereka yang lain itu tidak lelap tidur juga membayangkan sebanyak manakah duit 30 juta itu? Macam aku laaa, yang sempat lagi membuat entry ni(pasal ghairah sangatlah ni).

[ laporan akan disambung ]
28/10/2010 Urus Niaga Tekek yang Bernilai RM100 Juta (hari kedua)
Pukul 1 tengahari lebih kurang. Cikgu Man dengan Cikgu Mat Jemen datang kerumah. Bertanyakan keshaihan cerita tekek semalam. Dan aku menceritakanlah semula dari mula sampai akhirnya. Dengan ditambah selingan-selingan berbentuk teori-teori aku (yang pada kira aku boleh menguatkan cerita kebenaran tekek ini). Dan di tokok tambah dengan memek muka dan emosi yang melampau untuk merealkan lagi cerita tersebut. Walaupun cerita itu memang real. Cuma nak menambahkan lagi ketaksuban orang yang mendengarnya. Tambahan Mat Jemen ini adalah orang kepercayaan Tokey tekek.

Dan dari dia(Cikgu Mat Jemen tersebut). Barulah aku mengetahui yang sebenarnya, tokey tersebut adalah orang putih dari Eropah. Lerr, tak Tanya pulak Negara mana. Tapi lantak gilah dia dari Negara mana. 

Ceritanya bergini.

Cikgu Mat Jemen: “Sekarang ni, Cikgu Naza pun dah masuk line ni.”
Cikgu Man: “Jadi kita tak sedaplah, nanti dia kata nak potong line dia.”
Cikgu Mat Jemen: “Kira urusan ni kita serah kat Long lah seratus peratus. Long pastikan benda tu memang ada dan dah di depan mata. Lepas tu roger ke kita. Kita terus roger ke tokey, dan dia akan datang terus berusan direx dengan Long.”
Kata dia lagi.
“Dan limit dia bagi pada kita untuk lawan harga orang lain adalah RM30 juta. Andai kata tuan tekek nak lebih lagi. Masih boleh runding lagi. Call dia, dan dia akan terus datang dan bagi sebut harga dari dia(maknanya boleh naik lagilah kalau ada orang masih nak lawan harga RM30 juta tu.)”

Mak’ai….aku ni yang nak kena lawan harga dengan tokey lain ni. Sedang tokey yang sebelah aku ni entah dimana langitnya lagi. Tapi itu bukan soalnyalah. Sebab aku percaya dengan Cikgu Mat Jemen dan Cikgu Man ni. Pada pendapat aku, takkanlah dia nak memalukan aku kalau tak der tokey yang sekukuh itu dibelakang kitorang ni.

Dan diorang (Cikgu Mat Jemen dan Cikgu Man) serahkan bulat-bulat kat aku pasal urusan ni. Bila dah komfirm dengan barang dan tuannya, dia akan kontek tokey mat Saleh tu(yang katanya ada di Kota Baharu) untuk terus jumpa aku dan beruruskan pasal pembayaran, transaksi duit dan sebagainya. 

Secara sepontan image-image 4 tahun lepas di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur terpapar balik kat kepala otak aku. Peristiwa ketua-ketua kongsi gelap berbahagi kawasan jajahan pada tahun 2006. Bertapa kacau bilau dan mendebarkan hari tersebut. Dengan kuncunya. Dengan senjata apinya. Dengan kepala-kepala daerah yang tidak ada tolak ansurnya. Dan macam-macam, yang nyata detik itu sangat mencemaskan. Dan aku (tak dapat hendak aku tuliskan sebab-musababnya) kebetulan ada didalam majlis tersebut.

Sedangkan kali ini kisah yang membabitkan berpuluh-puluh juta, atau lebih lagi dari itu. Apakah akan mencemaskan seperti itukah? Atau lebih dari itu? Atau mungkin akan membahayakan nyawa? Hiskk! Macam-maca yang aku fikir sebenarnya. Tapi…ya, tarikan dunia ternyata sangat kuat kepada insane selemah aku. Banyangan yang menakutkan tidak mampu mematahkan kesungguhan seorang diantara kami.

3.30pm
Aku send msg ke Abg Man. Bunyinya bergini.
“Ape cerita kiter ni.? Ptg ni tokey dah konfirm boleh bit sampai 30j keatas.”
Bila dengar harga yang aku sebut, Abg Man kelam kabut cari aku. Petang tu kitorang metting. Metting broker-broke yang tak bermodal. Hehhehe. 4 orang. Aku, Ngoh, Abg Man, Kamil. 

Jadi keputusan. Abg Man dengan Kamil akan jumpa dengan Si Hafiz ni. Diorang akan pujuk sedaya upaya Hafiz untuk pergi jumpa tuan tekek. Dan kerja aku bila dah jumpa dengan tuan tekek itu nanti. Kerja aku dapatkan hak pembelian, dan beurusan dengan tokey Mat Saleh tu. Termasuklah berkaitan dengan transaksi. Sampai terbabit sekalilah. Nak kena mintak tolong dengan Dee, sediakan akaun yang Sdn Bhd. Yng boleh menampung transaksi tiada had. Hamboii kemain sedapnya dah cerita ni .

Kita pendekkan sikit ceritani.

10.30pm
Kitorang keluar metting lagi(broker-broker tak berduit inilah). Dan mendengarkan laporan dari Abg Man dan Kamil mengenai hasil pertemuan diorang dengan Hafiz itu tadi.

Pendekkan sikit lagi cerita ni. Dengan membuang segala iklan dan menambahkannya dengan kesan sampingan.

Abg Man: “Kawan tawarkan harga RM12 juta dengan Hafiz. Tapinya budak ni pening betul. “
Dengan perkabaran yang tak berapa memberansangkan. Dengan kesimpulan yang bermacam-macam.
Pertama : Kemungkinan dia: Hafiz ini meragui kredibiliti aku? Mungkin dia menaruk syak. Benarkah aku ada mempunyai kontak yang sebegitu kukuh? Atau dia rasa harga yang abg Man tawarkan kecik sangat. Atau dia mengesyaki aku hanya hendak merancang sesuatu yang buru kepadanya. Mungkin dia memikirkan aku ini orang jahat barang kali? Yang hanya ingin mengetahui tekek berkenaan ada dimana. Lantas aku mengatur orang-orangku mencuri atau merompaknya? Ini satu kemungkinan dari berpuluh-puluh kemungkinan.

Dan timbul lagi satu kemusykilan.

Abg Man: “Awok broker disini Hafiz, awok tak boleh nunggu sangat. Nanti orang sana(tuan tekek) jual ke tokey lain. Awok disini melopong.”
Hafiz : “Benda tu takkan dijual kalau tak melalui saya.” (Dengan 200% kekonfidennannya bercakap demikian. Ini abg Manlah mengajukkan. Mungkin dia menambahnya dengan side effect, sebab itu Nampak sangat ke-real-lannya.)

Dan tambah Kamil pulak.

Kamil : “Mak dia(Hafiz) menyampuk tadi. Katanya:”Lepaskan jerlah Fiz..serabut lah. Lagi pun bahaya benda ni.”.”

Dan rumusan aku begini.  

Yang pertama. Si Hafiz ini terlalu yakin dengan penjualan binatang tersebut hanya akan berlaku melaluinya? Ya, kerana binatang tersebut tidak pernah dibawa balik semula ke Jeli seperti yang dikhabarkan. Sebenarnya binatang tersebut masih ada di Chini. Dan dia sangat yakin binatang tersebut tidak akan dijual melainkan melalui dia. Adalah kerana tekek itu ada dalam simpanan dia sebenarnya. Sebab itu dia menolak semua ajakan broker-broker yang datang berjumpa dengan dia untuk pergi melihat binatang tersebut. Benarkah bergitu?

 Sedangkan tawaran yang dibuat bukan kecil. Bagi orang yang berduit, 10, 20 juta mungkin masih kecil. Tapi golongan yang tidak berada? Aku sangat heran dengan fenomena ini sebenarnya. Jika saja dia tidak yakin dengan aku. Bagaimana pula dengan 8 tokey yang lain itu? Sedangkan mereka terbukti lebih menyakinkan. Tetapi nampaknya masih juga kelapan-lapan dari mereka itu juga tidak diendahkan.

Sedangkan Cikgu Naza dah up harga sampai RM100 juta. 

Budak ini ternyata sangat zuhud dan sukar sekali terkesan dengan puluhan juta yang ditawarkan. Ada tiga kemungkinan.

Pertama: Dia seorang wali yang zuhud dan sangat takut kepada Allah.
Kedua: Dia tidak dapat membayangkan jumlah 20,30 juta itu banyak mana. Mungkin dia mengira duit tersebut, satu atau dua beg budak sekolah kebangsaan sahaja.
Ketiga: budak ini bodoh nak mampus.
Keempat: Dia ini sangat tamak. Malah ketamakannya itu tidak dapat kita nak gambarkan disini. Walaupun disertakan penulisan yang mencampurkan segala unsur-unsur fitnah dan segala macam kesan sampingannya. Masih juga lagi tidak dapat membayangkan ketamakan beliau? Mungkinkah?
Kelima: Budak ini sebenarnya gila.
Keenam: Budak ini penipu. Sebenarnya dia tidak ada kena mengena dengan tuan tekek tersebut. Dan teket itu telah lama dijual sudah?

Akhirnya. Aku sendiri yang telifon. Bergini bunyinya lebih kurang.
Aku: “Assalamualaikum Hafiz..”
Hafiz: “Waalaikum salam, sapo ni?” (dalam lorghat Kelantan)
Aku: “Ini Abg Long.”
Hafiz: “Ohh..abey Long..”(bunyi macam dengar nama hantu pulak dia bila dengar nama aku. Bunyi orang sangat takut. Dan ini menguatkan teori aku yang dia ini menyangkakan aku ini orang yang berniat jahat. Dan sangat brutal.)

Belum sempat aku bercakap apa-apa
Hafiz: “Tadi abbey Man ado datey dah. Dio ghoyak dah berapo kat sayo. …”
Aku terus potong cakap dia.
Aku: “ Hafiz..ni Abg Long ni. Ni abg Long nak cerita ikhlas dengan awok. Harga yang tokey bagi untuk aku bida RM35 juta. Ini jujur betul dengan Hafiz, sikit pun Abg Long tak selindung mana-mana. Dan ikutlah berapa yang pihak tuan barang nak bagi berapa pada kitorang yang mencari tokey ni.”

Hafiz: “Huih!!? 35 juta? Tapi tu lah Abg Long, saya tak dapat nak bagi keputusan lagi sekarang ni…” Dan sebenarnya banyak lagi. Bla blab la..(aku tak der mood nak cerita)

Aku heran pun ada. Aku kagum pun ada. Heran ada juga manusia zaman sekarang ni yang buat lebih kurang dengan tawaran yang sebanyak itu. Dan kagum juga ada dalam hati aku. Sugguh benar hati dia tidak berapa heran dengan duit sebanyak itu. Apa benarkah? Atau binatang tu dah lama kena jual dah? Tapi tak dengar lagi kabar angin dari tokey-tokey diatas. Kalau dah ada yang beli mesti ada yang tahu. Dan nak dikatakan cerita keujudan benda tur palsu. Dah ramai yang mengaku tengok binatang tu.

Hah!! Tak der mood dah nak menulis dengan lebih terperinci pasal binatang tekek ni. Kot 35 jota kek, 350 jota kek. Aku dah malas dah nak serabut. Jadinya aku bagi buah penamat terus pada dia. Sedang sebenarnya memang itulah modal yang Tokey dari Denmark tu bagi pada aku. Dia(Hafiz) nak dia jual ke tak nak babi dia,eh babi pulak, tekek dia tu, kira ikut dialah. 

30/10/2010 Jumaat

Lepas sembahyang Jumaat, aku pecut ke Kuantan, ada urusan pasal lessen perniagaan isteri aku. Kita tinggalkan cerita tersebut. Masuk semula cerita pasal tekek ni. Aku dapat sms dari Cikgu Mat Jemen. 

Cikgu Mat Jemem: “Hok tekek 4kg lebih ni, tokey telifon dia nak juga barang tu. Dia tak kira berapa orang lawan harga, walaupun RM100j, dia tetap tak nak kalah. Sahkan saja dimana barang tu. Dia tetap nak lawan.”

Hadoii pening dah aku di tengah-tengah ni. Satu pihak tokey yang mungkin juga tak kurang gilanya. Dan sebelah pihak lagi adalah broker barang yang entah-entah sah gila juga yang menolak duit sebanyak itu. 

Dipendekkan cerita, dalam perjalanan balik dari Kuantan sekitar pukul 6 ptg. Cikgu Man call aku. Dia kata, tadi dia jumpa dengan Cikgu Naza(salah seorang broker yang tengah fight dengan team kitorang ni). Kata dia, Naza bagi tau dia keputusan dia dengan Hafiz malam ni. Dan dia risau kot aku masih lagi diKuantan. Nanti tak ada orang kita masa keputusan dibuat katanya. Dan aku fikir logik juga. Dan dalam keadaan panic, masa itu jugalah kredit telifon habis. Memusing pulak cari kedai nak topup.

Dan bila dapat kedai nak topup, aku terus call Hafiz, fikir aku, sebelum cikgu Naza potong aku. Lebih baik aku yang memotong dia dulu.

Aku: “ Assalamualaikum Fiz..”
Hafiz: “Aaa..waalaikum salam Abg Long..”
Panjang dialognya kalau aku nak tuliskan semula disini. Jadi aku ceritakan saja inti percakapan tersebut. Mulanya, aku membuka pembicaraan pasal kemusykilan aku. Ataukah Hafiz ini sangsi dengan aku? Benarkah aku ada tokey yang sekukuh itu? Dan bermacam-macam lagi. Ditokok tambah oleh aku, dengan berbagai-bagai kesan sampingan. Termasuklah dengan nada suara yang sekejap kuat, sekejap cemas dan sekejap mendayu-dayu. Hehehehe…

Pendeknya, keputusannya. Dia menyatakan dengan sungguh-sungguh yang dia yakin dan percaya dengan aku. Tetapi dia tak dapat menghubungi orang yang menyimpan barang tersebut. Dan dia berjanji malam ini dia akan berjumpa dengan aku.

Pendekkan lagi cerita…

Pada malam tersebut, sekitar jam 1 am. Dia datang jumpa aku. Teras perbincangannya adalah. Antara 9 orang yang datang melobi dia. Siapakah yang dia pilih untuk berurusan. Dipendekkan cerita. Yang lapa tersebut dia tutup buku. Confirm dengan aku dia akan berurusan. Alhamdulillah, kejayaan dah hampir separuh. Cuma tinggal dia nak berhubung dengan orang yang menyimpan binatang tersebut. Kira kalau dapat kontek, memang kira jadi terus.

Dan itu sajalah masalah satu-satunya. Dan aku tanya bagaimana dengan kelapan-lapan tokey yang lain tu? Dia kata. “Tak per, saya kata dengan diorang barang dah jual dengan tokey lain.”

Dan berita gembira ni aku laporkan kepada ahli-ahli persatuan broker-broker tekek yang lain. Mereka menyambut dengan kalimah Syukur kepada Allah.
(Jangan suka hati lagi baca cerita ni, jalannya masih panjang)

Esoknya, aku call Hafiz. Jawapan?
“Belum dapat hubungilah diorang Abg Long”
Dan malamnya repeat lagi.
“Tak dapat lagilah Abg Long..”
Aduhh, hati mula kecewa.
Debarnya mula tiada.

Sukanya menjadi duka.

Harap itu pula bertukar menjadi marah…

Hafiz ini sudah menipu akukah? 
Atau dia sendiri juga telah ditipu oleh abang angkatnya itu?

31hb, Hafiz bagi tahu, sudah dapat hubungi Abg Angkatnya yang di Jeli Kelantan. Tapi bila dia datang kerumah orang yang simpan tekek tersebut. Isterinya bagi tahu, yang suaminya sudah 4 hari tidak pulang kerumah. Dan kononnya abg Angkatnya itu telah mencarinya bersungguh-sungguh. Benarkah?
Ataukah abg Angkat Hafiz itu telah berpakat dengan 2 orang kawannya itu untuk meninggalkan saja Hafiz ini? 
Dan Hafiz ini tidak menyedari sebenarnya Abg Angkatnya itu telah menipu dirinya?

1hb 11. 2010 
Juga masih senyap.
Dan hari ini 2hb 11, disaat artikel ini dipublishkan, masih juga tidak mempunyai jawapan.

Moral dia kat sini adalah. Ternaklah Tokek anda sendiri supaya anda tidak bergantung bekalan bahan mentah dengan orang kampung anda. Hahhahahaha 

Sapa ada binatang ni. Aku ada tokey yang nak beli. Call aku. Komesyen, 50-50

425Gram - 460Gram  = Harga RM2 Juta ke RM4 Juta. Call no aku. 0199222229

Posted on Thursday, November 04, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, October 23, 2010

Hari ni aku bersembang dengn sorang budak Myammar yang kerja security guards kat Twentech. Dari cerita dia. Rupanya dia dah 6 tahun kat Malaysia ni.  Aku Tanya pasal visa. Dia kata dia suaka politik. Aku tanya dia ada berapa adik beradik. Dia kata ada 3 orang, tapi semua dah mati kena bunuh dengan junta. Aku Tanya dia dulu sekolah takat mana. Dia kata dia ada ijazah. Tapi dia kata di Malaysia budak sekolah rendah pun dah sangat cerdik. Diorang kat sana katanya sekolah menengahpun tak tahu membaca lagi. Jadinya ijazah diorang tak laku. Sebab stendet’ sekolah menengah jer baru. Aku tanya kat sana kerja macam mana, rakyat hidup macam mana. Ada kampung ketidak. Pendeknya dah macam wartawan TB3 dah lagaknya. 
 
Dia cerita, kat sana semuanya mahal. Tambang bas dekat nak dua kali ganda di Malaysia. Dan barang-barang keperluan dapur contoh beras tak boleh beli sikit-sikit macam kat sini boleh beli kilo-kilo. Kat sana Cuma ada yang pek besar. Dan kebanyakan barangan dapur semua macam tu. Semua kotak besar sahaja. Dan gaji diorang purata tidak lebih dari RM20 sahaja sehari. Mungkin kita rasa itu lebih dari cukup juga. Tapi mereka kerja gaji hari pula. Dan hidup diorang susah sangat, sebab kalau sakit atau apa sekalipun tengah-tengah malam tak boleh nak pergi hospital. Sebab perintah berkurung.  Susah benar aku dengar. Kalau sekolah pandai, askar datang tangkap. Kalau bijak reka cipta bagai, pun askar datang tangkap. Sumbatkan diorang dalam penjara. Dan kerahkan untuk kerja dengan kerajaan. Tapi terus tak boleh keluar-keluar. Perhimpunan tidak dibenarkan. Terus tembak. Lepak-lepak kat restoran tak boleh. Habis makan jer kena terus tinggalkan restoran. Satu meja makan pulak tak boleh duduk lebih dari 4 orang. Tak hairanlah, itu memang undang-undang darurat. Tapi bayangkan kalau berbulan-bulan, dan bertahun-tahun macam tu. Dan setiap harilah macam itu juga. Takkan pening kalau kita?

Dapatlah gambaran serba sedikit bertapalah beruntungnya kita kat Malaysia ni. 

Lepas tu sembang pulak dengan ‘abey’ tokey restoran kat sebelah Bumicyber ni. Kata dia. Minggu lepas dia balik Patani. Ingat nak pergi jalan-jalan katanya. Tapi tak jadi sebab bom tangan meletup kat belakang rumah mak dia jer. Huihhh!!  Terkejutnyalah aku dengar. Dia cakap esoknya terus dia berangkut ngan bini dia balik Malaysia. Aku tanya juga, abih macam manalah orang lain yang tinggal kat sana? Dia kata, dah nak buat macam mana, dah memang itu kampong halaman. Katanya. Sayu jer cara dia bercakap tu. Mungkin dia mengenangkan mak ayah dan saudara mara dia yang lain kat sana. Dan diorang setiap waktu terdedah dengan serangan pihak pengganas. Dia kata, beruntung sangat orang Malaysia ni, sini aman. Ada gauh sikit-sikit tu adat lah. Tapi tak sampai bom-bom nih. (aku diam tak tercakapkan apa masa ni) 

Dikelilingi oleh orang-orang yang bernasib jauh lebih malang dari aku di Malaysia ni. Membuatkan aku berasa sangat malu dengan diri sendiri. Sangat sedikit rasa syukur kepada Allah dengan anugerah kemakmuran ini.

Posted on Saturday, October 23, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, October 20, 2010

Penyakit yang menghinggapi jasmani datangnya dari rohani yang berpenyakit. Untuk menyembuhkan penyakit tersebut kita perlu memperbanyakkan mengigati Allah dan memperingati kematian.

Amalan seks luar nikah, seks diluar tabi'in. Atau lelaki yang cenderung kearah lelaki jua(secara seksual) atau pula perempuan yang cenderung kepada sesama perempuan(secara seksual juga) adalah satu jenis penyakit.
Dan penyakit-penyakit  jasmaniah ini pada kira aku hanya boleh diubati bila kita mengusahakan fomular yang paling berkesan untuk mengubati rohaniahnya terlebih dahulu. Mari kita fokoskan perbincangan ini kepada gejala homoseksual. Atau hubungan sejenis itu. Apakah yang mendorong kepada perkembangan gejala tersebut agaknya?

Di Malaysia.(aku sendiri hairan). Sangat kecil bilangan orang-orang yang melahirkan kekuwatiran kepada fenomena tidak sihat ini. Adakah mereka merasa selesa dengan keadaan ini? Atau mereka tidak merasakan itu satu masaalah yang perlu di beri perhatian. Malah golongan ini (homoseksual) telah semakin diterima sebagai salah satu kelompok masyarakat yang berhak mengamalkan cara hidup yang mereka pilih. 

Dengan berlandaskan prinsip, "kehidupan ini adalah hak individu dan kami berhak menentukan hala tuju hidup kami". Sebenarnya kata-kata yang demikian adalah mencerminkan kecetekan didikan sejak diperingkat awal(kanak-kanak) mengenai agama. Mengenai moral dan juga konsep ketuhanan didalam Islam.

Masyarakat juga menjadi punca

Tidak adil untuk menyalahkan mereka seratus peratus. Kerana kita sedia maklum, setiap sesuatu yang berlaku itu ada pendorongnya, penyebab atau  sesuatu hal disekeliling. Sama ada   kawan-kawan, bahan bacaan, media telivisi atau sebagainya. Mungkin saja setiap perlakuan manusia ini hanya kurang dari 35% sahaja dari kehendak mereka sendiri. Selebihnya adalah faktor sekeliling. Tetapi itu bukanlah juga alasan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam amalan yang tidak sihat ini  merasa aman dengan kesalahan mereka.

Secara peribadinya, aku percaya mereka-mereka yang bersifat demikian juga menyedari yang perbuatan dan kecenderungan mereka itu adalah salah dan nyata salah sama sekali. Dan aku tegas menyatakan pendapat aku mengenai ini. Namun apabila seseorang manusia itu melakukan sesuatu kemaksiatan. Ia akan diusahakan oleh iblis dan syaitan kepada rupa bentuk yang sangat cantik dan menarik. Serta didatangkan jemaah-jemaah, yakni orang-orang yang sama pekerjaan dan perbuatan mereka itu. Bagi membuatkan mereka merasa selesa berada didalam kelompok atau golongan mereka. Sehingga  mereka menjadi semakin lalai dan jauh dari taubat.

Dan tidak cukup sekadar membicarakan kerisauan. Atau membincangkan punca-punca perlakuan tersebut semata-mata. Jika tidak mengkaji secara khusus apakah amalan-amalan rohaninya kearah membentuk rohani dan jasmani yang lebih mulia disisi Allah.

Tetapi sebelum itu mari kita kenali dengan lebih dekat saat dan ketikanya. Penyakit ini merebak serta berkembang biak.

Kes Anwar Ibrahim Salah Satu Penyumbang Terkuat. Masyarakat menjadi selesa dengan Gejala Homoseksual ini.

Sejak akhir-akhir ini. Sangat kebetulan pula keadaannya. Telah berlaku kekecohan mengenai tuduhan Saiful Bukhari kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. (Aku tidak mahu berselindung dalam memperkatakan hal ini). Tidak perlu kita perkatakan dengan panjang lebar mengenai liputan pembicaraan beliau. Tetapi mari lihat kesan sampingan yang ditinggalkan oleh kasus tersebut. Dan apabila ianya mendapat liputan yang sangat meluas. Malah menjadi salah satu dari sumber-sumber rating television yang paling tinggi. Tidak kurang juga tabloid yang mengaut keuntungan daripada kontroversi ini.

Berbalik kepada kesan sampingan yang kita kemukakan diawal perenggan diatas. Maka masyarakat menjadi tidak lagi kaget. Malah melihat perlakuan, atau isu ini sesuatu yang melucukan. Sumber jenaka. Dan fenomena ini sebenarnya sangat tidak sihat sama sekali. Ianya bisa menjadi sumber penerimaan yang tidak sihat kepada anak-anak. Mereka berkemungkinan besar melihat itu adalah salah satu dari cara hidup. Dan penerapan ediologi yang sebegini adalah satu malapertaka kepada generasi akan datang.

Jika para pembaca sekelian perhatikan 12, atau 13 tahun dahulu, atau lebih jauh kebelakang waktu. Sangat sedikit golongan mereka(homoseksual) ini. Malah bilangan mereka itu hanyalah mampu mengisi beberapa lorong-lorong gelap diantara berjuta-juta lorong-lorong terang. Dan keberadaan mereka sentiasa membuatkan masyarakat menjadi tidak selesa. Tidak sedikit mereka-mereka yang telah menyempang kecenderungan seksualitinya itu berbalik kepangkal jalan semula.

Tetapi sekitar lewat 1990an(sebetulnya aku tidak tahu tahun sebenar, dan aku tidak pernah ambil pusing). Ketika penangkapan Dato Seri Anwar Ibrahim diatas pertuduhan liwat beliau yang pertama. Kelihatannya beliau sangat marah sehingga mencetuskan reformasi dan nyaris-nyaris Malaysia hendak bertukar menjadi Mymar ketika itu. 

Dan kemarahan itu beliau tampilkan dengan bersungguh-sungguh didalam pidato-pidato akhirnya. Sama ada beliau sangat marah kerana tuduhan palsu itu, atau beliau sangat marah kerana kelakuan buruk beliau akhirnya telah diketahui oleh orang ramai. Aku tidak mahu membahaskannya(atau aku sebenarnya tidak perduli apa sekalipun kebenarannya). Aku hanya menyentuh sedikit berkenaan dengan hal tersebut untuk membentuk kaitan kepada permasalahan hari ini. Yakni gejala homoseksual/gay/lesbian (atau apa saja gelarannya) yang semakin menjadi-jadi.

Masyarakat Umumnya tidak membantu.

Selepas peristiwa tersebut masyarakat memandang isu hubungan sejenis dan seks diluar tabi’in ini bukan lagi satu fenomena pelik atau sensitif. Mereka memperkatakannya dengan selesa dan santai. Malah menjadi modal-modal jenaka murahan. Ini bukan hal yang berlaku disebahagian komuniti, tetapi keseluruhannya. Daripada golongan professional kepada driver teksi. Daripada doctor-doktor bedah yang tak pandai buat lawak jenaka, sudahnya menjadi lebih berkeliber lawak-lawak mereka melebihi Pak Hamid Ghurka. Semuanya bermodalkan cerita liwat Anwar Ibrahim.

Apakah kesannya kepada masyarakat? Apabila manusia ini tidak merasa terancam, maka mereka mengurangi usaha untuk mempertahankan dirinya serta keluarganya. Dan sangat jelas melalui pemerhatian kita yang masyarakat hari ini tidak merasa terancan dengan kehadiran golongan yang mengamalkan hubungan sejenis ini. Malah mereka merasa selesa. Serta gejala tersebut tidak diperhatikan sebagai satu penyakit yang sangat menakutkan. Lebih menakutkan, mereka(masyarakat hari ini) memandang perlakuan itu sangat  comel. Dan ini adalah satu keadaan yang sangat tidak seimbang sekali. Dan ketidak seimbangan ini justeru akan membuahkan padah yang sangat besar.

12 tahun selepas kontroversi Anwar Ibrahim yang pertama, inilah hasilnya. Satu komuniti homoseksual yang diterima pandang oleh masyarakat sebagai salah satu golongan yang normal perlakuan mereka. 

Aku tidak katakan kontroversi-kontroversi yang timbul daripada hal Anwar Ibrahim satu ketika dahulu adalah satu-satunya punca merebaknya penyakit sosial ini. Tetapi aku rumuskan, kasus itu sangat besar peranannya dalam membangunkan minda masyarakat yang dapat menerima golongan ini. Lantas mereka yang mempunyai pemikiran tersebut(pelaku homoseksual/gay/lesbian) menjadi semakin yakin dan tega memperjuangkan serta mempertontonkan kepada umum, habitat diluar tabi’in mereka. 

Perlu ambil perhatian

Disamping menyeru masyarakat keseluruhannya berusaha sedaya upaya dan sebijaksana mungkin dalam menangani masaalah ini. Kerana ianya mungkin orang yang rapat dengan kita. Adik kita, atau abang atau kakak. Atau juga sepupu, atau anak kita sendiri. Atau barangkali mereka adalah rakan kerja, rakan sekolah/kuliah. Atau siapa saja, pokoknya mereka adalah seseorang kepada seseorang. Jadi  marilah usahakan tarbiah buat mereka. 

Mereka menjadi demikian tidak dalam masa sehari. Ianya melalui proses bertahun-tahun. Jadi dengan itu janganlah kita mengharapkan usaha tarbiah kita itu akan mendatangkan hasil dalam masa sehari atau sebulan. Yang penting, tanganilah mereka dengan sabar dan bijaksana. Serta tambahilah segala usaha itu dengan kasih sayang yang benar-benar ikhlas kerana Allah.

Dan kepada saudara-saudariku yang terjebak kedalam perlakuan, atau kecenderungan seksual yang salah ini. Marilah, keluarlah dari kesalahan itu. Sebenarnya setiap teguran dan kritikan kepada perlakuan kalian yang sedemikian bukanlah mereka membencimu. Tetapi mereka membenci perlakuanmu. Cuma saja kadang-kadang mereka tidak bijak dalam melahirkan teguran, seperti juga kadang-kadang engkau tidak bijak untuk menerima teguran dan nasihat yang baik-baik. Bukankah kita sama keadaannya? .

Dan sesungguhnya perlakuan yang menyalahi tabi’in itu sangat keji dan sia-sia. Sedang manusia ini hidupnya pasti akan mati. Dan kematian itu adalah wajib dihadapi oleh setiap manusia. Adakah kita mahu bertemu Allah dengan keadaan ini? Kemarilah, hijrahlah, sesungguhnya kamu tidak sendirian dalam menghadapi situasi tersebut.

“Yaa Allah, limpahkanlah kami Belas EhsanMU. Kasihankanlah kami. Serta kurniakanlah kami  kekuatan bagi meninggalkan apa saja bentuk maksiat yang masih kami kerjakan. Amin”

Published on 20 October 2010

Posted on Wednesday, October 20, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, September 30, 2010

Aku telah menjerit dengan kuat disatu daerah yang penuh sesak dengan manusia.
"Bagaimanakah untuk mendapatkan angka Duabelas?!"

Lalu jawab seorang pencuci kereta yang tidak jauh dari aku...
"Sepuluh campur dua!!!" Tempiknya.

Lalu marahlah penjual burger disebelah kiri aku.
"salah!!! Yang betul ialah,Tiga Belas tolak satu!!" Katanya dengan garang.

lalu datang seorang tua, dan dia berkata dengan relek jer..

"Habis kalau pakcik katakan caranya ialah 6X2 macam mana? Salah juga?"

lalu tetiba upin ngan ipin lalu tepi aku dan cakap.
"betul3.."

Posted on Thursday, September 30, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, September 22, 2010

Hari ini aKu membaca kisah tentang seorang wanita Palestin yang bernama As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi. Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau ini. Namun namanya sangat disebut-sebut sebagai salah seorang pejuang yang memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin.
 
Wanita berusia 22 tahun, isteri kepada seorang suami yang bernama Ziyad ‘Awwad, 27. Ibu kepada dua orang anak. Namun bukan kisah wanita ini yang aku hendak ceritakan. Kerana para pembaca sekelian dapat mencari coretan-coretan mengenai beliau dengan banyak di internet ini.

Aku berasa hiba dan terkilan atau sedih(perasaan yang sangat sulit untuk ditafsirkan kedalam bentuk kata-kata) bila membaca coretan-coretan perjuangnya. Kebesaran cintanya kepada Allah melebihi kecintaannya kepada dunia dan keluarganya sendiri. Kerisauan beliau kepada nasib dan penghinaan keatas agama Allah di bumi Palestin, melebihi kerisauan diri sendiri dan keperluan-keperluannya.

Demi Allah, kalian boleh sahaja meremukkan tulang belulangku, memotong-motong tubuhku serta mampu mencincang-cincangnya. Tetapi kalian tidak akan pernah boleh mengubah agamaku dan mengubah panji perjuanganku. Ingatlah selalu ucapanku. Aku selalu mengatakan kepada diriku, “ wahai diri ! jadilah kamu sebagai penentang Zionis yang memilki rasa dengki abadi sebagai musuh agamamu. Jadikanlah setiap titis darahmu sebagai penghantar dirimu menuju syurga yang kekal abadi”.( As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi.)

Aku bukan berasa sedih dengan kematiannya. Tetapi aku menilai diri sendiri. Aku membayangkan aku ditempatnya. Bertapa ia mencintai Allah. Dan bertapa ia menginginkan syahid membela Agama Allah. Membela penderitaan kaum keluarganya, rakyat Palestin umumnya terhadap penindasan rejim zionis. Sedang aku membayang-bayangkan keadaan tersebut, yang lahir dari sudut hatiku adalah ketakutan dan kengerian yang amat sangat. Bertapalah munafiknya aku, bertapalah tebalnya cinta kepada dunia ini. Bertapalah aku ini salah dalam tafsiran ‘cintailah kedamaian’. Dan bertapa tinggi juga toleransi aku terhadap kekejaman dan kezaliman terhadap Agama ini diletakkan di tempat dan maqam yang salah.

Antara Kata-Katanya:
Saya tetap akan akan melakukan aksi ini walaupun saya memiliki 2 orang anak yang masih kecil. Kedua anak saya merupakan kurniaan Allah. Saya sangat mencintai keduanya dengan kecintaan yang sangat besar. Kecintaan saya kepada keduanya tidak ada yang mengetahui kecuali Allah semata-mata. Namun, kecintaan saya untuk bertemu Allah lebih kuat. Kini saya harus memesan anak saya tersebut kepada Pemiliknya. Saya yakin Allah tidak akan menyia-nyiakan amanah itu. Saya tahu, penjagaan yang selama ini saya lakukan akan digantikan dengan penjagaan Ilahi”.

Untuk kaum Muslimin, Reem berpesan, “ saudara-sauadaraku yang kerana Allah kita bersaudara, jika Allah memberi kemuliaan dengan terlaksananya cita-citaku ini, maka aku berharap kepada anda semua untuk menyerahkan anak-anakku kepada keluarga yang selalu berzikir dan taat kepada Allah. Sehingga mereka boleh menanamkan nilai-nilai agama dan keimanan dalam diri anak-anak saya. Daftarkan kedua-duanya ditempat menghafaz Al-Qur’an dan sekolah Islam. Didik dan besarkanlah keduanya dengan pendidikan dan bimbingan yang Islami. Ketahuilah bahawa, kedua anak itu adalah amanah yang ada pada bahu kalian. Kalian kelak akan ditanya tentang keduanya pada saat Hari Qiamat”.

Sebenarnya kematian itu tidak boleh ditakuti secara mutlak. Malah yang sepatutnya menjadi kerisauan adalah cara kematian itu, dan kesudahannya. Adakah kita akan mati dalam kesudahan yang baik atau kesudahan yang buruk. Dan apakah keadaan kubur itu. Adakah ianya salah satu dari jurang-jurang Neraka atau salah satu dari taman-taman Syurga.

Jika mencari dan mempersediakan tempat tinggal serta dinar yang berlebihan itu adalah keperluan dan bukanlah matlamat. Maka sebenarnya aku ini telah berlebih-lebihan dalam usaha kearah keperluan hidup. Malah tidak hanya melebihkan usahanya, justeru melebihkan juga kepada fikir risau pada hal yang sementara itu. Sedang sangat kurang kepada usaha-usaha dan fikir risau kepada kehidupan yang kekal disisi Allah, yaitu matlamat hidup ini.

Dan kematian itu adalah permulaan perjalanan menuju kampung yang kekal yakni akhirat. Adakah aku akan pergi dalam keadaan ini. Dalam keadaan jasmani dan rohani yang sangat cenderung dan condong kepada dunia ini? Sehingga kematian syahid itu membenihkan ketakutan dan kengerian didalam hati, tidak berupa kegembiraan yang melonjak-lonjak? “Wahai diri yang lupa dan leka, aku sedih dengan keadaan ini. Dan aku menda’wahimu(diri sendiri) agar lebih mencintai Allah dan RasulNya, serta tambahilah keghairahanmu untuk kembali kekampung halaman yang kekal abadi itu.”

Posted on Wednesday, September 22, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, September 21, 2010

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, apabila tiba hari raya. Aku akan sentiasa mempastikan paling tidak orang-orang terdekat dan ahli keluargaku akan menerima paling tidak sebari ucapan hari raya lewat sms atau email. Atau apa saja. Dan tidak lupa juga melahirkannya kedalam bentuk tulisan-tulisan diblog.

Tapi berbeza kali ini. Aku tidak punya kesempatan untuk itu. Sibuk giler, penat giler, kelam-kabut giler. Aku pun tak tau penat kan benda. Tapi rupanya bila buat sesuatu di saat-saat terakhir nih, semua benda-benda yang remeh-temeh, yang kecil-kecil tur akan jadi sangat rumit dan sangat memenatkan. Hadoii nyaris-nyaris aku dan semua tanggungan aku tak sempat berzakat fitrah tahun ni. Dan untuk mengelakkan semua tur terjadi. Aku tak tidur terus malam raya pertama tu sampai kepagi.

Siap bakar lemang dah pukul 12 lebih (tengah malam) gamaknya. Lepas tur. Itu ini, tolong angkat kerusi bagai. Tukar tikar getahlah. Dan bla,bla,bla lebih kurang(banyaknya aku jadi pengkritik jer sebenarnya). Sudahnya dah pukul 4 pagi. Hisk nak tidur pun dah tak berani dah takut terlajak sampai kepukul 11. Baru haru kerjanya.

Entah, aku tak tahu nak cerita dari mana. Dan tak tahu juga nak fokuskan mengenai apa. Saat yang mana satu, kerana keseluruhannya sangat membahagiakan.  So, layan gambar jerlah yer.
:( Tak bess nengokkan gambar tak cantik.
Ni gambar Abah dan mak, serta adik² aku. Tapi masa ni aku dan Dee belum balik.  Tur kat depan tur, yg paling tecik tur anak sedara aku 'Alisya'
Anak² aku bergambar dengan Mak Teh diorang dan Baby Sara.
Ehem, ni la pasangan bahagia yang produse 'ramai-ramai' tur tadi. Hahahaha... (semoga rumah tangga aku kekal bahagia dunia dan akhirat. Amin)
Ini keluarga 'kecil' aku  Amacam? Ramai tak? Dah ada anak dara dan anak teruna dah aku ni bah.

Putera, Puteri dan Balqis( dan Balqis ni satu-satunya anak aku yang petah bercakap dengan betul 'tidak pelat' sejak dari kecil)
Ni dua orang anak gadis aku dan yang kecik tu namanya Puteri, dan tersangatlah kuatnyer mengamuk. Ouww tak lupa, dia ni sangat obses pada kasut, raya kali ini saja 5 pasang kasut untuk dia. Hadehh..
Puteri hati saya
Ini anak saya yang no 2 bongsu dan yang sulung
Puteri² didalam keluarga say. Anak-anak aku dengan mak-mak saudara diorang.
Ini jerlah 2 orang anak lelaki aku.Yang besar tu sekarang belajar kat Sekolah Tahfiz An-Nur di Pekan(semoga dapat menjadi saham dan hujjahku dihadapan Tuhanku, insyaAllah) dan yg kecik ni pulak namanya Putera. Dan dia ni lah yang paling manja dengan Mak dia. Memanjang berebut mak ngan aku. hahahahaahah(maklumlah Papa balik sebulan sekali yerk.huhuhh)
 Ini pula anak-anak gadis aku. 5 orang semuanya. Dan yang tua sekali tur tahun kedua di Koleg Islam Pahang, yang kedua tu SPM tahun ni. Duduk dari kiri 9 tahun, 4 tahun dan 5 tahun.
Adik saya Teh dan Suami sekeluarga
Adik saya Ngoh dan Isteri sekeluarga
Adik saya Dee suami ister sekeluarga

Posted on Tuesday, September 21, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory