Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Tuesday, October 20, 2015

Pernah Suatu ketika Rasulullah bangun dari tidurnya lalu baginda tersenyum. Perkara itu Dilihat oleh Sayyidina Umar lalu ditanya.

"Ya Rasulullah mengapakah engkau tersenyum selepas kau bangun dari tidur tadi?" .

Jawab Rasulullah "Aku bermimpi mendapati diakhirat dua orang,yang mana seorang itu orang yang dizalimi dan seorang itu lagi orang yang menzalimi kepada yang dizalimi itu .

Orang yang dizalimi itu berkata "Wahai Allah,sesungguhnya dia menzalimi kepadaku didunia".
Lalu orang yang dizalimi itu diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk ambil segala pahala/kebaikan yang ada pada orang yang zalim itu sehinggakan tiada lagi pahala/ kebaikan pada orang zalim itu .

Tidak mencukupi pula sehinggakan,diberi pula dosa kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang yang dizalimi itu kepada orang yang menzalimi itu. Hanya tinggal dosa yang banyak kepadanya, tiada lagi pahala walaupun sikit .

Ketika Rasulullah menceritakan kisah mimpinya itu, Baginda menangis. 

Lalu Baginda mengatakan, 

Allah s.w.t berkata kepada orang yang dizalimi "Wahai fulan, angkat kepalamu" lalu mendapati akan orang yang dizalmi itu suatu keindahan yang luar biasa, lalu dia bertanya "Wahai Allah ini sungguh indah, Nabi siapa yang punya? Orang Siddiq siapa yang punya? Orang syahid siapa yang punya?

Lalu Allah s.w.t menjawab "keindahan ini adalah kepunyaan orang yang mempunyai bayaran yang boleh dibayar oleh Allah"lalu Beliau tanya lagi "Apa bayarannya wahai Allah?" 

Berkata Allah s.w.t "Bayarannya ialah memaafkan orang lain" orang yang dizalimi itu mengatakan "Wahai Allah aku memaafkan orang yang menzalimi aku itu" 

Allah s.w.t berkata pula kepadanya "Wahai fulan ambil lah tangan orang yang menzalimi kepadamu itu pergi masuk ke syurga sana", lalu dibawa tangannya menuju ke syurga. 

Disebabkan perkara Ini yang membuatkan Rasulullah tersenyum.

- petikan tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Hamid -

Posted on Tuesday, October 20, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, October 14, 2015

Cara nak Pastikan Anda Capai Matlamat

Ada dua orang kawan Amir dan Imran tinggal di kawasan perkampungan di India. Amir berumur 6 tahun dan Imran berumur 11 tahun dan dua kali lebih besar dari amir. 

Suatu hari mereka pergi bermain di bukit di berdekatan kampong mereka. Tidak ada sorang pun di situ macam tempat berhantu. Apa yang ada ialah satu perigi dan timba yang dikat dengan tali.
Semasa bermain Imran telah terjatuh dalam perigi dan Amir cemas. Puas dia menjerit meminta tolong tapi MEMANG TIDAK ADA ORANG Di kawasan tu.

Amir tak tahu nak buat apa, tapi dia tahu satu perkara. Kalau dia tak buat sesuatu Imran kawan kesayangannya akan lemas dalam perigi tu. Jadi apa dia boleh buat ialah campakkan timba dan suruh Imran pegang timba tersebut. Dan dia mula menarik tali itu sedaya upaya. Imran terselamat.

Sampai di kampong, Imran menceritakan pada orang kampong apa yang telah berlaku . Semua orang tak percaya.

Mereka menyuruh Amir mengangkat satu timba yang berisi air. Ternyata Amir tidak dapat mengangkat timba tersebut.

Tetapi ada seorang tua yang amat dihormati datang dan berkata “Saya percaya apa yang kamu berdua ceritakan”

Orang kampong bertanya “Macamana Amir boleh mampu menyelamatkan orang yang dua kali lebih besar darinya.

Pakcik tua itu berkata “Pada masa kejadian Amir tidak berpeluang untuk dengar suara kamu mengatakan ia adalah mustahil.

“Seseorang dapat melakukan sesuatu yang dianggap mustahil sekiranya ia terlindung dari dua suara”
“Satu suara orang disekitarnya yang meragui kemampuannya”

“Dua suara diri sendiri yang selalu mencuri hak seseorang untuk menjadi hebat”

Tapi macamana Amir dapat bisukan keraguaan yang wujud pada semua orang?

Orang tua tersebut menjawab “ Waktu kejadian Amir terlalu sibuk mendengar suara Imran yang minta diselamatkan.

Moral of the story is apabila anda ada matlamat jangan masukkan satu benda pun dalam otak anda yang boleh membuat anda meragui kemampuan anda.

http://onexoxians.net/onetelco

Selamat Maal Hijrah

Sumber : FACEBOOK

Posted on Wednesday, October 14, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, August 15, 2015

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Posted on Saturday, August 15, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, July 1, 2015

Setiap hakikat yang membatalkan syariat adalah sesat, setiap makrifat yang menyimpang dari tareka Nabi yaitu sunnah adalah sesat.

Yang dikatakan sesiapa yang telah mencapai maqom² itu terlepas dari ketentuan, bukanlah terlepas dari 'syariat' kerana Nabi saw telah mencapai maqom paling tinggi masih mengerjakan syariat.

Yg dimaksudkan terlepas itu adalah terlepas insan dari fitrah. Fitrah kenyang memerlukan makan, mereka tidak memerlukan makan untuk kenyang. Fitrah haus memerlukan minum, mereka tidak memerlukan minum untuk menghilangkan haus.

Senang je nak kenal hakikat yang kita jumpa didalam ilmu keTuhanan itu adalah hakikat yang betul atau tidak. Jika akhirnya menyalahi syariat, maka hakikat yang kita jumpa itu adalah hakikat yang batil. ' jika hakikat yang kita jumpa menjadikan kita tidak lagi wajib bersolat apatah lagi menyanggahi maksud dua kalimah syahadah. Maka sesungguhnya hakikat itu adalah hakikat yang sesat. Jadi wali juga , tapi bukan Wali Allah, sebaliknya wali iblis dan syaiton yg direjam.

http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Wednesday, July 01, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, June 30, 2015

HUKUM MENJAWAB SALAM KETIKA SOLAT


Soalan:

Assalamu'alaikumu Ustazah, saya nak tanya, apakah hukum memberi salam kepada orang yang sedang solat? Dan jika orang bagi salam ketika kita sedang solat, wajibkah kita menjawabnya?

Syukran Ustazah/Ustaz

Jawapan:

Wa'alaikumus-salam wr.wb.

Kebanyakan  ulamak berpendapat,  harus memberi salam kepada orang yang sedang solat jika diyakini tidak mendatangkan kekeliruan kepadanya atau menyebabkan solatnya batal. Umpamanya memberi salam kepada orang yang tidak tahu hukum. Dia menyangka, bila orang beri salam, dia wajib jawab. Maka diapun jawab dengan perkataan. Batallah solatnya. Dalam keadaan ini, tidak harus memberi salam kepadanya.

Imam an-Nawawi berkata: "Daripada perbahasan ashab kita (fuqahak Mazhab Syafi'ei), memberi salam kepada orang yang sedang solat, tidak makruh." Demikian juga pendapat fuqafak Mazhab Maliki.

Berbeza dengan fuqahak Mazhab Hanafi, mereka berkata: Makruh memberi salam kepada orang yang sedang solat, sedang membaca al-Quran, sedang duduk di dalam majlis penghakiman, sedang membuat kajian tentang fiqh, sedang berada di bilik sunyi (tandas). Jika diberi salam, tidak wajib mereka menjawabnya kerana salam itu bukan pada tempatnya. (Tabyin al-Haqaeq)

Jika orang bagi salam ketika kita sedang solat, kita wajib menjawabnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (An-Nisaa’:86)

Namun begitu, ulamak berbeza pendapat dari segi cara menjawab salam ketika solat. Ada yang berkata, jawab selepas solat. Yang lain pula berkata, jawab di dalam hati. Dan ada yang berkata, jawab dengan isyarat.

Terdapat beberapa cara menjawab salam dengan isyarat ketika solat.
a.         Isyarat dengan kepala
b.         Isyarat dengan jari
c.        Isyarat dengan tangan, iaitu mengangkat tangan sehingga orang yang memberi salam itu mengetahui salamnya telah dijawab. Caranya ialah buka tapak tangan dengan bahagian belakangnya ke atas dan bahagian perutnya ke bawah.

    Asy-Syaukani berkata: himpunan riwayat-riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan kadang-kadang begini dan kadang-kadang begitu. Jadi semuanya harus.

Setelah selesai solat, sekiranya orang yang memberi salam itu masih ada, hendaklah dijawab salam tadi dengan lafaz. Sekiranya dia sudah tiada, tidak wajib lagi dijawab. Cukup dengan isyarat ketika solat.

Dalil yang menunjukkan harus memberi salam kepada orang yang solat dan cara menjawabnya:
1.     Daripada Ibn Umar r.a., dia berkata: "Saya berkata kepada Bilal, "Bagaimana kamu melihat Rasulullah s.a.w. menjawab salam mereka (orang Ansar) ketika mereka memberi salam kepada Rasulullah yang sedang solat?" Bilal berkata: "Begini. Dia membuka tapak tangannya." Dikeluarkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi.

2.     Daripada Suhaib r.a. dia berkata: "Aku lalu berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. yang sedang solat. Lalu aku memberi salam kepadanya. Maka dia menjawab salamku dengan isyarat." Periwayat Hadis berkata: "Isyarat dengan jarinya." Musnad Ahmad

Jelasnya menjawab salam adalah wajib. Namun oleh kerana tidak boleh menjawab dengan lafaz kerana boleh membatalkan solat, maka wajib dijawab dengan isyarat.

Sumber   : http://penyuluh.blogspot.com/2014/03/hukum-menjawab-salam-ketika-solat.html
Sedikit rujukan  : https://www.youtube.com/watch?v=viB4VbE2vTo

Posted on Tuesday, June 30, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, June 29, 2015

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu.

"Encik, saya kan buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yg telah digunakan pengunjung restoran ini, saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tau masakan apa yg enak untuk dipesan," kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yg belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut.

"Saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap, sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya!

Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta utk mencium sudu-sudu yg sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yg telah digunakan utk makan menu lainnya.

Amin pun berikan sudu itu kpd lelaki buta tersebut. "Bau sudu yg ini sedap juga, seperti baru digunakan utk makan kerabu sotong gan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.

Tepat sekali! Lelaki buta itu utk ketiga kalinya datang semula ke restoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia datang pd waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yg datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yg boleh diberikan utk dihidu oleh lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir utk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yg menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati, garu sudu ni kat ketiak awak tu."

Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut je!" kata Yati, tidak faham. "Alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh- gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yg berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kpd lelaki buta yg sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...

"Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?"

Moral : Orang yang suka mendajalkan orang ni lambat laun pasti akan Allah balas untuk dia semula.

Sumber : Facebook

http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Monday, June 29, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, June 22, 2015

Kita ni kalau ada org bukan Islam yang masuk Islam dan menukar cara hidup mereka mengikut cara hidup Islam yang sebenar²nya, bukan main sukanya. Bergantang² pujian dan share dalam facebook bagai. Tak kiralah mereka org biasa atau selebriti.

Yang kita ni dari mula lahir Islam, sampai dah nak 'balik' pun tak mengamal-amalkan cara hidup Islam ni aper kes?

Note: Tumpang gembira dengan hidayah yang diterima saudara² kita itu bagus. Tapi jangan lupa risaukan diri sendiri sama yang tak dapat² lagi hidayah. 

Hidayah itu sesungguhnya perlu dicari dan diusahakan, tidak boleh menanti dan berbaring dengan selesa. Orang yang selesa dengan keadaan jahiliahnya, bagaimana akan menjadi seorang Islam yang baik?
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik mula kepada hijrah.

http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Monday, June 22, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Di Palestine, Yahudi menyekat umat Islam untuk bersembahyang di Masjid al-Aqsa. Di China, kerajaan mereka juga tidak suka rakyat Islamnya mengamal dan mempamerkan cara hidup islam. Tapi walaupun demikian, Masjid al-Aqsar tetap penuh, mereka datang dari jauh dengan memanjat tembok batu yang dipenuhi kawat duri. Dan demikian juga dengan rakyat China yang beragama Islam, mereka tetap berpuasa walaupun mencuri².

Tapi di Malaysia, tak pernah ada halangan untuk kemasjid. Tetapi masjid² tetap 2 saf je. Dan jabatan Agama di Malaysia sehingga mengambil tindakan kepada org² Islam yang tidak berpuasa, tangkap dan denda. Tapinya bersepah² kedai makan yang penuh dengan org Islam.

note: Sesungguhnya Islam yang ada didalam hati kita hanyalah sedikit kemarahan apa bila Islam yang kita anuti ini dihina dan dipermainkan. Sedangkan yang mengundang penghinaan itu sebenarnya adalah kita sendiri.

Posted on Monday, June 22, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, May 24, 2015

MUKADIMAH Pelbagai reaksi diterima berikutan pendedahan wujudnya tarekat baharu yang mempunyai kaitan dengan Tarekat Nasyabandiah Al-Aliyyah yang diharamkan. Ada dakwaan yang dilemparkan mengatakan mereka yang menulis mengenai tarekat tersebut tidak mempunyai ilmu.

Persoalannya apakah perbuatan seperti baiah, sujud di kubur dan beryaqazah bersesuaian dengan umat Islam di negara ini yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut dan memahami bahaya tarekat baru berkenaan, wartawan Mingguan Malaysia, ZULKI FLEE BAKAR dan MOHD . RAD ZI MOHD . ZIN mewawancara pendakwah bebas, MUHAMMAD ASRI YUS OFF di Kota Bharu, Kelantan, Selasa lalu.

• BAIAH

Apabila terima baiah, perkara itu bukan boleh dibuat main-main kerana ia bermaksud segala kepercayaan dan amalan tarekat tersebut akan dituruti. Jika Sheikh Muhammad Hisham Kabbani menyebut nama Sheikh Nazim, itu bermakna ia membawa tarekat yang sama.

 • YAQAZAH

Sebenarnya bahaya konsep yaqazah apabila diterima seperti yang difahami. Sebab setiap orang boleh dakwa jumpa Nabi Muhammad SAW. Orang lain tak nampak. Pengikut percaya sebab anggap dia wali dan tidak mungkin menipu tetapi sebenarnya dia berbohong. Jadi siapa boleh kesan? Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pun sah isytihar bahawa salah satu kesesatan tarekat itu sebab ia membawa fahaman yaqazah.

• ZIKIR MENARI

Kalau betul-betul wali, mereka akan ikut kaedah agama. Mesti tidak bercanggah dengan apa yang diajar Nabi Muhammad SAW. Tapi bagaimana kita nak tahu nabi buat atau tidak. Misalnya pernahkah nabi menari semasa zikir? Apabila nabi tak buat maka seorang wali tak akan buat. Apabila kita kaji hadis, satu pun tak ada, maka mudah kita tolak. Tetapi apabila ada beberapa ulama kata boleh zikir menari, ini mengelirukan masyakat.

Kononnya nas mereka adalah ayat al-Quran. Terjemahannya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah SWT) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Ali ‘Imran: 190-191)

Ini menyebabkan masyarakat terikut-ikut. Yang bagi pendapat pula dianggap ulama besar., Dalam ayat itu tidak ada sebut menari tetapi yang ada ingat Allah dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring, mengiring.

• DAKWA KETURUNAN NABI

Susah juga kita hendak nafi. Bagi kita anak cucu Rasulullah SAW sampai kiamat pun tak ada jaminan akan tetap berada dalam jalan yang lurus bahkan boleh jadi perosak. Dia dakwa ada salasilah Nabi Muhammad SAW. Kalau betul tak apa tetapi banyak yang mengelirukan. Pakaian itu mengelirukan, tarekat pun mengelirukan dan dakwa keturunan nabi pun mengelirukan.

Kalau betul cucu nabi, mesti tak buat perubahan kepada ajaran nabi bahkan akan jaga sebaik-baiknya tetapi kita tengok mereka ini ubah. Bagaimanapun, hendak nafikan terus berhubung keturunan nabi, kita tak berani juga.

Tetapi persoalannya, kenapa anak cucu Rasulullah SAW sekadar Hasan dan Husin sahaja. Bahkan sebenarnya ramai lagi. Cucu-cucu baginda yang dapat dikesan daripada kitab-kitab hadis dan sirah adalah tujuh orang. Bahkan ada yang berpendapat lapan orang.

Bahkan di Iran, anak mutaah dikatakan Syed dan Syarifah. Sharifah dan Syed ini bukan jalinan anak cucu Rasulullah SAW. Sekadar hendak hubungkan dia anak cucu Rasulullah SAW. Semua orang boleh buat macam itu.

• ZIARAH MAKAM

Nas sahih hanyalah menziarahi makam Nabi Muhammad SAW, yang lain tak boleh percaya. Begitu juga dakwaan Wali Songo mohon pada Rasulullah SAW untuk ampunkan kita. Itu salah. Hanya Rasulullah SAW sahaja yang boleh kata begitu. Waima isteri, anak, cucu nabi tidak boleh kata begitu.

Rasulullah SAW tak suka kubur dibesar-besarkan sampai ke tahap memuja tetapi mereka buat. Tok guru pondok dulu pun tak buat begitu.

Agenda mereka adalah hendak ubah ajaran nabi atas nama orang yang cinta Rasulullah SAW. Macam Syiah juga nak ubah agama atas nama Islam. Ini teruk. Tidak mungkin orang alim akan cakap begitu. Kalau kita yang belajar ini boleh terus nafikan dakwaan itu.

• PENAMPILAN, LOGO DAN CIUM KAKI:

Pada pandangan masyarakat kita, kalau alim mesti pakai serban dan jubah. Cara berpakaian ini pula "dipaksa" agar dicontohi. Jadi semua syarat ada pada orang ini. Kita sekian lama ajar supaya tak ada benda ini. Guru bukan letak pada pakaian. Tetapi yang itu sudah lama tertanam, maka mudah orang percaya.

Gambaran nabi kepada kita hanya setakat yang ada dalam hadis. Tetapi hendak kata kalau pakai begitu (jubah, serban) mesti dapat kelebihan atau pahala lebih banyak, itu sudah salah dalam bab berpakaian ini. Ia terikat dengan masa.

Abu Jahal tak pakai jubah ke? Jadi kita tak boleh kata seseorang itu ada kelebihan dengan sebab pakaian. Zaman nabi tak ada elektrik tetapi pakai lilin. Jadi, kita kena pakai lilin jugakah untuk dapat pahala lebih?

Ada pula yang menggunakan logo tertentu. Ia sudah jadi akidah apabila bertawassul kepada capal nabi. Mana ada dalil capal itu tidak dipakai oleh orang kafir masa itu. Kalau kita hendak kata hanya Nabi Muhammad SAW seorang sahaja yang pakai capal itu, apa dalilnya?

Dalam Islam, kena jelas kalau hendak jadikan hujah. Jika tawassul ini kononnya lebih mudah doa dapat dimakbulkan Allah, seolah-olah Islam mesti macam itu, ada logo dan sebagainya.

Tarekat Nasyabandiah Al-Aliyyah memang ada persamaan dengan Syiah. Syiah atas nama imam sebagai pengganti Rasul. Tak ada dalil dakwa mereka itu maksum. Sebab itu, mereka pun macam suka kalau orang hendak cium kaki. Mereka tidak larang sedangkan hadis nabi larang. Mereka seolah-olah suka dibuat begitu. Ini salah satu cara hendak jadi taksub.

Kita sebagai tanda hormat pada seseorang, paling tinggi pun cium tangan sebab ada dalam hadis. Apa yang hadis larang kita tak bagi buat. Sebab itu, orang kita tidak taksub. Sebab itu kita takut melihat ajaran ini.

Mereka dakwa cium kaki tanda hormat kerana mereka dakwa Nabi Muhammad SAW pernah buat. Kita tanya bila? Rasulullah SAW pernah biar perlakuan begitu sebab seorang lelaki yang asalnya menganut Kristian memeluk Islam.Jadi dia dah biasa kucup kaki.Tetapi selepas itu tidak berlaku lagi insiden yang sama.

Begitu juga dengan para sahabat. Tidak ada sahabat yang sujud pada nabi. Ini adalah khusus untuk Baginda. Selepas itu, orang yang sama pun tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Persitiwa itu berlaku apabila dua orang Yahudi datang bertanyakan banyak perkara kepada Rasulullah SAW. Pertanyaan yang diajukan itu adalah sukar dan tidak mampu dijawab oleh orang biasa. Hanya Rasulullah SAW yang mampu menjawabnya.

Selepas itu, disebabkan terlalu gembira dengan jawapan baginda salah seorang bertindak mengucup kaki nabi. Ini yang disebut maghluibulhal (tidak dapat kawal perasaan).

• PUNCA TAREKAT TERSEBAR

Masalahnya orang majlis agama sendiri tak kenal dengan tarekat ini. Kalau kita sebut mereka marah. Sebenarnya semua hendak buat kerja Islam tetapi kadang-kadang kita kecewa. Orang yang mahu menjelaskan benda ni (penyelewengan) disekat. Sebaliknya orang yang membawa ajaran ini dibenarkan bebas berceramah di sana sini.

Sebenarnya, mekanisme kawalan pendakwah yang sedia ada memang dah baik. Kita terkawal berbanding negara lain seperti Pakistan. Tetapi kalau mufti sendiri dah naik atas pentas, habislah.

Masalah kita bukan dengan orang ramai tetapi dengan orang yang ada kuasa iaitu orang politik dan jabatan agama. Yang agak terbuka sedikit adalah Jakim tapi jabatan itu pun macam diikat tangan dan kaki. Jakim dah lama keluar fatwa tentang gerakan tarekat ini tetapi nampaknya tidak berkesan.

Saya nampak ini bukan masalah habib saja, bahkan ia ada kaitan dengan banyak pihak. Kalau tidak, ibarat getus (petik) pucuk sahaja, tak sampai ke batang dan akar.

Saya lihat keadaan ini berlaku kerana beberapa sebab. Yang pertama, kelemahan institusi agama yang rasmi. Yang kedua, membiarkan golongan sufi dan tarekat amalkan ajaran dengan agak bebas tanpa ada kawalan. Kita tak kata semua tasawuf itu salah tetapi kebanyakannya salah. Sebab itu, saya berpendapat halang terus lagi mudah. Mengikut pengalaman saya, di India dan Pakistan hanya orang alim dibenar ikut tarekat.

Kumpulan tarekat juga dakwa ilmu itu diterima daripada dua orang sahaja iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali. Cuba kita fikir kenapa daripada sekian ramai sahabat Rasulullah SAW, hanya dua sahaja yang layak. Mengapa nabi tidak ajar kepada semua yang lain? Tidak layakkah mereka?

Hari ini, kita sebar tarekat kepada semua orang waima orang yang buta huruf pun boleh diajar tasawuf. Maknanya zaman ini lebih hebat lagi. Padahal Rasulullah SAW dikatakan hanya pilih dua sahabat, kalau betullah tetapi saya tak percaya.

Ketiga, wujud golongan Ahbash yang mudah mengkafirkan dan menyesatkan orang. Ini pengaruh dari luar. Semua ulama besar dikafirkan. Kalau kita perhati, dalam muzakarah ulama sedunia baru-baru ini, tidak ada ulama terkemuka. Seolah-olah hendak tunjuk mereka sahaja Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu yang pergi kubur dan pakai selipar capal.

Keempat, yang dalam negara pula membawa masuk atau mempopularkan mereka. Mereka ini berselindung di sebalik pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi sebenarnya terpengaruh dengan Ahbash.

Mereka suka menyebar fitnah kerana mahu tegakkan fahaman pondok dahulu. Kitab kuning dan kitab jawi hendak dijadikan kemuncak ilmu yang pada hakikatnya merendahkan umat Islam. Bukan kita mahu menafikan jasa kitab-kitab itu. Rakyat kita sudah maju dan belajar agama di merata-rata tempat tetapi tidak dibenarkan mengajar lebih daripada itu.

Mereka memperlekeh ulama besar yang diiktiraf dunia seperti Dr. Yusof Al-Qaradawi dan Syeikh Nashiruddin Al-Albani. Tak patut buat begitu. Kita patut hormat orang. Ada salah silap pada mereka itu kita akui tetapi orang sudah iktiraf mereka ini.

Jadi, yang ada dalam kitab itu semuanya sahih. Itu juga yang sesuai dengan kitab berzanji. Sekarang mereka panggil dari Indonesia, sebenarnya untuk lawan golongan tegakkan sunnah. Kita mengajar supaya memahami hadis dengan cara yang betul. Tiba-tiba mereka anggap kita mengancam.

Malangnya, golongan yang mahu ajar tarekat yang tak tahu puncanya dibenarkan. Apabila rasa tidak kuat hendak "lawan", bawa habib dan sheikh untuk membantu. Tarekat ini ada yang sudah kuat bertapak dalam negara kita. Kumpulan Ahbash ini begitu mudah menuduh orang yang berlainan pandangan dengan mereka sebagai Wahabi. Orang yang tak baca qunut sahaja dicap sebagai Wahabi. Kalau begitu mazhab Hanafi dan Hambali itu Wahabi jugalah.

Pelbagai reaksi diterima berikutan pendedahan wujudnya tarekat baharu yang mempunyai kaitan dengan Tarekat Nasyabandiah Al-Aliyyah yang diharamkan. Ada dakwaan yang dilemparkan mengatakan mereka yang menulis mengenai tarekat tersebut tidak mempunyai ilmu.

Persoalannya apakah perbuatan seperti baiah, sujud di kubur dan beryaqazah bersesuaian dengan umat Islam di negara ini yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut dan memahami bahaya tarekat baru berkenaan, wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHD. RADZI MOHD. ZIN mewawancara pendakwah bebas, MUHAMMAD ASRI YUSOFF di Kota Bharu, Kelantan, Selasa lalu.

Posted on Sunday, May 24, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, April 21, 2015

Hadits mengenai Jaafar bin Abi talib ra. Juga menari sambil memuji² Allah dihadapan Nabi saw.

" Daripada Hani' bin Hani', daripada Ali -radiyallhuanhu- berkata : Aku telah datang kepada rasulullah saw bersama Ja'far dan Zaid – radhiyallahu'anhum- , maka baginda berkata kepada Zaid : ( Kamu adalah 'maula'ku (kekasih), maka zaid pun melompat. Dan baginda berkata kepada Ja'far : Allah menjadikan rupa parasmu dan akhlakmu seiras dengan Allah menciptakan daku, lalu Ja'far pun melompat di belakang Zaid. Dan rasulullah berkata kepadaku (Ali) : Kamu sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu. Maka, aku pun melompat di belakang Ja'far".

Jawapan

Pertama :

Hadis diatas mempunyai dua kecacatan :

1. Diriwayatkan oleh Hani' bin Hani' perawi yang "Jahalah hal" iaitu tidak diketahui keadaannya. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi sebegini secara bersendirian adalah lemah dalam ilmu penilaian hadis.

Ibn Hajar Al-Asqalani berkata :

"Ibn Saád meletakkan beliau pada tabaqoh pertama di kalangan ahli Kufah, lalu berkata : Mempunyai unsur-unsur syiáh, manakala Ali Al-Madini berkata : Majhul (tidak diketahui keadaannya dalam periwayatan hadis), dan Harmalah memberitahu bahawa Imam Syafií berkata : Ulama-ulama hadis tidak mengetahui keadaannya maka mereka tidak mensabitkan hadis-hadisnya oleh yang demkian itu".

2. Tadlis Ibnu Ishak Al- Sabi'i. Hadis-hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Ishak secara tadlis adalah lemah.

Jadi, kesimpulannya hadis yang menyatakan bahawa sahabat melompat pada riwayat ini adalah lemah menurut ulama hadis.

Kedua :

Dalam hadis sahih tentang kisah diatas yang diriwayatkan Imam Bukhari , tidak disebutkan perkataan melompat (hajal) yang difahami oleh sebahagian orang sebagai menari seperti dalam riwayat ini.

Ketiga :

Kalaulah dikatakan bahawa hadis ini sahih sekalipun, hadis ini tidak menjadi hujah kepada orang-orang yang berzikir secara menari. Lafaz hadis hanya menunjukkan bahawa sahabat-sahabat tersebut melompat gembira dengan mengangkat kaki sebelah seperti yang dilakukan oleh orang habsyah (Hajal), kerana terlalu girang mendengar pujian rasulullah s.a.w kepada mereka. Melompat gembira dengan cara begini sememangnya harus di sisi syara' selagi tidak mengurangkan adab seorang muslim. Jadi, dimanakah hujahnya bahawa boleh berzikir secara menari atau berjoget?

Keempat :

Didalam riwayat tersebut, Jaafar bin Abi talib menari(mengikut sebahagian tafsiran) sambil berzikir memuji Allah swt kerana kelazatan kata² Rasulullah saw.

Bukan Jaafar ra. menari dan berzikir kerana mencari kelazatan didalam zikir. Besar perbezaannya tu.

Tetapi mereka yang membolehkan zikir sambil menari ini menjadikan tarian itu sebagai medium utama untuk mendapatkan kelazatan berzikir.

Agak² kalau sahabat ra. dahulu menari setiap kali nak berzikir, Rasulullah saw setuju kaa dak? Dan kalau mereka(sahabat² ra.) faham hadits mengenai Jaafar ra. menari sambil berzikir tersebut seperti yang org sekarang faham (sunah takririyah, dan hukumnya sunat berzikir sambil menari) kenapa tidak ada diriwayatkan sahabat² beribadat dengan cara demikian? melainkan peristiwa Jaafar ra.

Kes menari sambil berzikir ni samalah macam bab baca yassin malam jumaat tur,. Tak salah baca yassin malam apa pun, tapi yg salah adalah i'ktikad bahawa sunat baca yasin malam jumaat. Memang sunnat baca yassin, tapi bukan khusus malam jumaat.

Dan dalam hal berzikir sambil menari ni,, saya setuju, apabila merasa lazat dan zuk ketika berzikir sehingga menyebabkan badan seseorang bergerak dan beralun² sama ada berdiri atau duduk itu adalah harus saja. Tetapi tidaklah disunatkan untuk berzikir dalam keadaan demikian. Cuma jika berlaku pergerakan seperti menari, lantaran dari kerana kelazatan berzikir maka ianya tidak mengapa.

Tetapi yang salahnya, adalah i'tikad "perlu menari² untuk mencari kelazatan tersebut". Kalau tak menari ketika berzikir, maka takkan jumpa kelazatannya.

Dan salahnya juga "memahami hadits mengenai Jaafar ra. dari sudut yang kurang tepat"

Kesimpulan peribadi.

a. Tidak salah selagi tidak keterlaluan. Tidak bercampur aduk dengan lelaki dan perempuan. Tiada pergerakan² yang tidak senonoh. (Perlu diingat, tarian bukanlah sesuatu yang tidak senonoh disisi Islam, dengan syarat ianya tidak melewati batas syarak, zaman Nabi SAW juga ada tarian, dan tidak dibantah oleh Nabi. Tetapi Nabi SAW tidak pula mengikut menari sama. Ini bermaksud, menari itu tidak salah, tetapi perbuatan yang 'warak' adalah tidak melakukannya.

b. Tidak salah selagi tidak menganggap ianya sunnah. Aggaplah sekadar hiburan. Sebab orang dulu²   Ulama² Sufi' cuba mencipta sedikit hiburan buat masyarakat tetapi berkonsepkan Agama, bukan hiburan yang berkonsepkan la'gha. Lalu mereka mencari dan menampilkan dalil² yang seperti diatas. Bukanlah mereka bermaksudkan 'zikir harus dikerjakan seperti itu' tetapi lebih kepada maksud, ' Ianya boleh dilakukan seperti itu (“bersangka baik kepada mereka”).' Cuma orang terkemudian daripada mereka(para Ulama Sufi) salah tafsis kepada perbuatan mereka menampilkan dalil² itu. Sebenarnya apa yang mereka tampilkan itu bukanlah bermaksud 'perintah' supaya dilakukan seperti itu. Tetapi bermaksud 'ianya boleh dilakukan seperti itu'.

c. Yang terbaik adalah meninggalkan perbuatan yang tidak pasti dengan jelas hakikatnya.

   i . Yang tidak disanggah oleh Nabi adalah perbuatan menari itu (yakni sesuatu perbuatan yang mengambarkan kegembiraan dan bergembira). Tetapi jika tarian itu diertikan sebagai ibadah, adakah Nabi SAW akan merestuinya? Maksudnya adakah masih lagi didiamkan oleh Nabi SAW ketika itu?

  ii. Akhir² ini perbuatan  berzikir sambil menari itu dianggap ibadah. Sedangkan hanya zikir itu yang ibadah. Pergerakan tarian itu bukan ibadah.

   iii. Pada asalnya perbuatan itu adalah hiburan yang diolah dalam bentuk yang lebih baik. Tetapi akhirnya telah dimengerti oleh masyarakat selepas mereka(Ulama² Sufi itu) sebagai ibadah. Lebih rosak lagi, ada diantara mereka yang menganggap ianya adalah ibadat yang sunnah (kerana ianya ditakrir yaitu"dibenarkan oleh NABI SAW dengan mendiamkan perbuatan itu" )

wallahu 'a lam

rujukan : http://mujaddid2010.blogspot.com/2010/11/bantahan-hujah-keharusan-menari-ketika.html

Posted on Tuesday, April 21, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory