Pernah Suatu ketika Rasulullah ﷺ bangun dari tidurnya lalu
baginda ﷺ tersenyum. Perkara itu Dilihat oleh Sayyidina Umar
lalu ditanya.
"Ya Rasulullah ﷺ mengapakah engkau tersenyum selepas kau bangun dari tidur
tadi?" .
Jawab Rasulullah ﷺ "Aku bermimpi
mendapati diakhirat dua orang,yang mana seorang itu orang yang dizalimi dan
seorang itu lagi orang yang menzalimi kepada yang dizalimi itu .
Orang yang dizalimi itu berkata "Wahai Allah,sesungguhnya dia menzalimi
kepadaku didunia".
Lalu orang yang dizalimi itu diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk ambil
segala pahala/kebaikan yang ada pada orang yang zalim itu sehinggakan tiada
lagi pahala/ kebaikan pada orang zalim itu .
Tidak mencukupi pula sehinggakan,diberi pula dosa kesalahan yang pernah
dilakukan oleh orang yang dizalimi itu kepada orang yang menzalimi itu. Hanya
tinggal dosa yang banyak kepadanya, tiada lagi pahala walaupun sikit .
Ketika Rasulullah ﷺ menceritakan kisah mimpinya
itu, Baginda ﷺ menangis.
Lalu Baginda mengatakan,
Allah s.w.t berkata kepada orang yang dizalimi "Wahai fulan, angkat
kepalamu" lalu mendapati akan orang yang dizalmi itu suatu keindahan yang
luar biasa, lalu dia bertanya "Wahai Allah ini sungguh indah, Nabi siapa
yang punya? Orang Siddiq siapa yang punya? Orang syahid siapa yang punya?
Lalu Allah s.w.t menjawab "keindahan ini adalah kepunyaan orang yang
mempunyai bayaran yang boleh dibayar oleh Allah"lalu Beliau tanya lagi
"Apa bayarannya wahai Allah?"
Berkata Allah s.w.t "Bayarannya ialah memaafkan orang lain" orang
yang dizalimi itu mengatakan "Wahai Allah aku memaafkan orang yang
menzalimi aku itu"
Allah s.w.t berkata pula kepadanya "Wahai fulan ambil lah tangan orang
yang menzalimi kepadamu itu pergi masuk ke syurga sana", lalu dibawa
tangannya menuju ke syurga.
Disebabkan perkara Ini yang membuatkan Rasulullah ﷺ tersenyum.
- petikan tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Hamid -
0 comments :
Post a Comment