Al-Qardawi : Kalau diberi kekuatan, aku akan pergi jihad Palestin

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebut tidak wajib jihad di Palestin atau sudah tutup pintu jihad pada zaman ini sambil menyifatkan tuduhan tersebut adalah satu perkara yang tidak berasas.

“Sesiapa yang mengenali sejarah hidup aku, yang membaca risalah dan tulisan aku, mendengar ceramah dan khutbah aku, mengambil tahu berita dan menziarahi aku, akan sedar betapa tidak benarnya kenyataan ini disandarkan kepada diriku”

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia turut menambah bahawa beliau telah menulis buku yang sangat banyak bahkan kitab berjilid (fiqh jihad) yang menyebut secara jelas dalam tulisan itu akan kewajipan untuk membebaskan Palestin samada dengan jiwa atau harta.

Beberapa hari yang lalu, timbul khabar angin di beberapa laman sesawang pro militan Iraq-Syria ISIL kononya Dr Yusuf al-Qardawi telah mengeluarkan kenyataan tidak wajib pada waktu ini jihad di Palestin tetapi jihad yang wajib adalah terhadap Basyar Asad di Syria.

“Bahkan Persatuan Ulama Islam Sedunia juga sejak awal lagi telah memberikan pendirian yang sangat tegas berkenaan isu Gaza dan menyeru untuk diadakan hari-hari khusus untuk Palestin, aku sebut secara jelas bahawa umat Islam wajib bantu Palestin berdasarkan kemampuan masing-masing” jawabnya dalam laman sesawang Persatuan Ulama Islam Sedunia.

Tegasnya lagi beliau pernah menyebut dalam satu rancangan televisyen bahawa haram (berdosa) ke atas umat Islam samada di timur atau di barat yang tidak berbuat apa-apa apabila melihat kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam Palestin.

“Seluruh kehidupan aku telah aku penuhi dengan mengajak ke arah jihad Palestin, menentang sifat kebinatangan Israel sejak tahun 1948 hinggalah ke hari ini”

“Bahkan jika aku diberi kekuatan pada hari ini, aku akan pergi ke Palestin untuk berjihad disana kerana sesungguhnya isu Palestin adalah isu umat Islam paling utama yang tidak patut kita lupakan”

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi hingga ke hari ini telah disenarai hitam pasportnya dari memasuki beberapa Negara akibat ketegasan serta kelantangan beliau terhadap beberapa isu umat Islam khususnya isu rabi’ arabi (kebangkitan arab) dan isu Palestin.

Sumber :
http://muis.org.my/2014/08/al-qardawi-kalau-diberi-kekuatan-aku-akan-pergi-jihad-palestin/
‪#‎Pray4Gaza‬
‪#‎WeAreAllAlQassam‬
‪#‎GazaUnderAttack‬
‪#‎DedaunHancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏غزة_تقاوم‬
Menderma ke Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO
Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html