Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullh
saw telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah
itu Rasulullh saw memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullh saw : Belajarlah
kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada
ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan
datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu
kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah
kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan
kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah
membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"
Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap
Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal
di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
0 comments :
Post a Comment