Pernahkah anda menegur orang yang kelihatannya jauh lebih baik dari anda, atau lebih mengetahui dari anda? Atau anda sendiri tergolong dalam golongan orang-orang yang mengetahui dan pernah ditegur oleh orang lain yang pada perkiraan anda jauh lebih jahil dari anda?
Sebenarnya aku tidak tahu mahu diluahkan dimana kemusykilan ini. Mahu dilewatkan saja kepada orang yang berkaitan, aku kuwatir menjadi umpan kepada sebuah kebencian. Malah akhirnya tidak menambah kebaikan , justeru mengundang pergaduhan dan perkelahian.
Rasanya lebih berhikmah jika digarap saja kemusykilan ini kedalam bentuk artikel dan disumbatkan ke Bilik Kungfu. Walaupun keberangkalian untuk Ustazah itu (opsss…) masuk dan baca artikel ini sangat tipis. Jika tidak, mungkin boleh menjadi renungan bagi orang lain.
Dan tak perlu aku detailkan kisahnya bukan, apa yang penting disini adalah, aku teringin menegur sikap yang demikian. (mungkin juga satu masa nanti terjadi kepada aku, dan mungkin aku merasa tercabar atau sebagainya ditegur oleh orang yang lebih muda atau lebih rendah pengetahuannya dari aku)= tapi itu semua adalah andaian. Sebenarnya kita tidak mengetahui kemampuan sebenar orang itu dalam perkara yang dia perkatakan/kritik atau memberi teguran. Hanya sekadar andaian yang kita buat, “Tentu aku lebih mengetahui dari dia, sebab aku Ustazah..” (Opsss, tercakap lagi sudah)
Maksud teguran itu kadang-kadang bukan bermakna orang yang ditegur itu jahil dan tidak mengetahui. Jika ia jahil dan tidak mengetahui, kita tidak menegurnya, tetapi lebih tepat kalau kita katakan memberi tunjuk ajar. Jangan salah faham antara teguran dan tunjuk ajar. Teguran adalah kepada orang yang terlupa, terlalai atau khilaf. Sedang dia sememangnya mengetahui keadaan yang sepatutnya. Hanya saja dia terlalai atau terlupa. Kerana tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan.
Dan ketogeri orang yang mengingatkan itu pula, bukanlah semestinya orang itu alim atau Ustazah juga.. (opsss.. lagi sudah). Cukup dengan dia mengetahui dengan jelas sesuatu yang sedang berlaku dihadapannya itu adalah salah. Dan dia sedar akan kesilapan yang berlaku itu. Maka layak dan wajip keatas yang sedar itu untuk mengingatkan dan menegur yang lalai serta tersilap itu.
Aku faham setiap perkara punya tertib. Dan dalam menegur itu juga ada tertib-tertibnya. Lebih-lebih lagi menegur kesilapan orang yang alim. Tetapi jika teguran itu berlandaskan kebenaran yang nyata. Dan yang ditegur itu melakukan kesilapan yang nyata, maka kenapa mempertikaikan sangat tertib yang agak kasar didalam menyampaikan teguran tersebut? Lantas tolak saja dan abaikan saja? Kenapa melihatnya dari sudut yang sangat angkuh dan sombong?
Apabila seseorang itu melakukan kesilapan, Allah hantar kepadanya peringatan berbentuk teguran melalui berbagai-bagai cara. Salah satunya, Allah hantar orang lain untuk menegur kesilapan tersebut. Itu penzahiran Kasih Sayang Allah kepada hamba-hambaNYA yang berbuat salah. Kerana Allah itu Maha Mengetahui hambaNYA itu berbuat kesilapan kerana sifat lemahnya manusia itu tidak bisa lari dari sifat pelupa.
LALU LAYAKKAH KITA MENOLAK KASIH SAYANG ALLAH KEPADA KITA? HANYA SEMATA-MATA KITA MERASAKAN KITA AHLI DALAM HAL TERSEBUT?
“yaa Allah, jauhkanlah aku dari sifat sombong dan angkuh dengan keahlianku, dan jauhkanlah juga sifat degil dan keras kepala dengan kebodohanku. amin.”
0 comments :
Post a Comment