Assalamualaikum Mak…
Mak. Selamat harijadi buat Mak. Mak, ampunkan Anak Mak diatas segala kesalahan Anak pada Mak. Tidak pernah ada kekurangan Mak sebagai Ibu kepada kami.Malah permintaan Mak sebagai seorang Ibu kepada kami juga sangatlah sedikit.Namun lewat juga kami menyempurnakannya. Malah ada yang sedikit itu juga masih jauh dari hampir memenuhinya.
Mak,
Ampunkan anak Mak. Anak pernah berdosa dengan Mak. Pernah dulu Anak bertanya pada Mak, “antara anak-anak Mak semua, yang manakah yang paling Mak sayang?”
Mak, ampunkan Anak sebab buat Mak rasa seba salah. Dan tidak mampu untuk jawab soalan Anak. Bila Anak sudah punya anak-anak sendiri, dan mereka tanya pada Anak. “Siapakah diantara mereka yang Anak paling sayang.” Anak tak dapat jawab pertanyaan mereka. Malah lebih jauh daripada itu, hati Anak merasa sakit bila membayangkan Anak mengasihi seorang diantara mereka lebih dari yang lain.
Dan sekarang anak mengerti apa yang dikatakan. “Kasih sayang Ibu Bapa kepada anak-anak mereka adalah sama”Seperti anak telah memahami perbezaan antara. “Adil dan saksama = Adil dan samarata”.
Mak,
Ampunkan anak Mak. Kerana selama ini, Anak selalu mendesak Mak supaya menyukai apa yang Anak suka, menyayangi apa yang Anak sayang. Mencintai sesiapa yang Anak cintai. Sedangkan Anak tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyukai apa yang Mak suka, menyayangi apa yang Mak sayang dan mencintai sesiapa yang Mak cintai.
Walaupun Anak selalu berlaku tidak adil pada Mak, Mak tetap juga memberi lebih dari apa yang Mak dapat dari Anak.
“Yaa Allah, jadikan aku terdaya. Agar aku bisa khidmat kepada Ibu Bapaku. Yaa Allah jadikan aku lapang. Agar aku tidak membelakangkan permintaan Ibu Bapaku disaat aku terburu keperluanku.
Yaa Allah, masukkan aku ke SyurgaMU, agar aku berhak merayu supaya Ibu dan Bapaku ditempatkan bersama-samaku.
Yaa Allah, Jadikanlah aku diantara orang-orang yang layak memberi syafa’at. Agar aku dapat mensyafa’ati Ibu Bapaku.
Demi Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani. Kasihanilah Ibu Bapaku, seperti mereka mengasihani aku. Amin”
Mak.
Mak adalah Ibu terbaik.
Dari Anak, “SELAMAT HARIJADI BUAT BONDA TERCINTA”
0 comments :
Post a Comment