Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah, program yang dianjurkan oleh Bumicyber pada 18hb 12 baru-baru ini, berjalan dengan sangat memberansangkan. Terima kasih kepada semua yang hadir. Sebenarnya penganjuran kami sangat terburu-buru. Mungkin kita mendapat sedikit pengalaman dalam punsingan yang pertama ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para hadirin. Saudara mara yang sudi hadir, sahabat handai. Kerana sudi melapangkan masa untuk hadir beramah mesra. Dan ada dikalangan mereka yang hanya dikenali melalui talian-talian maya. Kesudian kalian sangat kami pandang tinggi. Dan diharap janganlah dipandang kepada ukuran majlis tersebut. Anggaplah itu adalah langkah pertama untuk pergi kepada penganjuran yang lebih berpengisian dimasa akan datang.
Juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang bersungguh-sungguh mahu menghadirinya, namun oleh sebab-sebab tertentu, mereka ini tidak dapat hadir. Dan kami sangat terharu menerima panggilan telifon daripada kalian yang jauh. Ada yang dari Penang, dari Pahang dan sekitar KL, yang melahirkan kekesalan kerana tidak dapat hadir.
Dan kami menerima banyak ucapan-ucapan selamat yang dihantarkan ke YM, Email di Facebook daripada mereka-mereka yang tidak dapat hadir ini. Korang memang support.
Untuk Dota BC Team pulak. Wau!!!. You all da bes!! Kami tidak mempunyai perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan gembira, terharu saat itu. Kesanggupan korang datang dari Johor, Melaka, Sekincan, Subang Jaya, Shah Alam, Kelang dan Negeri Sembilan sangat luar biasa. Bumicyber tidak menyediakan cenderamata atau sebagainya bagi tanda penghargaan kepada semua. Tapi keikhlasan dan ikatan ini benar-benar meninggalkan kesan yang positif dalam diri kami.
Dan kami berharap, perkenalan ini bertukar kepada persahabatan yang akrab, dan persahabat itu bertukar kepada persaudaraan yang erat.
Disini juga kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Team NR yang sudi jadi player import untuk BC Team = Team C. Dan korang sangat baik, walaupun baru dua kali join game BC Team. Tapi kemesraan itu terpapar dengan jelas. InsyaAllah dimasa akan datang. Untuk penganjuran yang lebih teratur dan berpengisian, pasti NR Team akan dialu-alukan hadir serta. Siapa tahu kita boleh anjurkan tournament diantara BC Team vs NR Team pula? Hehehehe…ada berani? :P
Dan kepada SP Team. Korang sangat sporting, fun, friendly. Dan apa yang pasti , SP Team adalah lawan yang sangat ‘mengerunkan’. Namun disebabkan oleh kekurangan yang terdapat pada pihak penganjur (Bumicyber). Jadi sukar untuk mengambil prestasi pada malam tersebut sebagai penentu kemampuan sebenar kedua-dua belah pihak. Kita akan nantikan penganjuran daripada Speedfinger CC pula pada bulan April 2011 insyaAllah. Dengan PC yg lebih power dan mencukupi. Mungkin kita boleh aturkan perlawanan yang lebih sistematik. Dan kemampuan BC Team serta SP Team boleh dinilai pada waktu tersebut.
Dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yanie dan Rosenita (isteri Abg Cik Eddie Bumicyber dan adik kami) Kerana bersusah payah menguruskan makanan-makanan pada malam tersebut. Kira ‘hutang’ aaa. Hehehehhe.
Dan di bawah adalah gambar-gambar pada malam tersebut. Sangat menduka citakan kerana juru foto rasmi majlis juga tidak diatur awal-awal. Kesilapan yang bakal tidak berlaku lagi akan datang. Tak ada guest book, tak ada ucapan alu-aluan dan sebagainya. insyaAllah next time semua akan diambil kira. Anggaplah ini adalah salam pengenalan daripada kami.














Dan inilah pula orang yang memberikan kometmen yang sangat tinggi untuk mempastikan makanan dan minuman pada malam tersebut.

Note: Sebenarnya kami pernah terlibat dalam penganjuran program yang lebih besar daripada malam tersebut. Tetapi sejarah yang telah lama itu membuatkan kami lupa dan tidak lagi peka kepada keperluan-keperluannya. Jadi, sebarang kekurangan yang terselit didalamnya sangat-sangatlah kami kesali. Dan  janganlah korang serik untuk kali yang akan datang hendaknya. See you all next year tournament on April, yeyy!!! Dengan kemungkinan yang sangat besar disertai oleh. BC Team, SP Team, NR Team, SP NET Team dan ADINI Team.

Posted on Monday, December 20, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, December 15, 2010

Rabu, 15 Disember 2010
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
Teman mayat ibu
Budak perempuan tidak bermaya di sisi tubuh terbujur kaku di atas tilam

SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparandan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.
Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk. 

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu. 

"Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur. 

"Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi semalam. 

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya. 

"Berdasarkan     siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.
"Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wan ita itu," katanya. 

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil. 

"Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

Sumber artikel: Harian Metro

Cubalah bayangkan kesedihan anak kecil itu. Mungkin ibunya dibunuh ketika dia sedang tidur. Dan bila dia bangun mendapati ibunya sudah tidak bernyawa. Malah dia sendiri tidak memahami kematian itu. Dan anak kecil itu menyangka ibunya sedang tidur. Demi Allah ini sangat menyedihkan. Wahai manusi, tidak kasihan belaskah engkau?

p/s: kebetulan anak ini sebaya dengan anak aku yang bongsu. 

Published on 15 December 2010

Posted on Wednesday, December 15, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, December 2, 2010

Malam semalam aku nengok Buletin Utama (sebenarnya jarang sangat nengok berita ni). Tapi entah kenapa semalam nak terbukalah pulak. Dan kebetulan tersiar berita “Bapa Simbah Asid”

Dibawah adalah artikel dari Berita harian Online:

Bapa simbah asid :Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Hamid Salleh dan Ahmad Rabiul Zulkifli
 NURUL Dahyatul Fazlinda cedera parah di muka dan mata, manakala adiknya, Mohd Irfan Firdaus turut cedera disimbah cuka getah oleh bapa mereka yang mengamuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam. Mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
 Lelaki disyaki penagih dadah naik angin isteri minta cerai....

 KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.

 Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri. 

 “Siasatan awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai.

 “Mereka masih pasangan suami isteri, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Mangsa (Che Ku Zaimah) membawa empat anak mereka berusia antara 10 dan dua tahun berpindah ke rumah ibunya di Kampung Sekayu.

 “Bagaimanapun, suspek dikatakan sering ke rumah ibu mentuanya untuk meminta wang daripada mangsa,” katanya.

Katanya, keempat-empat mangsa kecuali Minah yang dibenarkan pulang, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala dua daripada mangsa iaitu Che Ku Zaimah dan anaknya Nurul Dahyatul tidak mampu bercakap kerana melecur teruk.

 Manoharan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serius dan polis kini memburu suspek.

 Sementara itu, Minah berkata, menantunya datang ke rumahnya awal pagi semalam untuk meminta wang RM30.

 Bagaimanapun, katanya anaknya enggan memberi wang berkenaan menyebabkan menantunya itu berang dan menendang pintu rumah.

 “Sebelum ini, menantu saya memang pernah mengugut untuk menyimbah asid di muka anak saya apabila menuntut bercerai, tetapi anak saya tidak ambil peduli sehingga kejadian ini berlaku.

 “Sepanjang pengetahuan saya, menantu saya bukan saja pernah menampar isterinya apabila berlaku pergaduhan, malah pernah menyimbah cat rumah ke atas kepalanya, selain mencederakannya dengan api rokok.

 “Menantu saya tidak bekerja dan hanya tahu meminta wang daripada anak saya yang menjual sayur di pasar, menyebabkan dia tidak tahan dengan kerenah suaminya itu dan pergi ke pejabat agama untuk menguruskan perceraian,” katanya. [Berita harian Online]

 MasyaAllah, ada manusia jenis macam ini. Yang aku nak sentuh disini adalah. Sejurus selepas jatuh hukuman tersebut. Beliau telah dibawa keluar dari mahkamah. Orang ini telah mengangkat tangannya yang bergari kepada orang-orang diluar Mahkamah. Dengan senyuman ‘berpuas hati’. Serta menunjukkan isyarat ‘bagus’. (Dengan mengangkatkan ibu jarinya) kepada para hadirin.

‘BAGUS’ ?!!! orangkah, atau BINATANGKAH ini?

Dibawah ada dua keping  gambar anak-anak dan isteri yang disimbah dengan asid itu. Dikatakan, mereka mengelupur sewaktu terkena asid itu.

Gambar Ehsan Myberita.com


Aku mencari dimana-mana gambar  Mat Haizan Mat Yasin sejurus keluar dari mahkamah. Tetapi tidak menjumpainya. Atau barangkali tidak ada yang sempat meng-upload-nya. Entah. Tetapi yang pasti kelakuan dan tindak balas beliau diatas pertuduhan dan hukuman yang dijatuhkan, sangatlah mengejutkan. Tidak sedikit terlihat rasa menyesal diwajahnya. Malah dia mengangkat tangannya, seolah telah memenangi acara seratus meter lari berpagar. Sangat jahat orang ini. Celakalah keatas dia, bagi kezalimannya itu jika dia tidak bertaubat, dan memohon maaf.

Published on 02 December 2010

Posted on Thursday, December 02, 2010 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory