Hari ni adalah hari pertama pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Kerta BM. Sebenarnya, aku adalah antara beratus ribu Ibu Bapa yang cemas tak memasal, pasal anak kitorang amek peksa juga nih. Hadoi.
Tapi cam biasalah, macam Dato Dr Fadhilah Kamsah kata. “Org jantan ni dia tak tunjuk semua tur, maklumlah org macho, dan org macho ni tak tunjuk glabah-glabah ni.” Amacam? Ada betulnya? Hihihi.
Petang td aku msg Angah, tanyakan tentang peksa dia hari ni. Dan sukur sangat bila baca msg dia “Senang sangat kertas BM tadi” Alhamdulillah, aku sebenarnya nanti rasa jer dia cakap. “ Olorrr, payah giler soklan dia” Tak pun, “…entahla, tak taulah..” Hisk, tapi bila dia jawab dengan konfidennya soklan tu senang, hati aku jadi lega.
Sebenarnya aku ni jenis Ayah yang lebih mengutamakan moral dan akhlak dalam kehidupan anak-anak aku. Dan aku juga lebih mengutamakan keutamaan pelajaran Agama dari pelajaran akademik. Tapi bukanlah juga bermaksud aku tidak kisah jika mereka gagal dalam akademik mereka. Dan walaupun keutamaan aku dan kehendak aku lebih cenderung kepada Agama, tetapi tetap juga aku mahu mereka berjaya didalam kedua-duanya sekali.
Kepada anak aku. Aku nak bagi tahu semua ni sejak lama dulu. Tapi biasalah, orang jantan. Orang jantan yang macho bukan ke tak boleh tunjuk emosi dia? Hahahahaha.
“Papa nak anak papa tahu, yang Papa sentiasa bangga dengan kamu. Dan kebanggaanku kepadamu adalah sebelum kamu menempa apa-apa kejayaan sekalipun. Dan jangan takut kepada kegagalan dalam hidup ini. Kerana orang yang takut kepada kegagalan adalah orang yang tidak berani mencuba. Dan orang yang tidak berani mencuba itu sesungguhnya kejayaan untuk dia sangatlah jauh. Dan keberanian yang membuta-tuli itu pula adalah satu jenis kebodohan yang nyata.”
Dan apabila anak-anak telah semakin dewasa serta berdikari. Terlalu sempit sebenarnya ruang komunikasi antara Ibu Bapa dan mereka. Terlebihnya Ibu Bapa yang gaya aku ini. (Orang jantan yang konterol macho gitu, hehehhe) tapi semua itu tidak bermakna, keperihatinan dan kasih sayang juga telah berubah. Sedangkan bagi Ibu Bapa ini, anak-anak mereka itu selalunya kecil dan comel. Dan kenyataan mereka itu sudah semakin dewasa adalah kenyataan yang sangat menyakitkan. Malah Ibu Bapa sentiasa melihat anak mereka itu adalah anak kecil yang sentiasa terdedah dengan segala macam bahaya.
Lantaran dari kerana itulah sentiasa keluar nasihat-nasihat dan peringatan yang sentiasanya sama seperti semalam dan kelmarin. “Jaga solatmu, jaga auratmu, jaga diri baik-baik” dan sebagainya lagi. Yang sentiasa saja benda yang sama. Dan aku pernah melalui situasi sebagai seorang anak kepada Ibu Bapa yang sedemikian. Dan aku mengambil masa puluhan tahun untuk mengertikannya. Apabila aku menjadi seorang Ayah, barulah aku mengerti. Kenapa mereka dahulu demikian.
Ruang komunikasi yang sangat sempit dan terbatas membuatkan ibu bapa itu terpaksa mengolah ayat yang paling pendek untuk anak-anak mereka. Dan peringatan yang dikiranya paling penting itulah yang diulang-ulang berkali-kali. Sampai bilakah ini? Entah aku sendiri tidak megetahuinya. Sedangkan aku sendiri tidak mahu menghentikannya. Mungkin apabila berhentinya nafas ini sahajalah yang menghentikan ayat-ayat yang membosankan itu. Dan apabila kalian berada ditempatku berdiri ketika ini suatu hari nanti. Maka kalian akan merasakan apa yang aku rasa kini.
Untuk Angah: “Cukup sekadar mengetahui Angah telah mencuba dengan segala upaya selama ini, itu sudah memadai buat Papa. Dan itu adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Dan jika ditanyakan kepada Papa, diantara perkara-perkara yang paling membahagiakan didalam hidup ini. Maka salah satunya adalah. Mempunyai anak yang indah akhlaknya seperti kamu. Dan itu sudah sangat memadai bagi Papa untuk merasa bahagia. Semoga Allah sentiasa memelihara anak-anak Papa didalam AgamaNYA. Dan dijauhkan dari segala kejelekan fitnah-fitnah dunia. amin”
Dan kepada semua calon-calon SPM dan STPM. Kamu semua adalah kebaggaan Ibu Bapamu. Lakukanlah tugas kalian dengan sabar dan yakin. Good luck for All. Yey!!
p/s: Untuk Adik aku (Suraini Jaffar) apa yang long tulis di atas juga adalah untuk adik. :)
0 comments :
Post a Comment