Hari ini dah terjadi satu yang sangat menggemparkan. Satu yang aku akan ingat seumur idup aku. Giler betul pengalaman ni.
Mula-mula
cam biasa aku buka Bumicyber. Tengaharinya waktu makan tengahari aku
pun keluar. Biasanya aku akan makan yang berat-berat Cuma sekali sehari
jer. Dalam pukul 6 petang. Sebelum tu aku makan jelah benda-benda yang
ringan-ringan. Nak diet laa konon. Hihihi. Tapi hari ni rasa macam nak
makan nasik sangat lapulak. Aku pun pergilah. Oleh kerana kedai makan
Cuma kat sebelah, dan tengahari ni user yang login cuma ada sorang. Jadi
aku tinggalkan jerlah. Selalunya diorang nih tunggu aku, tak pun dia
akan cari aku kat kedai sebelah. Tapi itu kebiasaannya. Manalah tahu
hari ini nak jadi yang luar biasa pulak.
Lebih
kurang10 minit aku pun siap makan dan aku pun balik Bumicyber.
Punyerlah terkejutnya aku tengok keadaan dalam Bumicyber. Dengan 2,3
bijik LCD tergelempang jatuh, dengan cash mesin terjatuh kat lantai dan
terbuka. Huih!!! Giler. Aku pandang kiri-kanan dalam Bumicyber. Lengang,
cuma ader sorang budak. Memang budak nil ah yang aku tinggalkan tadi.
Mulut dia tolopong, mata dia terbeliak cam terkejut sangat. Pintu
belakang pulak terbuka. Hisk, macam mana boleh terbuka ni.
Aku Tanya pada dia. “Kenaper nih!!!?”
Dia tak boleh nak bercakap, agaknya fobia sangat. Dia Cuma geleng dan tunjuk kearah pintu belakang yang terbuka.
Aku Tanya lagik. “Kenaper ni??!!”
Dengan tergagap-gagap dia bercakap. “Perompak, dia, dia, lari ikut be, belakang.”
Aku
pun tak menunggu lama, terus aku berlari kebelakang. Aku nampak duit
singgit2 bertaburan. Sampai kepintu belakang, aku tengok ada kemah-kemah
expo dibuka dengan banyaknya. Dan dah ada orang yang berniaga pun.
“Hiskk…mana boleh jadi gini nih, bukan ker belakang Bumicyber nih hutan
kelapa sawit?”
Aku dah heran, tapi dek kerana masih panic ngan kejadian rompakan itu tadi semua perasaan tur aku abaikan.
Tiba-tiba
muka aku jadi pucat lesi bila teringatkan sesuatu. Jantung aku berdebar
kuat. Aku teringatkan duit collection minggu ni. Dee belum ambik lagik,
adalah dalam 7,8 ribu(nilai tu ditokok tambah laa nak nyedapkan cerita)
Sudah!!! Aku terus meluru ketempat aku simpan duit tu (tak leh cakap
kat mana karang kantoi laa) Bila aku buka, Alhamdulillah…syukur ader tak
bersentuh. Fuh!!
Aku
keluar ikut pintu depan. Niat nak pergi kekedai Abey(kedai makan mek
siam) Nak mintak tolong dia hantarkan aku kebalai polis. Aku nak buat
report. Tiba-tiba. “lirikan matamu menarik hati, oh senyumanmu manis
sekali..”
Hiskk..alarm
HP aku bunyik. Laa, aku mimpi rupa-rupanya. Huih, real giler.
Cepat-cepat aku keluar bilik, tengok Bumicyber. Oke jer. Memang sah lah
aku bermimpi. Dengan Hp masih di tangan, aku pun gi toilet dulu. Sekali,
jlup!!!... uwaaaa..Hp aku jatuh dalam tandas la pulak. Perghh…dosa aper
pulak dah kali ni. Sabor je la.
0 comments :
Post a Comment