Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Saturday, July 13, 2013

Dari Sahl r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga ada sebuah pintu yang disebut  Ar Rayyaan. Pada hari kiamat, orang-orang yang puasa masuk ke Syurga dari pintu itu. Tidak seorang pun masuk  dari pintu itu selain mereka. Mereka dipanggil: Mana orang yang puasa? Lalu mereka berdiri. Tidak seorang  pun masuk dari pintu itu selain mereka. setelah mereka itu masuk, pintu segera dikunci, maka tidak seorang pun lagi yang dapat masuk." [Diriwayatkan oleh Bukhari.]

Posted on Saturday, July 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Hadis Nabi dari Sahih Bukhari (bab sembahyang)
330. Ibnu Umar r.a. menyatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Jangan kamu shalat saat matahari terbit dan jangan pula saat matahari terbenam."

331. Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa rasulullah saw. bersabda: "Apabila tepi matahari telah muncul hendak terbit, maka tundalah shalat terlebih dahulu sehingga matahari agak tinggi sedikit dari pinggir langit, dan apabila tepi matahari telah mulai hilang di tepi langit maka tundalah shalat lebih dahulu sehingga matahari itu terbenam sama sekali."

Posted on Saturday, July 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Terjemahan Hadis dari Shahih Bukhari Bab 1: Mula-mula Wahyu Turun

1.       Dari Umar bin Khathab r.a.1) katanya dia mendengar Rasulullah saw.2) bersabda: “ Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan basi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.”

2.       Dari ‘Aisyah, Ummul Mu’minin r.a.3) Katanya Harits bin Hisyam r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw.: “bagaimanakah caranya wahyu turun kepada Anda?”

Jawab Rasulullah saw. “Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku (kedengaran) seperti loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lantas aku mengerti apa yang dikatakannya.”

                “Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang laki-laki datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya.”

Kata ‘Aisyah r.a. “ Aku pernah melihat Nabi, ketika wahyu turun kepada beliau pada suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahi Nabi bersimbah peluh.4)

Keterangan.

1)                  r.a ialah singkatan dari: Radhiyallaahu ‘Anhu (semoga Allah meridhainya).

2)                  Saw. Ialah singkatan dari: Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam (semoga Allah melimpahkan berkat dan kesejahteraan kepada beliau)

3)                  Ummul Mu’minin, artinya: Ibu orang-orang yang beriman.

4)                  Dihari yang amat dingin itu Nabi saw. Sampai berkeringat, kerana sangat berat dirasakan oleh beliau saat-saat turunnya wahyu.

3.       Dari Aisyah, Ummul Mu’minin r.a. katanya: “ Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw. Ialah berupa mimpi-baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira.1) Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, 2) untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al-Haq (kebenaran atau wahyu), yaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu.”

Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!”

Jawab Nabi, “ Aku tidak pandai membaca.”

Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.

“Bacalah !” katanya.

Jawabku, “ Aku tidak pandai membaca.”

Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. “Bacalah.!” Katanya.

Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”

Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata:

“Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min’allaq. Iqra’ ! Wa rabbukal akram. 3)

(bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia.)

Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!”

Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya.

Kata Nabi saw. Kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”

Kata Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”

Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, yaitu anak paman Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani (Krintian) pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. 4) Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya. 5) Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, “ Hai anak pamanku! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda Muhammad) ini.”

Kata Waraqah kepada Nabi. “Wahai Anak Saudaraku ! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?”

Lalu Rasulullah saw, menceritakan kepadanya semua peritiwa yang telah dialaminya.

Berkata Warakah, “Inilah namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, yaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda.”

Maka bertanya Nabi saw. “Apakah mereka akan mengusirku?”

Jawab Waraqah, “ Ya, betul! Belum pernah seorang juapun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong Anda sekuat-kuatnya.”

Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu.

Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadanya, bahawa Jabir bin Abdullah al Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Nabi saw berkata dalam hadisnya: “Pada suatu waktu, ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran olehku suatu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku kearah datangnya suara itu. Kelihatan kepadaku malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, “selimutkan Aku!” Lalu Allah swt. Menurunkan ayat:

“Hai, orang yang berselimut! Bangunlah! Maka berilah peringatan! Dan besarkanlah Tuhanmu! Dan bersihkanlah pakaianmu! Dan jauhilah berhala!” (Al Muddatstsir, 74:1-5)

Maka semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.

Keterangan:

1)                  Gua hira, sebuah gua dekat jalan ke Arafah nkira-kira 4 km dari Mekkah

2)                  Khadijah binti Khuwailid, isteri Nabi yang pertama. Meninggal dunia 2 tahun sebelum Hijrah dalam   usia 63 tahun.

3)                  Surat Al’Alaq, 6:1-3

4)                  Ibrani (Hebrw) ,bahasa orang Yahudi.

5)                  Maksudnya, tidak diketahui dengan pasti berapa banyak yang telah disalinnya.

4.       Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah saw. Adalah seorang yang amat permurah, dan lebih permurah lagi selama bulan Ramadhan, yaitu ketika Jibril datang menemuinya. Biasanya  Jibril datang kepada Nabi saw. Tiap-tiap malam Ramadhan dan beliau-beliau keduanya membaca Qur’an berganti-ganti. Sesungguhny Rasulullah saw. Lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembusan.”

5.       Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Abu Sufyan bin Harb bercerita kepadanya, bahawa Heraclius 1) berkirim surat kepada Abu Sufyan menyuruh ia datang ke Syam bersama kafilah saudagar Quraisy.2) Waktu itu Rasulullah sedang dalam perjanjian damai dengan Abu Sufyan dan dengan orang-orang kafir Quraisy.3)

Mereka datang mengadap Heraclius di Ilia.4) terus masuk kedalam majlisnya, dihadapi oleh pembesar-pembesar Rumawi. Kemudian Heraclius memanggil orang-orang Quraisy itu beserta Jurubahasanya.

Heraclius berkata, “Siapa diantara anda yang paling dekat hubungan kekeluargaannya dengan laki-laki yang mengaku dirinya sebagai nabi itu?”

Jawab abu Sufyan. “Saya! Saya keluarganya yang terdekat dengannya.”

Berkata Heraclius (kepada jurubahasanya), “Suruh dekat-dekatlah dia kepadaku. Dan suruh pula para sahabatnya duduk di belakangnya.”

Kemudian berkata Heraclius kepada Jurubahasanya. “Katakan kepada mereka saya akan bertanya kepada orang ini (Abu sufyan). Jika dia berdusta, suruhlah mereka mengatakan bahawa dia berdusta.”

Kata Abu Sufyan, “Demi Allah! Jika tidaklah aku takut akan mendapat malu, kerana aku dikatakan dusta, niscaya maulah aku berdusta”

Pertanyaannya yang pertama. “Bagaimanakah turunannya dikalanganmu?”

Aku menjawab. “Dia turunan bangsawan di kalangan kami.”

Heraclius. “Pernahkah orang lain mengumandangkan apa yang telah dikumandangkannya.?”

Jawabku. “Tidak pernah”

Heraclius. “Adakah diantara nenek moyangnya yang menjadi raja?”

Jawabku. “Tidak”

Heraclius. “Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia atau orang-orang biasa?”

Jawabku. “Hanya terdiri dari orang-orang biasa.”

Heraclius. “Apakah pengikutnya semakin bertambah atau semakin berkurang?”

Jawabku. “Bahkan selalu bertambah”

Heraclius. “Adakah diantara mereka yang murtad, 5) kerana mereka benci kepada agama yang dipeluknya itu?”

Jawabku. “Tidak”

Heraclius. “Pernahkah dia melangar janji?”

Jawabku. “Tidak! Dan sekarang, kami sedang dalam perjanjian damai dengan dia. Kami tidak tahu apa yang akan diperbuatnya dengan perjanjian itu.”

Keterangan:

1)                  Heraclius , Raja Rumawi Timur yang memerintah tahun 610-630 M.

2)                  Quraisy, nama suku bangsawan tinggi di Mekkah.

3)                  Perjanjian damai, yaitu perjanjian Hudaibiyah yang dibuat tahun 6 H.

4)                  Ilia, yakni Baitul Maqdis (Jerusalem)

5)                  Murtad, artinya kembali menjadi kafir sesudah beriman.


Kata Abu sufyan menambahkan, “Tidak dapat aku menambah kalimat lain agak sedikitpun selain kalimat itu.” 1)

Heraclius. “Pernahkah kamu berperang dengannya?”

Jawabku. “Pernah”

Heraclius. “Bagaimana perperanganmu itu?”

Jawabku. “Kami kalah dan menang silih berganti. Dikalahkannya kami dan kami kalahkan pula dia.”

Heraclius. “Apakah yang diperintahkannya kepada kamu sekelian?”

Jawabku. “Dia menyuruh kami menyembah Allah semata-mata, dan jangan mempersekutukan-Nya. Tinggalkan apa yang diajarkan oleh nenek moyangmu! Disuruhnya kami menegakkan solat, berlaku jujur, sopan (teguh hati) dan mempereratkan persaudaraan.”

Kata Heraclius kepada Jurubahasanya, “Katakan kepadanya (Abu Sufyan), saya tanyakan kepadamu tentang turunannya (Muhammad) ,kamu jawab dia bangsawan tinggi. Bergitulah rasul-rasul terdahulu, diutus dari kalangan bangsawan tinggi kaumnya.”

                Saya tanyakan. “Apakah salah seorang di antara kamu yang pernah mengumandangkan ucapan sebagai yang diucapkannya sekarang.”

                Jawabmu. “Tidak”

                Kalau ada seseorang yang pernah mengumandangkan ucapan yang diucapkannya sekarang, nescaya aku katakan, “Dia meniru-niru ucapan yang diucapkan orang dahulu itu.”

                Saya tanyakan. “Adakah di antara nenek moyangnya yang jadi raja.”

Jawabmu. “Tidak ada”

Kalau ada diantara nenek moyangnya yang menjadi raja, nescaya kukatakan. “Dia hendak menuntut kembali kerajaan nenek moyangnya.”

Saya tanyakan. “Apakah kamu menaruh curiga kepadanya bahawa ia dusta, sebelum ia mengucapkan apa yang diucapkannya sekarang.?”

Jawabmu. “Tidak!”

Saya yakin dia tidak akan berdusta terhadap manusia apalagi terhadap Allah.

Saya tanyakan. “Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia ataukah dari orang-orang biasa.”

Jawabmu. “Orang-orang biasa”

Memang mereka jualah yang menjadi pengikut Rasul-rasul.

Saya tanyakan. “Apakah pengikutnya makin bertambah banyak atau semakin kurang?”

Jawabmu. “Mereka bertambah banyak.”

Bigitulah halnya sehingga sempurna.

Saya tanyakan. “Adakah di antara mereka yang murtad kerana benci kepada agama yang dipeluknya,setelah mereka masuk kedalamnya.?”

Jawabmu. “Tidak”

Bergitulah iman, apabila ia telah mendarah-daging sampai ke jantung hati.

Saya tanyakan. “Apakah ia melanggar janji?”

Kamu jawab. “Tidak!”

Bergitu jugalah segala Rasul-rasul yang terdahulu, mereka tidak suka melanggar janji.”

Saya tanyakan. “Apakah yang disuruhkannya kepada kamu sekelian?”

Kamu jawab. “Ia menyuruh menyembah Allah semata-mata, dan melarang mempersekutukan-Nya. Dilarangnya pula menyembah berhala, disuruhnya menegakkan solat, berlaku jujur dan sopan (teguh hati).”

“Jika yang kamu terangkan itu betul semuanya, nescaya dia akan memerintah sampai ke tempat aku berpijak di kedua telapak kakiku ini. Sesungguhnya aku telah tahu ia akan lahir. Tetapi aku tidak mengira dia akan lahir dari kalangan kamu sekalian. Sekiranya aku yakin akan dapat bertemu dengannya, walaupun dengan susah payah aku akan berusaha datang menemuinya. Kalau aku telah berada di dekatnya. Akan kucuci kedua telapak kakinya.”

Kemudia Heraclius meminta surat Rasulullah saw. yang dihantarkan oleh  Dihyah  kepada pembesar negeri Bushra, yang kemudian diteruskannya kepada Heraclius. Lalu dibacanya surat itu,  yang isinya sebagai berikut:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad, Hamba Allah dan Rasul-Nya. Kepada Heraclius, Kaisar Rumawi. Kesejahteraan kiranya untuk orang yang mengikut pertunjuk. Kemudian, sesungguhnya saya mengajak anda memenuhi panggilan Islam. Islamlah! Pasti Anda Selamat. Dan Allah memberi pahala kepada Anda dua kali lipat. Tetapi jika Anda enggan, nescaya Anda akan memikul dosa seluruh rakyat.

Hai, Ahli Kitab! Marilah kita bersatu dalam satu kalimah (prinsip) yang sama antara kita, yaitu supaya kita tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah, dan jangan mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun. Dan janganlah sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain menjadi tuhan selain daripada Allah. Apabila Anda enggan menuruti ajakan ini, akuilah bahawa kami ini Muslim!”

Kata Abu sufyan. “Selesai mengucapkan perkataannya dan membaca surat itu, ruangan menjadi heboh dan hiruk-pikuk; kami pun disuruh orang keluar. Sampai di luar, aku berkata kepada kawan-kawan. “sesungguhnya menjadi masalah besar urusah Anak abu Kabsyah. 2) Sehingga raja bagsa kulit kuning itu pun takut kepadanya. Aku yakin , Muhammad pasti menang. Sehingga oleh kerananya Allah memasukkan Islam ke dalam hatiku.”

Keterangan:

1)      Jawapan Abu sufyan tidak dicukupkannya saja dengan kata “tidak”, tetapi ditambahkannya bahawa ia tidak tahu apakah Nabi Muhammad masih setia kepada janjinya atau tidak. Seakan-akan terbayang baginya kalau-kalau Nabi Muhammad melanggar janji setelah meninggalkan Mekkah.

2)      Anak Abu Kabsyah, yakni nama ejekan yang dipanggilkan orang kafir Mekkah kepada Nabi Muhammad. Kerana waktu kecil nabi dipelihara oleh Halimah, yang suaminya bernama Abu Kabsyah.

Ibnu Nathur, pembesar negeri Ilia, sahabat Heraclius dan Uskup. 1) Nasrani di Syam, dia menceritakan, “Ketika Heraclius datang ke Ilia, ternyata pikirannya sedang kacau. Oleh sebab itu banyak diantara pendita yang berkata: “kami sangat heran melihat sikap anda.”

Selanjutnya kata Ibnu Nathur, “Heraclius adalah seorang ahli nujum yang selalu memperhatikan perjalanan bintang-bintang. Dia pernah menjawab pertanyaan para pendita yang bertanya kepadanya: Pada suatu malam ketika saya melihat Raja Khithan telah lahir. 2) Siapakah di antara umat ini yang telah dikhitan?”

Jawab para pendita itu. “Yang berkhitan hanyalah orang Yahudi. Janganlah Anda risau kerana orang Yahudi itu. Perintahkan saja ke seluruh negeri dalam kerajaan Anda, supaya orang-orang Yahudi di negeri itu dibunuh.”

Ketika itu dihadapkan kepada heraclius seorang utusan Raja Bani Ghassan untuk menceritakan perihal Rasulullah saw. setelah orang itu selesai bercerita, lalu Heraclius memerintahkan agar dia periksa, apakah dia berkhitan atau tidak. Setelah diperiksa, ternyata memang dia berkhitan. Lalu diberitahukan orang kepada Heraclius.

Heralius bertanya kepada orang itu tentang orang-orang Arab lainnya. “Dikhitankah mereka atau tidak?”

Jawabnya, “Orang-orang Arab itu dikhitan semuanya.”

Heraclius berkata. “Inilah raja umat. Sesungguhnya dia telah lahir.”

Kemudian Heraclius berkirim surat kepada sahabatnya di Roma. 3) yang ilmunya setaraf dengan Heraclius (menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad saw. ) Dan sementara itu ia meneruskan perjalanannya ke negeri Hims. 4) Tetapi sebelum dia sampai di Hims, balasan surat dari sahabatnya itu telah tiba lebih dahulu. Sahabanya itu menyetujui pendapat Heraclius bahawa Muhammad telah lahir dan beliau memang seorang Nabi.

Heraclius mengundang para pembesar Roma supaya datang ke tempatnya di Hims. Setelah semuanya hadir dalam majlisnya, Heraclius memerintahkan supaya mengunci setiap pintu. Kemudian dia berkata, “Wahai bangsa Rum! Maukah Anda semua beroleh kemenangan dan kemajuan yang gilang gemilang, sedangkan kerajaan tetap utuh di tangan kita? Kalau mau, akuilah Muhammad itu sebagai Nabi!”

Mendengar ucapan itu mereka lari bagaikan keledai liar, padahal semua pintu telah dikunci. Melihat keadaan sedemikian, Heraclius jadi putus harapan yang mereka akan iman (percaya kepada Nabi Muhammad saw) Lalu diperintahkannya supaya mereka kembali ke tempat masing-masing seraya berkata, “Sesungguhnya sayan mengucapkan perkataan saya tadi, hanyalah sekadar menguji keteguhan hati Anda semua. Kini saya telah melihat keteguhan itu.” Lalu mereka sujud di hadapan Heraclius dan mereka senang kepadanya. Demikianlah akhir kisah Heraclius.

Keterangan:

1)      Uskup, kepala Pendita.

2)      Khithan, khitan, sunat, memotong ujung kulit (kulup) pada ujung kemaluan laki-laki.

3)      Roma, sebuah kota tertua di Italy, yang sekarang menjadi ibukota Negeri itu. Dahulunya adalah ibukota kerajaan Rum Barat. Menurut riwayat, konon kota itu didirikan oleh Romulus pada tahun 753 sebelum Masehi.

4)      Sebuah kota si Syam.

Posted on Saturday, July 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Hadis Rasulullah Mengenai Baju Yang Bergambar

Berita dari ‘Aisyah, katanya:  Nabi saw. Pernah sholat memakai baju bergambar-gambar. Suatu kali Nabi saw. Terlihat kepada gambar dibaju itu. Setelah selesai sholat, Nabi saw. Bersabda, “Bawalah baju ini kepada Abu Jahm dan bawa kemari tukaran dari Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar ini dari sholatku.” [Shahih Bukhari 220]

Posted on Saturday, July 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Hadis 1
Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,"Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya;mendir ikan solat;membayark an zakat;mengerjak an haji dan puasa pada bulan Ramadhan."

Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebuah khemah yg disokong oleh lima batang tiang.Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah.Empat tiang lagi itu ialah tiang-tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu.Tanpa tiang tengah maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yg di penjuru itu hilang maka akibatnya runtulah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihatlah dengan mata kita sendiri sejauh manakah yg telah kita tegakkan agama Islam itu.Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
 
Hadis 2
Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Biasanya di musim daun-daun gugur,lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-seteng ah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal>begitul ah kesannya solat yg dilaksanakan dengan penuh khsyuk dan tawaduk.Segala dosa yg dilakukan oleh seseorang yg bersolat adalah dihapuskan.Baga imanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yg terampun dengan solat.Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.

Oleh itu,patutlah kita,disamping bersolat,jangan lupa beristighfar dan bertaubat.Semog a ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya,menga mpun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.
 
Hadis 3
Abu Usman r.a bekata,"Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu.Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gon cangkannya hingga kesemua daunnya gugur.Kemudian kata beliau padaku,"Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya kenapa aku berbuat demikian ini?" Sahutku,"Sila khabarkanlah padaku." Kata beliau,"Beginil ah Rasulullah s.a.w melakukan di hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu.Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-gon cangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda,"Wahai Salman!mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?" Sahutku,"Sila khabarkan padaku kenapa Baginda buat begini." Sabda Baginda, "Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna,kemudi an dia laksankan solat lima kali pada sehari maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Lantas Baginda membaca ayat-ayat Quran yg bermaksud "Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam,sesungguh nya perbuatan yg baik itu menghapuskan perbuatan-perbu atan yang buruk(dosa);itu lah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat" (Hud 11:114)
 
Hadis 4
Abu Hurairah menceritakan menceritakan bahwa beliau mendengar Rasulullah s.a.w sekali bertanya pada sahabatnya,"Ada kah kamu percaya bahwa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?" Jawab para sahabat,"Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya." Sabda Rasulullah s.a.w,"Begitula h umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari.Dengan limpah rahmat ALLAH,ia menghapuskan segala dosa.
 
Hadis 5
Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari."
Pada umumnya air yang mengalir adalah bersih,tak kotor dan lebih dalam air itu mengalir lebih jernih dan lebih bersih ia.Bermandian di dalam air yang sebersih itu pastilah habis segala kotoran yang ada pada tubuh dan bersihlah ia.Solat yang dikerjakan dengan memberati segala rukunnya samalah ibarat dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa dari segala dosa.
Ada banyak hadits yang seerti walaupun matanya berbeza sedikit yang dilapurkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.
 
Hadis 6
Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah tersua dengan sesuatu kesulitan,lanta s Baginda bersolat.Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH s.w.t bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH s.w.t dan apabila rahmat ALLAH itu tiba menyelamatkan pastilahbahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.

Memang ada banyak mengenai amalan-amalan Rasulullah s.a.w seperti ini.Demikian ada banyak amalan para sahabat yang mengikuti amalan-amalanny a yang sehingga sekecil-kecilny a pun.
Kata Abu Darda r.a ,"Apabila angin kencang meniup Rasulullah segera masuk ke masjid dan Baginda tidak akan keluar sehingga angin itu reda.Demikian juga pada ketika gerhana matahari atau bulan baginda akan bersolat."
 
Hadis 7
Ibn Sirin berkata, "Sekiranya aku dibenarkan memilih di antara Syurga dan solatdua rakaat maka akan ku pilih solat;sebabnya adalah jelas.Syurga adalah untuk nikmatku padahal solat adalah untuk nikmat ALLAH s.w.t.
 
Rasulullah bersabda, "Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran;harta kekayaannya ialah solat;seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg diperolehinya;m enyembah Tuhannya dengan penuh khusyu';hidup tanpa disanjung-sanju ng dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."

Dalam hadits lain Rasulullah s.a.w diberitakan sebagai bersabda,"Solat lah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH s.w.t."
 
Hadis 8
Abi Muslim At-Tighlibi r.a meriwayatkan,"S ekali daku pergi menemui Abu Umamah r.a tatkala beliau berada di dalam masjid.Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya,ALLAH s.w.t mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat,oleh tangannya yang berbuat maksiat,oleh telinganya yang mendengra berita-berita maksiat,oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang tersedik ke arah maksiat.Jawabny a,"Demi ALLAH!Daku mendengar perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."

Ramai para sahabat Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan hadis ini dengan sedikit sebanyak bezanya.Mereka telah dirahmati dengan 'kasyaf' dapatpun menyaksi dosa-dosa itu gugur.
 
Adalah diberitakan bahwa Imam Abu Hanifah dapat mengatakan dari air yang menititk dari anggota orang yang sedang berwudhuk dosa yang manakah yang telah diampun dengan wudhuknya itu.
Dari satu riwayat daripada Osman r.a Rasulullah s.a.w adalah diberikan telah memberi amaran kepada mereka yang bermegah melakukan maksiat dengan harapan dosa-dosa itu akan terampun dengan merngerjakan solat.
 
Sesungguhnya kita tidak ada alasan merasa megah atas hal ini.Pada halnya apakah mutu solat yg kita kerjakan? Andaikata ALLAH s.w.t membebaskan dari kewajipan-kewaj ipan kita maka itu adalah semata-mata belas kasihanNya,yg istimewa.Melang gari perintah-perint ah ALLAH s.w.t adalah satu-satunya perangai terkeji,kerana ALLAH s.w.t itu Pengasih,Penyay ang lagi Pengampun.
 
Hadis 9
Abu Hurairah menceritakan,"D ua orang dari satu qabilah datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk agama Islam serentak.Salah seorang darinya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya.Tal hah bin Ubaidullah r.a berkata bahwa telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam Syurga dahulu dari simati syahid itu.Ini menakjubkannya. Daku tidak ingat sama ada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah s.a.w.Bagaimana pun Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan Ramadhan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6 ribu rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah si syahid itu mati?"
 
Sesungguhnya kita tidaik tahu berapa besar nilainya solat itu.Rasulullah s.a.w kerap didengar bersabda, "Sejuk pandangan mataku ialah di dalam bersolat." Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat.Demi itu apakah lagi yang lebih nilainya dari solat.
 
Hadis 10
Ibn Mas'ud r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Menjelangnya waktu solat seorang malaikat adalah ditugas supaya menyeru:"Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan utk membakari dirimu." Manusiapun bangun,berwudhu k dan sembahyang Zuhur.Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun.Demiki anlah diulangi pada waktu Asar,Maghrib dan Isyak.Selepas Isyak oarng tidur,tetapi ada sesetengah sibuk mengerjakan kebaikan dan selebihnya sibuk mengerjakan maksiat."
 
Salman r.a berkata: Selepa Isyak manusia adalah dibahagikan kepada tiga golongan.Ada setengahnya, malam hari itu padanya adalah sumber kebajikan dan keuntungan.Mere ka itu menghabiskan malamnya dengan menyembah ALLAH s.w.t sementara orang lain nyenyak tidur;pada mereka malam hari itu mendatangkan pahala yang besar dari Tuhan mereka.Pada yang lain-lain malam hari menjadi bebanan dan kutukan baginya kerana mereka mengerjakan berbagai macam maksiat pada malam hari.Bagi mereka malam hari membawa kepayahan dan kesusahan.
 
Golongan yang ketiga pula ialah selepas sahaja Isyak terus tidur.Mereka untung tidak,rugipun tidak.
 
Hadis 11
Abu Qatasah r.a meceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"ALLAH berfirman,'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu.Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya,maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."
Adalah diriwayatkan di dalam sepotong hadits lagi bahawa ALLAH s.w.t telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dansembahyang pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, ALLAH s.w.t menjamin iaitu dia akan memasuki syurga.Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini baginya;-)ia mungkin diampun atau tidak.
 
Sesungguhnya solat merupakan satu ibadat yang tidak ternilai harganya.Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan ALLAH s.wt memasuki syurgaNya.Kita merasa puas hati dan gembira apabila seorang yg terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supaya kekal mentaatinya.Di sini ALLAH s.w.t memberikan jaminanNYa utk kebahagiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun.Kalau dengan inipun kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang harus dipersalahkan bagi menerima seksa yang menunggu kita.
 
Hadis 12
Ibn Salman berkata bahawa seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan: "Apabila kami telah menang peperangan Khaibar,kami mulai membeli dan menjual antara kami harta-harta rampasan yang jatuh ke tangan kami.Salah seorang dari kami telah pergi menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah;Tida k ada seorangpun yang mendapat keuntungan seperti yang hamba perolehi dalam perniagaan hari ini." Rasulullah s.a.w bertanya: "Berapa banyakkah yang telah anda dapati?" Jawabnya,"hamba terus menjual dan membeli sehingga hamba perolehi keuntungan bersih tiga ratus oqiyyah perak." Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahukah, saya memberitahukan anda sesuatu yang lebih baik daripada itu?" Sahutnya "Beritahulah pada hamba,Ya Rasulullah!" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat nafil selepas solat fardhu."

Di Pakistan dan di India wang sebanyak tiga ratus oqiyyah perak itu adalah kira-kira tiga ribu rupiah.Menurut Rasulullah s.a.w keuntungan di dunia yang fana ini tiada bandingannya dengan keuntungan abadi di akhirat.Hidup kita akan senang kalu kita suburkan iman kita sehingga solat nafil dua rakaat,pada pandangan kita adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini.Solat adalah sesungguhnya perbendaharaan yang kaya dan itulah sebabnya Rasulullah s.a.w telah mengibaratkanny a sebagai 'pengipur mataku' serta memerintahkan agar solat itu ditunaikan hingga ke akhir hayatnya.Ummu Salmah r.h.a memberitahu bahawa kalam yang akhir Rasulullah s.a.w yang hampir-hampir beliau tidak dapat tuturkan ialah memberati solat dan berlaku baik terhadap hamba sahaya.Ada juga sebuah hadits yang semakna dengannya yang diberitakan oleh Saidina Ali r.a.
 
Hadis 13
Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa satu malam beliau ke masjid.Beliau mendapati Rasulullah s.a.w sedang berdiri dalam solat.Beliaupun ingin menyertainya.La lu beliau berniat dan berdiri di belakang Rasulullah s.a.w Pada masa itu rasulullah s.a.w sedang membaca surah Baqarah.Beliau fikir bahawa pada akhir ayat yang ke seratus Rasulullah s.a.w akan berhenti membaca dan akan ruku',tetapi Rasulullah s.a.w tidak berbuat demikian.Beliau lantas berfikir barangkali Rasulullah s.a.w akan ruku' setelah selesai membaca ayat yg kedua ratus;-)i sinipun Rasulullah tidak berhenti.Beliau kemudian yakin bahawa Rasulullah s.a.w akan selesai berdiri dengan akhirnya surah itu.Apabila tamat surah itu Rasulullah s.a.w memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' beberapa kali lantas mula membaca surah Ali Imran.Apabila tamat surah itu Baginda sekali lagi memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' tiga kali lantas mulai membaca surah AL Maidah.Rasulull ah s.a.w turun ruku'nya hanya selepas selesai surah ini.Dalam ruku' dan sujud Rasulullah s.a.w membaca tasbih dan beberapa doa lain yang tidak dapat beliau faham.

Pada rakaat yang kedua rasulullah s.a.w mulai dengan surah Al An'am selepas Al fatihah.Beliau tak dapat meneruskan solatnya lagi dengan Rasulullah s.a.w lalu beliau keluar dari solatnya itu dengan perasaan malas.Apa yang Rasulullah telah baca dalam satu rakaat adalah kira-kira seperenam daripada Al Quran.Lagi pula Rasulullah s.a.w mesti baca Al Quran itu dengan tajwid yang sempurna.Kita faham betapa lamanya satu-satu rakaat itu.Adalah kerana ini maka kaki Rasulullah s.a.w selalu didapati bengkak.tetapi tidaklah seseorang itu merasa payah dan susah mengerjakan solat kalau hatinya telah dipenuhi dengan kemanisan solat itu.
 
Hadis 14
Sekali peristiwa sedang Rasulullah s.a.w duduk bersama-sama dengan para sahabatnya Baginda bersabda:"Tiga perkara dalam dunia ini yang sangat-sangat kuhargai; wangi-wangian; wanita dan solat - 'penyejuk mataku'.Sahut Abu Bakar r.a. "Benar! Dan daku menghargai tiga benda - melihat wajahmu,membela njakan harta kekayaanku atasmu dan bahawasanya anak perempuanku menjadi isterimu ya Rasulullah." Sahut Umar r.a " Benar! dan tiga perkara yang paling aku cintai ialah - menegak kebenaran; mencegah kemungkaran dan memakai pakaian yang bertampung." Sahut Osman r.a "Benar! Dan tiga perkara yang paling kucintai ialah- memberi makan orang yang lapar; memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca Al-Quran." Sahut Ali r.a " Benar! Dan daku paling cinta tiga perkara ini- melayani tetamu,berpuasa pada hari yang panas terik dan memancung kepala musuh dengan pedangku."
Pada ketika itu Jibrail a.s pun muncul seraya berkata kepada Rasulullah s.a.w "ALLAH s.w.t telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cinta sekiranya daku ini seorang manusia." Sahut rasulullah s.a.w "Khabarkanlah kepada kami ya Jibrail." Kata Jibrail a.s " Sekiranya daku serupa anda daku akan cinta tiga perkara- memimpin orang yang sesat; mengasihi mereka yang solat dalam keadaan miskin dan papa; dan membantu keluarga orang-orang miskin, dan bagi ALLAH s.w.t Dia mencintai tiga perkara dari para hambaNya- Yang berjuang pada jalanNya; yang menangis pada ketika bertaubat dan yang teguh sabar pada masa lapar dan dahaga."
 
Hadis 15
Hafiz ibn Qayyum menulis bahawa solat menjamin nafkah harian,menyihat kan kesihatan badan,menghilan gkan penyakit,menegu hkan hati,memberi cahaya cahaya dan kecantikan pada wajah,menggembi rakan ruhani,menyegar kan tubuh badan dari rasa malas,melegakan fikiran,memberi makanan ruhani,mencerah kan hati dan menjamin keredhaan ALLAH s.w.tIa menjadi pelindung pada hari Qiamat.Ia menjauhkan syaitan dari kita untuk mendekati ALLAH s.w.t.Pendek kata solat adalah satu jaminan bagi segala yang diidam-idamkan dan satu benteng bagi segala yang tidak diingini untuk jasad dan ruhani- sama ada di dunia maupun di akhirat.
Quote:

    Hukum Meninggalkan Solat
    Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)
    Firman Allah, 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)
    Quote:

        Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)

    Untuk menjelaskan persoalan tersebut marilah wahai saudara ku sekelian kita merenung dan melihat tentang sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang antara lain bermaksud:
    "Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan sembahyang"
    Hadis di atas dengan tegas menerangkan kepada kita bahawa perbezaan antara seorang yang mukmin dengan seorang yang kafir itu sudah dapat dilihat dari sudut zahirnya dengan meninggalkan sembahyang.

Pendapat Pertama:
Ertinya menurut zahir hadis ini sudah cukup untuk menjadi kafir hanya dengan meninggalkan sembahyang. Walaubagaimana pun menurut pandangan ulama hukum mereka yang meninggalkan sembahyang dapat dilihat dari berbagai sudut. Antaranya ialah mereka yang meninggalkan sembahyang dengan satu keyakinan bahawa sembahyang itu tidak menjadi kewajipan terhadap dirinya. Atau dengan ia mengatakan sembahyang itu tidak wajib ke atasnya. Maka ijma al-muslimin orang yang berkenaan telah jatuh kafir dan pada saat tersebut terkeluarlah ia dari agama Islam.
 
Pendapat Kedua:
Kedua mereka yang meninggalkan sembahyang kerana malas dan masih beriktikad tentang kewajipan sembahyang tersebut.Keadaa n ini terdapat beberapa pandangan ulama: Imam Malik,Imam Syafe'i, jumhur ulama salaf dan khalaf berpendapat tidak jatuh kafir sebaliknya menjadi fasik dan diarahkan supaya bertaubat orang tersebut.Andaik ata ia enggan bertaubat maka hendaklah ia dibunuh dengan dipancung. Manakala sebahagian dari golongan salaf menghukumkan kafir orang yang meninggalkan sembahyang disebabkan oleh malas. Pendapat ini diriwayatkan dari Saidina 'Ali k.w.dan Imam Ahmad bin Hanbal.Manakala Abu Hanifah dan sekumpulan ulama dari Kufah berpendapat tidak kufur dan tidak dihukun bunuh sebaliknya dikenakan hukuman ta'kzir dan dipenjara sehingga ia mahu menunaikan kewajipan sembahyang.
 
Kesimpulan
Oleh kerana sembahyang merupakan tiang agama, dan hukum meninggalkanya terlalu berat, maka wahai saudara ku sekelian! Sebelum terlambat marilah kita bersegera menunaikan hak Allah S.W.T ke atas kita dengan mengerjakan sembahyang. Kerana Allah S.W.T. telah memperingatkan kepada kita dengan firmanNya yang antara lain bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka" Kata-kata hukama menyebutkan "Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan ".

Mudah-mudahan kita diperlihara dan diberikan taufik dan hidayah dalam melaksanakan ibadah sembahyang

Posted on Saturday, July 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Seseorang yang ditanya mengenai ilmu pengetahuan, sedangkan ia masih sibuk berbicara. Kemudian ia menyelesaikan pembicaraannya, lalu menjawab orang yang bertanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Ketika Rasulullah saw. di suatu majelis sedang berbicara dengan suatu kaum, datanglah seorang kampung dan berkata, ‘Bilakah kiamat itu?’ 
Rasulullah terus berbicara, lalu sebagian kaum berkata, ‘Beliau mendengar apa yang dikatakan olehnya, namun beliau benci apa yang dikatakannya itu.’ 
Dan sebagian dari mereka berkata, ‘Beliau tidak mendengarnya.’ 

Sehingga, ketika beliau selesai berbicara, maka beliau bersabda, ‘Di manakah gerangan orang yang bertanya tentang kiamat?’ Ia berkata, ‘Inilah saya, wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda, ‘Apabila amanat itu telah disia-siakan, maka nantikanlah kiamat.’ 
Ia berkata, ‘Bagaimana menyia-nyiakannya?’ Beliau bersabda, ‘Apabila perkara (urusan) diserahkan (pada satu riwayat disebutkan dengan: disandarkan 7/188) kepada selain ahlinya, maka nantikanlah kiamat.”

Posted on Saturday, July 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Kitab Tafsir
             Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata:
Rasulullah bersabda: Ketika diperintahkan kepada Bani Israel, masukilah pintu itu sambil sujud dan mengucapkan: "Ampunilah dosa kami", niscaya dosa-dosamu akan diampuni. Lalu mereka mengganti dan memasuki pintu itu sambil merayap atas dubur mereka dan mengucapkan: "Sebiji gandum dalam sehelai rambut". (Shahih Muslim No.5330)

             Hadis riwayat Anas bin Malik, ia berkata:
Bahwa Allah Taala menurunkan wahyu kepada Rasulullah secara beruntun menjelang wafat sampai beliau wafat, dan wahyu yang paling banyak diturunkan adalah pada hari kewafatan Rasulullah. (Shahih Muslim No.5331)

             Hadis riwayat Umar, ia berkata:
Dari Thariq bin Syihab bahwa orang-orang Yahudi berkata kepada Umar: Sesungguhnya kamu sekalian membaca suatu ayat yang andaikata diturunkan kepada kami, niscaya hari itu kami jadikan hari raya. Umar berkata: Aku tahu di mana dan di hari apa ayat itu diturunkan serta di mana Rasulullah berada ketika ayat itu diturunkan. Ayat tersebut diturunkan di Arafah saat Rasulullah sedang wukuf di Arafah. Sufyan berkata: Aku ragu-ragu apakah hari itu Jumat atau bukan. Ayat tersebut adalah "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu". (Shahih Muslim No.5332)

             Hadis riwayat Aisyah, ia berkata:
Dari Urwah bin Zubair, bahwa ia bertanya kepada Aisyah tentang firman Allah: Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga atau empat. Aisyah berkata: Hai keponakanku, ayat itu berbicara tentang seorang anak perempuan yatim yang berada dalam asuhan walinya, di mana harta anak perempuan itu telah bercampur dengan harta wali, kemudian wali itu tertarik dengan harta dan kecantikannya dan ingin mengawininya tanpa membayar mahar yang layak seperti yang akan dibayar orang lain kepada anak perempuan itu. Sehingga para wali dilarang menikahi mereka, kecuali bila mereka berlaku adil dan membayar mahar yang layak (mitsil) dan para wali juga diperintahkan untuk menikahi perempuan lain yang baik bagi mereka. Urwah melanjutkan: Aisyah berkata: Sesudah turun ayat ini, para sahabat meminta fatwa kepada Rasulullah tentang perempuan yatim yang berada dalam asuhan, lalu Allah menurunkan ayat: Dan mereka minta fatwa kepadamu tentang para wanita. Katakanlah: Allah memberi fatwa kepadamu tentang mereka, dan apa yang dibacakan kepadamu dalam Alquran (juga memfatwakan) tentang para wanita yatim yang kamu tidak memberikan kepada mereka apa yang ditetapkan untuk mereka, sedang kamu ingin mengawini mereka. Aisyah berkata: Maksud firman Allah Taala: Dan apa yang dibacakan kepadamu dalam Alquran adalah ayat pertama yang ada dalam firman Allah: Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi. Adapun maksud ayat lain yang berbunyi: Sedang kamu ingin mengawini mereka, adalah ketidaksenangan seorang wali di antara kamu terhadap perempuan yatim asuhannya yang tidak memiliki harta dan kecantikan sehingga mereka dilarang menikahi perempuan yatim yang banyak harta serta cantik kecuali dengan membayar mahar mitsil karena ketidaksenangan mereka kepada perempuan yatim yang miskin dan tidak cantik. (Shahih Muslim No.5335)

             Hadis riwayat Aisyah, ia berkata:
Tentang firman Allah: Barang siapa yang miskin, maka ia boleh memakan (menggunakan) harta itu menurut dengan yang sepantasnya, ia berkata: Ayat ini diturunkan mengenai seorang wali yang mengurus harta anak yatim serta yang mengasuh dan mendidiknya, jika ia membutuhkan ia boleh memakan harta anak yatim itu dengan yang sewajarnya. (Shahih Muslim No.5339)

             Hadis riwayat Aisyah, ia berkata:
Tentang firman Allah: Ketika mereka datang kepadamu dari atas dan bawahmu, dan ketika penglihatan mulai kabur dan hati naik sampai ke tenggorokan, ia berkata: Peristiwa ini terjadi ketika perang Khandaq. (Shahih Muslim No.5341)

             Hadis riwayat Aisyah, ia berkata:
Tentang firman Allah: Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, ia berkata: Ayat ini berbicara tentang seorang wanita yang sudah lama berumah tangga, kemudian suaminya bermaksud menceraikannya. Karena itu ia berkata: Jangan ceraikan aku! Kamu aku bebaskan dari kewajiban-kewajiban terhadapku! Maka turunlah ayat ini. (Shahih Muslim No.5342)

             Hadis riwayat Ibnu Abbas, ia berkata:
Dari Said bin Jubair, ia berkata: Penduduk Kufah berselisih mengenai ayat: Barang siapa membunuh orang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah neraka Jahanam, maka aku pergi menjumpai Ibnu Abbas untuk menanyakan ayat ini. Ia menjawab: Ayat tersebut termasuk ayat-ayat yang terakhir diturunkan dan tidak ada satu ayat pun yang menasakhnya (membatalkan hukumnya). (Shahih Muslim No.5345)

             Hadis riwayat Ibnu Abbas, ia berkata:
Beberapa kaum bertemu dengan seorang lelaki yang sedang menggembalakan kambingnya, kemudian orang itu memberi salam: Assalamu'alaikum! Mereka langsung menangkap dan membunuhnya serta merampas kambing-kambingnya, maka turunlah ayat: Dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu: Kamu bukan orang mukmin. Ibnu Abbas membacanya: "As-salaam". (Shahih Muslim No.5350)

             Hadis riwayat Barra', ia berkata:
Dahulu, Jika orang-orang Ansar menunaikan haji, lalu mereka kembali (ke rumah mereka), mereka memasuki rumah mereka melalui pintu belakang. Kemudian seorang Ansar memasuki rumahnya melalui pintu depan, lalu hal itu dipertanyakan kepadanya, maka turunlah ayat: Bukanlah merupakan kebaktian memasuki rumah-rumah dari belakangnya. (Shahih Muslim No.5351)

1. Tentang firman Allah: Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka

             Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra.:
Tentang firman Allah: Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah). Ia berkata: Ada sekelompok jin yang masuk Islam. Sebelum itu mereka disembah manusia, maka orang-orang yang menyembah (jin) itu tetap menyembah mereka padahal sebagian jin itu telah masuk Islam. (Shahih Muslim No.5356)

2. Surat Al-Baraah (At-Taubah), surat Al-Anfaal dan surat Al-Hasyr

             Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:
Dari Said bin Jubair, ia berkata: Aku bertanya kepada Ibnu Abbas ra.: Bagaimana dengan surat At-Taubah? Ia berkata: At-Taubah! Ia adalah Fadhihah (yang menampakkan aib). Tidak henti-hentinya turun ayat "wa minhum" (dan di antara mereka), "wa minhum" (dan di antara mereka), sampai mereka mengira bahwa tidak ada seorang pun di antara kami yang rahasianya tidak disebut dalam surat itu. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan surat Al-Anfaal? Ia menjawab: Surat itu diturunkan ketika Perang Badar. Bagaimana dengan surat Al-Hasyr? Tanyaku. Ia menjawab: Diturunkan berkenaan dengan Bani Nadhir. (Shahih Muslim No.5359)

3. Turunnya ayat yang mengharamkan khamar

             Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:
Umar berkhutbah di atas mimbar Rasulullah saw. Setelah membaca hamdalah dan memuji Allah, ia berkata: Sesungguhnya telah diturunkan ayat tentang pengharaman khamar (minuman keras) yang terbuat dari lima jenis; gandum, jelai, kurma, anggur dan madu. Khamar adalah sesuatu yang menghilangkan kesadaran akal. Dan ada tiga perkara, wahai hadirin sekalian, yang aku ingin sekali Rasulullah saw. mewasiatkan kepada kita yaitu mengenai warisan kakek, kalalah dan perkara-perkara yang masuk dalam kategori riba. (Shahih Muslim No.5360)

4. Tentang firman Allah: Inilah dua golongan yang bertengkar mengenai Tuhan mereka

             Hadis riwayat Abu Zar ra.:
Dari Qais bin Ubad ia berkata: Aku mendengar Abu Zar bersumpah bahwa ayat: Inilah dua golongan yang bertengkar mengenai Tuhan mereka. Ayat itu turun mengenai orang-orang yang berperang dalam Perang Badar, yaitu Hamzah, Ali, Ubaidah bin Harits, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah dan Walid bin Utbah. (Shahih Muslim No.5362)

Posted on Saturday, July 13, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory