PALESTIN SEPINTAS LALU
Negara ‘haram’ *israel terbina di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas semenjak tahun 1948; di atas restu England, Amerika dan PBB. Episod ganas dan mengerikan itu bermula pada 9 April 1948 apabila kumpulan komando pengganas Zionis yang terdiri dari kumpulan Irgun, Stern Gang dan Palmach menyerang perkampungan Deir Yassin yang jaraknya 5.5km dari sebelah barat kota Baitul Maqdis. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh Menachem Begin, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri israel. Sejumlah 254 dari 750 penduduk kampung tersebut dibunuh dengan kejam dalam masa 3 hari. Manakala mereka yang terselamat pula diarak di bandar israel sebagai trofi, dicaci maki, diludah, dibaling dengan batu; kemudiannya sebahagian dari mereka dibawa pulang semula ke Deir Yassin untuk dibunuh dan sebahagiannya lagi dipenjara dan diseksa. Bermula dari hari itu, seluruh rakyat Palestin terus menanggung episod derita yang tak berkesudahan. Setiap hari mereka dibunuh, dipenjara dan diseksa oleh tentera dan rakyat israel. Seperti juga di Iraq, senjata kimia juga digunakan secara meluas untuk menghapuskan orang-orang Islam Palestin. Kebun-kebun tanaman masyarakat Palestine dimusnahkan, perniagaan dan perdagangan dihancurkan, rumah dan sekolah dibom, serta tanah-tanah milik mereka dirampas sepanjang masa. Sebahagian masjid-masjid ditukarkan menjadi kuil Yahudi manakala sebahagiannya lagi dijadikan tempat minum arak (pub) dan pusat pelacuran. Hatta tempat-tempat menyimpan air bagi rakyat Palestin juga diracuni oleh Zionis israel yang jahat itu. Regim Zionis israel juga telah membina tembok-tembok raksasa yang tinggi untuk memisahkan baki wilayah Palestin yang tinggal dari negara haram israel. Akhirnya, seluruh rakyat Palestin akan tinggal dalam penjara gergasi ciptaan Zionis israel.
Pada bulan November 2006 lalu,
Dunia Hari Ini (RTM) melaporkan 3000 kanak-kanak Palestine yang berusia
di bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) ditahan di penjara-penjara
israel. Kanak-kanak ini terdedah kepada penderaan fizikal, mental dan
seksual yang dilakukan oleh tentera-tentera Syaitan israel setiap hari.
Tidak kurang juga wanita-wanita Palestin yang menjadi mangsa. Semenjak
tahun 1967, lebih 650,000 rakyat Palestin telah ditangkap dan
dipenjarakan, sementara lebih 2 juta orang lagi menjadi pelarian yang
hidup dalam keadaan yang sangat daif. Secara keseluruhannya, 6 juta
rakyat Palestin telah diusir dari tanah air mereka semenjak tahun 1946.
Peristiwa penyembelihan di Shabra
dan Shatila (kem pelarian Palestin yang terletak di sempadan Lubnan)
pada 16 September 1982, menyaksikan lebih 3000 pelarian Palestin yang
tinggal di kem-kem sementara telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas
israel yang dibantu oleh kumpulan Falangis (kumpulan pengganas kejam
Kristian Lubnan). Pembunuhan kejam itu dilakukan dalam masa 36 jam.
Kanak-kanak disembelih di hadapan ibu-ibu mereka. Wanita dan gadis
diperkosa. Orang-orang tua disiksa dengan memotong anggota badan
termasuk mencungkil keluar mata dan dibiarkan mati perlahan-lahan.
Bayangkan….tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keadaan yang berlaku
pada waktu itu. Jika ini boleh berlaku di Palestin, ianya mungkin pada
bila-bila masa boleh berlaku di tempat kita sekiranya kita terus
mengambil langkah mendiamkan diri dan berpeluk tubuh.
Masjidil Al Aqsa, tempat ketiga
paling suci bagi umat Islam (di mana Nabi Muhammad SAW Mi’raj ke langit
bertemu Allah Ta’ala) berada dalam keadaan yang amat genting. Golongan
Yahudi Zionis di israel dan seluruh dunia sedang berusaha keras untuk
merobohkan masjid ini bagi mendirikan kuil mereka di atas tapak Al Aqsa.
Masjid Al Aqsa telah beberapa kali mengalami kebakaran yang teruk
akibat percubaan Yahudi untuk memusnahkannya semenjak berpuluh tahun
yang lalu. Mereka telahpun menggali beberapa terowong yang besar di
bawah Al Aqsa untuk melemahkan strukturnya.
IRAQ DAN AFGHANISTAN
Selain dari Palestin, Amerika yang
didalangi oleh israel telah melakukan pemusnahan total terhadap Iraq dan
Afghanistan. Lebih 1.2 juta nyawa yang tidak berdosa melayang. Iraq,
sebuah negara yang paling maju di Timur Tengah suatu masa dulu, telah
dihancurkan dengan berbagai jenis bom sehingga mengembalikannya ke zaman
batu. Lebih 800,000 kanak-kanak Iraq menjadi yatim. Kebanyakan mereka
hidup melarat dan terdedah kepada kegiatan tidak bermoral. Lama sebelum
perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban
kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan
ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika semenjak tahun 1991.
Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahan dan
membangunkan negara pada masa depan telah habis dihapuskan secara
sistematik. Sepanjang sekatan ekonomi, hampir semua jenis kemudahan yang
diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen. Ini untuk
memastikan generasi Islam di Iraq yang masih hidup akan terus menjadi
bodoh tanpa bahan pendidikan yang sempurna.
Masihkah anda ingat, seluruh dunia
dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di penjara Abu Gharib, Iraq.
Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto
yang kita lihat tersiar di media massa seluruh dunia. Malahan, terdapat
banyak lagi foto-foto ngeri tentang penyeksaan dan penderaan seksual ke
atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat
di dalam peti rahsia di Pentagon USA. Sebahagian besar bukti penyeksaan
telah berjaya dimusnahkan oleh ‘Bush and the gang’, sebelum mereka
meninggalkan Rumah Putih.
Tidak dilupakan, Vietnam juga
dihancurkan lebih 35 tahun dulu sewaktu Amerika cuba menjajah negara
tersebut (1965-1975). 3 juta orang awam dibunuh tanpa sebab. Banyak lagi
negara lain di dalam dunia menerima nasib yang sama dari angkara
Amerika, cuma kisahnya dibiarkan tersorok dalam lipatan sejarah silam.
(untuk berita terkini dan analisis sila layari http://www.uruknet.info)
APA YANG PERLU KITA LAKUKAN? BAGAIMANA DAPAT KITA MEMBANTU?
BERMULA dengan ‘3B’: Berdoa. Berderma. Boikot.
BERDOA dan terus BERDOA UNTUK SAUDARA KITA.
Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Ibnu Abi Aufa berkata :
“Aku mendengar Rasulullah SAW berdoa
di waktu peperangan Ahzab : “Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan Al
Kitab, dan Tuhan yang cepat perhitunganNya, kalahkanlah tentera-tentera
musuh dan goncangkanlah mereka.” (Ibnu Mas’ud).
“Apabila hamba-hambaKu bertanya
kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku
memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada
Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku
supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah 2:186)
BERDERMA
Di antara usaha lain yang InsyaAllah
dapat kita lakukan ialah dengan menghulurkan derma sekadar yang mampu
kepada warga Palestin (melalui badan-badan Amal tertentu). Mereka
sajalah umat yang ada untuk menjadi sandaran bagi mempertahankan
Masjidil Al Aqsa dan bumi Palestin buat masa ini. Hilang bangsa
Palestin, hilanglah Al-Aqsa. Walaupun dalam keadaan yang serba daif
mereka masih bertahan dengan izin Allah, hampir 60 tahun lamanya. Rakyat
Palestin sangat sengsara akibat sekatan ekonomi oleh israel mutakhir
ini. Bekalan makanan semakin berkurangan begitu juga ubat-ubatan. Jika
mereka tidak ditolong oleh saudara-saudara Islam yang lain, maka
ramailah di antara mereka yang akan mati akibat kebuluran dan penyakit.
Kanak-kanak pula akan mati akibat tidak cukup zat dan ubat-ubatan. Oleh
itu, pertolongan melalui derma oleh Umat Islam di Malaysia dan di
seluruh dunia sangat-sangat diperlukan dengan segera. Lebih Memburukkan
lagi keadaan apabila kerajaan pengganas israel pada 27 Disember 2009
melancarkan serangan berskala besar yang meragut banyak nyawa yang tidak
berdosa terutama kanak-kanak. Beribu-ribu pula cedera parah, dan jika
berpeluang untuk hidup, kebanyakan mereka akan mewarisi kecacatan kekal
sepanjang hayat. Bom kimia WP (White Phosphorus) digunakan dengan
berleluasa yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian yang
mengerikan. SEGERALAH BERTINDAK!
BOIKOT
Nabi bersabda: “Apabila kamu melihat
kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan; jika tak mampu, dengan
lidah; jika tak mampu juga, dengan hati; maka itu adalah selemah-lemah
iman.” Riwayat Muslim.
(Dapatkan maklumat yang lebih
terperinci, berserta senarai lengkap (bergambar) Barang Yang DiBoikot
Sepenuhnya dan Barang Yang DiBoikot Sebahagian)
Kenapa perlu Boikot?
Setiap ringgit yang kita belanjakan
untuk membeli produk seperti Coca Cola, Pepsi, Mirinda, Pringle’s,
Kraft, Johnson&Johnson, Levi's, Caltex, Esso, McDonald, KFC, Burger
King, dan banyak lagi, akan secara langsung menyumbangkan kepada
kekukuhan ekonomi Amerika dan israel. Dengan kekukuhan ekonomi, mereka
dapat mencipta lebih banyak senjata pembunuh dan pemusnah yang bakal
digunakan terutamanya ke atas Umat Islam bukan sahaja di Iraq,
Afghanistan, Palestin, malahan di seluruh muka bumi ini pada suatu hari
nanti.
Sebagai manusia yang beragama dan
bertamadun, sudah tentu kita tidak suka menggunakan cara keganasan yang
digunakan oleh Amerika dan israel untuk menegakkan pendirian (dengan
menjadi pembunuh dan pemusnah). Boikot adalah salah satu cara untuk
meluahkan penentangan terhadap kezaliman, ketidakadilan dan keganasan
zionis; tanpa perlu kita bertindak ganas. Sebagai pengguna, kita mampu
memainkan peranan untuk merubah keadaan. Kalau tak mampu boikot semua
produk keluaran Amerika dan syarikat yang menyokong israel, kita bermula
dengan beberapa item yang kita mampu dulu, InsyaAllah. Kita sebagai
Insan yang lemah hanya merancang, mencari ikhtiar dan berusaha, Allah
Taa'la yang Maha menentukan segalanya. Walau apapun, perjalanan 1000
batu bermula dengan satu langkah.
Bagi kita rakyat Malaysia yang
merdeka, kita masih mampu mengubah keadaan dengan lidah dan tangan.
Sebagai pengguna pula, kita masih mampu untuk berbuat sesuatu dengan
kuasa membeli yang ada pada kita. Kita juga mampu menggunakan lisan kita
untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada oran lain.
Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s
dibakar oleh Namrud dengan api yang menjulang seperti gunung, seekor
burung membawa beberapa titis air di dalam paruhnya untuk cuba membantu
memadamkan api yang membakar. Burung-burung yang lain mengatakan apalah
gunanya engkau membawa beberapa titis air untuk memadamkan api yang
menggunung itu. Belumpun sempat air itu jatuh ke bawah, sudah tentu
hilang sekelip mata akibat kepanasan api. Burung yang cuba membantu
menjawab, "sekurang-kurangnya, aku tidak berpeluk tubuh tanpa cuba
berbuat sesuatu. Setidak-tidaknya aku telah berusaha setakat termampu
untuk menyelamatkan agama Allah di atas muka bumi ini."
(Ar Raad 13:11) "Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri …"
Apakah matlamat yang ingin dicapai dengan memBoikot?
Aktiviti pemboikotan barangan
negara-negara yang terlibat dalam keganasan membunuh Umat Islam bukan
sahaja dipraktikkan oleh kita di Malaysia sahaja malahan di merata
tempat di seluruh dunia dengan matlamat untuk menghentikan keganasan
Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap orang awam yang tidak berdosa.
Sebahagian dari penduduk di negara-negara Timur Tengah telah lama
mengambil langkah ini. Sebahagian rakyat Eropah misalnya dari Norway,
Belgium, Greece, Perancis, Sepanyol dan lain-lain lagi telahpun secara
terbuka memulau barangan Amerika, israel dan negara penyokong mereka.
InsyaAllah, dengan gabungan ini, tidak dapat tidak, syarikat-syarikat
gergasi Amerika terutamanya akan terasa juga bahangnya. Hanya 10%
penurunan dalam jualan mereka di seluruh dunia akan membuatkan
pelabur-pelabur mereka melompat dari kerusi. Ini diharapkan dapat
memaksa mereka untuk mengkaji dan menilai kembali sokongan terhadap
dasar luar kerajaan mereka yang ganas. (Untuk maklumat dan gambaran
jelas layari http://www.inminds.co.uk/)
Cari Alternatif - Alhamdulillah,
mutakhir ini, telah terdapat banyak produk kegunaan harian keluaran
Malaysia yang lebih murah dan bermutu tinggi. Kalau dahulu, kita hanya
kenal Colgate, tetapi hari ini kita dapat berbangga dengan produk ubat
gigi keluaran negara kita sendiri seperti Safi, Najwa, Halagel, Mukmin,
Raiya yang kesemuanya berstatus Halal. Begitu juga dengan produk sabun,
kita sudah punya banyak alternatif lain selain dari Fab (USA) dan Breeze
(England); misalnya Puteri Emas, Daia, Harimau Kuat dan banyak lagi.
Nestle merupakan salah satu penyumbang utama kepada Ekonomi israel. Oleh
itu, carilah alternatif kepada Milo >>>(Vico - buatan
Malaysia, MyVico-M’sia), Maggie mee >>>(Mamee, Adabi, Rusky -
Malaysia, Indo Mi - Indonesia), Cap Junjung >>> (Marigold,
F&N, Dairy Champ - Malaysia), Nescafe >>> (Radix, Gold
Choice, Super CoffeeMix - Malaysia, Indocafe-Indonesia) dan banyak lagi
pilihan yang lain dengan kualiti yang setanding dan harga yang lebih
murah.
Adakah cara ini efektif? Proses
pemulauan barangan pernah dilakukan oleh sebahagian penduduk dunia ke
atas regim kulit putih Apartheid di Afrika Selatan yang menindas kaum
kulit hitam berabad lamanya. Hasilnya, ekonomi regim Apartheid terpukul
dan seterusnya melemahkan mereka dan akhirnya terpaksa menyerahkan
kembali negara tersebut kepada mereka yang berhak. Ini memberi ruang
kepada penduduk asal menikmati kembali hak mereka di mana Presiden
Nelson Mandela yang dipenjarakan oleh tentera regim kulit putih berbelas
tahun lamanya akhirnya dibebaskan.
Bagi negara-negara kapitalis,
kekuatan ekonomi merupakan kunci bagi mereka menakluki dunia dan
menjalankan aktiviti keganasan sesuka hati mereka. Kebanyakan punca
kekayaan yang mereka perolehi semenjak berkurun dulu datang dari hasil
rompakan yang mereka lakukan ke atas negara-negara timur dan Afrika yang
kaya dengan hasil bumi yang ditakluki mereka. Hari ini, ekonomi mereka
disokong penuh oleh sebahagian besar pengguna di dunia terutamanya
melalui pembelian produk dari negara Amerika.
Walaubagaimanapun, mutakhir ini
dunia menyaksikan Amerika dan negara-negara Eropah mengalami kejatuhan
ekonomi yang terburuk di dalam sejarah. Ini diharapkan dapat merencatkan
keegoan mereka untuk terus membuli negara-negara lemah dan mencipta
lebih banyak pembunuhan dan kemusnahan. Sebagai pengguna, ini adalah
kesempatan terbaik untuk digunakan bagi memberi tekanan serta
menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Amerika supaya berhenti
dari terus menyokong keganasan israel secara membuta tuli.
Keadaan ini juga membuka ruang
kepada rakyat Malaysia untuk memberi sokongan penuh kepada produk
tempatan dan di dalam masa yang sama membebaskan diri dari
kebergantungan hidup kepada produk dari luar. Menyokong produk tempatan
menjadikan Malaysia negara yang berdikari. Lebih banyak kita menggunakan
produk tempatan, lebih mengukuhkan ekonomi negara kita sebenarnya.
Kenapa kita masih lagi terpaksa menjual sebahagian barangan yang diBoikot?
Tidak dapat kami nafikan bahawa
usaha memboikot barangan USA dan penyokong israel bukanlah sesuatu yang
mudah disebabkan beberapa faktor. Faktor utama ialah kebergantungan
semenjak sekian lama rakyat Malaysia terhadap produk impot.
Terdapat beberapa jenis jenama
barangan yang telah menjadi sebati dengan pengguna di Malaysia.
Produk-produk ini telah kita gunakan dalam kehidupan harian kita
semenjak zaman datuk nenek lagi. Sebahagian besar dari kita telahpun
beranggapan bahawa produk tersebut berasal dari negara kita sendiri
disebabkan terlalu lama penggunaannya dan sangat popular. Antara jenama
yang sangat popular di negara kita yang hampir kesemua rakyat Malaysia
menggunakannya ialah Milo, Maggie, Kiwi, Colgate dan banyak lagi.
Semenjak puluhan tahun dulu lagi,
saban hari kita disajikan dengan iklan produk-produk tersebut melalui
media cetak dan elektronik; siang dan malam. Sebagai syarikat
multinasional yang kaya, syarikat-syarikat yang menyokong israel boleh
dikatakan memonopoli sepenuhnya ruangan iklan, terutamanya di kaca TV.
Kebanyakan syarikat tempatan tidak mampu untuk bersaing melalui
pengiklanan disebabkan kosnya yang sangat mahal. Kebanyakan pengguna di
Malaysia pula boleh dikatakan sangat terkesan dengan pengaruh iklan yang
mereka tontoni di dalam membuat keputusan terhadap pembelian.
Kadar penggunaan produk Milo oleh
rakyat Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia. Milo telah
diperkenalkan kepada rakyat Malaysia semenjak dari mereka kecil lagi.
Milo mula bertapak di Malaysia lebih dari 50 tahun dahulu. Oleh itu,
untuk memaksa pengguna Milo di Malaysia berhenti menggunakan produk
tersebut serta-merta, tidak ramai orang yang mampu melakukannya. Di
dalam menangani kes seperti ini, pihak Sabasun akan cuba mengambil
langkah strategi jangka panjang.
Contoh kes: Produk penjagaan bayi
Johnson & Johnson mula diboikot pada tahun 2006 yang lalu. Johnson
& Johnson merupakan salah satu syarikat Amerika yang hipokrit. Di
dalam iklan-iklan mereka, ditonjolkan tentang betapa prihatinnya
syarikat itu terhadap keselamatan dan penjagaan bayi di seluruh dunia.
Hakikatnya, mereka merupakan salah satu penyumbang kewangan yang utama
supaya rejim zionis boleh terus membunuh bayi-bayi serta kanak-kanak
yang tidak berdosa. Mereka melakukannya melalui (kononnya) pembelian
sebuah syarikat israel, Colbar LifeScience. Pada 3 Ogos 2006 yang lalu,
di waktu tentera israel sedang galak membunuh rakyat Lubnan, Johnson
& Johnson tidak sabar-sabar menghulurkan bantuan kepada israel
sebanyak USD 159 juta, kononnya untuk menambah pelaburan dalam Colbar.
Proses pemboikotan terpaksa
dilakukan secara berperingkat memandangkan penggunaan produk ini yang
meluas di kalangan pengguna di Malaysia serta faktor sejarah dan
jenamanya yang sudah lama bertapak di negara kita. Strategi yang
digunakan ialah dengan memboikot 30 jenis barangan daripada jumlah
keseluruhan 126 jenis pada peringkat pertama. Pada tahun berikutnya, 100
jenis dari 126 jenis barang berjaya diboikot. Hanya beberapa jenis yang
masih mendapat permintaan pelanggan dijual seperti bedak bayi. Di
samping itu, ruangan jualan dan pameran dihadkan serta sebarang bentuk
pengiklanan, aktiviti promosi atau sampel barangan tidak dibenarkan.
Dengan produk alternatif tempatan yang ditawarkan berserta sokongan
pelanggan, jualan produk dari syarikat Amerika ini semakin berkurangan
dari sehari ke sehari lalu dapat diboikot sepenuhnya sebelum berakhir
bulan Januari 2009. Pengguna yang berbelanja di Sabasun mula selesa
memilih bedak bayi buatan tempatan seperti Carrie, Safi Manja Care, Do
Re Mi dan beberapa jenis lagi.
Kuasa mutlak terletak di tangan
pengguna. Andalah yang menentukannya. Bantulah kami dengan mengurangkan
penggunaan produk yang diboikot; dan seterusnya mencari alternatif
kepada produk terbabit.
Kenapa Disney pun perlu diBoikot?
Selain dari menjadi penyumbang
kepada ekonomi Amerika dan israel, Syarikat Disney melalui filemnya
memainkan peranan penting untuk menanamkan rasa kekeliruan serta
kebencian, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Contohnya filem
animasi bersiri Aladin, yang telah tersiar semenjak hampir 20 tahun
dulu. Di dalam filem ini, orang Arab digambarkan sebagai ganas dan
jahat. Orang Arab yang ‘jahat’ di dalam filem ini akan bertutur di dalam
bahasa Inggeris dengan pelat Arab yang pekat. Manakala hero dan heroin
di dalam cerita tersebut pula akan bertutur bahasa Inggeris Amerika yang
standard. Di dalam filem itu digambarkan Baghdad (Iraq) dipenuhi dengan
orang-orang jahat. Anak-anak kecil terutamanya dari Amerika akan
membesar dengan mendapat gambaran yang salah dan kebencian yang menebal
kepada bangsa Arab. Hari ini, sebahagian anak-anak dari Amerika ini
menjadi tentera yang menyerang Iraq dan Afghanistan. Mereka menyeksa dan
membunuh manusia sesuka hati akibat dari perasaan benci yang menebal
akibat dari gambaran buruk yang ditonjolkan dengan salah oleh Disney
terhadap orang-orang Arab.
Tidak cukup dengan itu, Disney juga
pernah menggunakan taman temanya ‘Disneyland’ di Florida Amerika untuk
membuat satu pertunjukan bagi menggambarkan bahawa Baitulmaqdis adalah
ibu negara israel. Baitulmaqdis telah diduduki secara haram oleh israel.
Perkara ini telah diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa dan
disahkan melalui resolusi 242, 237 dan 405 Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu. Resolusi PBB juga menyatakan, Baitulmaqdis (Jerusalem) tidak
boleh menjadi ibu negara israel. Disney memperuntukkan sejumlah USD 8
juta bagi merealisasikan projek itu, dimana israel turut menghulurkan
sumbangan sebanyak USD 1.8 juta.
TERKINI
Usaha boikot telah mula menampakkan
kesan dan memberi tekanan kepada ekonomi Amerika dan sekutu mereka.
Coca-Cola mengalami kejatuhan jualan 20% di seluruh dunia. 20% merupakan
satu peratusan yang besar buat syarikat itu yang memungkinkan kerugian
berbilion dolar. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penyokong zionis
yang lain. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang sangat gawat, Amerika,
israel dan sekutu mereka juga berada dalam keadaan yang sangat tertekan.
Semuga keadaan ini dapat meredakan keganasan dan kebinatangan mereka;
juga bakal menghancurkan cita-cita mereka untuk menguasai dunia, Insya
Allah!
"Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai."(Ali Imran : 103)
"...dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa selain Allah..."~Ali Imran : 135~
*p/s: Semua perkataan yang
melibatkan ‘negara haram’ israel, secara sengaja ditulis dengan huruf
kecil. Ini adalah kerana israel sememangnya tidak layak untuk diiktiraf
sebagai sebuah negara pun.
Published on 18 February 2012