Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Saturday, January 2, 2016

Saya memulakan target bulan december 2015 dengan target 20 orang user sahaja, campurlah MNP dan SP. Tapi Alhamdulillah, Allah telah bagi rezeki lebih dari itu. Saya dapat daftarkan 23 orang user keseluruhannya.

Ada orang cakap, untuk melakukan sesuatu perkara kita kena ada keyakinan kepada apa yang kita lakukan.

Tetapi lepas melalui pengalaman bulan lepas/tahun lepas, saya tidak lagi merasakan pendapat ini seratus peratus tepat.

Kerana saya memulakan perniagaan ini 4 bulan lepas dengan keyakinan yang sangat sedikit. Dan demikian juga saya memulakan target December 2015 saya. Juga dengan keyakinan yang masih lagi rendah dari segala sudut.

Tetapi ternyata ianya tetap mendatangkan hasil yang memuaskan.

Jadi kesimpulan yang saya jumapa adalah.

1. Perkara yang paling penting sekali didalam setiap perkara yang kita lakukan, bukanlah keyakinan. Tetapi usaha itu sendiri.

Usahalah, walaupun dalam keadaan anda tidak yakin ianya akan berjaya. Kerana keyakinan itu akan datang kemudian.

Dan hakikat yang menjadikan sesuatu usaha itu berjaya bukanlah keyakinan kepada usaha tersebut. Tetapi pertolongan dari Tuhan. Dan pertolongan Tuhan bakal datang jika ada usaha dari makhlukNYA. Sama ada dia yakin atau tidak yakin denagn kemampuannya, Allah tetap akan membantunya.

Yang penting USAHA. Usahalah walau dengan usaha yang paling minimum.

Untuk mendapatkan web referral percuma daftar disini : http://onexoxians.net/onetelco

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya ditalian dibawah.

whatsapp/telegram : +60139885188
email : wirajiwa@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/wirajiwa
Web : http://onexoxians.net/onetelco

En. Adeysham Jaffar
ONEXOX AUTHORIZED DEALER (DYSD21274)
Pusat Bandar Chini, Pekan
Pahang.

Dealer ONEXOX :
Wirajiwa Faintallah (Bandar Chini Pahang)
KasNGoh (Pekan Pahang)
Adi Nor Jaffar (Nilai)
Rose Nita (Rawang dan sekitar KL)
Amier Onexox (Bandar Chini Pahang)
Norliyana Ideris (Muadzam Shah Pahang)




http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Saturday, January 02, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments



Kisah yang insyaAllah menjadi tauladan pada diri anda dan sahabat sekalian.

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya senyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg dihajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-Quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah yahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat..cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh..

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...

Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

p/s: Hargailah pemberian seseorang walaupun ianya amat kecil di mata kita.

http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Saturday, January 02, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Berbaktilah dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua kita ketika mereka masih ada .

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang dinyatakan di dalam wahyu. Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka. "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya".

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut.

Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang dikatakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik.

Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah.

Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam didapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah.

Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakah mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat.

Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.

Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya diletakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua-dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau didalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut.

Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang diutuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuanya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.

Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya".

Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu sama ada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini".

Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nabi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhakai kepada kedua ibu bapanya".

Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib. "


1. TAMBAH PENDAPATAN DENGAN MENJADI PENGEDAR SIM CARD ONEXOX
http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Saturday, January 02, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



Posted on Saturday, January 02, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, October 20, 2015

Pernah Suatu ketika Rasulullah ๏ทบ bangun dari tidurnya lalu baginda ๏ทบ tersenyum. Perkara itu Dilihat oleh Sayyidina Umar lalu ditanya.

"Ya Rasulullah ๏ทบ mengapakah engkau tersenyum selepas kau bangun dari tidur tadi?" .

Jawab Rasulullah ๏ทบ "Aku bermimpi mendapati diakhirat dua orang,yang mana seorang itu orang yang dizalimi dan seorang itu lagi orang yang menzalimi kepada yang dizalimi itu .

Orang yang dizalimi itu berkata "Wahai Allah,sesungguhnya dia menzalimi kepadaku didunia".
Lalu orang yang dizalimi itu diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk ambil segala pahala/kebaikan yang ada pada orang yang zalim itu sehinggakan tiada lagi pahala/ kebaikan pada orang zalim itu .

Tidak mencukupi pula sehinggakan,diberi pula dosa kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang yang dizalimi itu kepada orang yang menzalimi itu. Hanya tinggal dosa yang banyak kepadanya, tiada lagi pahala walaupun sikit .

Ketika Rasulullah ๏ทบ menceritakan kisah mimpinya itu, Baginda ๏ทบ menangis. 

Lalu Baginda mengatakan, 

Allah s.w.t berkata kepada orang yang dizalimi "Wahai fulan, angkat kepalamu" lalu mendapati akan orang yang dizalmi itu suatu keindahan yang luar biasa, lalu dia bertanya "Wahai Allah ini sungguh indah, Nabi siapa yang punya? Orang Siddiq siapa yang punya? Orang syahid siapa yang punya?

Lalu Allah s.w.t menjawab "keindahan ini adalah kepunyaan orang yang mempunyai bayaran yang boleh dibayar oleh Allah"lalu Beliau tanya lagi "Apa bayarannya wahai Allah?" 

Berkata Allah s.w.t "Bayarannya ialah memaafkan orang lain" orang yang dizalimi itu mengatakan "Wahai Allah aku memaafkan orang yang menzalimi aku itu" 

Allah s.w.t berkata pula kepadanya "Wahai fulan ambil lah tangan orang yang menzalimi kepadamu itu pergi masuk ke syurga sana", lalu dibawa tangannya menuju ke syurga. 

Disebabkan perkara Ini yang membuatkan Rasulullah ๏ทบ tersenyum.

- petikan tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Hamid -

Posted on Tuesday, October 20, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, October 14, 2015

Cara nak Pastikan Anda Capai Matlamat

Ada dua orang kawan Amir dan Imran tinggal di kawasan perkampungan di India. Amir berumur 6 tahun dan Imran berumur 11 tahun dan dua kali lebih besar dari amir. 

Suatu hari mereka pergi bermain di bukit di berdekatan kampong mereka. Tidak ada sorang pun di situ macam tempat berhantu. Apa yang ada ialah satu perigi dan timba yang dikat dengan tali.
Semasa bermain Imran telah terjatuh dalam perigi dan Amir cemas. Puas dia menjerit meminta tolong tapi MEMANG TIDAK ADA ORANG Di kawasan tu.

Amir tak tahu nak buat apa, tapi dia tahu satu perkara. Kalau dia tak buat sesuatu Imran kawan kesayangannya akan lemas dalam perigi tu. Jadi apa dia boleh buat ialah campakkan timba dan suruh Imran pegang timba tersebut. Dan dia mula menarik tali itu sedaya upaya. Imran terselamat.

Sampai di kampong, Imran menceritakan pada orang kampong apa yang telah berlaku . Semua orang tak percaya.

Mereka menyuruh Amir mengangkat satu timba yang berisi air. Ternyata Amir tidak dapat mengangkat timba tersebut.

Tetapi ada seorang tua yang amat dihormati datang dan berkata “Saya percaya apa yang kamu berdua ceritakan”

Orang kampong bertanya “Macamana Amir boleh mampu menyelamatkan orang yang dua kali lebih besar darinya.

Pakcik tua itu berkata “Pada masa kejadian Amir tidak berpeluang untuk dengar suara kamu mengatakan ia adalah mustahil.

“Seseorang dapat melakukan sesuatu yang dianggap mustahil sekiranya ia terlindung dari dua suara”
“Satu suara orang disekitarnya yang meragui kemampuannya”

“Dua suara diri sendiri yang selalu mencuri hak seseorang untuk menjadi hebat”

Tapi macamana Amir dapat bisukan keraguaan yang wujud pada semua orang?

Orang tua tersebut menjawab “ Waktu kejadian Amir terlalu sibuk mendengar suara Imran yang minta diselamatkan.

Moral of the story is apabila anda ada matlamat jangan masukkan satu benda pun dalam otak anda yang boleh membuat anda meragui kemampuan anda.

http://onexoxians.net/onetelco

Selamat Maal Hijrah

Sumber : FACEBOOK

Posted on Wednesday, October 14, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, August 15, 2015

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Posted on Saturday, August 15, 2015 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory