Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Thursday, March 14, 2013

Khidmat Masyarakat. Badan Kebajikan Baitul Ukhwah Malaysia bersama didalam melancarkan kempen serta-merta didalam mengumpul sumbangan dalam bentuk kewangan, bahan makan dan pakaian.

Bantuan kecemasan:

Saya perlukan bantuan rakyat Malaysia yang prihatin dan yang ingin menderma pakaian lama tetapi masih boleh di pakai untuk didermakan kepada masyarakat Rohingya yang musafir tanpa tanah di bumi allah. Kepada mereka yang ingin menderma baju dan wang boleh hubungi saya di talian 0107769363 atau boleh kemana-mana Pejabat Majlis perundingan Pertubuhan Islam malaysia. Kami merayu bantuan untuk membantu masyarakat Rohingya yang dizalimi di bumi Myammar.

Tolong share sebanyak mungkin saya perlukan bantuan kawan-kawan fisabillah , rakan-rakan perjuang, sahabat dan seluruh rakyat Malaysia.

SHARE
Sumbangan baju/makanan dan segala keperluan asas lain boleh dialamatkan ke :

NO, 448 LORONG CERIA 9,
BANDAR UTAMA,
08000 SG PETANI
KEDAH.
Untuk keterangan lanjut:

Phone/Whats App : 010-7769363
Blackberry Mesengger (BBM) : 234CFF58
Email : qeddahevent@yahoo.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/mohdfairosealmubarekh

Pelarian Rohingya terkandas di Jerlun
MOHD SOFEE WAHAB
13 Mac 2013
Pelarian wanita dan kanak-kanak yang tidak bertenaga membantu sesama mereka untuk ke daratan.
Pelarian wanita dan kanak-kanak yang tidak bertenaga membantu sesama mereka untuk ke daratan.
Pelarian wanita dan kanak-kanak yang tidak bertenaga membantu sesama mereka untuk ke daratan.

Sebahagian pelarian kanak-kanak dan wanita yang selamat sampai di daratan.

Bayi dan kanak-kanak antara pelarian yang mendarat di Kuala Jerlun.

Penduduk membawa pelarian ke satu tempat untuk dikumpulkan.
JERLUN – Bayi berusia dua bulan antara yang ditahan apabila sebuah bot bermuatan hampir 200 orang pelarian Rohingya terkandas dekat perkampungan nelayan di Kampung Jeruju, Kuala Jerlun, awal pagi , semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, sekumpulan pelarian Rohingya mengharungi kawasan lumpur sejauh satu kilometer dari tengah laut menuju ke daratan.

Saksi kejadian, nelayan, Shaari Ahmad, 60, yang pada ketika itu memukat ikan di laut ternampak sekumpulan manusia menyeberangi laut untuk ke daratan.

Menurutnya, mulanya dia tidak mengendahkannya berikutan kawasan yang mereka dekati itu adalah tempat mencari siput bentarang tetapi apabila tiba di darat, penduduk memberitahu kesemua mereka adalah pelarian Rohingya.

“Biasanya kawasan ini dipenuhi bot penduduk yang mencari siput bentarang, namun disebabkan terlalu ramai ia menghairankan saya.

“Setibanya di pelantar, saya terkejut apabila penduduk memaklumkan ada pendatang mendarat di kampung ini dan segera ke tempat kejadian,” katanya.

Kata Shaari, di kawasan itu pernah terjadi kes sebegitu sebelum ini namun tidak seramai sepertimana yang berlaku semalam.

“Sebelum ini, ada pendatang asing yang mendarat di sini namun hanya melibatkan 40 hingga 50 orang.

“Apa yang menyedihkan ada kanak-kanak dan kesemua mereka bernasib baik kerana jika lambat sampai ke daratan, mereka pasti akan mati berikutan air laut sedang pasang,” katanya.

Disangka penduduk kampung Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi nelayan, Shamsudin Shafie, 38, yang sedang memukat ikan, namun menyangka kehadiran sekumpulan manusia itu adalah penduduk kampung.

Menurutnya, dia mendekati kumpulan tersebut dan mendapati kebanyakan mereka mengendong kanak-kanak kecil serta menjunjung beg pakaian di kepala.

“Sebelum mendekati bot tersebut, saya nampak kesemua mereka yang meredah lumpur di kawasan ini dilihat seperti ‘bertali’ untuk ke daratan.

“Sebaik mengenal pasti kesemua mereka adalah pelarian saya segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

Kata Shamsudin, memandangkan pelarian Ronghiya adalah seagama, penduduk bersimpati dengan mereka terutamanya kanak-kanak kecil.

“Difahamkan, bot yang dinaiki pelarian tersebut cuba mendarat di Thailand tetapi diusir sehingga terkandas di sini,” katanya.
 Sebahagian pelarian kanak-kanak dan wanita yang selamat sampai di daratan.
Sebahagian pelarian kanak-kanak dan wanita yang selamat sampai di daratan.


Penduduk memberikan sumbangan

Penduduk, Shafie Md Isa, 61, berkata,dia bergegas ke tempat kejadian bersama tiga lagi orang kampung sebaik sahaja dimaklumkan anaknya yang berada di laut.

Menurutnya, dia segera memaklumkan kepada pihak berkuasa berikutan bimbang berlaku perkara tidak baik memandangkan jumlah pelarian begitu ramai.

“Pihak berkuasa yang sampai ke tempat kejadian mendapati kesemua mereka adalah pelarian dan kami kasihan melihat keadaan mereka yang terpaksa meredah lumpur sejauh satu kilometer.

“Inisiatif diambil seluruh penduduk membantu membekalkan pakaian dan makanan kepada mereka sebagai tanda prihatin,” katanya.

Menurut Shafie, bot yang dinaiki pelarian terbabit ditunda ke pelantar Kuala Tunjang oleh sebuah bot nelayan diiringi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM).

Difahamkan kesemua mereka berada di sekitar perairan negara sejak 12 hari lalu dan sudah hampir tujuh hari tidak makan.
Bayi dan kanak-kanak antara pelarian yang mendarat di Kuala Jerlun.
Bayi dan kanak-kanak antara pelarian yang mendarat di Kuala Jerlun.


Kesemua pelarian selamat

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kubang Pasu, Asisten Superintendan Zakaria Shahadat berkata, dia menerima maklumat daripada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu lebih kurang jam 8 pagi mengenai kehadiran pelarian itu.

Katanya, dia bersama 14 anggota termasuk pegawai ke tempat kejadian bagi memantau keadaan di kawasan itu dan mendapati kesemua pelarian tersebut sedang mengharungi lumpur di pesisiran pantai untuk ke darat.
Penduduk membawa pelarian ke satu tempat untuk dikumpulkan
Penduduk membawa pelarian ke satu tempat untuk dikumpulkan

“Setibanya kesemua pelarian di daratan pihak berkuasa mengarahkan mereka membersihkan diri kemudian dikumpulkan di satu tempat dibantu penduduk dan anggota Rela.

“Kesemua pelarian selamat dan pergolakan yang berlaku di negara mereka mendorong mereka meninggalkannya,” katanya.

Beliau berkata, bot yang dinaiki pelarian itu tidak dapat menghampiri kawasan darat berikutan air laut pada waktu itu sedang surut.

“Kesemua pelarian akan dibawa ke IPD Kubang Pasu dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Negeri Kedah,” katanya.

Pelarian berkenaan dianggarkan berjumlah 184 orang melibatkan 70 lelaki, 49 wanita, 46 kanak-kanak lelaki dan 19 kanak-kanak perempuan.

Artikel dan gambar hak milik Sinar harian : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pelarian-rohingya-terkandas-di-jerlun-1.139078 

Published on 14 March 2013

Posted on Thursday, March 14, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, February 4, 2013


http://wirajiwa.bumicyber.com/images/remote/http--2.bp.blogspot.com-_IeML_eG16GM-SAZIhR8AnnI-AAAAAAAAAFQ-_uG6RGAnYc8-S210-boycott-poster3.jpg

Manusia mencari berbagai alasan untuk lari dari jihad dan membantu jihad saudara-saudaranya, malah lansung menidakkan jihad orang lain. Dan ramai lagi orang yang berfikiran macam Idris Sulaiman. SHAME ON YOU!!!

Cegah kemungkaran (aka kezaliman) melalui 3 cara.

1. Dengan tangan(macam yang mereka buat di Palestine, dan turun padang kempen diseluruh dunia untuk boikot dan menjatuhkan ekonomi israel),

2. dengan mulut(Macam yang saudara/saudari kita lakukan lewat di facebook,blog dan kempen di seluruh dunia),

3. dan dengan hati. (Ada diantara kita yang lansung tidak mencapai piawaian yang paling minimun ini)

Saya kagum dengan kesungguhan sebahagian mereka yang ingin melihat negara israel lumpuh dari segi ekonomi lansung menjejaskan kemantapan melitarinya. Mereka ini semut-semut api yang punya hati jauh lebih besar dari gajah, dan lebih berani dari singa jantan.

Kilang atau syarikat yang menyalurkan % keuntungan mereka kepada zionis wajar kita boikot dari membeli produk mereka, dan pekerja-pekerja mereka yang beragama Islam sepatutnya telah beransur-ansur  berusaha mencari sumber rezeki dari tempat yang tidak mempunyai kaitan bantuan ekonomi kepada  Israel, (kerana kita tahu umat Islam sekarang belum mampu mengabaikan PERUT MEREKA DEMI SAUDARA MEREKA YANG LAIN)

Syarikat-syarikat tertentu milik israel yang menyalurkan % keuntungan mereka untuk menyokong kempen zionis/israel untuk menjajah tanah palestine. Maka barang dan produk syarikat itu jatuh HARAM utk umat Islam menggunakannya. Kerana keuntungannya digunakan untuk membantu kampen ketenteraan keatas umat Islam. Apa anda tidak pernah terfikir sejauh itu mengenai isu ini? SHAME ON YOU!!!

Barang kali tulisan saya yang panjang ini juga tidak mendatangkan menafaat apa-apa dalam situasi ini, kerana orang yang tidak suka membaca, dan tidak mahu sama sekali menerima pendapat dan tulisan orang lain, kerana katanya "tiada keshahihan didalam internet." Saya tidak mengatakan bahan yang kita dapat dari internet ini adalah 100% boleh dipercayai. TETAPI TIDAKKAH IANYA DAPAT MENGERAKKAN OTAK KITA SUPAYA BERFIKIR?

Pernah dengar perpatah Melayu yang berbunyi : "JIKA TIADA ANGIN MASAKAN POHON BERGOYANG." dan "KALAU TIDAK ADA MASAKAN ORANG MENGATA."

Dan didalam hal mempercayai stedment dari badan-badan/ngo dan pihak-pihak tertentu yang menyenaraikan syarikat-syarikat yang menyalurkan profit tahunan mereka kepada israel ini , saya lebih kepada : "Kenyataan yang diterima pakai oleh seluruh dunia mengenai isu ini(list barangan yang membantu israel) menghampiri kesahihan walaupun tidak 100 benar."

Jangan jadi orang yang  menolak 100 alasan untuk menerima kebenaran tetapi  mencari 1 atau 2 alasan untuk tidak menerimanya.

HANYA KERANA KEBETULAN MUNGKIN KITA SALAH SEORANG PEKERJA  SYARIKAT YANG  DISENARAIKAN SEBAGAI PENYUMBANG KEPADA israel. SHAME ON YOU!!!

Kita sangsi kepada perjuangan pejuang-pejuang di palestine? Sungguh kekeliruan yang aneh kepada seorang yang mengaku dirinya Islam. Dan semua orang Islam itu adalah saudaranya.
Quote Someone : " itu musuh Islam nyata. tak perlu dipersoalkan. kenapa zaman Rasulullah tak perang je time ada Yahudi & Nasrani di Madinah?"
Saya mau tanya kembali, adakah orang Yahudi dizaman Rasulullah SAW meruntuhkan rumah-rumah orang Islam? Adakah mereka merampas tanah-tanah orang Islam? Adakah mereka membunuh orang-orang tua, orang perempuan dan anak-anak kecil orang Islam?

Dan saya tolong jawab untuk anda. JAWAPANNYA ADALAH TIDAK. Dan lantaran dari ittulah Rasulullah SAW tidak memerangi mereka. Anda fikir Nabi takut kerana bilangan mereka lebih ramai atau ekonomi mereka lebih kuat masa itu? Yahudi dizaman Rasulullah SAW hanya sekadar hippokrik tetapi tidak memudharatkan dan tidak memerangi Nabi SAW. Inilah jawapannya Baginda SAW tidak memerangi mereka.

Quote Someone: " insya-Allah kalau kita amalkan Al-Fatihah setiap hari insya-Allah kita sudah memerangi Yahudi & Nasrani. Amalkan."

Anda kira peranan anda sebagai seorang saudara Islam kepada orang Islam yang lain bakal terlunas dengan Al-Fatihah sahaja?
PERCAYALAH, TUNTUTAN SAUDARA MUSLIM KEATAS SAUDARANYA JAUH LEBIH BESAR DARI YANG DEMIKIAN ITU.

SAYA SANGAT HAIRAN ,, RAMAI RUPANYA ORANG ISLAM SANGSI KEPADA BERITA-BERITA YANG CENDERUNG KEPADA PEMBELAAN KEATAS UMAT ISLAM SENDIRI.

Quote Someone: "saya tak kata usahaanda semua tak betul(Memboikot produk Israel). cuma teguran, kita patut selidik betul-betul kenyataan dalam internet. jgn percaya 100% kita ada rukun islam, rukun iman. Zakat, masya-Allah lebih dari cukup untuk membangunkan umat Islam."

Jawapan saya Kepada anda : “Anda dapat membezakan atau tidak. Antara usaha untuk menambah baik UMMAH dengan usaha MEMBELA MARUAH/TANAH AIR/RUMAHTANGGA/ANAK ISTERI YANG BERLAKU DI PALESTINE. ?!


Kita tidak bicarakan isu hal Keadaan Umat Islam secara Global(keseluruhan) Tetapi skopnya tertumpu kepada isu Palestine yang di tindas. SHAME ON YOU!!!!!”

Kita tidak menyerang mereka, kita BERJUANG MEMPERTAHANKAN (dengan cara dan usaha untuk melumpuhkan ekonomi yang digunakan untuk membeli senjata untuk membunuh Umat Islam). Ada perbezaan bukan?

Kenapa bandingkan kegawatan akidah dan akhlak diMalaysia? Tidak ada sesiapa memaksa mereka meminum arak di changkat Bukit Bingtang dan sebagainya. WALAUPUN KITA TELAH ADA TAKAZAR PERJUANGAN MENANTI (menghapuskan kebatilan di Kampung kita sendiri) ini tidak bermakna kita harus meminggir dalam Isu Umas Islam di seluruh dunia. Kita tidak sepatutnya mengabaikan terus hal-hal umat Islam diseluruh dunia dengan alas an, di Negara kita juga ada masaalah yang perlu diselesaikan.

Isu Palestine/Rohingya/syiria dan merata-rata lagi umat Islam yang ditindas. Mereka perlukan pembelaan kerana mereka BUKAN RAKYAT SEPERTI RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH BOLEH MENGUNAKAN AKAL UNTUK MEMILIH. MEREKA TIDAK PUNYA PILIHAN, MELAINKAN BERJUANG MEMPERTAHANKAN DIRI MEREKA. DAN KITA HARUS IKUT SIMPATI. DAN SIMPATI YANG HANYA PADA UCAPAN TIDAK MEMADAI SAUDARA DAN SAUDARI.

Saya tidak menidakkan perjuangan menegakkan Islam juga utama di Malaysia(utk menghapuskan kejahatan disini). Tetapi ini tidak bermakna lansung tidak ada yang dapat kita lakukan untuk Palestine. Hatta sekadar boikot McD dan 2,3 lagi produk Israel. Itu pun tak mampu? Itu pun keberatan? Mana mungkin hati-hati yang demikian akan sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk Islam. SHAME ON YOU!

Demi Allah, mereka di Palestine sedang dibunuh. Dan Umat Islam di Syiria sedang dibunuh sebanyak 42 ribu dalam masa 2 tahun. Dan anak gadis mereka dirogol. JIKA ANDA TIDAK MEMPERCAYAINYA SEKALI PUN, TIDAKKAH ANDA MERASA PRIHATIN DENGAN KABAR INI .


Saya tidak hanya membaca, tetapi saya mendengar dari orang yang pergi sendiri kesana. Adakah mereka menipu untuk meraih publisiti macam Aflin sauki tu(semua org kenal dia ni kalau anda nak kata dia menipu, saya rasa seluruh orang di Malaysia lebih dahulu akan mengeluarkan kata-kata : "Bukan boleh percaya sangat dia ni, dia buat cerita nak melaga-lagakan kita dengan israel jer ni.").

Bacalah, dan dengarlah laporan-laporan dari mereka yang telah pergi membantu disana. Apa tidak sedikit kita rasa isu ini utama? Setidaknya di letakkan setanding dengan isu-isu lain (macam isu bukit bintang? yaa Tuhan). [“Ada orang Islam yang bergini mentalitinya?”]

ADIK-ADIK KITA DI BUNUH DAN DIROGOL DISANA. BERAT SANGATKAN UNTUK MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL BERMULA DENGAN 1,2 JENAMA YANG BIASA KITA GUNA(dan kita ada jenama lain untuk dibuat pilihan?)

Anda sangsi dengan falsafah hidup saya? :"Dunia ini terlalu sempit untuk persengketaan."
Benar SAYA MENCINTAI KEDAMAIAN, TETAPI INI BUKAN BERMAKSUD SAYA AKAN REDHA SAUDARA-SAUDARA KITA DIBUNUH SEWENANGNYA. DAN ITU BUKAN MENJADIKAN SAYA TIDAK BERTINDAK BALAS ATAU BERTINDAK MEMPERTAHANKAN DIRI SAYA/SAUDARA-SAUDARA SAYA.

DEMI ALLAH AKU TIDAK REDHA DUIT RINGGIT YANG ALLAH BAGI KEPADAKU DIGUNAKAN UNTUK MEMBELI BARANGAN JENAMA ISRAEL. DAN MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA ISRAEL YANG MENJAJAH PALESTINE . DAN DUIT TERSEBUT DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MERAMPAS INCI DEMI INCI TANAH PALESTINE. DAN SAYA JUGA BERHARAP SEMUA SAUDARA-SAUDARA SEISLAM BERPRINSIP DEMIKIAN.

TETAPI JIKA  TIDAK MAHU SERTA DENGAN USAHA KECIL INI TIDAK MENGAPA. TIDAK ADA PAKSAAN SAMA SEKALI. KAMI HANYA BERKEMPEN, BUKAN MEMAKSA. SEDANGKAN ANDALAH YANG MEMPERLEKEH-LEKEHKANNYA DENGAN MENGELUARKAN STEDMENT,: "CUKUP DENGAN SEMBAHYANG DAN MEMENUHKAN MASJID SUDAH MAMPU MEMBUATKAN MUSUH ISLAM MENJADI GERUN".


BARANG KALI israel AKAN MEMULANGKAN SEMULA TANAH PALESTINE YANG DIJAJAH? SO NAIF.

JIKA INILAH PRINSIP YANG DIAMALKAN OLEH UMAT ISLAM YANG TERDAHULU(Para Sahabat RA)=(CUKUP DENGAN BERSEMBAHYANG DAN MERAMAIKAN MASJID) MAKA ISLAM TIDAK BAKAL TERSEBAR KESINI. DAN ORANG MELAYU BARANG KALI MASIH MENYEMBAH ‘BUSUT-BUSUT JANTAN’ DISEKITAR KAMPUNG-KAMPUNG MEREKA.

ADAKAH ANDA MEMBACA SEJARAH TENTANG KESUKARAN DAN KECEKALAN MEREKA YANG TERDAHULU DALAM MEMPERKEMBANGKAN ISLAM? SEHINGGA JATUHNYA ROM DAN PARSI. DAN DENGAN ITU MEMBUATKAN ISLAM BEBAS TERSEBAR KESELURUH DUNIA? ANDA FIKIR MEREKA INI BERPERINSIP CUKUP DENGAN SEMBAHYANG RAMAI-RAMAI?

SEMBAHYANG ITU ADALAH KEMENANGAN YANG BERKONSEP ROHANI. UNTUK JASMANI/FIZIKALNYA KENA USAHA TUAN DENGAN CARA JASMANI. ALLAH ITU MENJADIKAN ISLAM INI AGAMA YANG LOGIS DAN BOLEH DITERIMA AKAL, BUKAN AGAMA YANG BERSANDARKAN KEAJAIPAN-KEAJAIPAN SEBAGAI AKIDAH.

KENAPA RASULULLAH SAW BERPERANG PADA PERANG BADAR YANG JUMLAHNYA HANYA 313 ORG SEDANGKAN PIHAK MUSYRIK QURAISY BERJUMLAH 1000 LEBIH? KENAPA RASULULLAH SAW TIDAK BERDOA SAHAJA DAN BERSEMBAHYANG DAN MEMINTA KEPADA ALLAH KEMENANGAN TANPA BERJUANG? SEDANGKAN SEMBAHYANG RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT ra. LEBIH UTAMA DISISI ALLAH. DAN DOA MEREKA LEBIH UTAMA JUGA DISISI ALLAH UNTUK DIMAKBULKAN.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Dan isu umat Islam diseluruh dunia ini adalah ujian untuk umat Islam diMalaysia. Adakah kita perihatin?.

Saya tidak mahukan kemenangan didalam hujah-hujah saya disini. Saya Cuma ingin menyatakan yang kritikan mereka kepada usaha-usaha mereka yang memboikot produk Israel ini adalah melampau . Dan tidak mencerminkan keperihatinan seorang saudara Islam kepada saudaranya yang lain.

SESUNGGUHNYA ISLAM ITU ADALAH AGAMA YANG PENUH DENGAN LEMAH LEMBUT. TETAPI JANGAN SAMAKAN ERTI LEMAH LEMBUT ITU DENGAN LEMAH.TIDAK SAMA DAN JAUH SAMA SEKALI BEZANYA.

Posted on Monday, February 04, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, January 8, 2013

Di suatu senja sepulang kerja, saya masih berkesempatan untuk ngurus tanaman di depan rumah, setelah hampir satu jam saya membersihkan dan menyirami tanaman, terdengar suara tukang bakso dorong lewat.

Sambil menyeka keringat, saya panggil tukang bakso itu dan saya memesan beberapa mangkok bakso, setelah saya tanya anak-anak juga pada mau makan bakso.

Selesai makan bakso, lalu saya membayarnya, ada satu hal yang menggelitik fikiran saya selama ini ketika saya membayarnya, si tukang bakso memisahkan uang yang diterimanya, di mana yang satu disimpan dilaci, yang satu ke dompet dan yang lainnya disimpan di kaleng bekas kue semacam kencleng, atas rasa penasaran lalu saya bertanya :

"Mas kalau boleh tahu, kenapa uang-uang itu Mas pisahkan, barangkali ada maksud dan tujuan?", kata saya.

Tukang bakso menjawab: "Iya Pak, selama 17 tahun saya menjadi tukang bakso, setiap hari saya selalu memisahkannya, ya tujuannya sederhana saja, saya hanya ingin memisahkan mana yang menjadi hak saya, mana yang menjadi hak orang lain atau tempat ibadah dan mana yang menjadi hak cita-cita penyempurnaan iman".

Mendengar jawaban seorang tukang bakso itu saya benar-benar terkejut dan saya melanjutkan bertanya.

"Maksudnya Mas...?",

Sambil bersandar di tembok pagar rumah saya tukang bakso itu menjawab: "Iya Pak, kan agama dan Allah menganjurkan Kita agar bisa berbagi dengan sesama, dan saya membagi 3, dengan pembagian:

1. Uang yang masuk ke dompet, artinya untuk memenuhi keperluan hidup sehari-hari saya dan keluarga.

2. Uang yang masuk ke laci, artinya untuk infaq/sedekah, atau untuk melaksanakan ibadah Qurban, dan Alhamdulillah selama 17 tahun menjadi tukang bakso, saya selalu ikut qurban seekor kambing, meskipun kambingnya yang ukuran sedang saja.

3. Uang yang masuk ke kencleng, karena saya ingin menyempurnakan agama yang saya pegang yaitu Islam dan Islam mewajibkan kepada umatnya yang mampu untuk melaksanakan ibadah haji dan ibadah haji ini tentu butuh biaya yang besar maka saya berunding dengan istri dan istri menyetujui bahwa disetiap penghasilan harian hasil jualan bakso ini, saya harus menyisihkan sebagian penghasilan sebagai tabungan haji, dan insya Allah selama 17 tahun menabung, sekitar 2 tahun lagi saya dan istri akan melaksanakan ibadah haji.

Terus terang sedikitpun saya tidak menyangka akan mendapat jawaban seperti itu dari seorang tukang bakso, hati saya benar-benar sangat tersentak juga tersentuh mendengar jawaban itu. Sungguh sebuah jawaban sederhana yang sangat mulia. Bahkan mungkin kita yang memiliki nasib sedikit lebih baik dari tukang bakso tersebut, belum tentu memiliki Pikiran dan rencana indah dalam hidup seperti itu dan seringkali berlindung di balik kata tidak mampu atau belum ada rezeki.

Sahabat ...

Terus saya melanjutkan pertanyaan :

"Iya memang itu bagus Mas, tapi kan ibadah haji itu hanya diwajibkan bagi yang mampu, termasuk memiliki kemampuan dalam biaya..." kata saya.

Tukang bakso menjawab: "Itulah sebabnya Pak, saya justru malu kalau bicara soal mampu atau tidak mampu ini, karena definisi mampu itu bukan hak Pak RT atau Pak RW, bukan hak Pak Camat ataupun MUI. Definisi "mampu" adalah sebuah Definisi di mana Kita diberi kebebasan untuk mendefinisikannya sendiri, kalau kita mendefinisikan diri sendiri sebagai orang tidak mampu, maka mungkin selamanya kita akan menjadi manusia tidak mampu, sebaliknya kalau kita mendefinisikan diri sendiri, "mampu", maka insya Allah dengan segala kekuasaan dan kewenangannya, Allah akan memberi kemampuan pada kita".

Subhanallah, betapa mulianya tukang bakso ini, sama sekali saya tidak menyangka akan mendengar sebuah jawaban elegan dari seorang tukang bakso, yang tentunya patut kita semua contoh.

Sahabat ...

Percakapan singkat saya dengan tukang bakso yang sederhana ini, semoga memberi hikmah terbaik bagi kehidupan kita. Aamiin...

Posted on Tuesday, January 08, 2013 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, December 19, 2012

Sebenarnya, artikel ni saya dapat dari sebuah blog. Dan kebetulan ia mirip kepada permasalahan anda, cuma bezanya 'tingkat keterlanjuran tersebut'. Jadi saya rasa, Mungkin kita bisa sama-sama menghayatinya. Semoga Allah memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk kearah akhlak yang lebih cemerlang.
Dan sebelum dari itu. Terimalah sepatah dua kata dari saya. Sebenarnya, tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Tetapi itu tidak bermakna kita harus terus berada didalam kesalahan tersebut. Iblis itu sentiasa membisikan rasa putus asa kepada keampunan ALLAH. Melalaikan mereka supaya melewatkan taubat, lalu mereka merasa jauh dari rahmat Allah dan mereka berputus asa. Dan merasa diri sendiri itu tidak ada harapan lagi.
Sebenarnya, tidak ada dosa yang tidak diampunkan oleh ALLAH apabila hamba-hambaNYA bertaubat kepadanya.
Dan sesungguhnya manusia itu lalai dan pelupa sifatnya. Apabila pagi dia bertaubat kepada ALLAH, nescaya pada petangnya dia bermaksiat semula kepadaNYA.
Dan pada malamnya dia bertaubat kepada ALLAH, namun di sebelah paginya dia akan bermaksiat semula kepada ALLAH. Namun demikian, Allah itu maha pengampun dan Maha Mengasihani, janganlah berputus asa kepadaNYA.
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Al-Quran Surah An-Nisa : 10 ]
Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). [AL-QURAN SURAH Al-Mulk: 2]
“Dan, orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah?..”(QS. Surah Ali –Imran : 135)
“dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang (QS. Surah An – Nisa’ : 110)
* HARAP KITA SAMA-SAMA DAPAT MENIMBA PENGETAHUAN . amin

Assalamu’alaikum Bro Azrul …

First of all I like to say thanks for creating myjodoh. I am now engaged to a kind man and we are getting married soon. My problem is that he doesn’t know much about my past. I have made a mistake in the past that I regret very much. I’ve given up something that is very precious, something that only should be given to a rightful husband. I feel so sorry for him by keeping this up. Yet, I afraid that I couldn’t find another as kind as him. Please advice.

Terjemahan :
Assalamu’alaikum Bro Azrul,
Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membina myJodoh. Saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang baik dan akan berkahwin tidak lama lagi. Masalah saya adalah beliau tidak banyak mengetahui tentang kisah silam saya. Saya telah melakukan kesilapan dan saya amat menyesali perbuatan itu. Saya telah kehilangan sesuatu yang berharga, sesuatu yang hanya patut diberikan kepada seorang suami yang sah. Saya merasa kesal kerana merahsiakan hal ini daripada beliau. Namun, saya khuatir tidak akan menjumpai lagi lelaki sebaik beliau. Please advice.
Jawapan :

(Artikel yang amat fakir ini bukan khusus untuk menjawab soalan di atas. Namun, mudah-mudahan ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencari jawapan. Mudah-mudahan para pembaca dapat memberi pandangan, terima kasih.)
Ini adalah suatu kesulitan yang amat besar. Cerita salah, tak cerita rasa bersalah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun seperti biasa, apabila kita menghadapi kebuntuan di dalam sesuatu hal, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan hadith.
Secara ringkasnya, seseorang hanya disunatkan mengaku bersalah pada semua jenis kesalahan kecuali yang boleh mengakibatkan hukum dera, seperti berzina dan mencuri. Islam telah menganjurkan agar seseorang yang telah melakukan kesalahan tersebut menyimpan rahsia dan bertaubat nasuha. [1]

Di dalam sebuah riwayat yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di masjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain.
Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya.
Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda, “Adakah kamu gila?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak.”
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Apakah kamu sudah berkahwin atau berumah-tangga?”
Lelaki itu menjawab, “Ya”.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya, “Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya.”[2]
Berdasarkan tingkah laku Rasulullah s.a.w. inilah, para ulama berpendapat bahawa dianjurkan untuk tidak mengaku berzina di hadapan seorang hakim. Lalu mengapa pula perkara itu perlu disebut di hadapan orang lain?
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, “Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.”[3]
Di dalam Tafsir Al-Azhar, karangan Prof Dr. Hamka, diceritakan pada zaman permerintahan Umar Al-Khattab r.a. terdapat seorang wanita yang telah berzina dan telah mencemarkan nama baik diri sendiri dan abangnya. Beliau merasa kecewa dengan kehidupan dan bertekad untuk melakukan dosa yang lebih besar lagi, iaitu membunuh diri.
Wanita tersebut cuba memotong urat lehernya dengan sebilah pisau. Namun beliau sempat diselamatkan oleh abangnya, lalu dirawati. Setelah sembuh, beliau dipindahkan ke rumah bapa saudara mereka di Madinah. Di sanalah beliau mula memperbaiki kehidupannya dengan bertaubat dan taat beribadat sehingga menjadi seorang wanita yang warak.
Tidak lama kemudian, beliau telah dipinang. Bapa saudaranya berasa gelisah lalu berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. untuk mengadu. Mana mungkin seorang wanita yang pernah terlanjur berkahwin sedangkan perkara itu telah dinyatakan dengan terang dalam surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”
Bapa saudara wanita itu juga menyatakan kepada Umar tiada sesiapa yang mengetahui hal ini, hanya kepada Umar sahaja perkara ini dirujuk.
Lalu berkata Umar r.a., “Jangan engkau sekali-kali membuka rahsia ini kepada orang lain. Tutup mulutmu rapat-rapat. Sekiranya engkau berani menceritakan, nescaya hukuman ke atasmu amat berat. Sekarang, anak saudaramu itu wajib dikahwinkan secara layaknya perkahwinan orang-orang terhormat.”
Penasihat Umar ketika itu, Ubay Bin Ka’ab r.a. juga berada di sisi dan mengetahui hal berkenaan. Ubay r.a. juga telah dipesan supaya merahsiakan hal berkenaan. Lalu berkata Ubay r.a., “Keputusanmu amat tepat wahai Amiril Mukminin, sedangkan orang yang musyrik lagi diterima taubatnya …”[4]
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal ayat 29, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
Di dalam surah As-Syura ayat 25 Allah telah berfirman, “Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”
Pada surah An-Nisa ayat 10 pula, berfirman Allah lagi, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang menunjukkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ini adalah kerana, menurut sebuah riwayat daripada Rasulullah s.a.w., “Sekiranya kamu semua tidak ada yang melakukan dosa, nescaya Allah akan menciptakan suatu makluk yang baru, yang melakukan dosa, lalu mereka memohon keampunan daripadaNya, kemudian Allah mengampuni mereka.” [5]
Kita harus bersyukur kerana masih lagi beragama Islam dan mengaku Allah itu satu serta nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sedangkan di luar sana ramai yang telah jauh terpesong, ramai yang tergolong dari kalangan anti-hadith atau anti-sunnah, ramai terjebak dengan ajaran sesat dan yang paling buruk ialah murtad.
Sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat, sudah tentu Allah bersedia memberi keampunan dan limpah kurniaNya. Keampunan Allah dan rahmatNya akan memberi kesan bagaimana manusia sekeliling melayani dan menerima dirinya.
Wallahu’alam ..
[1] Bahrul Mazi, Sheikh Idris Al-Marbawi rah., Jilid 10, “Bab Yang Datang Ia Pada Mengajar Jangan Mengaku Berjahat Pada Hukum Dera”, Masalah 121.
[2] http://hadith.al-islam.com/, Sahih Muslim: #3202
[3] http://hadith.al-islam.com/, Sahih Muslim: #5306, http://hadith.al-islam.com/, Sahih Bukhari: #5608,
[4] Tafsir Al-Azhar, Prof Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim (HAMKA), Pustaka Panjimas, Jakarta, 1982. Juzuk 18, ms 132.
[5] http://hadith.islam.com , Sahih Muslim # 4934

Posted on Wednesday, December 19, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, December 11, 2012

Arakani mengatakan bahwa warga Muslim di perbatasan Bangladesh menunggu bantuan tanpa adanya harapan karena Pemerintah Myanmar menutup pintu perbatasan.

Muslim Rohingya Dibunuh karena Menolak Dimurtadkan !

“Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka dizalimi. Dan, sungguh Allah Maha-Kuasa menolong mereka itu, (yaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya karena mereka berkata, “Tuhan kami hanyalah ALLAH…!” (QS al-Hajj: 39-42)

PAKISTAN (salam-online.com): Salah seorang delegasi Myanmar mengatakan pada Jama’at-e-Islami Pakistan bahwa para warga Muslim Rohingya di Myanmar dibantai dan diusir karena mereka menolak mengubah keyakinannya alias tak mau dimurtadkan.

Jama’at-e-Islami sebelumnya pun mengecam keras peristiwa berdarah di Myanmar itu.

Pimpinan delegasi itu, Noor Husain Arakani bertemu dengan Jama’at-e-Islami di Mansoora, Pakistan, pada Rabu (25/7/2012) kemarin dan menceritakan pembantaian di Rohingya.


Arakani juga menceritakan kepada organisasi yang didirikan Sayyid Abul A’la al-Maududi itu, bagaimana, misalnya, warga Muslim Myanmar dipaksa untuk berpindah keyakinan dan mengalami penyiksaan. Mereka dipaksa untuk memakan daging babi dan minum minuman keras. Di beberapa tempat lainnya, mereka juga dibakar hidup-hidup dan tidak diperbolehkan menggunakan ponsel.

Pemimpin Jama’ah-e-Islami Pakistan: Sayyid Munawwar Hassan

Sementara itu, Pemimpin Jama’at-e-Islamidi Pakistan Sayyid Munawwar Hassan menuntut komunitas internasional, khususnya para petinggi negara Muslim untuk menekan Pemerintah Myanmar dan menghentikan aksi pembantaian terhadap warga Muslim Rohingya.

Pemerintah Myanmar juga diminta agar menjamin hak-hak warga Rohingya. Jama’at-e-Islami pun sudah membentuk badan amal khusus untuk Muslim Rohingya.

“Puluhan ribu warga Muslim Myanmar yang ada di perbatasan Myanmar dan Bangladesh membutuhkan bantuan kemanusiaan. Mereka disiksa oleh angkatan bersenjata. Namun komunitas internasional, media, dan badan-badan HAM hanya terdiam,” ujar Munawwar, seperti dikutip The News, Kamis (26/7/2012).

Bersamaan dengan itu, Sekretaris Jenderal Liga Muslim Pakistan Muhammad Ali Saif mendesak seluruh negara Islam agar menolong warga Muslim di Myanmar dari kekejaman Angkatan Bersenjata Myanmar dan sejumlah komunitas di negeri ini. Sejauh ini, 500 desa yang dihuni warga Muslim di Myanmar telah dibakar.

Published on 11 December 2012

Posted on Tuesday, December 11, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Di copy paste dari wall seorang teman FB
Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul

Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…

A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?

A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2 kan……

A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus… biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak untuk anak-anak muridnya.

A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru balik…? Tak kanlah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?

A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap, Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik. Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk sbb kena tanda kertas exam budak.

A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolah jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah tu… penat….

A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…

A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada masalah…

A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu…. Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?

A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun….Anak akukan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……

A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….

A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu… yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat

A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pon sama je…..

A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?

A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….

A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih menghargai dan menghormati jasa guru-guru.

Posted on Tuesday, December 11, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, November 10, 2012

Sedikit  fakta tentang pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya di Burma

(Arrahmah.com) - Pembantaian dan kekejian lainnya terhadap Muslim Rohingya di Burma (Myanmar)-terutama di Arakan-sebenarnya bukan pertama kalinya di tahun ini, namun dimulai pertengahan tahun ini penindasan terhadap Muslim di Arakan meningkat tajam hingga mengejutkan mata dunia.

Selama ini, media Islam-lah yang berusaha untuk mengungkap tragedi berdarah yang menimpa umat Islam di Burma disaat media internasional 'kelas atas' pada umumnya bungkam, sehingga banyak orang di dunia tidak mengetahui apa yang terjadi sebenarnya terhadap Muslim Rohingya. Namun, fakta-fakta yang dipaparkan selama ini oleh media Islam masih saja menghadapi berbagai hujatan dan kritikan dari orang-orang yang ragu, meskipun sumbernya dari mereka yang memiliki koneksi langsung ke Muslim Rohingya di Arakan. Terlebih lagi, beredarnya beberapa foto-foto hoax tentang genosida Muslim Rohingya baru-baru ini juga dijadikan alasan sebagian orang untuk tidak mempercayai fakta yang ada. Walaupun begitu, fakta tetaplah fakta, yang pasti akan terungkap meskipun disembunyikan dan meskipun banyak orang yang meragukan.

Berikut ini adalah sebuah pemaparan fakta terkait genosida atau upaya pembersihan etnis Muslim Rohingya di Burma yang ditulis dan dipublikasikan oleh salah satu media jihad, Global Islamic Media Front, yang diterjemahkan oleh tim Maktabah Jahizuna, berdasarkan laporan kredibel dari tempat kejadian, untuk mengungkapkan kenyataan yang sebenarnya terjadi dan bantahan bagi orang-orang yang meragukan genosida ini dan bahwa kerusuhan etnis ini bukan dipicu oleh kaum Muslimin.

Sebab Awal Pembantaian ini?

Pembantaian ini di awali dari fitnah yang disebarkan oleh orang-orang Budha Rakhine terhadap minoritas Muslim Rohingnya. Dimana dikatakan bahwa tiga pemuda Muslim telah membunuh dan memperkosa seorang wanita berusia 26 tahun. Tentu saja semua itu bohong. Dimana sebenarnya perempuan itu diperkosa dan dibunuh oleh pacarnya bersama beberapa gang pemuda Budha Rakhine. Peristiwa pembunuhan itu di awali ketika sang gadis ingin "putus" dengan sang pacar dikarenakan dia jatuh hati pada laki-laki lain. Maka sang laki-laki pun berusaha membujuk agar tidak putus. Namun ternyata ditolak, maka sang mantan pacar ini marah dan kemudian mengajak dua temannya untuk membalas dendam dengan memperkosa dan membunuh sang gadis.

Lalu para pembunuh itu meletakkan mayat gadis itu di dekat desa Muslim. Kemudian orang-orang Budha Rakhine dan Quaffer Burma (Otoritas Myanmar) menuduh bahwa orang-orang Muslim membunuh perempuan itu. Akibatnya, tiga pemuda Muslim yang tidak bersalah ditangkap. Satu dipukuli hingga tewas dan dua lainnya dijatuhi hukuman mati oleh pengadilan. Inilah fakta yang ditunjukkan oleh Pemerintah Budha Burma kepada dunia, bahwa mereka berani menciptakan peristiwa dan kasus palsu hanya untuk mencari kesempatan membunuh Umat Islam Rohingnya.
Suber artikel : http://arrahmah.com/read/2012/08/03/22150-sekelumit-fakta-tentang-genosida-muslim-rohingya-di-burma.html

Published on 10 November 2012

Posted on Saturday, November 10, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory