kesempatan ini. Berbesar hati kami ingin mencoretkan sepatah dua kata. Maka kami mengambil kesempatan dan ruang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh kaum Kerabat Di Raja Seri Naga, keluarga jauh dan dekat. Keluarga sebelah Ayahanda kami. Paman dan Bibi kami yang berada di Kota Sepi serta yang berada di Kota Wali. Dan kepada Bibi kami sekeluarga laki isteri yang berada di Kota Naga. Ucapan ini merangkumi juga kepada adinda-adinda pupu kami kesemuanya.
Terlebih dahulu. Ucapan ini adalah buat Ayahanda dan Bonda kami di Kota Naga. Sungguh Allah telah melahirkan kami diantara dua manusia yang hebat dan penyayang. Semoga Allah mencatatnya sebagai kebaikan yang akan terus kembang sehingga ke hari akhirat.
Dan kepada Ayahanda dan Bonda Mertua kami. Semoga Allah melimpahkan Rahmat Dan Niqmatnya dialam barzah. Yaa Allah, lapangkanlah bagi mereka. Dan belalah mereka yaa Allah, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembela.
Juga ucapan ini merujuk kepada Ayahanda-Ayahnda dan Bonda-Bonda saudara sebelah Bonda kami yang kebanyakan dari mereka berada di Tanah Jajahan Raja Ibrahim, Jajahan Jalan Sempit dan di Bukit Kuda Putih. Walaupun antara kita jarang sekali bersua, tetapi air dicincang tidak akan pernah putus. Dan kepada Kekanda-Kekanda serta Adinda-Adinda sepupu kami sebelah Bonda yang kebanyakannya berada juga di Kota Seri Daik. InsyaAllah bakal bertemu di Syawal ini.
Semoga Allah juga melimpahkan keberkatanNYA kepada semua keluarga, adinda-adinda dan kekanda-kekanda sebelah isteri-isteri kami. Ayah-ayah saudara serta Ibu-ibu saudara isteri kami, yang juga kasih kami tidak pernah surut kepada mereka. Nasihat dari mereka sesungguhnya sentiasa merata didalam keluarga. Dan mereka menjadi contoh orang tua yang terbilang. Semoga Allah memuliakan mereka didunia dan di akhirat.
Bergitu juga bagi Mertua-Mertua Adinda-Adinda kami sekeluarga beserta ipar-ipar mereka. Pertalian yang terjalin antara kalian dan aku berperantarakan perkahwinan adinda-adinda kami dengan anakanda-anakanda kalian, semoga mendapat rahmat disisi Allah. Dan menjadi penyebab jua akan sangkut pautnya diakhirat kelak.
Ucapan ini merata juga kepada Sahabat-Sahabat. Yang jauh dan yang dekat. Istimewa kepada yang berada di Kota Naga dan Kota Laksemana. Sesungguhnya persahabatan yang terjalin ini semoga Allah menyemai kualiti-kualiti dakwah didalamnya.
Kepada warga Speedfinger Forum, Islam2u, Bilik Kungfu, Facebook dan Dota Group. Semoga Allah memelihara kita dari setiap kefahaman yang salah, serta kedegilan didalam kejahilan. Istiqomahlah. Dan berkasih sayanglah diantara kita. Kerana sesungguhnya penghuni-penghuni Syurga itu terdiri dari mereka-mereka yang pengasih.
Tidak ketinggalan juga kepada Kerabat kami yang berada di Kota Seri Alam, Kota Keramat, Tanah Jajahan Penghulu Bunian, Pekan Raja dan Kota Seri. Biarlah kita hanya bersaudara, dan kekalkan sahaja bergitu mengikut sekadarnya.
Kepada semua yang tertinta diatas dan juga kepada yang tiada didalamnya.
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
0 comments :
Post a Comment