Monday, November 29, 2010
Untuk Sahabat tercinta Dato'Musa Mustafa. Selamat Pengantin Baru. Segala puji-puji bagi Allah, sesungguhnya Dia-lah Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihi. Selawat serta salam keatas Rasulullah saw. Serta keluarga Baginda serta Sahabat-Sahabat Baginda.
Semoga Allah melimpahkan keberkatanNYA keatas Dato'Musa Mustafa dan Nurul Azni Ahmad. Dikurniakan rezeki yang berkat, umur yang dimenafaatkan, ilmu yang dipanjangkan, serta anak-anak yang soleh.
Tidak ada hadiah dari aku. Tidak ada kehadiran dari aku dihari bahagia kamu. Namun ikhlas ingatan buat sahabat. Semoga Allah sentiasa membimbingmu.Amin
P/S: Tengah menanti kiriman gambar-gambar persandingan dari beliau.
Posted on Monday, November 29, 2010 by wirajiwa Faintallah
Wednesday, November 24, 2010
Hari ni adalah hari pertama pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Kerta BM. Sebenarnya, aku adalah antara beratus ribu Ibu Bapa yang cemas tak memasal, pasal anak kitorang amek peksa juga nih. Hadoi.
Tapi cam biasalah, macam Dato Dr Fadhilah Kamsah kata. “Org jantan ni dia tak tunjuk semua tur, maklumlah org macho, dan org macho ni tak tunjuk glabah-glabah ni.” Amacam? Ada betulnya? Hihihi.
Petang td aku msg Angah, tanyakan tentang peksa dia hari ni. Dan sukur sangat bila baca msg dia “Senang sangat kertas BM tadi” Alhamdulillah, aku sebenarnya nanti rasa jer dia cakap. “ Olorrr, payah giler soklan dia” Tak pun, “…entahla, tak taulah..” Hisk, tapi bila dia jawab dengan konfidennya soklan tu senang, hati aku jadi lega.
Sebenarnya aku ni jenis Ayah yang lebih mengutamakan moral dan akhlak dalam kehidupan anak-anak aku. Dan aku juga lebih mengutamakan keutamaan pelajaran Agama dari pelajaran akademik. Tapi bukanlah juga bermaksud aku tidak kisah jika mereka gagal dalam akademik mereka. Dan walaupun keutamaan aku dan kehendak aku lebih cenderung kepada Agama, tetapi tetap juga aku mahu mereka berjaya didalam kedua-duanya sekali.
Kepada anak aku. Aku nak bagi tahu semua ni sejak lama dulu. Tapi biasalah, orang jantan. Orang jantan yang macho bukan ke tak boleh tunjuk emosi dia? Hahahahaha.
“Papa nak anak papa tahu, yang Papa sentiasa bangga dengan kamu. Dan kebanggaanku kepadamu adalah sebelum kamu menempa apa-apa kejayaan sekalipun. Dan jangan takut kepada kegagalan dalam hidup ini. Kerana orang yang takut kepada kegagalan adalah orang yang tidak berani mencuba. Dan orang yang tidak berani mencuba itu sesungguhnya kejayaan untuk dia sangatlah jauh. Dan keberanian yang membuta-tuli itu pula adalah satu jenis kebodohan yang nyata.”
Dan apabila anak-anak telah semakin dewasa serta berdikari. Terlalu sempit sebenarnya ruang komunikasi antara Ibu Bapa dan mereka. Terlebihnya Ibu Bapa yang gaya aku ini. (Orang jantan yang konterol macho gitu, hehehhe) tapi semua itu tidak bermakna, keperihatinan dan kasih sayang juga telah berubah. Sedangkan bagi Ibu Bapa ini, anak-anak mereka itu selalunya kecil dan comel. Dan kenyataan mereka itu sudah semakin dewasa adalah kenyataan yang sangat menyakitkan. Malah Ibu Bapa sentiasa melihat anak mereka itu adalah anak kecil yang sentiasa terdedah dengan segala macam bahaya.
Lantaran dari kerana itulah sentiasa keluar nasihat-nasihat dan peringatan yang sentiasanya sama seperti semalam dan kelmarin. “Jaga solatmu, jaga auratmu, jaga diri baik-baik” dan sebagainya lagi. Yang sentiasa saja benda yang sama. Dan aku pernah melalui situasi sebagai seorang anak kepada Ibu Bapa yang sedemikian. Dan aku mengambil masa puluhan tahun untuk mengertikannya. Apabila aku menjadi seorang Ayah, barulah aku mengerti. Kenapa mereka dahulu demikian.
Ruang komunikasi yang sangat sempit dan terbatas membuatkan ibu bapa itu terpaksa mengolah ayat yang paling pendek untuk anak-anak mereka. Dan peringatan yang dikiranya paling penting itulah yang diulang-ulang berkali-kali. Sampai bilakah ini? Entah aku sendiri tidak megetahuinya. Sedangkan aku sendiri tidak mahu menghentikannya. Mungkin apabila berhentinya nafas ini sahajalah yang menghentikan ayat-ayat yang membosankan itu. Dan apabila kalian berada ditempatku berdiri ketika ini suatu hari nanti. Maka kalian akan merasakan apa yang aku rasa kini.
Untuk Angah: “Cukup sekadar mengetahui Angah telah mencuba dengan segala upaya selama ini, itu sudah memadai buat Papa. Dan itu adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Dan jika ditanyakan kepada Papa, diantara perkara-perkara yang paling membahagiakan didalam hidup ini. Maka salah satunya adalah. Mempunyai anak yang indah akhlaknya seperti kamu. Dan itu sudah sangat memadai bagi Papa untuk merasa bahagia. Semoga Allah sentiasa memelihara anak-anak Papa didalam AgamaNYA. Dan dijauhkan dari segala kejelekan fitnah-fitnah dunia. amin”
Dan kepada semua calon-calon SPM dan STPM. Kamu semua adalah kebaggaan Ibu Bapamu. Lakukanlah tugas kalian dengan sabar dan yakin. Good luck for All. Yey!!
p/s: Untuk Adik aku (Suraini Jaffar) apa yang long tulis di atas juga adalah untuk adik. :)
Posted on Wednesday, November 24, 2010 by wirajiwa Faintallah
Thursday, November 4, 2010
27/10/2010 Urus Niaga Tekek yang Bernilai RM100 Juta (hari pertama)
Pukul…err entah tak ingat pukul berapa, tapi yang pasti dah nak malam(atau dah malam). Satu sms yang sangat memeranjatkan aku.
Bunyi sms tersebut adalah bergini.
“tekek berat 4kg. Berapa agaknya. Ni ada disini, Kamil dah nengok, ada gambar pada abg Man. Long ada di mana?”
Huihhh…besar
giler? Ker Ngoh salah tulis? Kota dia nak tulis 4g (gram) dia tertulis
KG? entah, aku membiarkan diri aku didalam tanda Tanya tersebut. Aku tak
balas msg tersebut. Memandangkan aku memang on the way balik ke Chini.
Pada kira aku baik sembang nanti saja.
Lebih
kurang pukul 9.30pm. aku masih lagi dalam bas expres Kuala Lumpur
Chini. Tetiba handfon bunyi. Ngoh call
Bermula sebuah perbualan pendek.
Ngoh: “Ada di mana?”
Aku :“On theway, dah sampai simpang Chini Timur.”
Ngoh :“Ah elok sangatlah, kitorang minum di kedai simpang dekat dewan. Ada bender nak cerita, ‘tekek’”
Dalam hati aku, hah nih berjuta-juta la ni projeknyer. Hehehe,.
Aku: “Okey, nanti kita cerita panjang esoklah pasal tu.”
Tetiba, orang lain pulak yang bercakap dalam fon tu. Rupa-rupanya Encik Abg Man. Kata dia.
Abg Man: “Nok jumper awok sekaranglah. Ni pasal tekek hak 4 kilo tadilah..”
(perbualan hingga keakhir)….
Dalam
hati aku, rupa-rupanya msg Ngoh tadi betullah. Bukanlah tersalah taip.
Memang binatang tu 4 kilogram. Hisk, musykil sangat aku ni. Berapa puluh
juta nilainya tu. Takkan la datangnya bergolek sangat macam ni?
Dipendekkan cerita, aku cakap. Okeylah, aku balik rumah dulu. Jumpa
anak-anak. Yang nyata, kerinduan aku pada anak-anak aku melebihi nilai
20 atau 30 juta ringgit yang terpapar didepan mata.
Pendekkan lagi cerita ni. (lepas sayang anak-anak semua aku pergi jumpa diorang)
Jumpa Ngoh di CC Abg Man.
Barulah
dapat cerita shahih mengenai msg tadi petang. Siap dengan gambar Abg
Man tunjuk pada aku. Ni lah gambarnya. Dan melalui ceritanya. 3 hari
lepas tuan binatang tersebut telah datang ke Chini(urusan tidak pasti).
Dan kebetulan Kamil(adik angkat kesayangan Abg Man ada disitu). Dan
dialah yang membluetoothkan gambar diatas. Dan dia juga
bersungguh-sungguh menyatakan yang dia melihat dengan mata kepala dia,
seekor tekek yang besar nak mampus kat dalam kereta orang itu.
Dari
keterangannya. Beliau(maksud aku tekek tersebut) sangatlah jinak. Dan
sangat gemuk. Sedang duduk di tempat duduk belakang kereta tersebut.
Jadinya, mesyuarat dimulakan.
Berapa orang tu nak jual?
Katanya setakat ini tawaran tertinggi (yang rasmi )adalah RM4 jota. Hambek.
Sudahkah beliau setuju hendak menjual dengan harga tersebut?
Masih belum ada jawapan.
Dan
start dari pukul 10.30 pm, siasatan dan temuramah dimulakan dengan
orang-orang yang berkenaan. Katanya, telah ada 8 orang tokey yang
berminat. Dan setakat ini tawaran rasmi yang paling tinggi adalah RM4 jota. Dan yang tidak rasmi dari tokey kelapan adalah RM 20 jota. Mak datuk nenek. Bapaklah mahalnya.
Sedangkan
dalam fenomena tersebut. Mereka yang ada mengharapkan kepada aku dengan
kontek yang aku ada untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi bagi
mempastikan tekek tersebut terjual melalui broker-broker(kami yang
bermodalkan air liur nilah). Hah konteklah sangatnya.
Masalah pertama dalam kepala otak aku.
Pertama: Gambar tersebut kurang memuaskan dari segi keasliannya.
Kedua: Tiada bukti berakam(video) untuk aku tunjukkan kepada tokey tersebut.
Ketiga: Aku sendiri tak dapat nak membayangkan bagaimana nak berjual beli secara tunai kalau dah main dengan cash 20,30 jota ni.
Dan keempat, kelima, keenam. Dan berbelas-belas lagi.
Ini baru betul-betul meniaga labu-labi ni. Tuan
tekek tu sebenarnya duduk di Kelantan. Sekarang tekek tu ada di
Kelantanlah. Dan tokey tekek ada di Johor dan Kedah. Sedang aku adalah
broker yang tak kenal dengan tuan tekek dan tokey tekek tersebut. Macam
mana gamaknya? Rasa-rasa ada logik lagi tak bisnes ni? Kalau logik,
dengarkan ini pula.
Tuan tekek tersebut adalah kawan kepada abang angkat broker yang di Chini itu. Dan kebetulan broker(Hafiz nama budak tu) adalah kawan
encik Kamil ini tadi. Dan encik Kamil itu adalah adik angkat Abg
Man(tokey dia) Tapi yang nyata Abg Man bukanlah tokey tekek. Sebaliknya
adalah tokey CC macam adik aku Ngoh dan Dee juga. Dan dari Abg Man
inilah datangnya bayangan bissnes ini. Dia melaporkan kepada Ngoh(adik
aku) dan Ngoh menyambungkan talian hayat tersebut kepada aku.
Hah!!
Amacam? Pening ketidak ni? Hahahahhaha…tapi ingat ini bissnes RM100
jota tau. Dan dari aku pula, kepada Cikgu Man(beras aku..eh biras aku)
ke Cikgu,,errr apa ya? Aaaa... Cikgu Mat Jemen. Dan selepas Cikgu Mat
Jemen nilah baru tokey yang sebenarnya. Hah!! Hambek.
Gini aku buatkan cartanya.
1. Tuan Tekek (katanya 3 orang perkongsian.) Pulak dah.
2. Abang angkat Hafiz( tiada keterangan terperinci mengenai beliau )
3. Hafiz (member kamceng Kamil)
4. Kamil (orang yang menyebarkan cerita tekek ini, yang katanya menyaksikan kebesaran tekek tersebut)
5. Abg Man (broker tak der modal )
6. Ngoh (broker takder modal)
7. Aku (broker yang lagilah tak bermodalnya)
8. Cikgu Man (broker tak pernah dapat pun lagi bisnes tekek ni, walaupun telah mencuba bersungguh-sungguh)
9. Cikgu Mat Jemen(tiada keterangan mengenai prestasi beliau sebagai broker tekek)
10. Tokey Tekek
11. RM 30 JOTA RINGGIT
Amacam?
Payah tak ni? Dan untuk carta 8 tokey yang telah memberikan tawaran
sebelum kami?. Aku tidak tahu. Mungkin sepanjang ini juga? Logic lagi ke
tidak bisnes ni?
Bagi akulah. Ini sangat tidak masuk akal. Tapi untuk menyediakan hasbab bagi terjadinya sesuatu. Maka aku turutkan saja.
Tunggu
Hafiz datang. Dengar cerita dia. Bincang. Tanya. Tawar. Guna sentiment
(dia tu member baik Kamil). Gitu-gini, yang pastinya itu semua tak
memakai modal duit walaupun seringgit. Pendekkan cerita. Hari jumaat ni
keputusannya.
Balik kerumah dah pukul 1am. Pakteh (cikgu Man) ada dirumah kebetulan. Sembang. Kemusykilan yang sama timbul.
Cikgu Man:“Gambar ni macam edit jer”.
Tapi
aku yakinkan dia. Jangan nilai pada gambar. Kita ambil kira pada
stedment’ encik Kamil. Jadinya aku sendiri mempercayai berita ini
semata-mata sebab aku kenal dengan Kamil. Dan dia menyatakan
bersungguh-sungguh yang dia melihat dengan mata dia sendiri. Bersumpah
laknat je nger tidaknya.
Jadi keputusannya. Esok Cikgu Mat Jemen akan datang berbincang dengan aku.
Nanti
aku akan sambung laporan mengenai urus niaga tekek yang bernilai RM 30
Jota ini. Gila betul. Dan mungkin juga mereka yang lain itu tidak lelap
tidur juga membayangkan sebanyak manakah duit 30 juta itu? Macam aku
laaa, yang sempat lagi membuat entry ni(pasal ghairah sangatlah ni).
[ laporan akan disambung ]
28/10/2010 Urus Niaga Tekek yang Bernilai RM100 Juta (hari kedua)
Pukul
1 tengahari lebih kurang. Cikgu Man dengan Cikgu Mat Jemen datang
kerumah. Bertanyakan keshaihan cerita tekek semalam. Dan aku
menceritakanlah semula dari mula sampai akhirnya. Dengan ditambah
selingan-selingan berbentuk teori-teori aku (yang pada kira aku boleh
menguatkan cerita kebenaran tekek ini). Dan di tokok tambah dengan memek
muka dan emosi yang melampau untuk merealkan lagi cerita tersebut.
Walaupun cerita itu memang real. Cuma nak menambahkan lagi ketaksuban
orang yang mendengarnya. Tambahan Mat Jemen ini adalah orang kepercayaan
Tokey tekek.
Dan
dari dia(Cikgu Mat Jemen tersebut). Barulah aku mengetahui yang
sebenarnya, tokey tersebut adalah orang putih dari Eropah. Lerr, tak
Tanya pulak Negara mana. Tapi lantak gilah dia dari Negara mana.
Ceritanya bergini.
Cikgu Mat Jemen: “Sekarang ni, Cikgu Naza pun dah masuk line ni.”
Cikgu Man: “Jadi kita tak sedaplah, nanti dia kata nak potong line dia.”
Cikgu
Mat Jemen: “Kira urusan ni kita serah kat Long lah seratus peratus.
Long pastikan benda tu memang ada dan dah di depan mata. Lepas tu roger
ke kita. Kita terus roger ke tokey, dan dia akan datang terus berusan
direx dengan Long.”
Kata dia lagi.
“Dan
limit dia bagi pada kita untuk lawan harga orang lain adalah RM30 juta.
Andai kata tuan tekek nak lebih lagi. Masih boleh runding lagi. Call
dia, dan dia akan terus datang dan bagi sebut harga dari dia(maknanya
boleh naik lagilah kalau ada orang masih nak lawan harga RM30 juta tu.)”
Mak’ai….aku
ni yang nak kena lawan harga dengan tokey lain ni. Sedang tokey yang
sebelah aku ni entah dimana langitnya lagi. Tapi itu bukan soalnyalah.
Sebab aku percaya dengan Cikgu Mat Jemen dan Cikgu Man ni. Pada pendapat
aku, takkanlah dia nak memalukan aku kalau tak der tokey yang sekukuh
itu dibelakang kitorang ni.
Dan
diorang (Cikgu Mat Jemen dan Cikgu Man) serahkan bulat-bulat kat aku
pasal urusan ni. Bila dah komfirm dengan barang dan tuannya, dia akan
kontek tokey mat Saleh tu(yang katanya ada di Kota Baharu) untuk terus
jumpa aku dan beruruskan pasal pembayaran, transaksi duit dan
sebagainya.
Secara
sepontan image-image 4 tahun lepas di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur
terpapar balik kat kepala otak aku. Peristiwa ketua-ketua kongsi gelap
berbahagi kawasan jajahan pada tahun 2006. Bertapa kacau bilau dan
mendebarkan hari tersebut. Dengan kuncunya. Dengan senjata apinya.
Dengan kepala-kepala daerah yang tidak ada tolak ansurnya. Dan
macam-macam, yang nyata detik itu sangat mencemaskan. Dan aku (tak dapat
hendak aku tuliskan sebab-musababnya) kebetulan ada didalam majlis
tersebut.
Sedangkan
kali ini kisah yang membabitkan berpuluh-puluh juta, atau lebih lagi
dari itu. Apakah akan mencemaskan seperti itukah? Atau lebih dari itu?
Atau mungkin akan membahayakan nyawa? Hiskk! Macam-maca yang aku fikir
sebenarnya. Tapi…ya, tarikan dunia ternyata sangat kuat kepada insane
selemah aku. Banyangan yang menakutkan tidak mampu mematahkan
kesungguhan seorang diantara kami.
3.30pm
Aku send msg ke Abg Man. Bunyinya bergini.
“Ape cerita kiter ni.? Ptg ni tokey dah konfirm boleh bit sampai 30j keatas.”
Bila
dengar harga yang aku sebut, Abg Man kelam kabut cari aku. Petang tu
kitorang metting. Metting broker-broke yang tak bermodal. Hehhehe. 4
orang. Aku, Ngoh, Abg Man, Kamil.
Jadi
keputusan. Abg Man dengan Kamil akan jumpa dengan Si Hafiz ni. Diorang
akan pujuk sedaya upaya Hafiz untuk pergi jumpa tuan tekek. Dan kerja
aku bila dah jumpa dengan tuan tekek itu nanti. Kerja aku dapatkan hak
pembelian, dan beurusan dengan tokey Mat Saleh tu. Termasuklah berkaitan
dengan transaksi. Sampai terbabit sekalilah. Nak kena mintak tolong
dengan Dee, sediakan akaun yang Sdn Bhd. Yng boleh menampung transaksi
tiada had. Hamboii kemain sedapnya dah cerita ni .
Kita pendekkan sikit ceritani.
10.30pm
Kitorang
keluar metting lagi(broker-broker tak berduit inilah). Dan mendengarkan
laporan dari Abg Man dan Kamil mengenai hasil pertemuan diorang dengan
Hafiz itu tadi.
Pendekkan sikit lagi cerita ni. Dengan membuang segala iklan dan menambahkannya dengan kesan sampingan.
Abg Man: “Kawan tawarkan harga RM12 juta dengan Hafiz. Tapinya budak ni pening betul. “
Dengan perkabaran yang tak berapa memberansangkan. Dengan kesimpulan yang bermacam-macam.
Pertama
: Kemungkinan dia: Hafiz ini meragui kredibiliti aku? Mungkin dia
menaruk syak. Benarkah aku ada mempunyai kontak yang sebegitu kukuh?
Atau dia rasa harga yang abg Man tawarkan kecik sangat. Atau dia
mengesyaki aku hanya hendak merancang sesuatu yang buru kepadanya.
Mungkin dia memikirkan aku ini orang jahat barang kali? Yang hanya ingin
mengetahui tekek berkenaan ada dimana. Lantas aku mengatur
orang-orangku mencuri atau merompaknya? Ini satu kemungkinan dari
berpuluh-puluh kemungkinan.
Dan timbul lagi satu kemusykilan.
Abg
Man: “Awok broker disini Hafiz, awok tak boleh nunggu sangat. Nanti
orang sana(tuan tekek) jual ke tokey lain. Awok disini melopong.”
Hafiz
: “Benda tu takkan dijual kalau tak melalui saya.” (Dengan 200%
kekonfidennannya bercakap demikian. Ini abg Manlah mengajukkan. Mungkin
dia menambahnya dengan side effect, sebab itu Nampak sangat
ke-real-lannya.)
Dan tambah Kamil pulak.
Kamil : “Mak dia(Hafiz) menyampuk tadi. Katanya:”Lepaskan jerlah Fiz..serabut lah. Lagi pun bahaya benda ni.”.”
Dan rumusan aku begini.
Yang pertama.
Si Hafiz ini terlalu yakin dengan penjualan binatang tersebut hanya
akan berlaku melaluinya? Ya, kerana binatang tersebut tidak pernah
dibawa balik semula ke Jeli seperti yang dikhabarkan. Sebenarnya
binatang tersebut masih ada di Chini. Dan dia sangat yakin binatang
tersebut tidak akan dijual melainkan melalui dia. Adalah kerana tekek
itu ada dalam simpanan dia sebenarnya. Sebab itu dia menolak semua
ajakan broker-broker yang datang berjumpa dengan dia untuk pergi melihat
binatang tersebut. Benarkah bergitu?
Sedangkan
tawaran yang dibuat bukan kecil. Bagi orang yang berduit, 10, 20 juta
mungkin masih kecil. Tapi golongan yang tidak berada? Aku sangat heran
dengan fenomena ini sebenarnya. Jika saja dia tidak yakin dengan aku.
Bagaimana pula dengan 8 tokey yang lain itu? Sedangkan mereka terbukti
lebih menyakinkan. Tetapi nampaknya masih juga kelapan-lapan dari mereka
itu juga tidak diendahkan.
Sedangkan Cikgu Naza dah up harga sampai RM100 juta.
Budak ini ternyata sangat zuhud dan sukar sekali terkesan dengan puluhan juta yang ditawarkan. Ada tiga kemungkinan.
Pertama: Dia seorang wali yang zuhud dan sangat takut kepada Allah.
Kedua:
Dia tidak dapat membayangkan jumlah 20,30 juta itu banyak mana. Mungkin
dia mengira duit tersebut, satu atau dua beg budak sekolah kebangsaan
sahaja.
Ketiga: budak ini bodoh nak mampus.
Keempat:
Dia ini sangat tamak. Malah ketamakannya itu tidak dapat kita nak
gambarkan disini. Walaupun disertakan penulisan yang mencampurkan segala
unsur-unsur fitnah dan segala macam kesan sampingannya. Masih juga
lagi tidak dapat membayangkan ketamakan beliau? Mungkinkah?
Kelima: Budak ini sebenarnya gila.
Keenam: Budak ini penipu. Sebenarnya dia tidak ada kena mengena dengan tuan tekek tersebut. Dan teket itu telah lama dijual sudah?
Akhirnya. Aku sendiri yang telifon. Bergini bunyinya lebih kurang.
Aku: “Assalamualaikum Hafiz..”
Hafiz: “Waalaikum salam, sapo ni?” (dalam lorghat Kelantan)
Aku: “Ini Abg Long.”
Hafiz:
“Ohh..abey Long..”(bunyi macam dengar nama hantu pulak dia bila dengar
nama aku. Bunyi orang sangat takut. Dan ini menguatkan teori aku yang
dia ini menyangkakan aku ini orang yang berniat jahat. Dan sangat
brutal.)
Belum sempat aku bercakap apa-apa
Hafiz: “Tadi abbey Man ado datey dah. Dio ghoyak dah berapo kat sayo. …”
Aku terus potong cakap dia.
Aku:
“ Hafiz..ni Abg Long ni. Ni abg Long nak cerita ikhlas dengan awok.
Harga yang tokey bagi untuk aku bida RM35 juta. Ini jujur betul dengan Hafiz,
sikit pun Abg Long tak selindung mana-mana. Dan ikutlah berapa yang
pihak tuan barang nak bagi berapa pada kitorang yang mencari tokey ni.”
Hafiz:
“Huih!!? 35 juta? Tapi tu lah Abg Long, saya tak dapat nak bagi
keputusan lagi sekarang ni…” Dan sebenarnya banyak lagi. Bla blab
la..(aku tak der mood nak cerita)
Aku
heran pun ada. Aku kagum pun ada. Heran ada juga manusia zaman sekarang
ni yang buat lebih kurang dengan tawaran yang sebanyak itu. Dan kagum
juga ada dalam hati aku. Sugguh benar hati dia tidak berapa heran dengan
duit sebanyak itu. Apa benarkah? Atau binatang tu dah lama kena jual
dah? Tapi tak dengar lagi kabar angin dari tokey-tokey diatas. Kalau dah
ada yang beli mesti ada yang tahu. Dan nak dikatakan cerita keujudan
benda tur palsu. Dah ramai yang mengaku tengok binatang tu.
Hah!!
Tak der mood dah nak menulis dengan lebih terperinci pasal binatang
tekek ni. Kot 35 jota kek, 350 jota kek. Aku dah malas dah nak serabut.
Jadinya aku bagi buah penamat terus pada dia. Sedang sebenarnya memang
itulah modal yang Tokey dari Denmark tu bagi pada aku. Dia(Hafiz) nak
dia jual ke tak nak babi dia,eh babi pulak, tekek dia tu, kira ikut
dialah.
30/10/2010 Jumaat
Lepas
sembahyang Jumaat, aku pecut ke Kuantan, ada urusan pasal lessen
perniagaan isteri aku. Kita tinggalkan cerita tersebut. Masuk semula
cerita pasal tekek ni. Aku dapat sms dari Cikgu Mat Jemen.
Cikgu Mat Jemem: “Hok
tekek 4kg lebih ni, tokey telifon dia nak juga barang tu. Dia tak kira
berapa orang lawan harga, walaupun RM100j, dia tetap tak nak kalah.
Sahkan saja dimana barang tu. Dia tetap nak lawan.”
Hadoii
pening dah aku di tengah-tengah ni. Satu pihak tokey yang mungkin juga
tak kurang gilanya. Dan sebelah pihak lagi adalah broker barang yang
entah-entah sah gila juga yang menolak duit sebanyak itu.
Dipendekkan
cerita, dalam perjalanan balik dari Kuantan sekitar pukul 6 ptg. Cikgu
Man call aku. Dia kata, tadi dia jumpa dengan Cikgu Naza(salah seorang
broker yang tengah fight dengan team kitorang ni). Kata dia, Naza bagi
tau dia keputusan dia dengan Hafiz malam ni. Dan dia risau kot aku masih
lagi diKuantan. Nanti tak ada orang kita masa keputusan dibuat katanya.
Dan aku fikir logik juga. Dan dalam keadaan panic, masa itu jugalah
kredit telifon habis. Memusing pulak cari kedai nak topup.
Dan
bila dapat kedai nak topup, aku terus call Hafiz, fikir aku, sebelum
cikgu Naza potong aku. Lebih baik aku yang memotong dia dulu.
Aku: “ Assalamualaikum Fiz..”
Hafiz: “Aaa..waalaikum salam Abg Long..”
Panjang
dialognya kalau aku nak tuliskan semula disini. Jadi aku ceritakan saja
inti percakapan tersebut. Mulanya, aku membuka pembicaraan pasal
kemusykilan aku. Ataukah Hafiz ini sangsi dengan aku? Benarkah aku ada
tokey yang sekukuh itu? Dan bermacam-macam lagi. Ditokok tambah oleh
aku, dengan berbagai-bagai kesan sampingan. Termasuklah dengan nada
suara yang sekejap kuat, sekejap cemas dan sekejap mendayu-dayu.
Hehehehe…
Pendeknya,
keputusannya. Dia menyatakan dengan sungguh-sungguh yang dia yakin dan
percaya dengan aku. Tetapi dia tak dapat menghubungi orang yang
menyimpan barang tersebut. Dan dia berjanji malam ini dia akan berjumpa
dengan aku.
Pendekkan lagi cerita…
Pada
malam tersebut, sekitar jam 1 am. Dia datang jumpa aku. Teras
perbincangannya adalah. Antara 9 orang yang datang melobi dia. Siapakah
yang dia pilih untuk berurusan. Dipendekkan cerita. Yang lapa tersebut
dia tutup buku. Confirm dengan aku dia akan berurusan. Alhamdulillah,
kejayaan dah hampir separuh. Cuma tinggal dia nak berhubung dengan orang
yang menyimpan binatang tersebut. Kira kalau dapat kontek, memang kira
jadi terus.
Dan
itu sajalah masalah satu-satunya. Dan aku tanya bagaimana dengan
kelapan-lapan tokey yang lain tu? Dia kata. “Tak per, saya kata dengan
diorang barang dah jual dengan tokey lain.”
Dan
berita gembira ni aku laporkan kepada ahli-ahli persatuan broker-broker
tekek yang lain. Mereka menyambut dengan kalimah Syukur kepada Allah.
(Jangan suka hati lagi baca cerita ni, jalannya masih panjang)
Esoknya, aku call Hafiz. Jawapan?
“Belum dapat hubungilah diorang Abg Long”
Dan malamnya repeat lagi.
“Tak dapat lagilah Abg Long..”
Aduhh, hati mula kecewa.
Debarnya mula tiada.
Sukanya menjadi duka.
Harap itu pula bertukar menjadi marah…
Hafiz ini sudah menipu akukah?
Atau dia sendiri juga telah ditipu oleh abang angkatnya itu?
31hb, Hafiz bagi tahu, sudah dapat hubungi Abg Angkatnya yang di Jeli
Kelantan. Tapi bila dia datang kerumah orang yang simpan tekek tersebut.
Isterinya bagi tahu, yang suaminya sudah 4 hari tidak pulang kerumah.
Dan kononnya abg Angkatnya itu telah mencarinya bersungguh-sungguh.
Benarkah?
Ataukah
abg Angkat Hafiz itu telah berpakat dengan 2 orang kawannya itu untuk
meninggalkan saja Hafiz ini?
Dan Hafiz ini tidak menyedari sebenarnya
Abg Angkatnya itu telah menipu dirinya?
1hb 11. 2010
Juga masih senyap.
Dan hari ini 2hb 11, disaat artikel ini dipublishkan, masih juga tidak mempunyai jawapan.
Moral
dia kat sini adalah. Ternaklah Tokek anda sendiri supaya anda tidak
bergantung bekalan bahan mentah dengan orang kampung anda. Hahhahahaha
Sapa ada binatang ni. Aku ada tokey yang nak beli. Call aku. Komesyen, 50-50
425Gram - 460Gram = Harga RM2 Juta ke RM4 Juta. Call no aku. 0199222229
Posted on Thursday, November 04, 2010 by wirajiwa Faintallah
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Categories
- Agama dan Renungan ( 187 )
- Aku Faintallah ( 4 )
- Al-Quran ( 3 )
- Baitul Ukhwah ( 1 )
- Bisnes saya ( 2 )
- Catatan Seri Naga ( 129 )
- Cerita Lucu ( 3 )
- Cerita Tauladan ( 60 )
- Download File ( 4 )
- Dunia ( 1 )
- Fekah ( 42 )
- Freemason ( 1 )
- Hadits pilihan ( 17 )
- Hadits Sahih Muslim ( 54 )
- Interlektual ( 1 )
- Isu semasa ( 34 )
- Keganasan Rumahtangga ( 2 )
- Kempen Derma ( 1 )
- Kempen kemanusiaan ( 1 )
- KHDrop ( 1 )
- Kitab-kitab ( 9 )
- Masalah moral ( 2 )
- Mukasyafah Al-Qulub ( 3 )
- ONEXOX ( 5 )
- orang Hilang ( 1 )
- Palestin ( 8 )
- Rohingya ( 6 )
- Sembahyang ( 6 )
- Tanbihul Ghafilin ( 2 )
- Tokoh-tokoh Islam ( 48 )
Popular Posts
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kelapangan dan sedikit kemudahan, i...
-
Alkisah seekor gajah yang tidak ketahui 6 orang sahabat yang dilahirkan buta selalu suka berhujah siapa yang ada cerita terhebat. Pada ...
-
*E-BOOK KU SPECIAL EDITION by MOMMYHANA 🤗* *E-BOOK KU SPECIAL EDITION* ni, terdapat banyak kelebihan yang ada. Antaranya adalah ...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kelapangan dan sedikit kemudahan,...
-
Rasa-rasanya aku antara orang yang terakhirlah gamoknyer yang post artikel hari raya nih. Sebenarnya ini pun bukanlah artikel raya melai...
-
Kitab Keutamaan Beberapa Perkara 1. Mukjizat Nabi saw. • Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa Nabi saw. minta diambilkan air lalu dibe...
-
Hadits mengenai Jaafar bin Abi talib ra. Juga menari sambil memuji² Allah dihadapan Nabi saw. " Daripada Hani' bin Hani', da...
-
Kedudukan aurat ipar duai, biras Sumber : HARAKAH 16-30 Jun 2008 Ruangan : Fikra Kemusykilan Agama bersama Ustaz Abd Ghani Shamsudin ADIK b...
-
Cinta adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di telinga kita. Apalagi di kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa ...
-
Saidatina Fatimah r.ha merupakan cahaya mata kelima baginda Rasulullah bersama Khadijah r.ha Beliau dilahirkan pada waktu dimana bapanya se...
Blog Archive
-
2013
(
294
)
- December ( 64 )
- November ( 48 )
- October ( 59 )
- August ( 32 )
- July ( 83 )
- June ( 2 )
- April ( 2 )
- March ( 2 )
- February ( 1 )
- January ( 1 )
-
2012
(
17
)
- December ( 3 )
- November ( 3 )
- September ( 1 )
- August ( 2 )
- July ( 1 )
- June ( 1 )
- May ( 1 )
- March ( 2 )
- February ( 2 )
- January ( 1 )
-
2011
(
18
)
- November ( 1 )
- August ( 2 )
- July ( 3 )
- June ( 2 )
- May ( 1 )
- April ( 3 )
- March ( 3 )
- February ( 1 )
- January ( 2 )
-
2010
(
41
)
- December ( 3 )
- November ( 4 )
- October ( 2 )
- September ( 3 )
- August ( 5 )
- July ( 4 )
- June ( 1 )
- April ( 2 )
- March ( 1 )
- February ( 4 )
- January ( 12 )