Tidak
seperti tahun-tahun yang lepas, apabila tiba hari raya. Aku akan
sentiasa mempastikan paling tidak orang-orang terdekat dan ahli
keluargaku akan menerima paling tidak sebari ucapan hari raya lewat sms
atau email. Atau apa saja. Dan tidak lupa juga melahirkannya kedalam
bentuk tulisan-tulisan diblog.
Tapi
berbeza kali ini. Aku tidak punya kesempatan untuk itu. Sibuk giler,
penat giler, kelam-kabut giler. Aku pun tak tau penat kan benda. Tapi
rupanya bila buat sesuatu di saat-saat terakhir nih, semua benda-benda
yang remeh-temeh, yang kecil-kecil tur akan jadi sangat rumit dan sangat
memenatkan. Hadoii nyaris-nyaris aku dan semua tanggungan aku tak
sempat berzakat fitrah tahun ni. Dan untuk mengelakkan semua tur
terjadi. Aku tak tidur terus malam raya pertama tu sampai kepagi.
Siap
bakar lemang dah pukul 12 lebih (tengah malam) gamaknya. Lepas tur. Itu
ini, tolong angkat kerusi bagai. Tukar tikar getahlah. Dan bla,bla,bla
lebih kurang(banyaknya aku jadi pengkritik jer sebenarnya). Sudahnya dah
pukul 4 pagi. Hisk nak tidur pun dah tak berani dah takut terlajak
sampai kepukul 11. Baru haru kerjanya.
Entah, aku tak tahu
nak cerita dari mana. Dan tak tahu juga nak fokuskan mengenai apa. Saat
yang mana satu, kerana keseluruhannya sangat membahagiakan. So, layan
gambar jerlah yer.
:( Tak bess nengokkan gambar tak cantik.
Ni gambar Abah dan mak, serta adik² aku. Tapi masa ni aku dan Dee belum balik. Tur kat depan tur, yg paling tecik tur anak sedara aku 'Alisya'
Anak² aku bergambar dengan Mak Teh diorang dan Baby Sara.
Ehem, ni la pasangan bahagia yang produse 'ramai-ramai' tur tadi.
Hahahaha... (semoga rumah tangga aku kekal bahagia dunia dan akhirat.
Amin)
Ini keluarga 'kecil' aku Amacam? Ramai tak? Dah ada anak dara dan anak teruna dah aku ni bah.
Putera, Puteri dan Balqis( dan Balqis ni satu-satunya anak aku yang petah bercakap dengan betul 'tidak pelat' sejak dari kecil)
Ni dua orang anak gadis aku dan yang kecik tu namanya Puteri, dan
tersangatlah kuatnyer mengamuk. Ouww tak lupa, dia ni sangat obses pada
kasut, raya kali ini saja 5 pasang kasut untuk dia. Hadehh..
Puteri hati saya
Ini anak saya yang no 2 bongsu dan yang sulung
Puteri² didalam keluarga say. Anak-anak aku dengan mak-mak saudara diorang.
Ini jerlah 2 orang anak lelaki aku.Yang besar tu sekarang belajar kat
Sekolah Tahfiz An-Nur di Pekan(semoga dapat menjadi saham dan hujjahku
dihadapan Tuhanku, insyaAllah) dan yg kecik ni pulak namanya Putera. Dan
dia ni lah yang paling manja dengan Mak dia. Memanjang berebut mak ngan
aku. hahahahaahah(maklumlah Papa balik sebulan sekali yerk.huhuhh)
Ini pula anak-anak gadis aku. 5 orang semuanya. Dan yang tua sekali tur
tahun kedua di Koleg Islam Pahang, yang kedua tu SPM tahun ni. Duduk
dari kiri 9 tahun, 4 tahun dan 5 tahun.
Adik saya Teh dan Suami sekeluarga
Adik saya Ngoh dan Isteri sekeluarga
Adik saya Dee suami ister sekeluarga