Apabila seseorang itu melalui perjalanan hidup hariannya yang terlalu sarat dengan emosi, terlalu sedikitlah pula yang dapat ia kongsikan bersama dengan orang lain. Kerana tidak mungkin dia dapat untuk menterjemahkannya kedalam bentuk bahasa apa pun untuk difahami oleh orang lain.
Setiap
orang akan melalui zaman peralihan seperti yang aku lalui sekarang.
Dimana kita merasa diri kita masih terlalu muda belia tapi tiba-tiba
kita dikejutkan oleh panggilan dari seorang budak lelaki teman sekolah
anak gadis kita yang berumur 17 tahun. Dan dalam masa yang sama juga
kita terbaca sms dalam hp anak gadis kita yang sorang lagi, yang
berbunyi “ hai...boleh berkenalan” atau “err buat aper tu... cuti
sekolah yang panjang ni buat saya rasa rindu kat awak”. Aduh...!!! anda
akan berkata pada diri sendiri... “huih!!...dah ada anak dara rupanya
aku nih?”
Masa
tu kita akan rasa terlalu sempit ruang untuk memahami kehidupan ini
mengikut cara yang kita fahami selama ini. Mungkin masa tu kita perlu
membuat keputusan cara kita tetapi berfikir cara mereka. Satu lagi hal
yang kita terlepas pandang yang mana sekarang kita mempunyai hak yang
terlalu sedikit untuk memikirkan apa yang kita mahu. Sebaliknya terpaksa
menerima hakikat, kita adalah ibu atau bapa yang tanggungjawabnya
memikirkan apa yang orang lain mahu atau perlu. Dalam masa yang sama
juga terpaksa menapis apa itu kemahuan dan apa pula yang menjadi
keperluan kepada sebuah keluarga.
Bukan senang untuk menghalusi kemahuan anak gadis anda.
Mungkin
aku tertidur terlalu lama. Selama ini aku hanya tahu mengatakan jangan
itu dan jangan ini. Buat itu dan buat ini. Tanpa menyedari yang mereka
telah semakin dewasa untuk hanya menerima arahan, malah mereka juga
mungkin telah melampaui batas pemikiran ibu bapa itu sendiri.
Sekali
lagi aku di kejutkan dari lena fahaman lama aku apabila anak perempuan
aku yang berusia 7 tahun itu berkata. “Papa…nanti papa belikan Kakak
basikal yer..” “InsyaALLAH..papa janji tapi bukan sekarang yer..” Dan
dia kata “Kakak cakap jer, bukan Kakak nak sekarang… bila Papa dah ada
duit banyaklah”
Sekali
lagi aku tercubit. Adakah anak kecil aku sudah sebijak dan seperihatin
ini. Atau aku yang terlalu memandang rendah pada kematangan emosi
mereka?. Mungkin selama ini kita tidak menyedari yang anak-anak kita
sudah sematang itu sebelum usia mereka. Sehingga kita merasakan mereka
tidak nampak atau tidak memahami apa-apa konflik kehidupan yang berlaku
disekeliling mereka. Percayalah sebenarnya mereka sangat memahaminya. Dan janganlah memberi contoh yang tidak baik kepada mereka.
Dalam
waktu yang lain aku telah terlanjur merotan anak perempuanku yang
berusia 4 tahun (mungkin terlalu keras untuk fizikal seusianya atau juga
tidak setimpal dengan kesalahannya ). Untuk seketika dia menangis. Dan
selepas itu aku akan pujuk balik dan terangkan kenapa aku marah dan
kenapa dia tidak sepatutnya melakukan kesalahan itu. Lalu anak yang di
atas ribaan itu bertanya :
“Kenapa Papa marah Balqis tadi?”
“Papa bukan marah, Papa nasihat” (Terpaksa pinjam ayat P.Ramlee sudahnya)
“Abis tu kenapa Papa pukul Balqis?”
“Papa pukul selow jerr, Papa bukan pukul kuat.” Adoii….
Walaupun
anak anda boleh terima penjelasan yang tak masuk akal tur, tapi
moralnya kat sini ialah, anak yang sekecil itu pun sudah tahu menuntut
keadilan dan penjelasan pada setiap perlakuan ibu bapa keatas mereka.
Jadi perlu kita jelaskan kepada mereka kenapa mereka menerima hukuman.
Tapi
walau macamana sekalipun cara kita mentadbir keluarga kita, aku percaya
semua ibu bapa memilih cara yang terbaik dan menginginkan yang terbaik
untuk anak-anak dan keluarga mereka.
“Sesungguhnya golongan ahli syurga itu ialah mereka-mereka yang lemah lembut terhadap keluarganya”
0 comments :
Post a Comment