Hari ni aku panic giler dibuatnya. Aku dah terlambat sikit bukak Bumicyber ari nih. Dah dekat nak pukul 3 dah baru buka. Memang hari jumaat biasa buka pukul 2.30, lepas balik sembahyang jumaat. Tapi memandangkan aku tak gi masjid ari nih (Dee tak datang, aku pulak tak ada hubungan diplomatic lansung lagi dengan jiran2 kat sini , nak buat menumpang ke masjid) sepatutnya taklah lambat buka. Tapinya terlalai dek me-repair laptop orang dari pagi tadi sedar2 dah pukul 2.30.
lembu yang tak puas hati
Lembu yang Tak Puas Hati

Buka-buka jer, budak serbu masuk Bumicyber nak login. Entah apa halnya tiba2 datang 2 ekor lembu nak masuk ke CC juga. Wahh.. panik giler orang. Tak kata oranglah aku pun cemas nak melatah di buatnya.  Macam2 aku buat nak halau dia. Baling selipar’, takut2kan dia dengan besi bukak pintu kedai pun tak jalan juga, pas tur dia gi kedai sebelah pulak. Pun macam tur juga. Orang tur halau dia gi semula ke CC. Sampai nak masuk dalam kedai nih. Dia(lembu tur) dah nak tolak pintu cermin dengan kepala dia dah. Apa lagik… panic lah aku, panic la budak2 dalam CC nih.
Heyy  Kampang betul . Apalah dosanya aku hari ni dah, yang ‘lembu’ ni marah sangat dengan aku nih. (Pasal aku tak g semayang jumaat la ni gamaknyer.
Lepastur aku bawak Baygon, sembur ker dia. Apa punya idea dah nih. Aku punya panic sampai tak tau nak halau dengan aper dah. Sampaikan Baygon yg buat sembur lipas, lalat tur jer yang terlintas dalam kepala otak aku. Mujurlah dia blah juga. Tapi tak sampai 3 minit aku masuk ,dia patah balik. Dua2 ekor pulak tur, lepak jer depan kedai.
Ada budak pompuan sorang nih cakap, “bang karang dia berak kat situ kang..” WaaaHhhh!!! Sial betul la dah nihhh…. Tak senang duduk betul aku di buatnyer… Aku pun keluar balik nak menghalau dia, di bantu dek kakak sebelah (yang suara dia aku rasakan pelik sikit, macam orang sakit tekak. Mula2 aku ingatkan dia sakit tekak, tapi dah dekat nak sebulan dah aku kat sini, suara dia macam tur lah juga. Jadinya aku taulah yang dia semula jadi cenggitu.)
Sampai pedup’ jugalah aku nak menghalau lembu nih. Dekat nak pukul 4 petang baru dia blah. Lepas tur.. aku tak dapat nak tahan, gelak sorang2 aku dibuatnya. Lama betul dah aku tak panic nih. Rasanya dah banyak tahun dah. Kacau betul…. Sejarah betul.