Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Thursday, April 10, 2014

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh ., jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.

Utk renungan kita bersama..

Posted on Thursday, April 10, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, April 2, 2014

Gambar Hiasan
THE STORY OF A BLIND GIRL 

There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.

One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “now that you can see the world, will you marry me?”

The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying:

“Just take care of my eyes dear.”

This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who’s always been there even in the most painful situations.

Life Is A Gift

Today before you think of saying an unkind word–
think of someone who can’t speak.

Before you complain about the taste of your food–
think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife–
think of someone who is crying out to God for a companion.

Today before you complain about life–
think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children–
think of someone who desires children but they’re barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn’t clean or sweep–
think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive–
think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job–
think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another–
remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down–
put a smile on your face and thank God you’re alive and still around.

Life is a gift – Live it, Enjoy it, Celebrate it, and Fulfill it

Like and share..

*This article has been schedule to be released. This article is not own to http://kulhaq.blogspot.com

Posted on Wednesday, April 02, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, February 10, 2014

Bersahabat dan menambah kenalan dengan orang yang beriman

Termasuk amalan sunnah yang sudah ditinggalkan ialah mencari kawan-kawan baru dan bersahabat kerana Allah. Para salaf selalu menziarahi sahabat-sahabat mereka kerana Allah dan menjaga hak-hak ukhuwah sesama mereka.

Kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah;
استكثروا في الأصدقاء المؤمنين فإن لهم شفاعة يوم القيامة
'Perbanyakkanlah berkawan dengan orang yang beriman kerana mereka itu dapat menjadi pemberi syafaat (kepada kita) di hari kiamat.'

Di dalam hadith ada disebut bahawa di hari akhirat nanti orang yang beriman itu akan dapat memberi syafaat kepada saudaranya yang berada di dalam neraka. Mereka itu akan berkata ;
ربنا كانوا يصومون معنا ويصلون ويحجون، فيقال لهم: أخرجوا من عرفتم
'Wahai Tuhan kami, mereka (yang di dalam neraka itu) dahulu pernah berpuasa, bersolat dan mengerjakan haji bersama kami, maka dikatakan kepada mereka. 'Keluarkanlah (mereka itu dari neraka) sesiapa yang kamu kenali.' [Hadith sahih riwayat Muslim]

Bahkan ketika menyebut tentang hadith ini maka Imam Ibn Jauzi rahimahullah berkata kepada sahabat-sahabatnya;
إن لم تجدوني في الجنة بينكم فاسألوا عني وقولوا : يا ربنا عبدك فلان كان يذكرنا بك
'Jika kalian tidak menemukan aku di syurga, maka tanyakanlah tentang aku kepada Allah dan bermohonlah kepadanya: ’Wahai Tuhan kami, hambaMu fulan, dahulu dia pernah mengingatkan kami untuk mengingati Engkau.'

Lalu beliau (Imam Ibn Jauzi) pun menangis.

# Biarpun kita bukanlah orang yang baik namun cintailah orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang baik kerana baginda salallahuallahualaihiwassalam pernah bersabda; أنت مع من أحببت 'Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.' [Riwayat al-Bukhari]

Posted on Monday, February 10, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, January 25, 2014

Antara beberapa sunnah & perlaksanaan berkaitan eidil adha

1. Memperbanyakkan takbir
2. Makan setelah selesai solat sunat eid.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.

b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.

c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”

3. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

4. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”

Artikel Oleh : Ustaz Zahazan Mohamed

Facebook : www.facebook.com/zahazanmohamed?ref=stream

JADI PENGEDAR SIM CARD ONEXOX DAN BINA KERJAYA SERTA PENDAPATAN PASIF DALAM HANYA SETAHUN.

TAMBAH PENDAPATAN DENGAN HANYA MENJADI PENGUNA SIM CARD ONEXOX

Posted on Saturday, January 25, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Soalan: SAYA pernah mendengar pelbagai pandangan mengenai menyapu muka sesudah memberi salam. Adakah ia diperintah atau sebaliknya? Boleh ustaz jelaskan dan berikan sumber hadis atau Quran.

ROHANA, Ampang, Selangor.

Jawapan: Saya suka memetik buku yang dikarang dan disusun Zaharuddin Abdul Ramhan iaitu Formula Solat Sempurna.

Imam al-Bukhari meletakkan tajuk yang memuatkan sebuah hadis berkaitan menyapu dahi dan hidung dalam ‘Bab sesiapa tidak menyapu dahinya dan hidungnya sehingga tamat sem-bahyang.’

Hadisnya iaitu daripada Abu Said al-Khudri berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya.” Riwayat al-Bukhari (dengan Syarah Fath al-Bari)

Beberapa kefahaman yang dapat diambil daripada hadis itu ialah:
•  Nabi Muhammad SAW tidak menyapu dahi ketika solat walaupun dahi Baginda terdapat kesan tanah dan air.
•  Nabi Muhammad SAW juga tidak menyapu dahi Baginda selepas solat dan kalaulah ada ihtimal selepas solat, maka ia kerana membuang kesan tanah dan air dan seumpamanya yang ada di dahi.

Oleh itu, keperluan menyapu dahi juga bukan daripada perbuatan solat yang mesti dibuat, malah yang sahihnya Nabi Muhammad SAW tidak melakukannya.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Syafi’I pula mengatakan, jika Nabi SAW melakukannya pun, maka ia bertindak menyapu habuk, debu dan kesan tanah di dahi Baginda yang termasuk dalam Bab Jibilliyah (perkara semula jadi kemanusiaan) dan bukan amalan untuk merapatkan diri kepada Allah SWT. (Fath al-Bari)

Namun, menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan berdasarkan hadis:

“Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’ (Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan), ” (Riwayat al-Tabarani).

Al-Haitami memberikan ulasannya mengenai hadis pertama dengan katanya: “Ia diriwayatkan al-Tabarani dalam al-Awsat dan al-Bazzar dengan sanad yang ada Zaid al-‘Ama, beberapa ulama men’thiqah’inya (dipercayai) dan dianggap daif (lemah) oleh majoriti atau ramai orang.”

Baki perawi al-Tabarani pula dipercayai dan sebahagian yang lain diperdebatkan (Majma al-Zawaid).

Satu lagi hujah yang digunakan ialah (daripada Qatadah): “Sesungguhnya Baginda sudah menyapu dahinya apabila tamat daripada solat sebelum memberi salam.” (Musannaf Abd Razzaq).

Menurut ulama Syafie seperti dinyatakan dalam kitab I’anah al-Talibin walaupun hadis ini daif (lemah), ia masih digalakkan kerana termasuk dalam kategori fadhail al-‘amal iaitu kelebihan amalan.

Namun, amalan ini tidak ditemui dalam kitab muktamad Mazhab Shafie seperti al-Umm, Rawdah al-Talibin, Tuhfatul Muhtaj, Nihayatul Muhtaj dan Mughni Muhtaj.

Justeru, menisbahkan pendapat untuk menyapu muka selepas sembahyang kepada mazhab Shafie masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama bermazhab Shafie dan bukan pendapat mazhab. Wallahua’lam


Sumber artikel : http://iluvbadar.blogspot.com/2011/01/amalan-sapu-muka-selepas-solat-bukan.html

JADI PENGEDAR SIM CARD ONEXOX DAN BINA KERJAYA SERTA PENDAPATAN PASIF DALAM HANYA SETAHUN.

TAMBAH PENDAPATAN DENGAN HANYA MENJADI PENGUNA SIM CARD ONEXOX

Posted on Saturday, January 25, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Friday, January 24, 2014

Dalam solat fardhu (mengikut pendapat mazhab Shafi'e), ada 2 jenis sunat, iaitu sunat Ab'ad dan Sunat Hai'ah.

Sunat Ab'ad:

1. Membaca tasyahud Awal berserta duduk.

2. Membaca Solawat ke atas Nabi pada tasyahud awal.

3. Membaca Solawat ke atas keluarga Nabi masa tasyahud akhir.

4. Membaca qunut ketika berdiri pada solat subuh.

Sunat Hai'ah



1. Mengangkat kedua tangan  berhampiran telinga ketika takbiratul ihram, nak rukuk, bangun iktidal, dan berdiri dari tasyahud awal.

2. Meletak tangan kanan atas tangan kiri ketika qiam (berdiri).

3. Membaca doa pembukaan (iftitah)

4. Membaca Taawwuz sebelum fatehah (auzubillahi minassyaitoonirrajiim).

5. Bacaan "AAMIIN" selepas fatehah

6. Membaca mana2 surah al-Quran selepas fatehah pada rakaat pertama dan kedua.

7. Mengeras suara (baca kuat) bacaan fatehah pada rakaat pertama dan kedua solat-solat 'malam' spt Suboh, Maghrib dan Isya'. Rendahkan suara pada setiap rakaat  untuk solat Zohor dan Asar. Bagi wanita, bacaan rendah suara utk setiap solat.

8. Bacaan Takbir ketika berpindah rukun.

9. Baca "Sami'Allahu Liman Hamidah" ketika bangun dari rukuk dan "Rabbana Walakal hamdh" ketika iktidal

10. Bacaan Tasbeh ketika rukuk dan sujud

11. Meletak kedua tangan atas peha ketika tasyahud awal dan akhir serta jari telunjuk diangkat.

12. Iftiras pada semua duduk dalam solat.

13. Tawarruk (duduk tahiyyat akhir).

14. Membaca doa tasyahhud akhir.

15. Salam yang kedua dan berpaling kanan-kiri.

16. Khusyuk serta tawadhu; dalam solat.

PSS: Doa Iftitah (bacaan selepas takbir di awal solat) yang paling pendek nabi baca, ialah sampai pada perkataan " Wa Asiilaa" Sebab doa iftitah baginda tak pernah tinggal, meskipun bersolat sunnat.

Maka dengan itu, kesimpulannya.

Dalam melaksanakan solat, mungkin ada hal-hal yang terlupa, misalnya:

1. Terlupa fardhu (atau wajib)

2. Sunat ab'ad

3. Sunat Hai'ah.

Apabila terlupa yang fardhu, maka cepat-cepat melaksanakan yang terlupa itu sebaik-baik saja bila ingat masa solat atau selepas beri salam. Syaratnya, waktu betul-betul masih sebentar (beberapa lahzah/second), kemudian buatlah sujud sahwi.

Jika terlupa sunat ab'ad - tidak perlu ulangi (perbuatan terlupa) serta buat sujud sahwi.

Jika terlupa sunat Hai'ah -Tidak perlu diulangi perbuatan terlupa dan tidak perlu sujud sahwi.

Sumber artikel : http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=462317&rpid=36277968&ordertype=0&page=1#pid36277968

http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Friday, January 24, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, January 23, 2014

30 Pesanan Imam Syafie

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
                                                         
2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

http://onexoxians.net/onetelco
 

Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

Artikel disedut dari : 

Posted on Thursday, January 23, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory