Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Thursday, October 27, 2016

Yaa Allah. Tambahilah aku dalam mengusahakan sesuatu kebaikan. Dan mudahkanlah dunia ini kepadaku. Kerana aku ingin memenafaatkannya untuk akhiratku. Dan dengan itu aku melihat hanya dengan jalan takwa kepadaMu. Namun ia tidaklah semudah menyebutnya. Dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui tingkatanku. Dan Engkau lebih mengenali seseorang hamba itu dari dia mengenali dirinya sendiri. Maka aku meletakkan yang diriku ini sesat dalam mencari hala tuju perjuanganku. Aku juga sesat dalam memilih bilangan yang manakah hendak didahulukan. Maka Engkaulah Sebaik-Baik Pembimbing. Maka inilah aku. Yang telah engkau serahkan kepadaku, lalu aku mengembalikannya kepadaMu semula. Kerana aku lebih yakin dengan takbirMu dari diriku sendiri. Kerana diriku ini pastilah akan leka semula. Dan terpedaya juga kepada segala tipu daya itu andainya tiada Perlindungan dan Pembelaan dariMu.

Dan telah aku tinggalkan keluh kesah itu. Keluhan kecewa pada sesuatu ketentuan. Dan risau resah pada hari esok yang telah ditentukan. Dengan ini aku melihat jalannya adalah dengan syukur dan redha. Menggunung juga penyesalan pada setiap nafas yang tersia-sia. Pada kudrat yang terbazir dalam mencari keutamaan dan kelebihan dunia. Sedang ianya telah tersedia dan terhidang untukku. Maka kenapakah wahai diri,…engkau merasa sangat risau kepada khazanah yang banyak itu? Tidakkah engkau mendengar peringatan. “Jika seluruh hambaKu berdoa kepadaKu dan memohon kepadaKU, dan AKU menunaikan seluruhnya. Maka ianya tidak sedikitpun mengurangi khazanahKU”

Dari kamus Dewan Bahasa CINTA = perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (Sesuatu)

Akan aku dirikan hidup ini diatas satu jalan, iaitu CINTA. Cinta kepada Allah, dan cinta kerana Allah. Janganlah memandangnya dengan KEJI dan JIJIK.

Diantara tujuh golongan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat, salah satu dari tujuh golongan itu adalah golongan yang didalam diri mereka mempunyai kasih sayang dan cinta yang tinggi. Iaitu golongan yang Rasulullah SAW sabdakan : “Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.”(Abu Daud & Ibnu Majah)

Di dalam sebuah Hadits, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih.”(HR. Bukhari)

Sungguh besar nilai kasih sayang ini. Hinggakan didalam hadith tersebut dikatakan Allah itu hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih. Barang siapa yang mengasihi makhluk, maka ia akan dikasihi Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang pengasih akan di kasihi Dzat yang Maha Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.”(HR. Tirmidzi)

Allah ta’ala berfirman: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni mereka maka sesungguhnya Allah ta’ala Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS. at-Taghobun: 14).

Firman Allah ta’ala: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin jika Allah ta’ala mengampunimu.”(QS. an-Nuur: 22)

Pada perkiraannya bisakah kita menjadi seorang yang pemaaf sepertimana saranan Al-Quran itu jika kita tidak mensaratkan hati dengan kasih sayang dan cinta? Dan dalam tulisan-tulisan aku terdahulu. Aku menyuarakan yang kehidupan ini indah. Bantu membantu, berbuat baik. Dan salin mencintai antara satu sama lain. Ambillah yang mana baik didalamnya, dan tinggalkanlah yang mana buruk dan tercela. Sedang aku sendiri bukanlah dari golongan yang mengerjakannya. Aku ini hanyalah digolongan yang baru sahaja berusaha kearah melakukannya. Dan kebaikan ini pada pendapatku, tidak mungkin sama sekali mampu dilakukan secara bersendirian.

“Barang siapa yang menolong kesusahan orang muslim, maka Allah ta’ala akan menolongnya dari kesusahan pada hari kiamat.”(HR. Bukhari).

Baginda juga bersabda: “Barang siapa yang menyelamatkan orang dari kesusahan, maka Allah ta’ala akan menyelamatkannya dari kesusahan pada hari kiamat.”(HR. Ahmad)

Katakanlah, yang percintaan yakni berkasih sayang sesama makhluk ini tidak penting dan boleh dipandang enteng serta sambil lewa sahaja. Maka dengarkanlah Sabdanya.

“Allah ta’ala menolong seorang hamba selagi hamba tersebut menolong sesamanya.” Baginda juga bersabda: “Barang siapa menolong saudaranya yang memerlukan maka Allah ta’ala akan menolongnya.” (HR. Muslim)

Jadilah kita orang yang mempermudah kesulitan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempermudah kesulitan orang lain, maka Allah ta’ala akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.”(HR. Muslim).

Baginda juga bersabda: “Terdapat pada umat sebelum mu seorang pedagang yang sering memberi pinjaman kepada orang lain, jika dia melihat si peminjam dalam kesulitan dia berkata kepada anak-anaknya: ‘Maafkan dia (jangan ditagih hutangnya) mudah-mudahan Allah ta’ala mengampuni kita’, maka Allah ta’ala pun mengampuninya.”(HR. Bukhari)

Katakanlah juga yang perlakuan ini bisa saja dilakukan dengan mudah dan senang andainya tidak memiliki kasih sayang dan cinta didalam diri. Dan katakan juga engkau tidak memerlukan kasih sayang didalam dirimu untuk berlaku adil dan sopan. Maka dengarkanlah ini lagi.

Berlemah-lembutlah terhadap hamba Allah ta’ala maka kamu akan termasuk orang yang didoakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Ya Allah, barang siapa yang berlemah-lembut terhadap umatku maka berlemah-lembutlah terhadapnya, dan barang siapa yang mempersulit umatku maka persulitlah ia.” (HR. Ahmad)

Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala adalah Dzat yang Maha Lemah Lembut mencintai kelembutan dan memberi pada kelembutan suatu kebaikan yang tidak pernah diberikan pada kekerasan.”(HR. Muslim)

Beliau juga bersabda: “Barang siapa yang tidak memiliki kelembutan maka ia kehilangan suatu kebaikan.”(HR. Muslim)

Serta berbuat baiklah kepada saudara kita. Kerana berbuat baik itu salah satu bukti yang engkau menyayanginya. Tidak diterima perkataan seseorang lelaki itu yang kononnya dia mencintai saudaranya sendiri tetapi dia tidak melakukan sepertinya. Dan tidak menunaikan hak-hak saudaranya.

Datang kepada Nabi SAW itu seorang sahabat, lalu ia berkata : “ Islam yang bagai manakah yang lebih utama?” . Lalu sabda Baginda : “ memberi makan (orang-orang miskin), mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal.(HR Bukhari)

Dan dari Anas ra. Dari Nabi SAW : “Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri.”(HR Bukhari)

Muamalah (hubungan) Allah ta’ala terhadapmu sebagaimana hubunganmu terhadap hamba-Nya, maka pilihlah muamalah yang kau sukai yang mana Allah ta’ala akan me-muamalahimu dengannya, dan pergaulilah hamba-hamba-Nya dengan (pilihanmu) itu maka kamu akan mendapat ganjarannya. Jauhilah menyakiti sesama sendiri (Jika kamu melakukannya) maka Allah ta’ala akan menyiksamu.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala akan menyiksa orang-orang yang menyakiti manusia.”(HR. Muslim)

Dan manusia yang punya rasa kasih dan cinta yang tinggi itu mendapat kasih dan cinta Allah juga buat dirinya. Seperti pengajaran dari kisah ini.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Pada suatu hari Nabi SAW keluar (rumah). Beliau tidak bicara kepadaku dan aku pun tidak bicara pula kepada beliau. Sampai di pasar Bani Qainuqa’, beliau duduk di halaman rumah Fatimah, lalu beliau bersabda : “Adakah anak kecil disitu?” Fatimah menahannya sebentar mungkin ia sedang memakaikan kalung atau memandikan anak itu. Tidak lama kemudian datanglah anak kecil itu dengan tergesa-gesa, lalu dipeluk dan diciumnya. Baginda mendoakan, “Wahai Allah. Kasihanilah kiranya dia dan kasihi pula kiranya orang yang mengasihinya.”

Disini terlihat jelas barang siapa mengasihi dan mencintai orang lain itu sebenarnya pasti Allah akan mencintainya pula. Sesuai dengan maksud hadith tersebut. Malah Rasulullah SAW telah berdoa secara khusus bagi mereka.

Dan lagi permudahkanlah saudaramu itu atas sesuatu yang kuasa kepadamu. Jauhilah menyusahkan sesama sendiri (Jika kita melakukannya), maka kita akan masuklah kedalam doa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: “Ya Allah, barang siapa yang mengurus perkara umatku lalu mempersulit mereka, maka persulitlah dia dan barang siapa yang mempermudah mereka, maka permudahkanlah dia.”(HR. Muslim)

Demi Allah, kayakanlah hatimu dengan perasaan cinta. Dan sesungguhnya cinta yang sebenar-benar itu bukanlah yang menjurus kepada nafsu syahwat. Tetapi rasa kasih dan sayang yang ikhlas. Yang tidak menginginkan sesuatu apa pun sebagai imbal balasnya. Dan janganlah kita sentiasa mencari-cari kelemahan dan kesalahan saudara kita. Kerana kelak Allah juga akan memperlakukan kita dengan sedemikian rupa.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang senantiasa mencari kesalahan seorang muslim, maka Allah ta’ala akan senantiasa mencari kesalahannya pula, sehingga akan terbuka kesalahannya meskipun (tersembunyi) di dalam mulut unta (kendaraan) nya.”(HR. Tirmidzi)

Beliau juga bersabda: “Barang siapa yang membuka aib saudaranya maka Allah ta’ala akan membuka aibnya sampai diperlihatkan kepada keluarganya.”(HR. Ibnu Majah)

Sesungguhnya aku melihat ianya benar, dan kalimat–kalimat itu benar. Dan janji Allah itu juga benar. Maka, besertalah denganku dalam perkara ini. Janganlah berhati batu dan degil. Serta tidak mempunyai belas kasihan(tidak kasih) sesama sendiri.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak menaruh belas kasihan terhadap sesamanya, maka Allah ta’ala tidak akan mengasihinya.”(HR. Muslim)

Beliau juga bersabda: “Tidaklah dicabut rasa belas kasihan itu kecuali dari hati orang-orang yang celaka.” (HR. Tirmidzi)

Sangatlah keras peringatan ini. Tidakkah gentar wahai hati-hati yang menyebut nama Allah? Dan demi Allah jika terlalai aku dalam pekerjaan ini dan menjadi kasar dan bengis lalu telah berkurangan dan menjadi sedikit cinta kepadamu didalam hatiku. Maka peringatkanlah aku. Kerana sesungguhnya didalam hatiku ini ada bahagian yang menjadi hak saudaraku.

Di dalam shahih Bukhori terdapat sebuah hadits yang menyebutkan bahwa Rasululloh shalallahu `alaihi wassalam ketika ditanya oleh seorang laki-laki tentang amalannya yang memasukkan dia ke syurga. Setelah beliau menyuruhnya untuk beribadah kepada Allah dan mentauhidkan ibadah itu untuk Nya, menegakkan sholat dan menunaikan zakat, beliau lalu bersabda: ” Wa Ashilaturrohim” ( “Dan sambunglah tali silaturrohim”) (Bukhori, hadits no 5637)

“Barang siapa yang ingin Allah banyakkan rezekinya atau Allah panjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali kekerabatannya (Bukhari,hadits no 5639; Muslim , hadits no 1961).

“Maka apabila jika kamu berkuasa , kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat. Allah akan menulikan pendengaran dan membutakan penglihatan mereka . (QS Muhammad: 22-23).

Ibnu Katsir berkata : Ayat ini mengandung larangan berbuat kerusakan bumi secara umum dan larangan memutus silaturrohim secara khusus.

Dan jika ikhtiar aku dalam mengeratkan silaturahim itu menjadi sendaan dan gurauan orang lain. Maka teruskanlah ketawa dan gelakmu itu. Jika engkau melihat ada menafaatnya didalam perbuatan itu. Sedangkan aku mengharapkan kamu berbai’at denganku dalam perkerjaan ini.

Ayat Al Quran lain yang berbicara tentang hal ini adalah QS. Ar-Ro`du:25 dan QS Annisa: 1)

Pada suatu hari Rasulullah Shalallahu `alaihi wassalam pernah duduk-duduk bersama sahabat nya. Beliau memerintahkan orang yang memutus tali silaturrohim untuk keluar dari majlis tersebut agar rahmat dapat turun kepada mereka.Hal ini menunjukkan, memutuskan tali silaturrohi itu dosanya amat besar. Dan orang yang tidak berusaha kearah membaik pulihnya itu adalah orang yang zalim kepada dirinya sendiri dan saudaranya. Dan sesungguhnya tidak adalah tempat bagi orang-orang yang zalim itu disisi Allah.

Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku! Umatku!” Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi, sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.

Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

“Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.”

Posted on Thursday, October 27, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, October 19, 2016


Ape salah aku ??? Ape dosa aku ??? Kenapa sampai tahap nk santau2 aku ?? Aku tak kacau ko n keluarga ko pon .

So tak payah la nk sihir2 aku .. Tengah sedap2 makan terjumpa kain putih yg diikat ..

Istighfar panjang aku dibuatnye .. Hilang selera makan aku .. Aku terus tunjuk kat mak aku bnde putih tu n cakap ade org cuba nk sihirkan aku .

 Masa tu aku tgk mak aku mcm dah kena rasuk .. Mata dah naik merah ...

Paaappp !!! Berlekuk dahi aku kena sudip mak .. Mak ckp "kau ni dah kenapa .. ?? Sup bunjut pon dah xkenal ke ..?"...

Posted on Wednesday, October 19, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, October 6, 2016

Hidup kita ni sebenarnya, habis dan banyak dibazirkan dengan memikirkan atau lari dari apa yg kita tak mahu dan tak suka. Sikit je baki masa tu yg kita gunakan utk mengejar dan usaha pada sesuatu yg kita suka dan nak...

Kita mungkin tak berada dalam situasi yg kita benci, tapi kita juga jauh dari situasa atau keadaan yg kita suka dan membahagiakan

Posted on Thursday, October 06, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Kadang² kita lebih sibuk meneliti ciri² lelaki atau perempuan yang tak baik, kononnya supaya tak terpilih yg macam tu. Kan ker lebih baik kita meneliti ciri² yg baik. Banyak sgt kesibukan pada sesuatu yg kita tak mahu dari yg kita mahu...
.
Macam tulah dalam kehidupan, kerjaya dan macam² lagi. Saya tak nak itu, saya tak nak ini. Kenapa tak tumpukan kepada apa yang kita nak?

Posted on Thursday, October 06, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, January 30, 2016



ONEXOX SATU²NYA TELCO YANG MENGHADIAHKAN AIRTIME PERCUMA SELAMA 2 TAHUN 4 BULAN KEPADA USER DARI TELCO LAIN YANG BERPINDAH KE ONEXOX.


1. kepada sesiapa yang nak berada diluar negeri lebih dari 3 bulan. Boleh dapatkan MNP onexox.

2. kepada jemaah Tabliq yg nak ke IPB atau 4 bulan negara jauh. Selamatkan no telifon anda dengan tukar ke ONEXOX.

3. Kepada pelajar yg akan melanjutkan pelajaran keluar negara, dan masih sayang no telifon anda sekarang.

4. Kepada kawan² yang kerja dipelantar minyak, atau anak kapal yang berlayar lebih dari 3 bulan.


Atau anda ada kawan² atau saudara mara yang berkaitan. Silalah sebarkan maklumat ini.

Hanya dengan mengekalkan no lama (MNP) anda akan layak untuk menerima airtime percuma selama 2 tahun 4 bulan.

Jom tukar ke ONEXOX, banyak lagi kelebihan lain menanti anda sebagai pengguna, dan lebih² lagi sebagai pengedar.

Untuk mendapatkan web referral percuma daftar disini : http://onexoxians.net/onetelco

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya ditalian dibawah.

whatsapp/telegram : +60139885188
email : wirajiwa@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/wirajiwa
Web : http://onexoxians.net/onetelco

En. Adeysham Jaffar
ONEXOX AUTHORIZED DEALER (DYSD21274)
Pusat Bandar Chini, Pekan
Pahang.

Dealer ONEXOX :
Wirajiwa Faintallah (Bandar Chini Pahang)
Kas NgOh (Pekan Pahang)
Adi Nor Jaffar (Nilai)
Rose Nita (Rawang dan sekitar KL)
Amier Onexox (Bandar Chini Pahang)
Norliyana Ideris (Muadzam Shah Pahang)


http://onexoxians.net/onetelco


Posted on Saturday, January 30, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, January 3, 2016

Sekarang ni dah senang sangat nak promote Simkad Prabayar ONEXOX ni. Tak macam dulu. Kalau dulu, walau dah terpampang kat banner, alas meja, simkad dah bersusun molek atas meja pun orang datang selalu kena tanya 

  "ONEXOX ni menatang apa?".

BELI NO BARU DISINI

Sekarang bukan je dah ramai yang tahu, siap ramai yang tolong promote ngan family dan kawan-kawan diorang bawak kepada kami dealer-dealer ni untuk didaftarkan. Bila sendiri dah rasa penjimatannya, memang senang nak cerita kat orang. Barang baeekkk kenalah kongsi, betul tak? 

Tapi bukan sebab tu je sebenarnya... Maklumlah.. diorang yang tolong rekemen je pun akan dapat pasif income 6% dari setiap penggunaan topup pelanggan yang diajak. Tanpa perlu mantain belian bulanan... Tanpa had.. sampai bila-bila dapat! Tak best lagi ke macam tu? ;p~ 

Benar, Syarikat tak mengeluarkan belanja jutaan ringgit untuk iklan di TV macam telco-telco fofuler yang lain tu. Kenapa? Sebab syarikat nak bagi peluang untuk wang tersebut di agihkan kepada pengguna. Jadi sama-sama boleh jana ekonomi. Apa guna jenama ada iklan di tv, tapi kos iklan itu diserap kepada kita sebagai pengguna?


http://onexoxians.net/onetelco
UNTUK KEKALKAN NO LAMA SILA KLIK DISINI

Dengan ONEXOX, Bukan saja boleh berjimat, kita juga bantu orang untuk cipta pendapatan sampingat untuk membantu mereka. Bukankah itu satu niat yang sangat murni? Abih tu? Yang susah sangat nak support dah kenapa? Ahaks!!

Untuk mendapatkan web referral percuma daftar disini : http://onexoxians.net/onetelco

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya ditalian dibawah. 
whatsapp/telegram : +60139885188
email : wirajiwa@gmail.com 

En. Adeysham Jaffar 
ONEXOX AUTHORIZED DEALER (DYSD21274) 
Pusat Bandar Chini, Pekan Pahang. 

Dealer ONEXOX : 
Wirajiwa Faintallah (Bandar Chini Pahang)  
Kas NgOh (Pekan Pahang)  
Adi Nor Jaffar (Nilai)  
Rose Nita (Rawang dan sekitar KL) 
Amier Onexox (Bandar Chini Pahang)  
Norliyana Ideris (Muadzam Shah Pahang)
http://onexoxians.net/onetelco

Posted on Sunday, January 03, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, January 2, 2016

Assalamualaikum semua. Selamat tahun baru 2016 kepada semua. Diharap kita semua lebih tabah dan matang didalam membuat pilihan didalam hidup. 
 
Jangan mudah berputus asa dengan setiap kegagalan yg ditempuhi didalam perjalanan menuju kejayaan. Kerana tiada kejayaan yang datang dengan mudah. Dan tiada juga kejayaan yg datang tanpa usaha.
 
Letakkanlah target didalam setiap usaha, kerana target tersebut bakal mengerakkan usaha dan meningkatkan semangat kita kearah target tersebut.
 
Bergitulah dalam perniagaan onexox ini. Target permulaan tidak perlu tinggi. Letakkan 10 org sahaja dahulu. Usaha utk dptkan target tersebut dalam bulan pertama ini. Lihat hasilnya. Dan rasailah semangat dan momentum dari kejayaan tersebut.
 
Sesungguhnya kejayaan yg kelihatan kecil bagi org lain itu adalah kejayaan yg besar kepada kita yang berusaha kearah itu. Dan semangat yg terlahir darinya seolah-olah kita mampu menakluk semua cita-cita. 
 
Saya harap anda semua berusahalah mencapai kejayaan. Dan jangan meninggalkan org disekeliling kita. Ajaklah mereka bersama2 berjuang menuju kearah kejayaan tersebut.
 
Perniagaan onexox ini adalah perniagan yang paling minimum risikonya. Tetapi sangat tinggi potensi untuk menjadikan satu sokongan ekonomi yang kukuh.
 
Saya harap anda semua tidak bertangguh dan berfikir 2 kali untuk berjuang berasama-sama saya didalam menuju kejayaan bersama.
 
Kepada yg dah ada sd atau dealer dibawahnya. Sentiasa ada hubungan. Tetapkan paling tidak, 1 hari satu sms kepadanya. Kongsi bersama semangat anda. Kerana anda tidak tahu masa bila anda pula memerlukan semangat mereka.
 
Berusahalah secara berkumpulan, kerana semua kesulitan akan dirasakan ringan.
 
Ingatlah. Pengorbanan kita kepada sahabat perjuangan yg lain menarik pertolongan Allah. Setiap kebaikan yg kita hulurkan kepada manusia lain Allah akan membalas semula kebaikan tersebut dengan 10kali ganda kebaikan yg lain.
 
Ini tidak terkecuali kepada org Islam atau bukan Islam. Allah tetap memberi balasan yg baik kepada sesiapa saja yang berbuat baik.
 
Jangan kedekut untuk berkongsi rezeki yg kita dapat. Tidak pernah ada istilah rugi didalam melakukan kebaikan sesama manusia.
 
Jadikanlah tahun baru ini satu titik permulaan pemikiran yang baru dalam diri kita.
 
Semoga semua sukses.
 
Jadi manusia yang hebat bermakna menjadi manusia yang paling banyak menafaat kepada manusia lain.
 
Untuk mendapatkan web referral percuma daftar disini : http://onexoxians.net/onetelco Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya ditalian dibawah. 
whatsapp/telegram : +60139885188 
 email : wirajiwa@gmail.com 
 
En. Adeysham Jaffar 
ONEXOX AUTHORIZED DEALER (DYSD21274) 
Pusat Bandar Chini, Pekan Pahang. 
 
Dealer ONEXOX : 
Wirajiwa Faintallah (Bandar Chini Pahang)  
Kas NgOh (Pekan Pahang)  
Adi Nor Jaffar (Nilai)  
Rose Nita (Rawang dan sekitar KL) 
Amier Onexox (Bandar Chini Pahang)  
Norliyana Ideris (Muadzam Shah Pahang)
 

Posted on Saturday, January 02, 2016 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory