Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Tuesday, August 12, 2014

Jika didalam kehidupan ini anda hanya mahu berkongsi kedukaan dengan seseorang, tetapi tidak rela berkongsi kegembiraan bersamanya, atau sebaliknya. Maka itu bukanlah perkongsian. Sesungguhnya itu adalah percaturan dan perniagaan.
 1. Wanita mengandung dan menanggung setahun utk melahirkan seorang anak. Tapi ayah dok hadap seumur hidup tanggung dosa depa. Dan depan tuhan nanti tidak ada satu soalan yang ditanyakan kepada emak melainkan semuanya kepada Ayah. Masaklah si Ayah. Tapi yang sentiasa merungut, wanita jugaaa.

2. Sejak lahir dan seumur hidup, anak itu dibin dan di bintikan kepada ayah. Tapi bila mati, syarat demikian tidak sah lagi. Bila masa dikuburkan dibin dan dibintikan kepada Mak pulak. Tapi yang sentiasa merungut wanita jugaaa.

3. Dan seorang wanita yang mendapat kesusahan di akhirat nanti akan diselamatkan oleh 4 golongan lelaki. Lelaki yang mereka cemburui keutamaannya sewaktu didunia. Mereka adalah.
*Ayahnya
*Suaminya
*Saudara kandung lelakinya
*Anak-anaknya

Sedangkan seorang lelaki akan disusahkan oleh 4 golongan wanita. Dan dia tidak akan bisa masuk syurga jika ada dakwaan dari 4 golongan wanita ini.

Tapi yang sentiasa merungut......(alahai, malaslah nak cakap)

Saya menerima disebelah pihak banyak jasa dan pengorbanannya. Tapi jangan kita mengangkat perkara tersebut seolah² disebelah pihak yang lain lansung tiada bebannya.

Hidup ini adalah perkongsian dan tolak ansur.

Dan alhamdulillah rumahtangga saya juga jauh dari kecacatan itu. Cuma anggaplah saja ini teguran ikhlas dari seorang saudara kepada saudaranya yang lain.

Selalu sangat kita menerima luahan pasangan yang tidak berpuashati dengan pasangannya. Sedangkan
pada hakikatnya mereka sebenarnya hanyalah tidak berpuas hati kepada diri sendiri.

Dan perkahwinan bukanlah medium untuk mencari kepuasan sendirian.

(tolong jangan melihatnya dari sudut hubungan intim, bukan itu yang saya maksudkan)
 

Posted on Tuesday, August 12, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sekarang ni semua bangsa² dan penganut² Agama lain sedang giat dan mempergiatkan usaha menonjolkan keburukan bangsa dan agama orang  lain. Segala macam mak nenek vclip, gambar dan fakta(tak kurang juga fitnah) dikemukakan dan dishare melalui facebook.

Untuk membuktikan Agama atau kaum bangsa anda adalah yang terbaik. Tak perlu membuka keburukan  dan kelemahan Agama atau tabiat buruk bangsa lain. Yang kadang² tu hanyalah keburukan individu tertentu sahaja.

Jadi yang terbaik, bentuk akhlak sendiri menjadi manusia yang baik. Tambah kemanusiaan yang dah makin hilang dalam diri. itu lebih membantu menaikkan rating Agama atau Kaum yang anda wakili.

Saya faham dengan kemarahan anda kepada sesuatu isu yang dibangkitkan. Tetapi jika anda tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut, sekurang²nya anda tidak menjadi minyak yang ditambah kepada api yang sedia menyala.

Malas nak letak printscr’ carilah sendiri.

Posted on Tuesday, August 12, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, August 6, 2014

Kenyataan pemimpin HAMAS Khaled Meshaal berkenaan gencatan senjata antara Gaza dan Israel;

Kami tidak pernah menipu. kami akan sentiasa di hadapan menunaikan janji janji kami, jangan bermain-main dengan pejuang Palestin.

Isu mensasarkan orang awam, mereka Israel terlebih dahulu mensasarkan orang awam bahkan tentera komando mereka mensasarkan orang awam, manakala kami di hadapan mereka seperti benteng yang kuat.

Kami tak akan kalah depan mereka kami mempertahankan rakyat kami, syuhada kami adalah orang awam dan pembunuh nya adalah askar.

Israel hanya fikir untuk menghancurkan kami. Kami tahu Israel lebih kuat dari kami kerana mereka mempunyai kelengkapan perang yang jauh ke hadapan.

Kami tidak akan meletakkan senjata, tiada sesiapa mampu melucutkan senjata kami, dengan izin allah.

Kami beri 2 syarat untuk letakkan senjata:
1. berhentikan penjajahan,
2. kalian (Israel) lucutkan senjata.

Sesetengah menyangka itu adalah mustahil. Kerana apa ia mustahil?

Kami menolak syarat gencatan senjata yang melihat kami di kedudukan yang sama sedangkan kami ditindas dan mereka penindas.

Mereka perompak tanah air kami dan kami adalah pemilik sebenar tanah air ini.

Mata dan badan kami tak pernah lena dari menjaga bangsa yang hebat ini.

Sehingga kini syuhada Palestin seramai kira-kira 700 orang yang kebanyakan mereka adalah kanak-kanak, orang tua, dan wanita.

Netanyahu yang gagal dan kalah cuba untuk membalas dendam ke atas orang awam. Mereka memasuki Gaza dengan mata yang buta melepaskan peluru buta.

Telah berlalu 3 buah peperangan di samping penjajahan yang tak pernah berhenti.

Kami melakarkan hidup kami dari tempat kematian, kami tidak akan keluar dari tanah ini tetapi akan memanggil para pelarian kami supaya kembali ke tanah ini dan jarak masa itu semakin dekat dengan izin Allah.

Berapa banyak hospital telah mereka musnahkan, berapa banyak masjid yang telah mereka nodai, dan lebih 1,000 rumah dihancurkan secara total dan 1,500 rosak teruk.

Kami adalah korban keganasan bukan Israel yang terkorban. Wahai Ban Ki Moon dan John Kerry, yang mana kalian lebih cenderung memilih dan berpihak kepada aduan Israel.

Seperti mana kita bersedih akan kapal terbang Malaysia yang ditembak jatuh oleh pemberontak, begitu jugalah kami.

Dan aku secara peribadi sangat bersedih di atas apa yang menimpa Malaysia kerana mereka adalah saudara kami dengan rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang terhormat.

Kami menyeru semua kerajaan dan para pemimpin dunia agar menghentikan perang ke atas Gaza.

Kami menyeru untuk membuka pintu sempadan yang patut dimiliki oleh orang Arab. Ia digunakan untuk menghantar ubat-ubatan dan bekalan bahan-bahan mentah dari negara-negara Arab.

Wahai Ban Ki-moon Israel adalah PENJENAYAH dan bukannya rakyat kami di GAZA!

Kami adalah orang yang paling berpegang dengan janji dan gencatan senjata. Namun kami tidak akan membelakangkan tuntutan perjuangan Palestin. Kami tak akan pernah memungkirinya.

Tetapi kami tak akan tertipu dengan permainan mereka. Israel telah gagal dan cuba untuk menutup kegagalan mereka, kemudian meminta diberhentikan peperangan.

Kami bersedia untuk gencatan senjata tetapi kami hanya akan menerima sekiranya kepungan terhadap Gaza dihentikan sepenuhnya dengan JAMINAN dan bukannya cakap-cakap kosong!

Sesetengah orang mengatakan bahawa Turki dan Qatar yang menekan Israel.

Tetapi sebenarnya John Kerry yang mengarahkan mereka memujuk kami. Kami tidak melawan mereka di atas inisiatif mereka tersebut, tetapi kami menentang apa jua bentuk cubaan untuk memujuk kami dari menuntut hak kami ke atas bumi Palestin.

Kami meminta untuk dihentikan kepungan terhadap Gaza sebelum apa sahaja Perjanjian Gencatan Senjata!

Kedahsyatan perang tidak akan pernah memberhentikan kami untuk menuntut hak kami sebagai rakyat Palestin. Dunia akan menekan kamu.

Mereka mengajak kami untuk memberhentikan serangan kami. Kemudian kami mempersoalkan, apa selepas itu? Dan mereka jawab, selepas itu kita akan berunding.

Kami menolak tawaran sebegini sejak dari hari pertama perang lagi. Apakah permintaan kami? Kami telah menggariskan semua permintaan dan telah serahkan semua tuntutan kami kepada semua yang terlibat.

Tuntutan agar kepungan ini perlu berhenti dan perlu diberhentikan.

Kami, para pemimpin Hamas telah menghadapi rintangan ini dengan penuh amanah. Kami tak akan mengkhianati amanah bangsa ini semasa Ramadhan ataupun selepas Ramadhan.

Kepungan berlaku sejak 2006, kerana Hamas berjaya memenangi pilihanraya Gaza.

Kami ingin sampaikan kepada mereka bahawa tindakan mengepung sebuah bangsa yang merdeka akan membawa kepada sebuah kekuatan letupan yang dahsyat.

Kekuatan letupan itu akan terjadi di hadapan muka-muka penjajah dan muka-muka pelampau.

Bangsa kami akan meletupkan kekuatannya di hadapan muka-muka penjajah dan sesiapa pun yang menzalimi kami.

Ada pun yang menolong dan menyokong kami, kami akan kembali menyokong dan membantu mereka.

Membunuh dengan cara melaparkan dan mengepung adalah sama dengan membunuh dengan cara menembak di sisi undang-undang antarabangsa.

Kalian akan berjumpa dengan rakyat Palestin di tanah yang merdeka selepas ini.

Tentera Israel yang ditawan sebelum ini ingin kembali kepada keluarga dan ibu mereka. Begitu jugalah kami ingin melihat anak-anak dan saudara-mara kami.

Tuntutan kami semua adalah sama.

Kami sebagai sebuah bangsa yang merdeka, menuntut untuk mereka mengangkat segala sekatan dan kepungan atau kami akan terus berjuang.

Kami boleh meletakkan senjata jika tuntutan kami didengari dan ditunaikan. Tiada kata lain selain tuntutan-tuntutan tersebut.

Kami memang akan memberhentikan serangan dengan syarat kalian memenuhi tuntutan-tuntutan kami iaitu menghentikan sekatan dan kepungan ini. Kemudian barulah kami akan berunding.

Kenapa mereka tak setuju ?

Kerana terdapat tekanan dari Israel yang tidak mahu tuntutan kami ditunaikan.

Jika kalian kepung tempat kami, kami akan kepung kalian danjika kalian mengepung udara kami kami akan mengepung udara kalian. Umpama seekor nyamuk yang tahu bagaimana menyerang seekor singa, walaupun engkau bukanlah singa tidak layak dipanggil singa wahai netanyahu.

Wahai rakyat Gaza sesungguhnya kalian telah memberikan banyak pengorbanan sesungguhnya aku sangat berbangga di sisi kalian bahkan selain ku masih ramai yang ingin bersama kalian.

Saya ingin bertanya, berapa ramai lagi tentera yang Israel mahukan mereka terbunuh dan tercatat di atas bil sehingga mereka akan menghentikan kepungan ini?

Dr Khalil Al-Hayyah telah kehilangan sebahagian keluarganya, dan kami dengan segala jiwa-jiwa yang sedia berkorban kami akan berdiri di sisi kalian.

Wahai bangsaku di Tebing Barat, kalian telah memberikan banyak kesabaran namun kami meminta sedikit kesabaran lagi.

Jangan dirisau, umat akan bersama mu, kalian kan melihat semua bangsa arab dan kaum muslimin seluruh dunia akan bersamamu.

Harapan bahawa perang Gaza ini akan menyatukan kami, cumanya kesatuan ini perlu berpegang atas asas yang kuat.

Kami akan bersatu seperti mana kami pernah bersatu ketika Intifadhah kedua dahulu.

Ucapan terima kasih buat seluruh yang terlibat dan seluruh bangsa dunia yang cintakan kebebasan.

Adapun kerajaan dunia khususnya Amerika mereka perlu menukar pendirian politik mereka dan kami tidaklah berharap sangat(kerana sudah tahu) dunia akan menekan mereka satu hari nanti.

Kita akan berjumpa lagi dengan izin Allah di sebuah negara Gaza yang bebas dan merdeka dan berdaulat.

Kami akan berdepan dengan Israel dengan berperang dan dengan menggunakan undang-undang ke atas mereka.

Para pejuang kami dengan segala kemampuan dan semua fraksi mampu bersabar dan bertahan di atas penjajahan, sabar kami itu sangat panjang.. maka begitu jugalah kami akan bersabar dan bertahan dalam peperangan ini..!!

Posted on Wednesday, August 06, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, August 5, 2014


Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF?

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi. Inilah yang terjadi pada dua syarikat Coca Cola dan McDonalds.

-Irfan Khairi, Kuala Lumpur

TAMBAH PENDAPATAN DENGAN HANYA MENJADI PENGUNA SIM CARD ONEXOX

Posted on Tuesday, August 05, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, June 26, 2014

Assalamualaikum kepada semua. Walau dimana saja kalian berada.

Semoga Allah melimpahkan keberkatanNYA didalam kehidupan kita. Dan memelihara kita semua dengan amalan dan akhlak yang terpuji. Pejam celik sudah kembali kepada Ramadhan semula. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan yang penuh dengan keampunan, serta bulan yang mana terdapat satu malam yang dipanggil lailatul qadar. Yang ianya lebih baik dari seribu bulan, Allahuakbar!

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (QS. Surah al-Qadr : 1-5)

Berazamlah :
1.    Untuk full terawih sama ada di masjid atau di rumah.
2.    Azam full al-Quran walaupun tak dapat khatam tak pe, janji sentiasa baca walaupun ulang lagi dan lagi surah yg pendek².
3.    Azam utk zikir sepanjang masa.

Dan yang paling penting. Ini adalah pesan seorang sahabat saya yang bernama Hasbullah. Katanya
1.    Perbaiki hubungan dengan Allah. Allah akan perbaiki hubungan kita sesama manusia,rumahtangga anak² dan kaum kerabat serta sahabat handai.
2.    Perbaiki amalan Agama kita, dan Allah akan aturkan dunia kita dengan mudah.

Subhanallah, Allah menuntut kehidupan manusia yakni hamba²NYA ini hanya 3 perkara.
1.    Beriman kepada DIA.
2.    Taat perintahNYA. Yaitu, buat apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dilarang.
3.    Beribadat dan hiduplah mengikut sunnah² RasulNYA Muhammad saw.



Posted on Thursday, June 26, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, June 7, 2014

Ada orang yang mengemukakan pendapat Dr Yusuf Al-Qardhawi mengenai halal memakan makanan yang mengandungi DNA BABI. Harus diingat, fatwa² kontemporari yang semacam itu lebih dikhususkan kepada umat Islam yg tinggal di negara² orang bukan Islam. Yang boleh dikatakan semua makanan segera mereka mengandungi bahan DNA BABI ini.

Tapi janggal dan aneh jika kita mahu menggunakannya di negara Islam seperti Malaysia ini. Yang ada JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri, yang sepatutnya 'terdaya' memantau status halal setiap makanan yang berada dipasaran Malaysia.

Saya tidak maksudkan pendapat Dr Yusuf itu salah. Tapi saya rasa pendapatnya yang satu itu tidak sesuai utk dipraktikkan di Malaysia, kerana Malaysia ini negara Islam. Tambahan pula fatwa beliau ini lebih tertuju kepada penduduk Eropah, yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah.

‘Jika tidak jumpa dan tidak dapat dikenal lagi akan babinya, maka hukumnya halal.’ Ini adalah pendapat umum Para fuqaha.

Demi Allah yang Maha Pemurah telah mengurniakan kepada manusia teknologi dna sehingga dapat mengesan kandungan babi dalam setiap makanan, walaupun ianya hanya boleh dikesan melalui kaedah DNA.

Saya rasa kelonggaran ini tidak relevent. Lebih² lagi utk di apply di Malaysia. Sebuah Negara Islam, yang punya banyak jabatan dan ada kementerian yang khas dan khusus menanggani bab halal didalam makanan yg dipasarkan di pasaran Malaysia.

Ada yang menimbulkan persoalan. Di Malaysia kebanyakan pengusaha makanan didominasi oleh pengusaha berbangsa Cina. Itu benar, tapi mereka masih juga lagi tertakluk kepada syarat² halal Kerajaan Malaysia. Hanya perlu tingkatkan lagi perlaksanaan undang²nya.

JAKIM perlu telus. KKM perlu tegas. Menteri juga perlu ambil berat pasal halal atau tidak produk yg tersaji di pasaran. Bukan tertumpu kepada menjaga ekonomi sahaja. Sehingga pembelaan itu berat sebelah. (lebih membela pelabur dan usahawan yg kononnya lebih penting utk kesinambungan ekonomi negara)

Pendapat Dr Yusuf Al-Qardhawi  itu juga dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah. Ini sangat jelas merujuk kepada situasi yang sangat darurat kepada penduduk Islam disana(negara bukan Islam).
Masakan Malaysia ini sudah setarafnya dengan UK atau Italy? Adakah perlaksanaan dan tahap keterdayaan kerajaan menggani isu halal dan haram makanan di Malaysia segawat ini?

sebenarnya isu ini sangat menyusahkan. Dan juga sangat mengecewakan. Sebagai rakyat Malaysia. Saya sangat terkilan tahap perlaksanaan dan ketegasan kerajaan terhadap pengusaha² (lebih² lg pengusaha gergasi) yg tidak mematuhi piawaian HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Saya kira JAKIM dan pengarah²nya perlu lebih berani dan berpendirian.

Note : Transformasi? Saya berpendapat transfomasi yang menjadikan babi itu tidak najis atau halal, adalah trasnfomasi alami sahaja. Transfomasi semulajadi. Sepertinya mereput ditanah, air atau apa saja semulajadi, dibakar juga contoh yang alami. Transfomasi melalui proses chemical(kimia) dan teknologi penapisan moden tidak menjadikan babi itu, atau bahan yang terhasil darinya halal. Jika ianya menjadikan babi itu halal dan tidak najis. Maka bolehlah kita jadikan babi itu sendiri bahan makanan. Dengan melakukan transfomasi keatasnya.

Posted on Saturday, June 07, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, May 13, 2014

ORANG HILANG

Kepada semua yang membaca , tolonglah share .

Nama : Rosmisah Binti Bakhiar
Ic : 810815-06-5302
Status : Surirumah tangga
Tarikh Hilang : 10/5/2014
Tempat terakhir : Taman Impian Kuantan.

Sila hubungi utk maklumat

Suami : En. Ismail (Suami)
Hp : 013 909 5761

Pegawai Kes : Sarjan Azmi (kuantan)
Hp : 012 948 7082

PLEASE SHARE.

Posted on Tuesday, May 13, 2014 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory