Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Thursday, August 23, 2012

Assalamualaikum warah matullah hiwabarokatuh

Hanya sekelip mata Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan tiba Syawal indah dan hiba. Bertapa kita beruntung. Dengan puasa yang tidak pernah tidak dua tiga juadah berbuka. Dengan bersahur yang tidak sekali-kalinya makan hidangan semalam. Dan santap ala raja-raja Mesir. Sampai terkangkang kekenyangan. Maklumlah, bersahur pula kerana takutkan lapar bila berpuasa esoknya.

Jauh benar penghayatan puasa kita dari yang dituntut oleh Islam. Dan apabila berpuasa tidak pula kita menahan mata  dari melihat yang ‘singkat-singkat’. Tidak juga telinga kita  selamat dari perkataan-perkataan yang dusta dan sia-sia. Juga lidah kita tercela dengan perkataan-perkataan dan syair-syair yang merosakkan.

Ya Allah, dimanakah letaknya puasa kami disisiMu? Adakah ia tergantung di gerbang-gerbang Syurga atau tercampak kedasar-dasar Neraka?

Dan ketika malamnya, ketika Engkau memerintahkan Malaikat-MalaikatMu turun ke dunia. Dengan membawa keberkatan-keberkatan Ramadhan  dan lailatul Qadar yang Engkau telah janjikan. Kami dengan tiada rasa rugi lena diulit mimpi-mimpi dunia. Dengan hangat dipeluk isteri dan juga suami masing-masing. Tidak kami memberatkan yang wajib keatas kami, dan tidak juga kami melebihkan yang disunatkan. Melainkan kami meringankan yang diharamkan dan menyukai yang dibenci olehMu.

Dan hari kemenangan yang  tiba ini adalah untuk siapa sebenarnya? Untuk kamikah? Untuk kami yang hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata? Sesungguhnya benarlah yang “Manusia itu benar-benar didalam kerugian”

Kemana hendak kami adukan nasib malang yang ditempah oleh diri sendiri ini?

Yaa Allah, Yaa Rabbi, Yaa Rahman, Yaa Rahim. Sesungguhnya kami sangat takut bila mengingati mati. Tetapi tidak juga kami menghindarkan diri dari yang sia-sia. Dan merapatkan diri kepada yang dikatakan saham-saham Syurga. Masih juga kami cintakan perkataan-perkataan manis dunia yang sementara. Dan asyik dengan belaian-belaian fitnah yang indah pada kulitnya tetapi berulat didalamnya.

Ramadhan ini juga tidak menjadikan tangan-tangan kami ini ringan kepada yang tidak bernasib baik. Mereka menadahkan tempurung-tempurung kosong mereka, namun kami berpaling darinya. Dan tidak lembut hati ini, kerana sedikitnya tadarus. Rugi benar wahai diri yang rugi.

“Keluarlah engkau dari jerami-jerami batil yang menyesatkan. Pergilah engkau ke danau-danau Firdausi. Dan teguklah susu dan madu dari sungainya yang mengalir itu. Tanggalkanlah pakaian-pakaian duniamu yang berupa kelazatan dan kesukaan sementara. Dan redhalah yang Allah hummala aisya illa i’ shul akhiroh.”

“Wahai diri yang lalai. Berpeganglah engkau pada tali-tali Allah, janganlah engkau mencari tempat bergantung selain dariNya. Dan ingatlah, yang engkau itu, kun tum khoirat ukhmatin ukhrijat linnass, ta’ muru nabil makruf, watan hau na’anil mungkar, watu’ minu nabillah.”

“Dan janganlah menjadi orang yang rugi di dunianya dan rugi pula di akhiratnya. Berbaik-baiklah sesama kita dan saling memberi dan menerimalah. Juga jauhkan sombong dan bongkak kerana dengan itu iblis menjadi kafir selamanya. Tidakkah kita sepatutnya menggambil iktibar?”

“Dan cintailah Allah melebihi kita mencintai takhta-takhta kita. Cintailah Rasulullah SAW itu melebihi rintik-rintik hujan atau juga air dilautan. Letakkanlah tangan di dada kita semua. Dan rasakanlah zikirnya. Dengan itu tidakkah kita takut akan Allah? Dan tidakkah kita malu bertemuNya dalam keadaan telanjang bergini? Sesungguhnya umat ini menerima limpah rahmat dan nikmat yang melebihi dari umat-umat yang terdahulu. Dan janji-janji Allah keatas umat ini juga lebih utama kedudukannya dari umat-umat lain. Tidakkah kita wahai diri yang leka merasa lembut hati dan belas kepada diri kita sendiri?"

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Posted on Thursday, August 23, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, August 7, 2012

Harap dapat memberi kesedaran kepada semua yang menonton.

Posted on Tuesday, August 07, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Sunday, July 29, 2012


Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.
Golongan pengikut dajal ini seolah-olah mahu mengistiharkan diri mereka secara rasmi. Mereka bukanlah musuh kepada orang Islam semata-mata, sesungguhnya mereka adalah musih kepada seluruh manusia.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

Video penuh acara pembukaan Olimpik 2012 London

Published on 29 July 2012

Posted on Sunday, July 29, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, June 16, 2012

RAKYAT MALAYSIA BERSATU MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA HALAU KEDUTAAN MYAMMAR DARI MALAYSIA. MYAMMAR TELAH MELAYANI ORANG ISLAM DI NEGARA MEREKA MACAM SAMPAH. MEREKA BUNUH UMAT ISLAM ROHINGYA SETIAP HARI. KEJAM!
Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?








.



Info lanjut mengenai mereka rujuk link di bawah. Baca sampai habis, faham dan SEBARKAN.

http://sozcyili.blogspot.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html
http://sozcyili.blogspot.com/2012/06/gambar-gambar-penderitaan-umat-islam.html
http://mynewshub.my/2012/06/14/kedutaan-myanmar-enggan-terima-memorandum/
http://documentary-evidence.blogspot.com/2012/06/photos-of-arakan-riot.html
http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/06/isu-pembunuhan-umat-islam-rohingya-di.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10885-kutuk-pembunuhan-umat-islam-rohingya
http://mindaahad.wordpress.com/2012/06/14/pembunuhan-etnik-muslim-rohingya-di-myanmar/
http://www.sembangberapi.com/pembunuhan-umat-islam-rohingya-di-myanmar/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/15/malaysia-nyatakan-pendirianmu-mengenai-pembunuhan-rohingya/
http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/nasional/1733-umat-islam-wajib-bangkit-isu-rohingya
http://www.szlihin.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html
http://www.szlihin.com/2012/06/isu-pembunuhan-umat-islam-rohingya-di.html

Dari http://szlihin.com = 1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.
3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.
4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!

Published on 16 June 2012

Posted on Saturday, June 16, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, May 5, 2012


http://wirajiwa.bumicyber.com/images/stories/rahib-slogan-anti-rohingya.jpg

Pendeta Budha Serukan Bantuan Untuk Muslim Rohingnya Dihalang

Citra kasih sayang dan damai ajaran Budha telah tercoreng atau memang palsu belaka? . Sikap mereka yang brutal terhadap kaum muslim Rohingnya yang tertindas menunjukkan wajah asli mereka yang penuh kebencian terhadap umat Islam.

Sebagaimana dilaporkan The Independent (25/7/2012), para pendeta budha dilaporkan telah mencoba memblokir bantuan kemanusiaan sampai ke muslim Rohingnya.

Para bhikkhu yang memainkan peran penting dalam perjuangan terakhir Birma untuk demokrasi telah dituduh memicu ketegangan etnis di Birma dengan mengimbau orang untuk menghindari komunitas Muslim yang telah menderita puluhan tahun akibat penindasan.
Banyak pengamat yang terkejut dengan sikap beberapa organisasi biarawan yang telah mengeluarkan pamflet memberitahu orang-orang untuk tidak bergaul dengan masyarakat Rohingya. Mereka juga memblokir bantuan kemanusiaan Salah satu selebaran menggambarka Rohingya sebagai ” manusia kejam secara alami (by nature) ” dan digambarkan sedang merencanakan untuk membasmi” kelompok etnis lain.

Meningkatnya serangan terhadap Rohingnya yang digambarkan sebagai kelompok yang paling tertindas di dunia terjadi beberapa minggu setelah kekerasan etnis di Rakhine State. Dikabarkan lebih dari 80 orang terbunuh lebih dari 100 ribu muslim Rohingnya hidup dalam kondisi putus asa.

“Dalam beberapa hari terakhir, para bhikkhu telah muncul dalam peran utama dalam penolakan bantuan kemanusiaan kepada umat Islam, untuk mendukung pernyataan kebijakan politisi,” kata Chris Lewa, Direktur proyek Arakan, sebuah LSM daerah. “Seorang anggota badan kemanusiaan di Sittwe mengatakan kepada saya bahwa beberapa biarawan yang ditempatkan dekat kamp pengungsian Muslim, memeriksa dan berpaling dari orang yang mereka dicurigai akan berkunjung untuk memberikan bantuan.”

Sementara Suu Kyi penerima hadiah nobel perdamaian cendrung diam dalam masalah ini . Sikap yang banyak dipertanyakan. Amal de Chickera yang berbasis di London, mengatakan: “Anda memiliki figure moral, yang suaranya memang penting, Ini sangat mengecewakan dan pada akhirnya bisa sangat merusak..”

Rohingya telah tinggal di Burma selama berabad-abad, tetapi pada tahun 1982, rezim penguasa militer Ne Win melecuti kewarganegaraan mereka . Ribuan melarikan diri ke Bangladesh di mana mereka tinggal di kamp-kamp menyedihkan. Akses Media asing masih ditolak untuk menjangkau wilayah konflik, di mana keadaan darurat diumumkan bulan lalu, dan sepuluh pekerja bantuan ditahan tanpa penjelasan.

Arakan Negeri Islam Sejak Khilafah Harun Al Rosyid

Tudingan bahwa Muslim Rohingnya merupakan imigran asing merupakan tuduhan palsu yang dicari-cari. Muslim Rohingnya yang merupakan 20 persen dari 55 juta penduduk Burma merupakan penduduk asli di provinsi Arakan dan menjadai warga mayoritas di sana.

Provinsi Arakan adalah negeri Islam. Islam telah masuk ke provinsi itu pada masa Khalifah Harun Al-Rasyid, abad ke-7 Masehi. Dan dari provinsi Arakan inilah Islam menyebar ke seluruh penjuru Burma. Kaum Muslim telah memerintah wilayah ini selama lebih dari tiga setengah abad, yaitu antara (834 – 1198 H atau 1430 – 1784 M).

Raja Burma yang beragama Budha kemudian menduduki wilayah Arakan. Mulailah terjadi pembunuhan atas kaum Muslim, penghancuran harta bendanya, dan mengirim Muslim Rohingnya ke penjara-penjara. Akibatnya tidak sedikit dari mereka yang meninggal dan mengungsi. Pada tahun 1824, kaum kolonialis Inggris datang dan menduduki negeri itu, kemudian memasukkannya ke pemerintah kolonial Inggris di India.

Pada tahun 1937 Inggris menduduki provinsi Arakan dengan kekerasan dan menggabungkannya ke Burma (yang saat itu merupakan koloni Inggris yang terpisah dari pemerintah Inggris di India). Untuk menundukkan kaum Muslim, agar bisa dikuasai dan dijajah, Inggris mempersenjatai umat Budha. Mulailah terjadi terjadi penyerangan terhadap umat Islam pada tahun 1942.

Mereka membantai kaum Muslim dengan brutal hingga lebih dari 100 ribu kaum Muslim meninggal, yang sebagian besar perempuan, orang tua dan anak-anak. Serangan umat Budha yang kejam dengan dukungan Inggris telah membuat ratusan ribu kaum Muslim mengungsi ke luar negeri. Kemudian, umat Muslim mengalami pembantaian baru menyusul kudeta militer tahun 1962, dengan kekuasaan bercorak komunis yang didukung Cina dan Rusia.

Rezim yang baru ini sangat berambisi menghabisi Islam di Burma. Mereka mengusir lebih dari 300 ribu kaum Muslim ke Bangladesh. Pada tahun 1978 lebih dari setengah juta kaum Muslim diusir dari Burma. Pada tahun 1982, ada operasi penghapusan kebangsaan kaum Muslim karena dinilainya sebagai warga negara bukan asli Burma. Pada tahun 1988 lebih dari 150 ribu kaum Muslim mengungsi. Pada tahun 1991 lebih dari setengah juta kaum Muslim juga mengungsi.

Meskipun demikian umat Islam Rohingnya masih berpegang teguh dengan agama mereka. Penganiayaan, penyiksaan dan ketidakadilan menimpa mereka di semua tingkatan, bahkan pembunuhan dan pembantaian tak menggerus keimanan mereka. Umat Islam termasuk Muslim Rohingnya tidak punya pilihan lain kecuali kembali menegakkan Khilafah yang akan melindungi umat Islam termasuk Muslim Rohingnya. Seperti di masa Khalifah Harun ar Rasyid. Saat gemilang ketika Muslim Rohingnya mendapatkan ketentraman, keadilan, dan keamanan sejati.(FW) [HTIPress/al-khilafah.org]

Sumber artikel : http://www.al-khilafah.org/2012/07/pendeta-budha-serukan-bantuan-untuk.html 


Published on 13 December 2012

Posted on Saturday, May 05, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, March 31, 2012

Kadang-kadang hidup kita ni sentiasa diselubungi prasangka. Baik prasangka buruk atau prasangka baik. Tapi yang saya nak sembang kat sini adalah berkenaan dengan prasangka buruk.

Sebenarnya orang yang berprasangka buruk ni, dia sentiasa hidup didalam keadaan yang tidak tenang. Kadang-kadang hamper setiap perkataan yang dia dengar disekelilingnya disangka ditujukan kepada dirinya. Sedangkan sebenarnya tak ada kena mengena dengan diri dia pun.

Contohnya bila orang lain berkata, “Kita hidup ni kena amanah.” Dan stedment ni tak der kena-mengena dengan dia pun. Tetapi dengan sepontan dia akan menjawab. “Sebelum mengingatkan orang lain lebih baik kita mengingatkan diri kita sendiri dulu.” Hisk.

Dalam situasi lain. Ada orang berkata. “Kita wajib mengutamakan kedua Ibu Bapa kita dalam banyak hal, kasihi dan hormatlah kepada mereka sentiasa.”
Lalu dia menjawabnya. “Buktikan kepada diri sendiri dulu apa yang awak cakap tu.”

Kehidupan orang yang macam ni sangat menyulitkan diri mereka sendiri dan orang disekeliling mereka. Susah berkawan dengan mereka, dan juga mereka susah mendapat kawan yang betul-betul rapat. Hidup mereka selalu kesepian dan kesorangan. Kasihan.

Mereka sentiasa bersangka buruk kepada setiap ucapan orang lain. Sentiasa menyangka yang ucapan itu ditujukan kepada mereka atau dianggap sindiran kepada mereka. Sebenarnya, mereka bermusuh dengan perasaan mereka sendiri.

Muhasabah diri kita sendiri mulai saat ini. Adakah kita tergolong dalam golongan seperti ini? Jika tidak Alhamdulillah. Tidak pernah terlambat untuk berubah. Terima teguran dengan ikhlas. Dan kadang-kadang teguran itu tidak semistinya datang daripada orang yang lebih baik dari kita. Teguran dan nasihat itu bisa datang dari sesiapa saja. Dalam nasihat, bukan siapa yang berkata itu yang penting, tetapi apa yang dikatakannya itulah yang lebih utama. 

Posted on Saturday, March 31, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Saturday, March 10, 2012

Ini pandangan peribadi saya saja, tidak mewakili mana-mana parti politik yer, harap maklum.
Hipokrit dari sudut bahasa. Dari kamus dewan bahasa dan pustaka. Hipokrit = bermaksud "(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari  yang sebenarnya; munafik".
Hipokrit dalam Islam hanya dalam satu hal, yaitu yang berkaitan dengan keimanan kepada Allah dan RasulNYA.
Kita katakan beriman dengan Allah, tetapi kita mengagungkan selain dari DIA. Kita kata kita mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kita memperkecil dan memandang remeh sunnah-sunnah Baginda.
Rasulullah SAW memerintahkan kita : "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" = Adakah itu munafiq? Itu adalah latihan diri. Bukan munafiq.
Islam itu agama fitrah, dan fitrahnya manusia tidak terus dewasa, tidak terus berlari, tidak terus, tidak terus dan tidak terus. Semuanya ada permulaan. Maka setiap permulaan itu perlu latihan, dan kadang-kadang(atau kebanyakannya) akan gagal terlebih dahulu. "Adakah kita terus pandai berlari masa kecil dahulu? atau kita sering jatuh?"
2. Dan berpura-pura baik dihadapan orang sedang dibelakang orang perangai kita tidak baik. : Ini pula dinamakan, "melindungi aib" Sedang menutup aib orang lain itu saja wajib, inikan pula aib diri sendiri. Ini bukan hipokrit. Malah Agama kita memerintahkan kita demikian. Tetapi pemikiran kita dan ideologi kebanyakan dari kita telah dirosakkan oleh musuh-musuh Islam dengan konsep falsafah yang bertentangan dengan kebenaran.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).
Hadits ini jelas menunjukkan kepada kita supaya kita tidak menunjukkan perangai buruk kita sediri kepada umum.
Kempen-kempen kononnya HIDUP INI JANGAN HIPOKRIT adalah berdasarkan fahaman yang telah dipesongkan oleh orang kafir, untuk membuatkan umat Islam ini membuka aib mereka. Mereka dengan sengaja berusaha supaya Allah murka kepada kita. Adakah kita dengan rela hati merialisasikannya? Dan menerima konsep yang sangat nyata salah ini?
Munafiq didalam Islam adalah, kita melakukan sesuatu sejak dari mula tidak didasarkan kepada Allah.  Sebaliknya disandarkan kepada makhluk , dan berbuat pekerjaan orang-orang soleh, tetapi hakikat dari mula-mula tidaklah kerana Allah. Maka inilah munafiq yang hakiki. Dan orang munafiq itu adalah kafir disisi Allah.
3. Satu contoh lagi : Kita sangat tidak menyukai rakan sejawatan kita. Tetapi kita berpura-pura manis mulut dan sentiasa senyum kepadanya. Adakah ini hipokrit?
Bukankah kita diwajibkan untuk berlaku baik kepada orang lain? Tidak menyakiti? Memanggil dengan panggilan yang disenanginya? Sentiasa senyum dan berkata-kata dengan perkataan yang baik kepadanya? Perintah ini tidak ditujukan kepada orang yang kita suka atau kita sayang. Tetapi kepada seluruh orang. Sama ada mereka itu golongan yang kita sanjung/suka/sayang atau mereka itu golongan yang kita benci dan meluat.
Rasulullah Muhammad saw. bersabda, “Jangan meremehkan sedikit pun dari amal kebaikan, meski hanya sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri-seri”(HR. Muslim).
Istilah hipokrit yang dicanangkan oleh musuh-musuh Islam ini rupa-rupanya sangat jelek motifnya. Berhati-hatilah.

Posted on Saturday, March 10, 2012 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory