Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Thursday, December 10, 2009

Wahai sahabat,

Jika engkau pernah merasa kecewa, maka aku merasa sangat hampa kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi kekecewaanmu. Jika engkau pernah merasa marah, akulah juga yang merasa terkilan. Kerana aku tidak sempat memadamkan api kemarahanmu itu. Dan tidak sempat membimbing tanganmu kearah taman bunga-bungaan yang indah supaya marahmu reda. Supaya ceriamu kembali. Supaya wajahmu kembali seri.

Lantaran aku tau, luka hatimu berdarah kembali. Namun aku lalai dengan kesibukanku. Lalu engkau pergi dalam kesejukan pagi dengan tiada baju membalut tubuh. Aku tahu engkau tidak pernah minta dikasihani, namun akulah yang merasa kasihan pada diri sendiri kerana meminggirkan persahabatan itu. Kerana menjadi lelaki yang rugi dalam hidupnya. Entah apalah harganya bagi kutebus dosa ini.

Aku tidak meletakkan engkau sahabat yang terbaik. Kerana terlalu singkat waktu kita berkenal. Namun aku sangat memerhatikan engkau. Dan menyayangi persahabatan yang pendek itu. Kerana aku melihat persamaan yang sangat banyak diantara kita. Yang mana engkau dan aku adalah dua insan yang memiliki sangat banyak kelemahan. Namun engkau tidak pernah melihatnya sebagai kekurangan, malah engkau melihat kelemahan aku juga sebagai sebuah keunikan, dan bergitu jugalah engkau itu pada pandanganku.

Dan aku sedar tidak sedikit yang tidak menyukai engkau. Biarkan mereka. Biarkan mereka dengan curiganya. Namun ada diantaranya yang sebenarnya ikhlas denganmu, cuma kadang-kadang engkau juga selalu berperasangka. Sedang aku sendiri berada dengan dada yang terhimpit kedinding-dinding itu. Yang mana mereka yang berlaku tidak baik kepada mu itu juga sahabat-sahabat aku. Namun selalu aku bisikkan padamu. “Hiduplah dengan penuh kemaafan, dan hidup ini lebih indah bila  kita hanya tahu berkasih sayang.” Aku tidak pasti adakah ianya mendatangkan pelajaran bagimu ataupun tidak. Tetapi itu bukanlah menjadi soal kepadaku, kerana aku menerimamu beserta dengan sifat yang lemah itu.

Setiap perkara yang berlaku itu hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya. Kerana sesungguhnya tiada sesuatu yang Allah tentukan dan laksanakan itu sia-sia. Kerana Allah itu Maha Bijaksana.

Al-Fatihah Buat Mohammad Hanif bin Abdullah

Posted on Thursday, December 10, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, December 3, 2009

Memang aku nih jenis yang pelupa ataupun jenis yang tak sensitive, entahlah. Bulan lepas aku lupa pasal peperiksaan SMU anak aku, minggu ni pulak aku lupa pasal adik aku ‘acik’ yang ngambik SPM. Adeh. Sori sangat-sangat acik, Long lupa. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin

Posted on Thursday, December 03, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Wednesday, November 25, 2009

















Selamat menyambut hari raya korban bagi semua umat Islam. Semoga Allah melimpahkan keberkataan dan pengertian pengorbanan itu disematkan kedalam diri setiap dari kita. Sebenarnya dalam kehidupan yang sangat singkat ini besar atau kecil pengorbanan yang dilakukan itu bukanlah menjadi soal atau ukuran. Tetapi keikhlasan pada setiap pengorbanan itulah yang menjadi ukuran.

Dikatakan, orang yang paling banyak berkorban adalah orang yang paling mengerti dan memahami nilai hidup ini. Dan bergitulah sebaliknya, yaitu orang yang paling mengerti dan memahami kehidupan ini, pasti ianya tidak berat untuk berkorban.

Dan sesungguhnya pengorbanan itu berat bagi yang mencintai dunia ini. Namun ianya manis bagi mereka-mereka yang mengingati mati dan mereka yang mencintai kampong halaman yang kekal. Dan sesungguhnya hidup dan mati itu sangat adil perjalanannya. Dan kita pasti akan diperhitungkan apa yang telah kita lakukan.



Dari setiap nafas aku yang tersisa ini, aku menghirupnya dengan rasa yang amat  takut. Jika melihatkan pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu itu. Jatuhlah kehidupan yang aku lalui selama ini hanyalah pembaziran yang nyata. Jalan yang dipilih itu juga adalah jalan yang sia-sia. Sejauh manakah aku telah berkorban untuk Allah dan RasulNya? Untuk agamaNya? Atau terdekat itu, untuk ibu bapaku sendiri? Untuk keluargaku, dan saudara-saudaraku? Jika hendak mengukurnya dengan timbangan, aku tidak pasti sama sekali adakah tersisa diatas dacing.

Sebenarnya, sifat mementingkan diri sendiri itu amat tinggi sekali didalam diri. Perpatah yang pernah aku dengar. “hidup ini ada ketikanya kena juga mementingkan diri sendiri” Benarkah? Bagaimanakah keadaannya kita hari ini jika Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya berfikiran sedemikian? Dan dalam membela agama Allah ini adakah mereka menyimpan sedikit bahagian yang diperuntukkan untuk diri mereka sendiri?

Mari kita perhatikan kisah di awal kedatangan Islam itu. Bagaimanakah Khadhijah r.a. telah menghabiskan seluruh hartanya. Aku ulangi, seluruh hartanya. Dan mari perhatikan dialog sewaktu ia menyambut kedatangan pengantin lelaki, yakni Muhammad SAW. “wahai Muhammad, segala yang menjadi kepunyaanku(diri dan harta benda) ini terpulanglah seluruhnya kepadamu untuk diapakan.”

Dan kemanakah semuanya dihabiskan? Tiadalah  semua itu melainkan kejalan Allah dan membela agama Allah itulah. Dan marilah kita menghayati sedikit petikan dari kisah ini. Ianya adalah kisah saat sakratul maut Saidatina Khadhijah r.a.

Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga hiba. Katanya,  “Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?

Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. Allah memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.

Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Turut diceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat.

Allahumma

antassalam- waminkassalam

Wa ilaika ya’uudussalam

Fahayyina rabbana

bissalam

Waadkhilnal

jannataka daarassalam

Tabaa rakta

rabbana wa ta’alaita ya dzal jalali wal ikraam

Ya Allah,

Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.

Dan Nabi SAW juga pernah bersabda "Islam itu tegak di atas harta Khadijah dan Abu Bakar"

Kerdil benar aku ini. Sesungguhnya aku tidak ingin hanya risaukan pada tembolokku sahaja. Tetapi bertapalah susahnya untuk mendidik diri dan meletakkan mereka yang telah mendapat redha Allah itu sebagai tauladan yang perlu dicontohi.

“Dan sesungguhnya pengorbanan mereka-mereka itu sangat tinggi nilainya disisi Allah. Malah, andai aku memiliki dunia dan seisi-isinya ini sekalipun, dan aku belanjakan kesemuanya kejalan jihad kepada Allah. Ianya masih lagi tidak menyamai satu bahagia dari seribu bahagian yang mereka telah belanjakan.”

Posted on Wednesday, November 25, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, November 17, 2009

Dalam 2,3 minggu kebelakangan ni, memang boleh dikatakan hari-hari hujan. Sebenarnya aku ni suka sangat dengan hujan. Kalau boleh aku nak rumah kat tempat kadar hujan yang paling tinggi sekali kat dunia ni. Kalau kat Malaysia nih kadar purata hujan yang paling tinggi ialah di sekitar Bayan Lepas yaitu melebihi 413.9 mm dan kedua di Sibu yaitu lebih kurang 405.0 mm. Hah ! Kalau aku nak beli rumah atau tanah untuk dibuat rumah , tempat nilah yang aku akan cari. Hehheheeh…tapi kena beli rumah atas bukit lah, sebab aku sukakan hujan tur bukannya banjir. Kalau tidak kena berumah atas rakit ler.

Sebenarnya aku tak suka cuaca panas. Berpeluh-peluh, melekit-lekit, meleh-leleh peluh, ayo yo. Pernah aku berimaginasi yang nak buat rumah aku berupa peti ais yang besar. Sebesar bangunan 2 tingkat tur misalnya. Dan aku binalah rumah dalam dia. Huihh tentu lah bes, sejuk dingin jer. Tapi aku terpikirlah pulak. “mampus nak membayar bil letrik” Satu masalah lagi ialah, bila mana TNB ni blackout. Hah tak ker haru aku ngan anak bini semer. Dah la gelap, panas pulak. Heyyy…tak bley2. tak jadilah buat rumah dalam peti ais.

Setiap orang ada minat dan kecenderungan pada sesuatu, itu yang membentuk kepada hobi atau sebagainya. Macam aku nih, aku suka sangat dengan lampu picit (lampu picit yang mentol dia diot’ tu. How to spelling? Entah laa aku tak tau betul ketidak ejaan tur) tapi yang lampu mentol banyak-banyak turlah. Sampai kalau berenti kat kedai 2 engget, itu lah benda yang aku akan cari dulu. Macam adik aku yang no 2,Ngoh pulak dia nih suka sangat dengan besi berani. Dari kecik dia mengumpul besi berani, sampailah dah tua-tua ni pun dia suka ngumpul bender tur lagi. Kalau jumpa ngan hardisk yang rosak , habis dikecai-kecaikannya. Semata-mata sebab nak amek besi berani dalam tu. Hahahahha. Kalau adik aku yang no 3 pulak,Dee, dia ni obsess ngan barang-barang pertukangan nih. Macam mesin ketam papan, drill, dan bender-bender seangkatan dengannyalah. Aku minat juga tapi aku lebih minat dengan mender-menda yang menyala. Satu lagi lighter. Huih hhihihi, pantang laa jumper bender nih, memang aku suka sangat dengan lighter, tapi minat ni dah berkurangan dah. Tak macam dulu. Kalau dulu, bila balik dari travel kemana-mana misti 2,3 bijik lighter yang aku bawak balik. Dalam simpanan aku sampai 2,3 kotak lighter. Macam-maca jenis.

Kita tinggalkan cerita pasal tu. Kita berbalik pada berumah dikawasan yang paling tinggi kadar hujan semula. Dulu, dulu laa, lama dulu ada orang pernah cerita ngan aku. Dia pernah tinggal kat Setiawan Perak. Katanya hari-hari hujan. Bila petang jer, hujan, bila petang je hujan. Tapi bila aku try google tak der pulak cerita yang Setiawan nih tinggi kadar hujannya. Sedang aku dah terpikir-pikir, kalaulah aku dapat beli rumah kat sana, tak pun beli tanah dan buat rumah kat kawasan nih. Hah! Bapok laa besyer. Kalau nak gi mana-mana kena pakai kasut boot yang getah tu. Kena pakai baju hujan, dan kereta dah tak sesuai, kena pakai 4X4. adehhhh bes gilerrrrrrrrr!!! Anak-anak aku tentulah suka sangat main hujan hari-hari cuti sekolah. Hari sekolah tak bley laaaa, teruk laa bini aku nak membasuh baju penuh ngan lumpur hari-hari. Tapi sebenarnya untuk suasana macam ni, kalau rumah bandar tak bes sebenarnya. Aku rasa susana kampong tur lebih syok lagi. Dengan pokok-pokok kelapa yang tinggi-tinggi. Sawah , hutan belukar. Adoi, sebenarnya aku rindukan zaman aku kecil-kecil la kot.

Posted on Tuesday, November 17, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Thursday, November 5, 2009


Posted on Thursday, November 05, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Monday, October 26, 2009

Pukul lapan malam tadi anak dara aku yang no dua ada call. Dek kerana aku tak kenal no publik kat asrama dia. Jadi dengan selamba jerlah aku jawab. “Yup ello! Saper nih?!” Adeh... kicik ati anak aku gamaknyer. Hehehehe sorry sayang. Papa tak pasan. Kebetulan pulak tengah layan lagu Nightwish. Kuat sikit pulak tur aku pasang. Jadinya tak cam suara dia.

“Papa sihat?”

“Sihat Alhamdulillah. Angah?”

“Angah sihat. Papa sibuk ker?”

“Tak..papa tak sibuk.”

“Sebenarnya angah nak bagi tau papa, esok angah start peksa.”

“Iyer kerr..? Okey selamat berjaya yerp?” Hisk rasa bersalah laa pulak aku. Boleh tak ingat aku yang dia nak start peksa esok. Dah lah untuk percubaan ari tur aku tak ucap tahniah pada dia sebab dapat pangkat 1 untuk percubaan SMU dia. Dan lebih menyedihkan ucapan tahniah dari aku tak juga sampai bila dia dapat pencapaian markah yang paling tinggi diantara calon-calon SMU disekolahnya. Nih aku lupa lagi.
Gambar Anak Aku Yang No 2

Gambar Anak Aku Yang No 2

Aku pernah kata pada seseorang, kononnya nak mengingatkan dia, tapi dalam waktu yang sama aku sendiri yang terlupa pada banyak perkara. Dan terlepas saat-saat emas itu.

[“Dalam mencari kesenangan dunia yang sementara ini, manusia sering terlupa dan tertinggalkan sesuatu yang penting di tengah-tengah perjalanan itu. Perasaan dan perhatian mereka yang menyayanginya sering terabai. Janganlah engkau mencari kesempurnaan dalam dunia ini, kerana ianya tidak mungkin sama sekali. Ucapkanlah terima kasih kepada yang memberi, maafkanlah pada yang bersalah. Dan ringankanlah pada yang susah. Sesungguhnya manusia yang paling baik diantara kamu itu ialah yang paling banyak memberi menafaat kepada orang lain. Aku, engkau, dia dan mereka, atau siapa saja. Mungkin pernah terluka, mungkin pernah kecewa. Namun janganlah berputus asa dengan kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu juga bukanlah datang dengan satu rupa. Kadang-kadang ianya berupa airmata, kadang-kadang ia berupa gelak tawa. Kadang-kadang ianya datang dengan sedikit kesakitan dan kepedihan. Maka bersabarlah. Dan semoga Allah menambah kebaikan kepada kita semua.

Ada yang bertanya kepadaku “ untuk apa engkau merepek-repek ini wahai orang yang tidak aku kenal? “

Maka jawabku, "Salahkah aku hendak berkata yang baik-baik yakni memberi peringatan kepada diri aku sendiri? Dan aku memahami sesuatu, yang engkau itu adalah aku , dan aku ini adalah kamu."]

Dan ini pula kata-kataku dahulu.

[“Aku umpama kemarau yang rindukan tengkujuh. Dan bila tiba musimnya,  maka berakit-rakitlah dengan gembira diarusnya. Sangat berharga saat itu. Dan sangat berbaloi kepenatannya. Jika dipanjangkan umurku mengikut sukatan umat Muhammad SAW. Maka maknanya hanya tinggal separuhlah ia. Dan aku tidak sama sekali ingin ianya di penuhi dengan perselisihan dan dendam yang merugikan. Bukan pada golongan yang tertentu, tetapi kepada sesiapa sahaja. Aku ingin mengisinya dengan kasih sayang sahaja, tiada yang lain selain dari itu. Dan aku juga berusaha kearah itu dalam membentuk hatiku.

Hakikatnya, pergaduhan dan perselisihan dahulu itu lebih indah dari ketenangan secara bersendirian ini.

Tetapi sekali lagi waktu menjadi musuh. Tidak mungkin kita mengundurkan masa lalu.”]

Sungguh beruntung mereka yang tahu menghargai masa. Dan menfaatkannya untuk sesuatu yang baik. Dan berkongsi sama dengan orang lain. Tidak lokek pada kebahagiaan dan sabar dengan penderitaan. Tidak mengeluh-ngeluh pada ujian yang diturunkan. Dan aku kuatir aku tidak tergolong didalam golongan itu. Aku risaukan diri yang selalu lalai dengan warna-warna indah dunia.

Seperti aku pernah katakan. Dan ianya menjadi pegangan hidupku.
[“Aku tidak mencari kesilapan dan kelemahan orang lain, dan aku juga tidak mengumpul kejahatan mereka, jadi aku tidak berminat utk mencari dan melihat pada kejelekan itu. Yang aku cari dan aku lihat cuma kebaikannya sahaja . Dan itu lebih bermakna dari segalanya.”]
Dan demi Allah, itu benar. Bukan perkataan aku itu benar, tapi pengakuan aku itu benar. Dan aku berusaha kearah membentuk hatiku dan perlakuanku kearah itu. Namun aku juga manusia biasa. Yang lahir dihujung zaman yang kacau bilau. Selalu  saja  terlepas pada apa yang digengam. Sedang pada perkiraanku aku telah menggenggamnya dengan sangat erat.

Warkah buat anakku.

Wahai anakku, aku ayahmu ingin berpesan. Janganlah engkau leka dengan dunia yang sangat mencabar ini. Janganlah engkau melihat Agama itu dari sudut yang mereka lihat. Yang mana mereka memudahkan sesetengah perkara yang diberatkan. Dan jangan pula engkau memandang ringan pada keinginan orang lain. Bukan aku memberatkan engkau supaya bersangka buruk. Tetapi aku tidak mahu engkau meringankan dalam perkara menjaga dirimu.

Aku adalah ayahmu dan aku sangat keras dalam perkara ini. Kalian adalah anak-anakku. Dan kalian mengetahui kemahuanku dan pendirianku. Aku tidak sehaluan dengan mereka yang berpandangan Agama ini sangat menyusahkan. Pandanganku jelas!! Yang Agama ini adalah Islam dan Islam itu sangat indah. Takwa dan tawakal itu berat bagi yang tidak meletakkan Allah itu di Maqam yang sepatutnya. Dan jangan engkau sekali-kali berserta dengan mereka yang tidak berserta denganku dalam perkara ini.

Aku melihat Agama itu suatu yang sangat penting. Dan aku hanya yakin kejayaan manusia ini hanya didalam Agama.

Ingatlah anak-anakku. Ilmu yang kalian tuntut bukanlah untuk soalan-soalan peperiksaan didunia ini. Tetapi ianya jawapan kepada soalan-soalan didalam kuburmu. Dan sesungguhnya aku ayahmu tidak menyediakan dunia bagimu. Kerana bagi orang-orang yang memiliki Agama didalam hidup mereka, dunia akan datang dengan sendirinya. Dan dalam hal ini mereka juga tidak sependapat denganku. Maka pilihlah kalian. Antara hidup yang kepenatan menghimpun dunia yang tidak pernah cukup ini atau ketenangan hidup yang sederhana didalam Agama Allah.

Janganlah engkau menjadi seperti orang-orang yang menjunjung dunia ini diatas kepala-kepala mereka. Sedang Agama itu mereka hanya gengam dengan sambil lewa. Dan apabila kepentingan dunia mereka terancam, mereka melepaskan Agama yang digenggam itu dan menyelamatkan dunia yang terjunjung diatas kepala. Wahai anakku, janganlah engkau menjadi seperti keldai-keldai ini.

Yang Benar Aku Ayahmu

Posted on Monday, October 26, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Tuesday, October 20, 2009

Sesungguhnya orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah itu adalah orang yang menyombongkan diri, dan orang yang berdoa kepada Allah tetapi tidak mahu berusaha itu pula adalah orang yang bodoh.

Aku telah jauh berjalan, dan aku telah ramai berteman. Satu ketika dua teman ku telah berkelahi sesama mereka dan tidak bertegur untuk sekian waktu. Sewaktu ketiadaan ku salah seorang dari mereka telah pergi 'dijemput Penciptanya'.

Lalu aku tanyakan kepada temanku yang seorang lagi itu..."Apakah perasaanmu?" lalu dia menyerahkan kepada ku satu coretan yang bertajuk "in the graveyard someone is your enemy" (............)

Dalam jarak waktu yang berlainan pula, aku telah berkata kepada seorang dari sahabat ku yang bernama Rusli.

"wahai sahabat, mahukah engkau bersama denganku, kita berdua berdoa. Yakni aku berdoa akan kehendakku dan engkau meng'aminkannya. Dan selepas itu engkau berdoa akan kehendakmu, dan aku meng'aminkannya. Seperti yang pernah dilakukan oleh dua orang sahabat r.a. Yang akhirnya mereka memperoleh syahid(salah seorang) dan kemenangan di medan perang(salah seorang darinya)seperti kehendak doa masing-masing itu."

Lantas ia bersetuju, dan aku pun berdoa kepada Allah, agar dikurniakan segala kebaikan didunia dan di Akhirat, mohon keampunan atas segala dosa2 ku, segala dosa kedua ibubapaku, saudara2 ku dan sahabat-sahabatku. Lalu dia meng'aminkannya. Dan apabila tiba gilirannya, dia berdoa dengan sangat perlahan, sehingga aku tidak mendengar apakah yang didoakannya. Tetapi aku tetap meng'aminkannya.

Lalu selepas itu aku berkata kepada dia. “Andai kata seorang dari kita kelak akan pergi dahulu, maka dialah yang akan tahu lebih dahulu adakah doanya dimakbulkan atau tidak oleh Allah. Dan andai aku yang pergi dulu sebelummu, maka engkau ingatlah akan perkataanku pada hari ini. Dan jika engkau yang mendahului aku dalam perkara ini. Maka aku pastinya tidak akan melupakan peristiwa ini.”

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (Al Mu'min:60)

Selang beberapa bulan sahaja, aku menerima berita kepergian sahabatku yang bernama Rusli itu. Yakni sehari terlewat dari tarikh kematiannya. Dan aku berkata-kata sendirian . “Sekarang tahulah engkau wahai sahabat, apakah doa ‘kita’ dahulu itu telah Allah terima atau tidak. Sedang aku masih lagi tertanya-tanya  akan jawapannya.”

Yaa Allah, dimanakah letaknya amalanku disisiMu? Dimanakah pula letaknya doaku? Adakah ianya memberatkan timbangan kananku? Atau ianya seringan debu-debu yang melayang sahaja.

Rasulullah SAW bersabda, ''Doa seorang hamba Allah tetap dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim atau tak terburu-buru segera dikabulkan.'' Seorang sahabat bertanya, ''Wahai Rasulullah, apakah maksud terburu-buru?'' Rasulullah menjawab, ''Ia mengatakan, 'aku telah berdoa tapi aku tidak melihat doaku dikabulkan', sehingga ia mengabaikan dan meninggalkan doanya itu.'' (HR Muslim).

Aku bicarakan mengenai perkara ini bersama Poksu ( adik iparku ). Kadang-kadang sampai semalaman kami berbicara. Dari hal dunia dan hal-hal akhirat. Dan juga hal-hal yang diantaranya. Maka aku ceritakan peristiwa mengenai aku dan arwah sahabatku Rusli ini kepadanya. Dan sangat dalam iktibar yang kami perolehi dari kejadian itu. Dan aku juga berkata kepadanya. “Andainya salah seorang dari kita ini pergi bertemu Allah mendahului dari yang seorang lagi. Maka yang tinggal itu nanti pastinya teringatkan saat ini, seperti aku teringatkan saat aku berdoa dan berkata-kata demikian bersama arwah sahabatku Rusli.”

Aku pendekkan ceritanya. Senggang 4 bulan dari waktu itu. Poksu juga pergi dijemput Ilahi. In na lillah hi wa in na lilla hirojiun. Maha Suci Allah yang Maha Tinggi lagi Bijaksana. Sesungguhnya hanya dialah yang lebih Mengetahui akan yang tersirat disebalik yang tersurat itu.

Ada ketikanya selepas itu aku sangat mengingati mereka. Sehingga aku rasakan mereka hadir diantara kesepian malam. Seolah mereka berkata-kata kepada aku. “Hentikanlah perbuatan yang sia-sia, tambahilah bekalmu selagi engkau masih berpeluang. Sedang kami telah berserah kepada belas ehsan Allah seluruhnya.”

Dan perkara ini juga aku ceritakan kepada Tengku Bongsu( salah seorang adik angkatku ) Lebih tinggi ilmu pengetahuannya dari aku, lebih luas pula pengalaman hidupnya dari aku. Sedang umurnya juga jauh melebihi aku sebanyak enam tahun. Aku tidak pasti kerana apa ia mengangap aku lebih kanan darinya. Dan sentiasa memperkenalkan aku ini adalah abangnya.

Dan November 2007 Allah telah menjemput juga sahabat aku yang seorang ini. Dan demi Allah, aku sangat-sangat mengingati mereka saat ini. Aku sangat rindukan mereka. Sokongan mereka saat sayapku patah. Teguran mereka saat aku terlupa akan bumi dipijak. Demi Allah yang Maha Besar, sesungguhnya mereka jauh lebih baik dari aku dalam sesetengah perkara. Malah dalam banyak perkara. Sedang tempat mereka itu tidak juga aku pasti dimana. Dan aku yang tertinggal ini lebih beruntung didalam sesetengah hal. Namun masih juga aku tidak menafatkan keberuntungan ini.

Posted on Tuesday, October 20, 2009 by wirajiwa Faintallah

No comments

Malaysian Business Locations Directory