Nama
saya wirajiwa, saya adalah salah seorang peminat lakonan-lakonan Puan.
Secara individunya saya mengkagumi setiap watak yang Vanida sanggupi.
Dan bagi saya juga anda juga adalah seorang wanita yang berkarisma,
serta seorang isteri yang baik.
Namun
setelah melihat lakonan anda dalam ‘Akhirat’, saya sangat kecewa. Bagi
saya penghayatan sesuatu watak didalam lakonan itu perlulah ada
batas-batasnya. Bagi saya lakonan Puan dalam babak ranjang antara suami
isteri itu sangat tidak patut sama sekali. Sebagai seorang wanita Islam,
tambahan seorang isteri. Babak tersebut bagi saya sangat menyedihkan.
Bukanlah
maksud saya lakonan tersebut tidak menjadi atau kaku. Tetapi bagi saya
babak tersebut sangat keterlaluan. Sebenarnya tidak perlu sama sekali
melakonkan sehingga ketahap itu. Malah kekecewaan saya terhadap perkara
ini, tidak hanya meliputi pendokong watak tersebut. Ianya merangkupi
juga, pengarahannya. Penulis skripnya. Dan seluruh produksi yang
menjayakan film ‘Akhirat’ ini.
Ke-profesional-lan
anda sekelian tidak bernilai sama sekali dalam menyelitkan moral-moral
yang baik kedalam masyarakat. Anda mencipta keunikan sesebuah karya anda
(demi untuk dikagumi dan diingati) kedalam bentuk yang sangat jelek dan
jijik. Sekali lagi saya tegaskan kekecewaan saya.
Kepada
Puan Vanida Imra khususnya, dan kepada seluruk produksi film-film
melayu amnya. Saya harap anda lebih peka kepada hal ini. Dan dalam
mencari keuntungan serta kesenangan sementara ini, tidak perlulah kita
menggadaikan sedikit maruah yang masih tersisa didalam diri kita.
Mungkin
bagi pelakon-pelakon, atau mereka-mereka yang terbabit dalam perusahan
ini. Babak yang sedemikian tidak menjadi keganjalan, kerana anda melihat
ramainya orang sekeliling ketika babak tersebut dilakonkan. Tetapi
cubalah letak diri anda sebagai seorang penonton. Seorang penonton yang
berumur 12 atau 13 tahun. Adakah mereka melihat situasi itu seperti yang
anda lihat? Mereka hanya melihat anda berdua yang sedang berada
diranjang. Dan suasana itu dirasai dengan tidak beserta walau sedikit
kebaikkan sekalipun.
Saya
harap teguran saya ini tidak menjadikan anda berkecil hati dalam
berkarya. Tetapi saya mengharapkan, sesiapa sahaja yang terbabit dalam
dunia film ini menjadi seorang yang lebih bertanggung jawab. Dan
sesungguhnya, ditangan anda terdapat sebilah pedang yang andalah
penentunya, sama ada hendak menjadikannya aset kemudaratan atau
kemenafaatan.
Sekian terima kasih