Sunday, April 18, 2010
Semoga Allah mencucuri rahmatNYA keatas Allahyarham. Dan takziah buat seluruh ahli keluarganya.
SEREMBAN:
Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md.
Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, meninggal dunia dalam satu
kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas)
dekat sini, petang tadi.
Allahyarham
yang berusia 27 tahun tidak sempat menyelamatkan diri daripada
kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang terbabas setelah
melanggar papan tanda.
Pegawai
Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul
6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima
yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum
dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandunya ekoran kejadian malang itu
"Achik
meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya
itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat
(R&R) dekat susur keluar ke Pajam," katanya di sini.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Allahyarham
dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar
dan meletup. Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke
Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Sementara
itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir
berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai
cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.
Achik
merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.
Difahamkan Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ampangan
selepas menjayakan rakaman Program Gah1 di RTM.
"Saya
terlelap sepanjang perjalanan. Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman
kuat," jelas rakannya Mohd Salihin Shah Mohd Salleh yang turut
bersama-samanya ketika kejadian tetapi sempat menyelamatkan diri. Mayat
Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam tadi untuk
dibedah siasat.
Jenazah
akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Desa Rose, Ampangan sebelum
disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ampangan, hari ini.
Achik
berkahwin Rose Zaitul Suriani pada 2005 dan dikurniakan tiga cahaya
mata, bagaimanapun anak sulung mereka Puteri Rania meninggal dunia pada
tahun 2007 kerana demam panas. Achik yang popular dengan lagu Janji Kita
juga terlibat dalam bidang penerbitan bersama abangnya di bawah
syarikat Spire Spin Sdn. Bhd.
Syarikat yang menjalankan pelbagai urusniaga penerbitan buku itu kini mempunyai cawangan di Seremban dan Johor Bahru.
Posted on Sunday, April 18, 2010 by wirajiwa Faintallah
Wednesday, April 14, 2010
Sabar, pedih , pilu, sepi sendirian. Sangat sakit ini. Sangat menyiksakan tawa org lain itu. Manja, senda gurau mereka menjadikan kita insan yang penuh kegeraman.
Jauh dikaki langit terlihat seorang lelaki yang dikatakan gila, bertelanjang tubuhnya, menyusur gigi air.
Dan bertanya segala yang lintas di hadapannya. “kenapa engkau demikian?”
Lalu jawab lelaki gila itu, “ aku ingin melepaskan segala yang menjadi milikku agar aku bisa bebas dari segala belenggu ini”
Lalu gila itu pula yang bertanya, “kenapa engkau demikian?”
Jawab mereka yang sebelum ini bertanya, “Apakah maksudmu?”
Lalu lelaki gila itu berkata dengan perlahan, “Apa kiramu, membalut diri dan hati dengan kecantikan dunia yang berwarna-warna itu menjadikan engkau insan yang lebih elok? Atau sekurang-kurangnya sama tara dengan orang-orang yang baik dan elok-elok itu?”
Lalu mereka diam, dia diam. Dan aku juga terdiam …
Lalu gila itu pula yang bertanya, “kenapa engkau demikian?”
Jawab mereka yang sebelum ini bertanya, “Apakah maksudmu?”
Lalu lelaki gila itu berkata dengan perlahan, “Apa kiramu, membalut diri dan hati dengan kecantikan dunia yang berwarna-warna itu menjadikan engkau insan yang lebih elok? Atau sekurang-kurangnya sama tara dengan orang-orang yang baik dan elok-elok itu?”
Lalu mereka diam, dia diam. Dan aku juga terdiam …
Posted on Wednesday, April 14, 2010 by wirajiwa Faintallah
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Categories
- Agama dan Renungan ( 187 )
- Aku Faintallah ( 4 )
- Al-Quran ( 3 )
- Baitul Ukhwah ( 1 )
- Bisnes saya ( 2 )
- Catatan Seri Naga ( 129 )
- Cerita Lucu ( 3 )
- Cerita Tauladan ( 60 )
- Download File ( 4 )
- Dunia ( 1 )
- Fekah ( 42 )
- Freemason ( 1 )
- Hadits pilihan ( 17 )
- Hadits Sahih Muslim ( 54 )
- Interlektual ( 1 )
- Isu semasa ( 34 )
- Keganasan Rumahtangga ( 2 )
- Kempen Derma ( 1 )
- Kempen kemanusiaan ( 1 )
- KHDrop ( 1 )
- Kitab-kitab ( 9 )
- Masalah moral ( 2 )
- Mukasyafah Al-Qulub ( 3 )
- ONEXOX ( 5 )
- orang Hilang ( 1 )
- Palestin ( 8 )
- Rohingya ( 6 )
- Sembahyang ( 6 )
- Tanbihul Ghafilin ( 2 )
- Tokoh-tokoh Islam ( 48 )
Popular Posts
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kelapangan dan sedikit kemudahan, i...
-
Alkisah seekor gajah yang tidak ketahui 6 orang sahabat yang dilahirkan buta selalu suka berhujah siapa yang ada cerita terhebat. Pada ...
-
*E-BOOK KU SPECIAL EDITION by MOMMYHANA 🤗* *E-BOOK KU SPECIAL EDITION* ni, terdapat banyak kelebihan yang ada. Antaranya adalah ...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kelapangan dan sedikit kemudahan,...
-
Rasa-rasanya aku antara orang yang terakhirlah gamoknyer yang post artikel hari raya nih. Sebenarnya ini pun bukanlah artikel raya melai...
-
Kitab Keutamaan Beberapa Perkara 1. Mukjizat Nabi saw. • Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa Nabi saw. minta diambilkan air lalu dibe...
-
Hadits mengenai Jaafar bin Abi talib ra. Juga menari sambil memuji² Allah dihadapan Nabi saw. " Daripada Hani' bin Hani', da...
-
Kedudukan aurat ipar duai, biras Sumber : HARAKAH 16-30 Jun 2008 Ruangan : Fikra Kemusykilan Agama bersama Ustaz Abd Ghani Shamsudin ADIK b...
-
Cinta adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di telinga kita. Apalagi di kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa ...
-
Saidatina Fatimah r.ha merupakan cahaya mata kelima baginda Rasulullah bersama Khadijah r.ha Beliau dilahirkan pada waktu dimana bapanya se...
Blog Archive
-
2013
(
294
)
- December ( 64 )
- November ( 48 )
- October ( 59 )
- August ( 32 )
- July ( 83 )
- June ( 2 )
- April ( 2 )
- March ( 2 )
- February ( 1 )
- January ( 1 )
-
2012
(
17
)
- December ( 3 )
- November ( 3 )
- September ( 1 )
- August ( 2 )
- July ( 1 )
- June ( 1 )
- May ( 1 )
- March ( 2 )
- February ( 2 )
- January ( 1 )
-
2011
(
18
)
- November ( 1 )
- August ( 2 )
- July ( 3 )
- June ( 2 )
- May ( 1 )
- April ( 3 )
- March ( 3 )
- February ( 1 )
- January ( 2 )
-
2010
(
41
)
- December ( 3 )
- November ( 4 )
- October ( 2 )
- September ( 3 )
- August ( 5 )
- July ( 4 )
- June ( 1 )
- April ( 2 )
- March ( 1 )
- February ( 4 )
- January ( 12 )