Pernah Suatu ketika Rasulullah bangun dari tidurnya lalu baginda tersenyum. Perkara itu Dilihat oleh Sayyidina Umar lalu ditanya.

"Ya Rasulullah mengapakah engkau tersenyum selepas kau bangun dari tidur tadi?" .

Jawab Rasulullah "Aku bermimpi mendapati diakhirat dua orang,yang mana seorang itu orang yang dizalimi dan seorang itu lagi orang yang menzalimi kepada yang dizalimi itu .

Orang yang dizalimi itu berkata "Wahai Allah,sesungguhnya dia menzalimi kepadaku didunia".
Lalu orang yang dizalimi itu diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk ambil segala pahala/kebaikan yang ada pada orang yang zalim itu sehinggakan tiada lagi pahala/ kebaikan pada orang zalim itu .

Tidak mencukupi pula sehinggakan,diberi pula dosa kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang yang dizalimi itu kepada orang yang menzalimi itu. Hanya tinggal dosa yang banyak kepadanya, tiada lagi pahala walaupun sikit .

Ketika Rasulullah menceritakan kisah mimpinya itu, Baginda menangis. 

Lalu Baginda mengatakan, 

Allah s.w.t berkata kepada orang yang dizalimi "Wahai fulan, angkat kepalamu" lalu mendapati akan orang yang dizalmi itu suatu keindahan yang luar biasa, lalu dia bertanya "Wahai Allah ini sungguh indah, Nabi siapa yang punya? Orang Siddiq siapa yang punya? Orang syahid siapa yang punya?

Lalu Allah s.w.t menjawab "keindahan ini adalah kepunyaan orang yang mempunyai bayaran yang boleh dibayar oleh Allah"lalu Beliau tanya lagi "Apa bayarannya wahai Allah?" 

Berkata Allah s.w.t "Bayarannya ialah memaafkan orang lain" orang yang dizalimi itu mengatakan "Wahai Allah aku memaafkan orang yang menzalimi aku itu" 

Allah s.w.t berkata pula kepadanya "Wahai fulan ambil lah tangan orang yang menzalimi kepadamu itu pergi masuk ke syurga sana", lalu dibawa tangannya menuju ke syurga. 

Disebabkan perkara Ini yang membuatkan Rasulullah tersenyum.

- petikan tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Hamid -