Salah faham hadits Fatimah RA tolak poligami

Ada ustazah/ustaz yg keliru atau sengaja mengelirukan org awam dengan kenyataan bahawa sedangkan Fatimah anak Nabi SAW pun menolak poligami inikan pula kita (wanita biasa). Hal ini ialah suatu celaan/tuduhan buruk terhadap Nabi SAW sebagai pilih kasih, serta tuduhan terhadap peribadi wanita mulia Fatimah RA.

Sedangkan baginda SAW menyebut jelas : (Maksud hadits) 'Kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri nescaya aku potong tangannya'. [riwayat al-Bukhari] Sebagai bukti tiada beza antara anak baginda dan umat Islam dlm hukum syarak.


Adapun hadith tentang Ali RA ingin berpoligami dan ditolak oleh Fatimah ialah kerana calon madunya ialah anak Abu Jahal (anak musuh Allah) dan Fatimah mengadu hal tersebut kepada baginda SAW dan baginda menyokong hujah anaknya. Hal ini jelas disebut dlm hadith dengan kata baginda SAW (maksud Hadits) ' Dan Aku tidaklah mengharamkan apa yg halal (poligami) dan tidaklah pula menghalalkan apa yg haram, tetapi Demi Allah, tidak akan berkumpul anak perempuan Rasul Allah dengan anak perempuan musuh Allah di suatu tempat yg sama selama-lamanya. [riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Nasaie, Ibn Majah]

Kata fuqaha dan ramai ahli hadith bahawa larangan ini semata2 kerana hasrat Ali utk mengumpulkan Fatimah dan Anak Abu Jahal bersama2 dan juga kerana faktor calon org yg hendak dikahwini itu. Fatimah membesar bersama ayahnya menyaksikan bagaimana keluarga abu Jahal menyakiti bapanya dan takala abu Jahal meletakkan najis/perut unta di atas tengkuk nabi SAW ketika solat di Ka'abah maka Fatimah-lah orgnya yg datang membersihkan najis2 itu. Hadith ini sama dgn hadith Wahsyi pembunuh Hamzah RA yang datang menghadap baginda lalu apabila melihat Wahsyi maka baginda berasa sedih dan tidak dapat memandang wajahnya.

Perbuatan Ali RA mahu menikahi anak musuh Allah itulah yg menyakiti Fatimah bukannya soal poligami. Buruklah org yg mengadakan tafsiran dusta terhadap peribadi2 mulia para sahabat dan nabi SAW dengan menyamakan mereka dgn kita. Kenapa tidak diikut contoh Fatimah RA yg tidak boleh memiliki orang gaji/pembantu rumah? Kenapa tidak diikut contoh Fatimah RA yg berkhidmat kpd suaminya siang dan malam ? Kenapa hanya mencari hal yg negatif untuk dijadikan hujah ?

Keburukkan niat membawa keburukkan amal !

Tulisan Ustza Emran Ahmad : http://www.facebook.com/ustazemran